Sunday 19 February 2017

Jangan lihat dalam konteks politik







DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI menunggang motosikal untuk 
menghadiri perhimpunan.
19 Februari 2017 1:17 AM


KUALA LUMPUR 18 Feb. - Umat Islam di negara ini tidak sewajarnya melihat rang undang-undang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 dalam konteks politik semata-mata kerana tindakan tersebut hanya akan menimbulkan polemik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, mereka seharusnya berlapang dada dengan melihat usaha yang dipelopori Pas dan disokong oleh kerajaan itu bermatlamat untuk memperkukuhkan bidang kuasa mahkamah syariah.

“Kerajaan dan umat Islam tidak harus melihat pindaan ini dalam konteks kaca mata politik, lihat mengikut kaca mata umat Islam bagi mengangkat martabat umat Islam sendiri,” katanya ketika berucap dalam Himpunan 355 Padang Merbok di sini hari ini.



Beliau menegaskan, RUU 355 bukan ‘jalan belakang’ untuk me­laksanakan hukum hudud seperti didakwa sesetengah pihak, sebaliknya merupakan usaha menambah baik hukuman yang termaktub dalam undang-undang syariah.

Jamil Khir memberitahu, RUU 355 hanya melibatkan pindaan empat bidang utama yang bersabit iaitu menuduh orang lain me­lakukan zina, murtad, minum arak dan kesalahan berzina.

“Ini empat perkara yang akan dipinda, namun ada yang tidak puas hati, tidak tahu, namun tidak mahu tanya dan sengaja wujudkan persepsi sehingga wujud ketidakyakinan dalam diri masyarakat.

“Kalau pindaan pada tahun 1984 tiada masalah untuk dilaksanakan daripada sesiapa, kenapa 2017 susah betul untuk dipinda sehingga terpaksa kita lakukan perhimpunan seperti ini? Kenapa sukar, kita tak ambil hak sesiapa pun,” katanya.

Justeru, beliau berharap perhimpunan kali ini mampu menyatukan umat Islam untuk bersama-sama memastikan usaha murni memartabatkan mahkamah syariah tercapai

No comments:

Post a Comment