Tuesday 29 August 2017

Jemaah Malaysia menuju Arafah esok

Post Pic
MEKAH: Kesemua 30,200 jemaah haji Malaysia akan menyertai lebih dua juta umat Islam seluruh dunia bergerak ke Arafah esok bagi menghadapi kemuncak haji iaitu hari wukuf yang dijadualkan pada Khamis.
Ketua Rombongan Haji Malaysia 1438 Hijrah, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) telah bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan operasi Masyair bermula esok hingga 4 September (13 Zulhijah).


TERKINI:Tiada proses mahkamah sekiranya daftar poligami di Perlis




Pasangan Islam yang berpoligami hanya perlu mendaftar di JAIPs dan dikenakan yuran proses sebanyak RM2,020.
 - Gambar hiasan

ARAU - Kerajaan negeri Perlis telah memuktamadkan pasangan Islam yang berpoligami di luar negara seperti Thailand tidak lagi perlu menghadiri proses perbicaraan di mahkamah.

Pengerusi Jawatankuasa Hal-Ehwal Agama Islam Perlis, Datuk Khairi Hasan berkata, perkara itu bukan sahaja tertakluk kepada pasangan di negeri itu tetapi di negeri lain.

"Tidak perlu ke mahkamah, pasangan suami isteri itu hanya perlu mendaftar di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) selain dikenakan yuran proses sebanyak RM2,020 sahaja selain mempunyai dokumen pengesahan telah berkahwin.

"Sebagai contoh, pasangan yang telah berkahwin di Songkhla perlu mempunyai pengesahan berkahwin daripada Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla, Thailand," katanya.

Khairi berkata sedemikian kepada media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Lembu Korban di Kuarters Veterinar Guar Nangka di sini hari ini. - K! ONLIN


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0829&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_07.htm#ixzz4r7qRUOd0 
Hakcipta terpelihara 

Monday 7 August 2017

Umat Islam Benteng Terakhir Populasi Dunia



Apakah bilangan populasi manusia di dunia pada saat ini? Soalan ini pastinya menjentik rasa ingin tahu sesiapa sahaja. Menurut www.worldometers.info iaitu sebuah laman sesawang yang mempamerkan informasi mengenai jumlah populasi dunia berdasarkan data daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Biro Bancian Amerika Syarikat, jumlah yang terkini pada ketika artikel ini ditulis adalah 7,517,291,923 (7 bilion) orang manusia dan jumlah ini bertambah dan berkurang mengikut kelahiran dan kematian seorang manusia secara masa sebenar. Sila rujuk www.worldometers.info untuk maklumat terkini. 

Friday 4 August 2017

Mahkamah Rayuan tolak permohonan JPN dan dua pihak lain untuk 'bin Abdullah'


Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Permohonan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan dua pihak yang lain untuk menangguhkan pelaksanaan membenarkan seorang kanak-kanak Islam yang tidak sah taraf dibinkan dengan nama bapanya ditolak oleh Mahkamah Rayuan.
 
Peguam yang mewakili pasangan berkenaan dan kanak-kanak terbabit dalam kes tersebut, Nizam Bashir memberitahu panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara menolak permohonan itu atas alasan tidak terdapat keadaan khusus untuk membenarkan penangguhan itu.

Tuesday 1 August 2017

Buku G25 Berbahaya, Pengharaman Langkah Tepat – Khalif Muammar



Saya menyokong pengharaman buku Breaking the Silence: Voices of Moderation terbitan G25 malah sejak ia dilancarkan pada tahun 2015 buku ini telah mengelirukan ramai orang. Buku ini jelas mengandungi fahaman dan agenda liberalisasi agama yang berbahaya kepada Aqidah umat Islam bahkan berpotensi memecahbelahkan masyarakat kerana ia juga memperjuangkan idea pensekularan negara dan tidak menerima hakikat bahawa Malaysia bukan negara sekular. Kita tidak menentang kebebasan bersuara atau berekspresi.