Pada siri yang lepas kita melihat sepintas lalu tentang keajaiban dan kemukjizatan Al-Quran menjelaskan satu fenomena alam yang amat membuntukan akal dan fikiran pakar-pakar fiziks iaitu "prinsip ketidak-tentuan" (uncertainty principle) yang telah dipelupuri oleh ahli filasuf Barat Werner Heisenberg pada tahu 1927. Ayat An-Namla 27:87-88 telah menjelaskan prinsip ketidak-tentuan ini sejak 1,400 tahun lagi, dan nanti kita akan lihat dan kaji lebih banyak lagi ayat-ayat yang menjelaskan tentang penjadian semua makhluk dan pendalaman ilmu quantum fiziks seperti "measurement problems", "superpositions", "entanglements", "quantum foam", "quark-gluon plasma" dan sebagainya.
Untuk memahami ilmu-ilmu yang maha halus, iaitu yang ghaib, yang tidak nampak, yakni yang diluar batas akal-fikiran dan kebolehan cerapan sensori manusia, Allah SWT menyuruh manusia agar "berfikir di luar kotak", berfikir melalui "hukum", "bahasa", dan "matematiks" iaitu seperti yang dijelaskan dalam kaedah tafsir Al-Quran bil-Quran. Cuba kaji dan lihat sendiri akan kecanggihan dan keterhadapanan ayat-ayat yang menjelaskan tentang struktur Al-Quran yang sudah banyak kali saya bentangkan dalam siri-siri yang lepas-lepas misalnya ayat-ayat Ali-Imran 3:7, Hud 11:1, dan Az-Zumar 39:23. Oleh kerana ilmu hebat ini memerlukan ilmu matematiks yang tinggi dan mendalam, sementara silabus pangajian Islam pula tidak menitik-beratkan ilmu matematiks maka ramai para ulama Islam yang dihasilkan (yang tidak cekap matematik) tidak dapat berfikir diluar kotak, malah mereka memusuhi orang-orang yang berfikir diluar kotak. Walhal berfikir diluar kotak, iaitu menggunakan sepenuhnya kekuatan daya akal-dan fikiran ini adalah merupakan suruhan dan dikahendakki dalam Al-Quran. Berfikir diluar kotak ini menggunakan otak kanan, dan untuk mencerdaskan otak kanan ini kita mestilah berfikir secara "contoh perbandingan" (metafora) yang dipanggil "amthal" seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran. Masyaallah hebatnya kitab Al-Quran!
Russel's Paradox
Seperti biasa saya tidak akan menceritakan dengan mendalam tentang konsep-konsep yang telah dijelaskan di dalam internet seperti "Russel's Paradox" ini sebab para pembaca sekalian boleh mengakses dan membacanya sendiri dari internet. Malah penjelasan yang dibuat amat baik, dalam pelbagai bentuk dan tidak perlu lagi saya "cut-and-paste" ke dalam blog saya ini. Falsafah utama paradoks ini ialah apabila Frege membuat satu kertas-kerja dan memberikan kepada Russel untuk diulas. Russel tidak percaya bahawa matematiks dapat menjawab segala persoalan tentang metafizik, lalu dia mengemukakan "Russel's Paradox" untuk membuktikan bahwa ada benda yang tidak dapat dikecilkan (reduced) kepada representasi matematiks.
Oleh kerana ilmu matematiks tidak dapat menjawab atau represent segala permasalahan, maka manusia mestilah berfikir diluar kotak untuk menyelesaikan masalah yang ganjil dan diluar batas akal manusia misalnya ilmu ghaib atau metafizika. Namun Al-Quran telah memberi jalan penyelesaian yang mana Bertrand Russel hanya berfikirkan setakat logik calculus first order sahaja. Sedangkan Al-Quran menjelaskan agar manusia mengembara lebih jauh lagi seperti menggunakan lambda calculus, set dan category theory. Lambda calculus dan category theory ini mestilah dipadankan dengan nahu bahasa Arab dan kecerdasan otak kanan membuat metafora untuk membolehkan akal manusia "melihat" dan menjana ilmu di bawah tahap quantum, dan menyelesaikan pelbagai masalah quantum yang bersifat kewujudan duality, dan ketidak tentuan.
Untuk memudahkan kita faham konsep paradoks Russel (iaitu teori set) ini ialah seperti kesah tukang gunting rambut (barber) dan undang-undang di mana setiap lelaki mestilah sentiasa kemas tanpa janggut dan misai. Orang yang tidak mencukur sendiri mestilah bercukur dengan barber. Maka persoalannya bagaimana pula dengan misai dan janggut barber, siapa yang mencukurnya? Maka jawapannya mestilah berfikir diluar kotak iaitu tidak boleh menganggap bahawa semua barber adalah lelaki, dan sekiranya ada barber wanita maka paradoks ini dapat diselesaikan.
nota: sudah tentu contoh yang dibuat oleh Russel ini tidak Islamik sebab mana boleh orang perempuan menggunting rambut (atau mencukur misai atau janggut) lelaki bukan mahram.
Struktur Al-Quran adalah Berfikir Di Luar Kotak
Pada siri yang lepas kita lihat banyak ayat-ayat Al-Quran yang menyuruh maknusia menggunakan otak dan akal-fikiran sehinggakan sekiranya mereka tidak menggunakan akal-fikiran maka mereka akan dihumban ke dalam neraka jahanam dan mereka akan kekal selama-lamanya di dalam neraka.
Pada ayat Ali-Imran 3:7 struktur ayatnya agak mudah, namun oleh kerana kita tidak faham ilmu matematiks maka ramai juga yang tidak faham maksud dan kahendak ayat ini. Sekiranya kita olah ke dalam bentuk diagram Venn maka kita akan dapat satu set yang jelas dan biasa saja. Oleh kerana ada yang tidak berfikir secara nahu (rules) dan matematiks maka berlakulah salah tafsiran ayat Al-Quran dengan mengatakan ayat-ayat "mutasyabihat" ialah ayat-ayat yang kurang jelas bertujuan untuk menguji dan mengelirukan umat Islam. Padahal terdapat berpuluh-puluh ayat Al-Quran yang menjelaskan bahwa semua ayat-ayat Al-Quran adalah jelas "mubin" dan tidak ada satu pun yang mengelirukan.
Lihat gambarajah di bawah apabila ayat 3:7 ini ditukar dalam bentuk matematik set diagram Venn. Lihatlah betapa jelas dan mudahnya struktur Al-Quran iaitu dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu ayat-ayat muhkamat dan ayat-ayat mutasyabihat. Untuk memastikan ayat-ayat Al-Quran itu jelas dan tidak mengelirukan, Allah SWT menjelaskan lagi bahwa di dalam ayat-ayat "mutasyabihat" itu terdapat sub-set iaitu ayat-ayat "ma-tasyabaha-minhu" iaitu ayat-ayat yang Allah samakan diriNya dengan sifat-sifat makhlukNya.
Paradoks Al-Quran
Sekali imbas dan sekiranya kita tidak berhati-hati, kedatangan ayat Hud 11:1 dan Az-Zumar 39:23 akan menggoncangkan iman manusia sebab ayat-ayat ini apabila ditukar menjadi diagram Venn maka ianya kelihatan tidak logik, tidak masuk akal, atau dalam bahasa lain "paradoks" padahal ianya memang dapat diselesaikan dan bukanlah satu perkara mustahil sekalipun agak susah dan pelik.
Ayat Hud 11:1 menjelaskan bahawa kesemua 6,236 ayat Al-Quran adalah ayat-ayat muhkamat, sementara ayat Az-Zumar 39:23 menyatakan kesemua 6,236 ayat adalah ayat mutasyabihat! Bagaimana kita mahu tukar proposisi ini ke dalam bahasa matematiks? Saya cuba membuat satu gambaran di atas, tetapi jelas sekali ianya amat sukar dan tidak masuk akal!
Para pembaca dan pengkaji yang dirahmati Allah SWT sekalian,
Lihatlah betapa hebat dan "powernya" kitab Al-Quran ini, tidak akan ada manusia atau jin yang mampu membuat kitab Al-Quran ini, ianya adalah sebuah kitab yang terbaik, lebih baik dari segala-gala kitab yang telah, sedang dan akan dihasilkan oleh manusia (atau jin). Ianya sebuah kitab yang lengkap lagi sempurna, ianya menjelaskan segala perkara dengan mendalam lagi terperinci. Lihatlah awal-awal lagi, di dalam bab kaedah menafsir dan memahami ayat-ayat Al-Quran itu sendiri telah dijelaskan akan kepentingan dan keperluan berfikir diluar kotak.
Tuan-tuan dan puan-puan lihat dan kaji sendiri dengan akal fikiran, adakah hasil kajian saya ini satu retorik? Adakah saya cuba putar-belit atau bertakwil atau reka-reka cerita untuk memperelokkan atau memperindahkan Al-Quran? Sudah pasti ianya bukan retorik, tetapi semuanya adalah dari ayat-ayat Al-Quran yang jelas lagi terang.
Hanya dengan berfikir di luar kotak, berfikir secara yang disuruh oleh Allah SWT iaitu menggunakan metod tafsir Al-Quran bil-Quran (metod QbQ) sahaja kita akan dapat faham dan melihat sendiri kehebatan Al-Quran, kita akan dapat saksikan dengan mata dan fikiran kita sendiri keluasan dan kedalaman ilmu di dalam Al-Quran, dan kita akan kagum dengan kehebatan dan kebesaran Allah SWT membikin sebuah buku (Al-Quran) yang memadatkan lebih dari 10 lautan-dakwat ilmu ke dalam hanya 6,236 ayat sahaja! Masyaallah, Masyaallah, Masyaallah!
Wallahu a'lam.
Pengkaji/pengarang: Khalid Yong, Qur'analyst email: akhalidyong@gmail.com
No comments:
Post a Comment