Thursday, 1 December 2011

Keranamu Nyah 2-Berlari Ke Syurga Ilahi


Angin kau membawa bahteraku
Ke mana mahumu
Di kamar daku sering bertanya
Mana tempatku di dunia
Tepuk dada tanyalah selera
Jika daku ingin berjasa
Memberikan hidupku makna
Tepuk dada tanyalah selera
Inginku mengenali
Erti hidup yang diberi
Dunia jadi saksi
Liku-liku kan ku harungi

Sejauh mana insan berlari dari Tuhan, pasti hati mereka tetap akur untuk kembali akrab dengan Maha Pencipta. Itulah fitrah hamba yang sentiasa mendambakan Yang Maha Esa dan panduan Agama kudus. Akan tetapi amat sayu di lubuk hati, apabila ada yang merasakan dirinya penuh noda dan serba jelek, malu untuk bergaul mesra dengan golongan agama bagi bersama-sama berlari ke syurga Illahi. Mungkin dek sejarah lampau yang pernah tercoret di dalam diari, membuat mereka trauma dan terus mengasingkan diri.

Memikirkan permasalahan ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial & Komuniti, sekali lagi mengorak langkah berani dengan menganjurkan program Mukhayyam Insan DiSayangi. Mukhayyam selama tiga hari yang diadakan di Pusat Pemantapan Aqidah, Jelebu, Negeri Sembilan ini, telah disertai oleh 17 orang Mak Nyah sekitar Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan. Ia diadakan melalui kerjasama Majlis Agama Islam Selangor, Majlis Aids Malaysia, Al-Iman Motivation & Training dan Pusat Pemantapan Aqidah.

Program yang bertujuan untuk menghilangkan rasa gerun golongan Mak Nyah terhadap golongan Agama dan memberi nafas baru agar mereka tidak rasa disisihi masyarakat telah diisi dengan pelbagai pengisian. Ia disusun dengan pelbagai pengisian rohani dan jasmani. Antaranya ceramah motivasi, peluang kerjaya dan kembara rekreasi.

Tanpa ada unsur paksaan untuk mengikuti aktiviti yang diadun, para peserta dilihat cukup memberi komitmen. Keseronokan dapat dilihat disetiap wajah mereka. Disitulah terungkapnya bait kata-kata dari merasa, amat bertuah kerana dapat mengikuti program ini dan berkesempatan mendekati golongan agama yang jauh berbeza dibayangkan melalui cerita teman-teman.

Menurut Puan Hajah Saimah Binti Mukhtar, Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial & Komuniti, JAKIM, di dalam ucapannya di dalam Majlis Perasmian Penutup, Mukhayyam ini bukan program yang pertama dan terakhir. Ia akan terus diadakan dari masa ke semasa bagi menjelmakan perasaan kasih dan sayang sesama hamba Allah. JAKIM akan terus mendekati golongan Mak Nyah dan menjaga hak mereka mengikut acuan Islam. Beliau turut berharap agar segala santapan aktiviti yang diberikan sepanjang Mukhayyam ini dapat memberi manfaat untuk semua peserta.

Sepanjang Mukhayyam berlangsung beberapa media telah membuat liputan. Antaranya adalah TV9, Harian Metro dan Majalah Al-Islam. Ia bertujuan untuk mempromosikan penawar penyakit stigma di kalangan masyarakat dengan memandang serong golongan Mak Nyah tanpa memberi bantuan dan sokongan kepada mereka. Selain daripada itu mereka turut ingin menyampaikan mesej baru yang dikendong oleh JAKIM kepada seluruh masyarakat.

 jakim image
Hidup Bahagia Tanpa HIV...
 jakim image
Peserta Mukhayyam Insan DiSayangi mengetuai bacaan Yaasin
 jakim image
Beriktikaf di Rumah Allah...
 jakim image
Berkerjasama... Halangan dihadapi tanpa masalah
 jakim image
Berehat seketika... sebelum meneruskan perjalanan meredah halangan
 jakim image
Ustaz... Jangan sisihkan kami dalam mengaji dan memuji Illahi...
 jakim image
Selesai menyampaikan ceramah kerjaya... Datuk Zaman Khan menyampaikan cenderamata kepada Encik Hafiz dari Dagang Halal dengan disaksikan oleh Tuan Haji Zakuan
 jakim image
Terima kasih Datuk... Datuk Zaman Khan menyampaikan cenderamata ikhlas dari Majlis Agama Islam Selangor kepada para peserta selepas menyampaikan ceramahnya
 jakim image
Inilah saf solat kami... Peserta dan urusetia mendirikan solat Isya' berjamaah
 jakim image
Saya mampu melaungkan azan... Adakah saya tidak layak untuk bersama berlari ke Syurga Illahi?
 jakim image
jakim image
Malaysia Boleh... Pakaian tidak menghalang para peserta untuk membuktikan mereka tetap mampu untuk mengatakan mereka boleh
 jakim image
Hasil kreativiti peserta terserlah...
 jakim image
Hanya 15 minit diperlukan peserta bagi menghasilkan gubahan buah-buahan ini
 jakim image
Hanya berbekalkan sebiji tembikai, dulang dan pisau... hasilnya tetap anggun
 jakim image

No comments:

Post a Comment