Tuesday 28 February 2017

Majlis Pengiktirafan kepada Sembilan Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Baharu dan Majlis Pensijilan Halal Pertama Antarabangsa Jakim Untuk Perubatan Terkawal Kepada Ccm Berdasarkan Piawaian MS2424: 2012


Khamis 2 Februari, 2017 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mencipta sejarah sekali lagi dalam industri Halal Global dengan menjadi badan pensijilan Halal yang pertama untuk mengesahkan ubat terkawal/ preskriptif berdasarkan Piawaian Farmaseutikal Halal pertama di dunia, MS2424: 2012 Farmaseutikal Halal – Garis Panduan Umum. Sijil Halal untuk produk farmaseutikal preskriptif ini telah dianugerahkan kepada “Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM)” dalam satu majlis Anugerah Khas di Pullman Putrajaya.



Sijil tersebut disampaikan kepada CCM oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Pensijilan ini menandakan satu era baru bagi Farmaseutikal Halal dalam pasaran tempatan dan antarabangsa memandangkan rangkaian produk farmaseutikal Halal di sahkan JAKIM yang dikeluarkan oleh CCM kini boleh didapati di pasaran, memudahkan pengguna membuat pilihan lebih bijak dalam pembelian produk perubatan.


Majlis turut menyaksikan satu kejayaan besar bagi JAKIM melalui penyampaian surat pengikhtirafan kepada Sembilan (9) organisasi dari empat buah Negara iaitu Jepun, Kazakstan, Maldives serta Sepanyol sebagai badan pensijilan Halal yang diiktiraf oleh JAKIM. Ini sekaligus mengukuhkan kedudukan JAKIM sebagai badan pengikhtirafan Halal yang dikenali di peringkat Antarabangsa.



Sumber:Jakim

No comments:

Post a Comment