Friday, 27 May 2016
Garam Makanan Sunnah Rasulullah SAW
GARAM adalah sejenis ramuan yang sering digunakan pada makanan mentah mahupun yang telah
dimasak. Pengambilan garam berlebihan juga dikaitkan dengan penyakit darah tinggi, namun ramai yang tidak tahu garam menjadi salah satu makanan sunnah Rasulullah s.a.w. dan penawar bagi sebahagian penyakit.
“Aku pernah makan makanan yang baik dan memeluk yang terbaik tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lazat daripada kesihatan.” - Luqman Al-Hakim.
Nabi s.a.w turut mengamalkan pengambilan garam dalam kehidupan seharian baginda. Setiap kali keluar mengembara, baginda akan mengambil secubit garam sebelum mengambil makanan atau minuman. Tujuannya adalah bagi menstabilkan fungsi badan supaya serasi dengan persekitaran baru, dan meningkatkan daya imun tubuh.
Beberapa hadis yang menangkan tentang garam, daripada Abdullah bin Umar “Sesungguhnya Allah menurunkan empat perkara berkat (mempunyai kebaikan) dari langit (menerusi hujan) ke bumi iaitu besi, api, air dan garam.”
Daripada Anas bin Malik, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam. Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam.”
Menurut hadis riwayat Al – Bazzar, Rasulullah s.a.w. pernah menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali minum dan makan.
Baginda berkata yang bermaksud: “Sesiapa yang memulakan minum dan makan dengan memakan secubit garam, Allah akan hindarkan 330 jenis penyakit, antaranya ialah gila kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui oleh Allah sahaja.”
Dalam Hadis riwayat Al – Bazzar juga turut menjelaskan tentang cara pengambilan garam mengikut sunnah, guna ibu jari dan jari telunjuk, diikuti jari manis , jari kelingking dan jari telunjuk semula untuk mengambil secubit garam.
Sekiranya anda mencubit garam itu dari bekasnya, garam itu khas untuk anda sahaja . Garam tersebut tidak boleh dicampur dengan orang lain kerana ia berkaitan dengan sistem penghadaman dan energi anda. Kalau perlu asingkan dari bekasnya.
Namun demikian, janganlah pula kita tersilap dalam memilih garam untuk dijadikan amalan sunnah. Mengikut kajian yang dijalankan oleh para pakar sains pemakanan, garam gurun (garam asli ) yang dijadikan amalan oleh Nabi tidaklah sama kandungannya dengan garam yang kita gunakan seharian untuk tujuan memasak.
Garam biasa mempunyai kandungan sodium yang tinggi dan campuran asid dan kotoran lain yang boleh memudaratkan kepada penggunanya apatah lagi kepada mereka yang telah berpenyakit.
Garam gurun sebenarnya mengandungi potassium, magnesium dan lisina yang tinggi manakala kandungan sodiumnya pula rendah. Perbezaan ini boleh dilihat dengan mendedahkan garam biasa dan garam gurun kepada udara. Garam gurun akan bertukar menjadi cecair dalam masa kira-kira 12 jam manakala garam biasa terus tiada perubahan daripada bentuk asalnya.
Amalan mengambil secubit garam gurun (garam asli) sebelum dan selepas makan akan menggalakkan setiap makanan yang dimakan seperti protein akan dicerna dan diurai kepada beberapa jenis asid amino dan enzim tertentu dan dipam atau diberikan tekanan melalui sistem pembersihan buah pinggang.
Spekulasi yang mengatakan bahawa garam menjadi punca darah tinggi adalah salah. Punca darah tinggi terjadi disebabkan cara penggunaan garam yang salah ketika memasak. Kebanyakan orang akan memasukkan garam ke dalam masakan seperti gulai dan sebagainya ketika memasak, sedangkan cara yang betul adalah dengan membiarkan gulai tersebut selama 10 minit selepas di angkat dari api, kemudian barulah garam dimasukkan ke dalam gulai tersebut.
Ini kerana pantang garam adalah suhu panas, kerana apabila garam dipanaskan maka sifat ‘ion negatif’ akan rosak. Ini bermakna yang hilang adalah ‘klorida (CL) berion negatif’, yang tinggal hanyalah natrium ion positif yang bersifat asid. Yang diperlukan dalam garam adalah klorida dan ion negatif, kerana klorida inilah yang memegang zat besi dan oksigen.
Jika klorida di dalam garam berkurangan, ini bermakna oksigen di dalam garam akan berkurangan. Apabila oksigen di dalam garam berkurangan ini akan menyebabkan darah tidak boleh bergerak sendiri. Seterusnya jantung terpaksa pam darah dengan kuat. Pengurangan oksigen akan menambah karbon dioksida di dalam darah. Inilah yang di panggil darah tinggi.
Selain itu, jin takut kepada garam disebabkan garam mempunyai kandungan oksigen yang tinggi. Oksigen adalah tertakluk di dalam sifat nur. Jadi, inilah penyebab kepada jin atau syaitan takut dengan garam.
Disebabkan itu juga, garam digunakan untuk menghalau jin, syaitan dan sewaktu dengannya.
Berdasarkan hadis-hadis yang disebutkan tadi, menjelaskan bahawa garam suatu unsur yang dianugerahkan oleh Allah demi kebaikan untuk kegunaan manusia, malah mempunyai banyak khasiat terhadap kesihatan. Tanpa garam sudah tentu setiap masakan atau lauk pastinya tidak sedap dan terasa tawar. Sebab itulah garam dikatakan ‘penghulu segala lauk’.
Oleh WAN NORSYAFIQAH WAN GHAZALI
>> Penulis adalah siswi Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi, USIM
Labels:
Kesihatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
good sharing
ReplyDeleteTksh atas penerangan berdasarkn hadis. Ilmu utk di kongsi bersama.. 👍
ReplyDeleteYup..terima kasih utk perkongsian.
ReplyDeletehttps://youtu.be/zMF_nSxirfs
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesahih ke dop
ReplyDelete