Saturday, 31 December 2011

Sambutan Tahun Baru Masehi, Apa Pandangan Islam ?


Tahun baru 2012 akan tiba sehari lagi. Secara kebiasaannya ia akan disambut secara besar-besaran. Semua peringkat manusia gembira dengan kedatangan tahun baru Masehi ini. Terkadang saya terfikir juga yang beria-ia menyambutnya dengan penuh kegembiraan itu untuk apa ? Bagi saya tahun baru bermakna bertambah umur kita. Ini bermakna yang muda menjadi tua. yang dah tua semakin tua. Bukankah itu menunjukkan umur kehidupan kita di dunia semakin pendek ? Itu bermakna detik kematian semakin menghampiri kita.

Mungkin mereka semua  gembira untuk meninggalkan dunia ini untuk masuk ke alam lain ? Sebab itu mereka menyambutnya. Tapi pelik..cara sambutannya bukan menunjukkan mereka sedia untuk mati..tapi menunjukkan mereka tidak takut mati bahkan mencabar Allah pula. Saya hendak mengulas sedikit perihal sambutan tahun baru masehi ini dari perspektif Islam. Sambutan tahun baru itu bagaimana statusnya di sudut agama Kristian ?

Sebagaimana dinyatakan dalam Ensikolpedia Katolik :

For the Catholics in England Pius VI (19 March, 1777) established the following lists of feasts: Easter and Pentecost two days each, Christmas, New Year’s Day, Epiphany, Ascension, Corpus Christi, Annunciation, Assumption, Sts. Peter and Paul, St. George, and All Saints. [  
http://www.newadvent.org/cathen/06021b.htm
 ]

Jelas daripada senarai perayaan kristian di atas menurut Gereja England, New Year’s Day adalah termasuk perayaan keagamaan Lebih daripada itu, tarikh 1 Januari sebagai tahun baru diakui sendiri oleh Kristian ianya berasal daripada agama Pagan atau Penyembah Berhala sebagai berikut :

‘Christian nations did not agree in the date of New Year’s Day. They were not opposed to 1 January as the beginning of the year, but rather to the pagan extravagances which accompanied it’. [ 
http://www.newadvent.org/cathen/11019a.htm
 ].

Berdasarkan kedua-dua keterangan tadi jelas perayaan sambutan tahun baru masehi bukanlah amalan Islam bahkan ia adalah amalan agama orang bukan Islam atau merujuk sebagai amalan Kristian dan pagan. Dalam kes ini adalah tidak wajar bagi umat Islam untuk meraya dan menyambutnya secara besar-besar dan membazir pula. Kalau begitu sifatnya ia adalah haram dan boleh merosakkan aqidah.

Ini berdasarkan Firman Allah s.w.t dalam surah al-Furqan ayat 72 apabila Allah Taala yang bermaksud : “dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya Dengan cara membersihkan diri daripadanya”.Menurut Ulama Tafsir, maksud al-Zur  (menghadiri tempat yang melakukan perkara dilarang) adalah perayaan-perayaan orang kafir [Ibn Kasir, 6/130]. Jelas daripada ayat ini Allah melarang kaum muslimin menghadiri perayaan kaum muyrikin. 


Berdasarkan Hadis Sahih daripada Rasulullah s.a.w :Maksudnya : Daripada Anas bin Malik katanya : Adalah kaum Jahiliah mempunyai dua hari dalam setahun untuk mereka bermain-main (berseronok) maka apabila Nabi s.a.w tiba di Madinah baginda bersabda : “Adalah kamu mempunyai dua hari (dalam setahun) yang kamu berlibur (berseronok) padanya dan Allah telah menggantikan keduanya dengan dua hari yang lebih baik iaitu Hari Raya Fitri dan Adha”. [al-Nasai, Sahih]. Daripada hadis ini, Rasulullah menyatakan bahawa Allah telah memansukhkan dan melarang Umat baginda merayakan perayaan Jahiliah dan sebagai ganti Allah Taala syariatkan dua perayaan dalam setahun iaiti  Eidul Fitri dan Eidul Adha. Dalam konteks tahun baru ini di dunia Islam kita telah ada sambutannya sendiri iaitu sambutan tahun baru hijrah.

Namun, menurut Ustaz Dr Zaharudin Abd Rahman menyambut tahun baru Masehi (yang mengikut kiraan Gregorian calendar ciptaan Pope Gregory), menurut pandangannya ia adalah HARUS secara bersyarat serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat. Walaupun kalendar masehi adalah ciptaan bukan Islam, namun melihat kepada penerimaan kalendar moden ini, ia tidak lagi kelihatan bersangkut paut dengan agama malah amat ramai yang tidak lagi mengetahui dan ambil endah tentang asal usulnya, apatah lagi kaitannya dengan mana-mana agama. Ia sudah dikira sebagai sebuah kalendar moden yang diterima di atas asas adat dan kebiasaan.

Namun begitu, beliau telah meletakkan syarat-syarat seperti berikut mesti diambil perhatian dalam sambutannya:-

* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adatdan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka saya masih berpendapat ia adalah HARUS kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.

Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalahHARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah ” Al-‘Adat Muhakkamah
Ertinya : “Adat yang tidak bercanggah dengan Syara’ boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan”. (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ;Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219). Terdapat satu keadah lain berbunyi : ” Innama tu’tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat

Ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority”. (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)

* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum. Tatkala itu,  sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga.

* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).

* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara’. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagaimengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.

Seterusnya menurut  bekas Pengarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, berkata walau apa pun cara sambutan ia perlu diawasi supaya tidak terkeluar daripada adab keislaman.

Menurutnya, semua masyarakat perlu menyambut tahun baru dengan penuh keinsafan, melihat kembali apa yang dilakukan setahun lalu dan cuba berfikir mengenainya supaya menjadi pengajaran dalam menjalani kehidupan.

*Menyambutnya bukan dengan memekik dan melolong. Kita kena bersyukur dan bermunajat, iaitu berdoa supaya mendapat kebaikan pada tahun baru,* katanya, sambil menambah, tiada tegahan dalam Islam terhadap acara menyambut tahun baru masehi, malah mengiktirafkannya.

*Benda macam itu, tiada masalah. Tidak semestinya kena solat hajat. Cuma acara sambutan itu hendaklah ada batasannya,* katanya.

Dr Mahmood Zuhdi berkata, sambutan yang dihiasi dengan pekikan dan sorakan berlebih-lebihan sehingga melalaikan bukan saja dari sudut ajaran Islam, malah langsung tidak disebut dalam agama lain, termasuk Kristian.

*Sambutan seperti itu cara orang terpesong daripada agama. Kristian sendiri ada caranya. Aliran macam itu terjadi disebabkan arus pemodenan. Tamadun Barat sendiri, mereka tinggal agama,* katanya.

Apapun pandangan para ulama berkaitan sambutan tahun baru ini bagi saya biarlah umat Islam membina jati dirinya sendiri mengikut acuan Islam sebagaimana yang ditetapkan oleh al-Qur’an dan Sunnah. Budaya meniru-niru budaya orang lain tanpa pegetahuan yang jelas adalah merbahaya. Sewajarnya sambutan ini dihentikan dan diganti dengan program lain. Berdasarkan pengalaman lepas kesan sambutan ini lebih membawa mudarat khususnya kepada jenerasi remaja dan belia.

Sekiranya ia hendak juga dibuat bagi ketua keluarga mereka hendaklah membimbing anak-anak mereka supaya mereka tidak terjebak dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Dipihak berkuasa di semua peringkat diharap mereka menjadi pihak berkuasa yang benar-benar bertanggungjawab terhadap Allah yang sesuai dengan amanah yang diberikan iaitu Khalifah di atas muka bumi ini. Bimbinglah rakyat kalian kejalanyang diredhai Allah. Jangan biarkan mereka bergelumang dengan maksiat angkara program program maksiat yang anda susun sendiri termasuk sambutan tahun baru 2012. Semuanya akan dipersoalkan oleh Allah kelak


Thursday, 29 December 2011

Laman Sosial Facebook, twitter dll Punca Peningkatan Kadar Perceraian ?


Berita berkaitan perceraian melibatkan pasangan suami isteri sering menarik perhatian ramai pihak. Ia akan menjadi lebih sensasi kalau ia melibatkan golongan celebriti dan orang-orang kenamaan seperti ahli politik, artis dan lainnya. Pada hari ini Utusan Malaysia (UM) telah menjadikan isu perceraian menjadi berita utamanya. ‘Perkahwinan kian rapuh’ dengan mengulas sumber yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah dijadikan sebagai tajuk berita utamanya. 

Apapun niat Utusan Malaysia mengeluarkan berita ini dan dijadikan berita utama hanya pihak pengurusan Utusan Malaysia (UM) yang mengetahui. Berdasarkan konsep ‘agenda media setting’ saya yakin berita ini dikeluarkan oleh pihak utusan dengan tujuan tertentu. Harap-harap ia adalah berniat baik dan untuk menimbulkan kesedaran banyak pihak. Pastinya berita ini mendapat perhatian ramai.

Banyak pihak selepas ini diyakini akan diminta mengulas , memberi pandangan dan komen berkaitan isu cerai ini. Sebagaimana sebelum-belum daripada ini mereka dijangka akan memberi komen yang lebih kurang sama sahaja dari segi hujah. Di samping akan ada juga di kalangan pengulas yang akan menuding jari menyalahkan orang itu dan orang ini, pihak itu dan pihak ini yang menyebabkan punca perceraian banyak berlaku. Paling tidak pasti akan ada yang  mengatakan kursus pra perkahwinan anjuran JAKIM dan JAIN negeri adalah tidak berkesan dan sebagainya.

"Bagi saya dengan mengaitkan kursus ‘pra perkahwinan’ yang kononnya dianggap tidak berkesan kepada penyebab peningkatan kadar perceraian adalah tidak adil dan berat sebelah".

"Mengharapkan Kursus ‘pra perkahwinan; yang diadakan hanya 2 hari dengan bahan ceramah sekadar 12 jam untuk menjamin keluarga individu akan harmoni seumur hidup merupakan satu harapan yang mengarut".

Bagi saya banyak lagi faktor-faktor yang menjadi penyebab kepada berlaku kes-kes perceraian dan keruntuhan rumah tangga. Begitu juga banyak lagi perkara yang perlu dilakukan bagi golongan yang telah mendirikan rumah tangga bagi memastikan keluarganya kekal bahagia. Aktiviti keagamaan, mencari rezeki halal, keberkesanan kepimpinan dan komunikasi berkesan sesama pasangan adalah antara ramuan yang mesti diguna pakai oleh pasangan suami isteri

Di samping itu jangan lupa perihal tanggungjawab kedua-dua pihak. Jangan pula bersikap ‘menduakan’ dan berlaku curang terhadap pasangan masing-masing. Menyalahgunakan ‘Laman Face book’ atau Media baru untuk berseronok dan berhibur sehingga melupakan tanggungjawab juga perlu diambil perhatian. Bagi saya peningkatan mendadak kes percerai untuk tiga (3) tahun sebelum ini 2008-2010 kemungkinan ada hubungkait dengan fenomina ini. Tengok data berikut;
              
                                Data perceraian 2o tahun (1990 sehingga 2010)


  Sumber; Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Kalau mengikut data di atas trend perceraian 10 tahun 1990-2000 dianggap seimbang puratanya. Namun bagi sepuluh tahun berikutnya iaitu tahun 2000 sehingga 2010 peningkatan kadar perceraian meningkat secara berterusan. Trend ini kelihatan semakin meningkat secara ketara pada tahun 2007-2010 sehingga melibatkan secara purata 23,000 pasangan bagi setiap tahun. 


Kalau diperhatikan apakah fenomina yang mempengaruhi trend ini ? Tidakkah era ledakan Laman Sesewang..spt Facebook, Twitter, blog dan terbaru netlog berlaku bermula dalam tempoh tiga tahun tersebut. Walaupun belum ada satu kajian secara ilmiah dijalankan berkaitan hubungkait antara trend penggunaan Laman sesewang dan hubungkaitnya dengan peningkatan kadar percerai di kalangan umat Islam namun perkara ini sewajarnya dapat difikirkan bersama ? Pastinya bukan salah teknologi. Yang bersalah penguna-pengguna teknologi. Saya guna blog dan facebook untuk berdakwah…Insyaa Allah.

Wednesday, 28 December 2011

Krismas Adalah Perayaan Agama Bukan Budaya



Terdapat kekeliruan di kalangan umat Islam yang mengatakan sambutan Krismas adalah hanya sambutan berbentuk budaya sebagaimana perayaan Tahun Baru Cina. Oleh kerana itu, tidak menjadi apa-apa kesalahan untuk meraikan dan menyambutnya. Betulkah pandangan tersebut ? Cuba kita lihat secara ilmiah berkaitan fakta perayaan Krismas ini.

Menurut Wikipedia krismas adalah:

Christmas or Christmas Day is an annual holiday celebrated on December 25 that commemorates the birth of Jesus of Nazareth.”

Jika dirujuk perkataan “Christmas” dalam buku Istilah Agama Kristian, Bahasa Inggeris – Bahasa Malaysia, ia mengatakan:

“- Krismas, Hari Natal, Pesta Kelahiran Tuhan Yesus

Jadi jelaslah yang Krismas ini adalah hari sambutan kelahiran Nabi Isa (Yesus) bagi penganut agama Kristian (yang menganggapnya sebagai Tuhan) dilakukan setiap tahun pada 25 Disember. Pandangan ini adalah pandangan yang bertentangan dengan aqidah Islam kerana Allah tidak mempunyai anak. Kewujudannya adalah tunggal dan tiada sekutu sesuatu dengannya.

Bila Nabi Isa a.s. Dilahirkan?

Al-Qur’an tidak memberikan tarikh dan masa yang tepat berkenaan hal ini tetapi sekadar gambaran masa kelahiran nabi Isa a.s. Seperti Firman Allah s.w.t.

“Maka seseorang menyerunya dari tempat yang rendah: Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu. Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu..” (Qur’an 19:24-26).

Peristiwa di atas berlaku pada Maryam a.s. selepas melahirkan Nabi Isa a.s. Di dalam ayat di atas ada menyebut tentang buah kurma yang masak di atas pohonnya, ini menunjukkan yang masa kelahiran itu tentu sekali bukan di dalam musim sejuk, bahkan bermungkinan besar di dalam musim bunga ataupun musim panas. Bagaimana pula dengan Alkitab? Ini adalah persoalan yang sangat menarik untuk diperbincangkan. Sambutan Krismas adalah pada setiap 25hb Disember dan sinonim dengan salji musim sejuk.

Kitab Perjanjian Baru tidak banyak menyentuh mengenai kelahiran Nabi Isa a.s. Kitab Matius menyentuhnya secara ringkas, manakala kitab Markus dan Yohanes langsung ‘membisu’ dalam hal ini. Kitab Lukas adalah satu-satunya sumber rujukan yang agak mendalam dengan mengambarkan masa kelahiran Nabi Isa a.s.:

“Ketika mereka di situ tibalah waktunya bagi Maria (Maryam) untuk bersalin, dan ia melahirkan seorang anak laki-laki, anaknya yang sulung, lalu dibungkusnya dengan lampin dan dibaringkannya di dalam palungan, karena tidak ada tempat bagi mereka di rumah penginapan. Di daerah itu ada gembala-gembala yang tinggal di padang menjaga kawanan ternak mereka pada waktu malam“. (Lukas 2:6-8)

Di dalam ayat di atas, ada mengatakan yang gembala-gembala tinggal di padang rumput untuk menjaga ternakan mereka pada waktu malam, ini menunjukkan yang musim itu bukanlah musim hujan mahupun musim sejuk. Dalam Adam Clarke Commentary, jelas mengatakan yang aktiviti-aktiviti gembalaan seperti yang dinyatakan dalam Lukas 2:2-8 berlaku dalam musim bunga atau musim panas:

It was an ancient custom among Jews of those days to send out their sheep to the fields and deserts about the Passover (early Spring), and bring them home at commencement of the first rain…..the first rain began early in the month of Marchesvan, which answer to part of our October and November. We find that the sheep were kept out in the open country during the whole summer.

[Menjadi kebiasaan kuno di antara orang-orang Yahudi pada masa itu untuk menghantar domba mereka ke ladang dan padang pasir semasa hari Paskah (awal musim bunga) dan membawa mereka pulang pada permulaan hujan pertama....hari hujan pertama bermula pada awal bulan Markhesvan yang memenuhi sebahagian daripada bulan Oktober dan November. Kami mendapati bahawa domba dibiarkan di ladang terbuka selama musim panas.

Jadi terbuktilah bahawa sambutan hari Krismas pada tarikh 25hb Disember adalah satu kesilapan masa. Tiada seorang pegembala pun yang sanggup tidur bersama-sama dengan ternakannya di padang rumput pada musim hujan mahupun pada musim sejuk. Bayangkanlah bagaimana keadaan ternakan itu jika ianya diletakkan di padang rumput sepanjang malam pada musim sejuk? Ini jelas adalah satu salah faham di dalam ajaran agama Kristian yang telah dibuktikan dari Alkitab (Bible) mereka sendiri.

Apa yang menariknya ialah kitab Lukas lebih menepati apa yang Allah s.w.t. Firmankan dalam Surah Maryam, ayat 24 hingga 26, iaitu kelahiran Nabi Isa a.s. bukanlah pada musim hujan mahupun musim sejuk, sebaliknya ia adalah pada musim bunga ataupun musim panas.

Mengapa 25 Disember?

Sebenarnya 25 Disember telah disambut sejak sebelum dari kelahiran Nabi Isa a.s. lagi bagi memperingati ulang tahun kelahiran dewa matahari mengikut mitos kepercayaan masyarakat Romawi (Rom) kuno. Oleh sebab agama Kristian telah diterima oleh kerajaan dan rakyat Romawi pada kurun ke-4 Masihi, maka perayaan pada 25 Disember tadi telah diadaptasi menjadi perayaan Krismas kerana pemuka-pemuka agama Kristian ingin menjaga hati orang-orang Romawi yang baru menerima agama tersebut. Akhirnya, pada tahun 350 Masihi Pope Julius 1 (337 – 352M) telah mengistiharkan secara rasminya yang perayaan Krismas adalah hari suci bagi gereja Katholik.
Dalam The Encyclopedia Americana, di bawah tajuk “Christmas”, ada mengatakan:

“CHRISTMAS, the ‘Mass of Christ’— In the 5th century the Western Church ordered it to be celebrated forever on the day of the old Roman feast of the Birth of Sol (the Sun) —. Among the German and Celtic tribes, the Winter Solstice was considered an important point of the year, and they held their chief festival of Yule to commemorate the return of the burning-wheel (the sun).”

[Krismas, hari "Misa Kristus" -- Pada abad ke-5, Gereja Barat mengarahkan bahawa ia diraikan untuk selamanya pada hari perayaan Rom kuno untuk menyambut hari kelahiran Sol (matahari) -- Di kalangan puak-puak Jerman dan Celtic, Solstis musim dingin dipercayai sebagai tarikh tahunan yang penting, dan mereka mengadakan perayaan utama Yule untuk memperingati kepulangan roda yang terbakar (mahatari).

Maka jelaslah kepada kita yang sambutan hari Krismas bukanlah berasal daripada ajaran agama Kristian itu sendiri, tetapi telah diadaptasi dari kepercayaan karut Romawi kuno. Ini tidak seperti ajaran Islam yang tegas menghapuskan semua perayaan kebatilan kepada para penganutnya sepertimana peristiwa yang diriwayatkan oleh Anas r.a.
Semasa Rasullullah s.a.w. sampai ke Madinah dan penduduk Madinah ketika itu sedang manyambut perayaan selama dua hari, bertanyalah Rasulullah s.a.w kepada mereka tentang apa yang mereka rayakan itu. Setelah diberitahu yang sambutan itu adalah sambutan sejak dari sebelum mereka memeluk agama Islam lagi, maka Rasullullah s.a.w. menjawab yang Allah s.w.t. telah menggantikan perayaan itu dengan dua perayaan Islam (iaitu Aidilfitri dan Aidiladha).
Dengan cara itu, maka terhapuslah segala perayaan yang tidak islamik sebelum era kedatangan Islam.

Hukum Menyambut Krismas Bagi Orang Islam

Islam amat menggalakan sifat kasih sayang dan hormat-menghormati di dalam semua aspek kebaikan sesama manusia, sekalipun fahaman atau anutan mereka adalah berbeza. Walau bagaimanapun, Islam tetap meletakkan had dan sempadan apabila sesuatu perkara itu menjejaskan akidah penganutnya. Seperti yang telah disentuh di atas, sambutan Krismas adalah satu bentuk salah-faham dalam agama Kristian daripada 3 segi:

1. Mengikut buku Istilah Agama Kristian, Bahasa Inggeris – Bahasa Malaysia (di atas) mengatakan yang sambutan Krismas adalah sambutan ‘hari lahir Tuhan Yesus’. Jadi ini sama sekali bertentangan dengan aqidah Islamiah yang meyakini Allah itu Esa dan tidak berbilang.
2. Tarikh 25hb Disember bukanlah tarikh kelahiran Nabi Isa a.s. yang sebenar.
3. Tarikh 25hb Disember sebenarnya adalah sambutan kelahiran dewa matahari bagi orang-orang Romawi kuno, jadi sambutan itu adalah sebuah perayaan kabatilan.
Sambutan Krismas adalah sambutan syirik orang-orang Kristian menyambut kelahiran tuhan mereka ke dunia yang dipanggil dalam bahasa Ibrani sebagai “Immanuel” (“Tuhan menyertai kita”)5. Oleh sebab itu, Islam tidak membenarkan sama sekali umatnya untuk terlibat serta dalam apa juga bentuk sambutan hari Krismas, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung walaupun hanya dengan mengatakan, “Happy Christmas” atau “Merry Christmas” sekalipun.

Oleh itu, hukum menyambut Krismas dalam apa bentuk sekalipun adalah haram dan ditakuti boleh membawa kepada syirik. Umat Islam tidak dibenarkan untuk tolong-menolong dalam melakukan ketidaktaatan kepada Allah s.w.t, seperti Firmannya:

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (Qur’an 5:2).

Nabi Muhammad s.a.w. dalam satu hadisnya mengingatkan kita tentang meniru atau menyerupai ajaran sesuatu kaum yang lain, sabdanya,

“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka ia akan dibangkitkan bersama kaum itu.” (riwayat Abu Daud)
Maka dibimbangi jika ada di antara kita yang terlibat sama dengan penganut agama Kristian dalam menyambut Krismas, maka di akhirat nanti kita akan dibangkitkan bersama dengan mereka, wa nau’zubillah.
Kita sewajibnya mengelakan diri terbabit dalam perayaan kebatilan ini sebagaimana Firman Allah s.w.t:
“…dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.” (Qur’an 25:72)

Ada di antara ulama yang menafsirkan “perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah” termasuklah menyambut perayan-perayaan yang batil, tafsiran ini termasuklah tafsiran Mujahid dan Ibnu Sireen. Jadi sudah jelas kepada kita apa itu sambutan hari Krismas. Semoga kita bersama-sama dapat menyampaikan perkara ini kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat agar dapat terhindar dari melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah lagi merosakkan akidah ini.

Tuesday, 27 December 2011

DAILOG AGAMA 'YES' DAN PLURALISMA AGAMA 'NO'





Di Malaysia sebagai sebuah negara yang 'multi religion dan races', masing-masing pihak cuba menonjolkan agamanya sahaja yang benar. Bagi penganut bukan Islam mereka sudah berani untuk mengatakan bukan agama Islam sahaja yang sewajarnya diiktiraf sebagai agama rasmi di dalam perlembagaan tetapi juga perlu turut memasukkan agama-gama lain. Dengan berbuat demikian kononnya  ia diyakini akan membawa erti perpaduan dan kerharmonian yang sebenar-benarnya.Begitu juga ia akan mengambarkan Malaysia adalah negara yang benar-benar demokratik dan menyanjung hak asasi manusia.Apa yang mendukacitakan dalam menghadapi isu-isu seperti ini ramai di kalangan umat Islam sendiri yang keliru. Bahkan sebahagian mereka mengiakan tuntutan golongan 'liberal dan sekular' ini tanpa melihat dalam kontek Perlembagaan dan perspektif aqidah dan ajaran Islam sendiri. Justru, bagaimanakah sikap kita sebagai seorang Muslim ketika berhadapan dengan isu seperti ini ?


Sebagai Muslim sewajibnya kita meyakini  hanya Islam satu-satunya agama yang benar. Yang lain itu adalah rekaan manusia dan penyelewengan yang tidak diterima oleh Allah.Ini berdasarkan keterangan Allah di dalam al-Qur'an " Sesungguhnya Agama yang diredhai oleh Allah hanyalah Islam". "Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi melainkan agama Islam. Meyakini sifat kebenaran agama Islam dan ketinggian agama Islam adalah pegangan aqidah seseorrang individu Muslim. Prinsip ini mesti dipegang sampai mati. Prinsip ini sama sekali tidak boleh ditolak ansur.


Walaubagaimanapun Islam merupakan agama yang bersifat universal ('alamiyyah). Ia diturunkan oleh Allah SWT kepada seluruh umat manusia, ia tidak membeza-bezakan antara lelaki dan wanita, antara yang berkulit putih mahupun hitam. Islam tidak pernah sekali-kali mengajak kepada sifat 'ketaksuban' bahkan Islam
mengizinkan bukan Islam untuk bersama-sama tinggal di tanahair yang satu dengan penuh aman dan bahagia. 

Al-Qur'an al-Karim dengan jelas menyatakan secara berulang kali bahawa Islam merupakan agama yang bersifat 'universal' sehingga mengulang sebanyak lebih 70 kali kalimah  al-'alamin yang membawa maksud alam sejagat atau sekalian alam. Menurut Qatadah sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Qurtubi dalam tafsirnya kalimah   al-'alamin merupakan perkataan jamak bagi alam yang bermaksud semua yang wujud melainkan Allah SWT. 

Antara sumber wahyu yang merakamkan kenyataan ini adalah firman Allah SWT di dalam surah al-Anbiya' ayat 107 yang bermaksud:  "Dan tidaklah kami mengutuskan engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada sekalian alam". Menurut Ibnu Kathir dalam tafsirnya di dalam ayat ini Allah SWT mengkhabarkan bahawa Dia menjadikan Muhammad sebagai rahmat bagi mereka (umat) semua, barangsiapa yang menerima rahmat ini lalu beriman dan membenarkannya maka dia beroleh rahmat dan sesiapa  yang melakukan sebaliknya maka dia akan kerugian di dunia dan akhirat.

Ini jelas menunjukkan bahawa setiap muslim perlu sedar dan insaf bahawa tanggungjawab mereka begitu besar kerana menganuti  suatu agama wahyu yang melampaui segala fahaman mahupun doktrin kepercayaan manusia apalagi istilah moden yang sering mengaitkan agama dengan tabiat tertentu sama ada inklusif ataupun eksklusif.

Inklusif dan Eksklusif 

Pada asasnya perbahasan mengenai inklusif dan eksklusif dalam beragama lahir daripada faham pluralisme agama yang lahir dengan berlatarbelakangkan sejarah agama Kristian di Barat. Buktinya pelopor pluralisme agama adalah William Cantwell Smith, John Hick, Hans Kung atau Leonard Swindler yang kesemuanya adalah para pemikir teologi Kristian. Sekiranya dikaji dari sudut kefahaman terhadap pluralisme agama, terdapat beberapa aliran pemikiran yang cuba mentafsirkan pluralisme agama itu dengan persepsi masing-masing. Pertama, kenyataan bahawa semua agama itu baik dan benar, iaitu dari sudut setiap pemeluk atau penganutnya. Ini berdasarkan bahawa setiap penganut agama akan menganggap agamanya adalah yang paling baik dan benar. 

Kedua, kebenaran dan keselamatan agama itu ada dua jenis; pertama kebenaran eksklusif dan keduakebenaran inklusif. Kebenaran eksklusif adalah kebenaran tertentu yang hanya diyakini oleh agama tertentu sahaja dan tidak dalam agama lain. Contohnya doktrin tentang konsep 'triniti' hanya dipercayai dalam agama Kristian sahaja dan tidak diterima dalam agama Islam. Manakala kebenaran inklusif pula adalah seumpama konsep berkasih sayang yang dianjurkan oleh agama Islam, juga dianjur dan digalakkan oleh penganut semua agama.

Dalam memahami pluralisme agama menurut perspektif yang kedua ini terdapat di kalangan intelektual Islam menganggap bahawa inilah yang dimaksud oleh keseluruhan isi syariah Islam dalam konteks hubungan antara masyarakat berbilang agama yang menggalakkan umat Islam bertoleransi dengan bukan Islam. Bermaksud umat Islam dibenarkan bertoleransi dengan umat bukan Islam pada perkara-perkara yang bukan eksklusif tetapi ditegah sekiranya ia melibatkan perkara-perkara yang eksklusif menurut Islam seumpama yang bersangkut soal akidah dan kepercayaan atau iman dan tauhid. 

Manakala persoalan syariah atau fiqh pula dianggap  sebagai inklusif dan boleh dikompromi dalam keadaan-keadaan tertentu demi untuk menjaga hubungan baik dan keharmonian beragama. Sikap eksklusif yang bersifat suka mendakwa bahawa agamanya benar dan selainnya adalah tidak benar hendaklah tidak dijelmakan dan harus dikawal dan dididik agar tidak menimbulkan kekeruhan hubungan antara Islam dan bukan Islam. 


Sunday, 25 December 2011

Panduan Menghadiri Majlis-Majlis Perayaan Keagamaan Agama Bukan Islam

 

Sejak kebelakangan ini, ramai umat Islam secara sedar atau tidak  telah terlibat merayakan perayaan keagamaan agama bukan Islam. Suasana kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia memungkinkan aktiviti seperti ini diadakan antaranya bertujuan untuk memupuk perpaduan antara pelbagai penganut agama dan kaum. Majlis-majlis ini bukan sahaja melibatkan orang awam  tetapi juga melibatkan pembesar-pembesar negara atas nama program kerajaan. Persoalannya, sejauhmanakah amalan ini benar-benar menepati kehendak  ajaran Islam. 

Sedangkan di dalam Islam secara jelas dinyatakan ia adalah haram untuk merayakan atau merestui kepercayaan agama-agama bukan Islam. Ia dianggap perbuatan Syirik dan boleh merosakan aqidah seseorang. Juga amat dibimbangi perbuataan ini juga boleh menyuburkan kepercayaan 'Pluralisma Agama' iaitu fahaman yang mengatakan semua agama adalah sama sahaja. Kepercayaan tersebut boleh membawa seorang Muslim menjadi Kufur dan terkeluar dari Islam. Sebagai garis panduan kepada sekian Umat Islam berikut diutarakan pandangan Majlis Fatwa Kebangsaaan berkaitan perkara berkenaan;

 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 Apr 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa;
Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;


1. Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan      dengan akidah Islam.
Maksud “bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.
Contohnya;


i. menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya.
ii. menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.
iii. meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain  pada anggota tubuh.
iv. memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.
v. tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam. 

2. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.
Maksud “bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.
Contohnya:
i. Memakai pakaian berwarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang melambangkan agama;
ii. Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya;
iii. Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau memecah kelapa;
iv. Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya.

3. Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini.
Maksud “bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam Negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Contohnya:
i. Percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan;
ii. Berpakaian yang menjolok mata;
iii. Mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai senikata berunsur lucah serta pemujaan;
iv. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik, laga ayam dan sebagainya.

4. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”.
  
Maksud “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyinggung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.
Contohnya:
i. Ucapan-ucapan atau nyanyian berbentuk dakyah keagamaan bukan Islam;
ii. Ucapan-ucapan yang menghina umat Islam;
iii. Ucapan-ucapan yang menghina agama Islam;
iv. Persembahan yang bertujuan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.

5. Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.



Dengan memahami pandangan Ulama berkaitan perkara di atas, diharapkan umat Islam akan lebih berhati-hati ketika menghadiri atau merayakan sambutan hari-hari kebesaran dan perayaan keagamaan agama bukan Islam. Perkara ini amat penting agar aqidah umat Islam sentiasa berada dalam keadaan benar dan sahih. Aqidahlah yang akan menyelamatkan individu Muslim itu di dunia dan juga di akhirat.

Saturday, 24 December 2011

HARAM MEMAKAI BAJU MENYAMAI SANTA CLAUS




Menjelang 25 Disember setiap tahun penganut Kristian seluruh dunia akan menyambut perayaan Krismas. Perayaan Krismas merupakan perayaan agama bagi seluruh penganut Kristian sebagaimana perayaan Aidil Fitri bagi orang-orang Islam. Sepanjang perayaaan Krsimas ini banyak amalan-amalan keagamaan Krsitain diadakan bagi penganut Krsitian merayakan dan membesarkannya seperti pergi ke gereja, budaya santa claus dan lainnya.


Persoalan yang timbul di sini ialah apakah hukum bagi orang Islam merayakaan perayaan-perayaan keagamaan agama lain bukan Islam termasuk Kristian termasuk pengunaaan symbol-simbolnya termasuk berpakaian Santa Claus dan lainnya. Berikut adalah hukum hakam berkaitan amalan-amalan tersebut;


Mufti Kerajaan Negeri Johor Mefatwakan Haram Berpakaian Menyerupai Santa Claus

2010/12/24
JOHOR BAHRU: Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin menasihatkan umat Islam supaya tidak memakai pakaian atau perhiasan yang menyamai 'Santa Claus' kerana ia bercanggah dengan seruan Nabi Muhammad.

Katanya, kebanyakan umat Islam di negara ini tidak sedar dan kurang pengetahuan mengenai ilmu agama hingga menyebabkan mereka turut serta meraikan perayaan Krismas yang disambut penganut Kristian. Setiap kali menjelang 25 Disember, ada antara orang Islam memakai pakaian itu. Bagi saya, hukumnya haram kerana ia boleh mempengaruhi dan memesongkan akidah seseorang Islam itu. Baru-baru ini, saya ada menerima aduan daripada orang ramai yang prihatin mengenai perkara ini malah ada yang meluahkan perasaan sedih kerana ada segelintir masyarakat Islam sanggup berpakaian seperti Santa Claus, " katanya 


Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam’

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
1.    Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
 
2.    Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
 
3.    Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.


Pandangan Ulama Salaf
Ibnul Qayyim  dalam Ahkam Ahlu Dzimmah menyatakan ;
Adapun memberi ucapan selamat pada syi’ar-syi’ar kekufuran yang khusus bagi orang-orang kafir (seperti mengucapkan selamat natal, pen) adalah sesuatu yang diharamkan berdasarkan ijma’ (kesepakatan) para ulama. Contohnya adalah memberi ucapan selamat pada hari raya dan puasa mereka seperti mengatakan, ‘Semoga hari ini adalah hari yang berkah bagimu’, atau dengan ucapan selamat pada hari besar mereka dan semacamnya.” Kalau memang orang yang mengucapkan hal ini bisa selamat dari kekafiran, namun dia tidak akan lepas dari perkara yang diharamkan. Ucapan selamat hari raya seperti ini pada mereka sama saja dengan kita mengucapkan selamat atas sujud yang mereka lakukan pada salib, bahkan perbuatan seperti ini lebih besar dosanya di sisi Allah. Ucapan selamat semacam ini lebih dibenci oleh Allah dibanding seseorang memberi ucapan selamat pada orang yang minum minuman keras, membunuh jiwa, berzina, atau ucapan selamat pada maksiat lainnya.
Banyak orang yang kurang paham aqidah seseorang akan rosak kerana ucapan seperti itu. Ramai yang jahil berkaitan perkara berkenaan. Oleh karena itu, barangsiapa memberi ucapan selamat pada seseorang yang berbuat maksiat, bid’ah atau kekufuran, maka dia pantas mendapatkan kebencian dan murka Allah Ta’ala.”
Syaikh Muhammad bin Shalih Al ’Utsaimin mengatakan, ”Ucapan selamat hari natal atau ucapan selamat lainnya yang berkaitan dengan agama kepada orang kafir adalah haram berdasarkan kesepakatan para ulama.”
Sebaiknya kita tidak menyuburkan sambutan perayaan agama bukan Islam yang boleh menjejaskan aqidah kita sendiri. Pendekatan ini adalah lebih baik. Ini bukan bermakna kita anti perpaduan dan menafikan kepentingan hidup secara harmoni. Pendekatan ini diyakini dapat memelihara maruah agama Islam yang dianuti oleh majoriti penduduk di negara ini. 
Lebih utama daripada itu setiap umat Islam hendaklah menolak fahaman yang menyatakan semua agama adalah sama sahaja atau yang sekarang dipanggil fahaman ‘Pluralisma Agama’ yang sedang diperjuangkan oleh kelompok tertentu di negara ini. Kefahaman ‘Pluralisma Agama’ adalah fahaman sesat lagi menyesatkan dan mereka yang beramal dengannya boleh menjadi Kufur.