Wednesday 30 November 2016

Saya tidak khianati Cina Untuk Menyokong RUU 355- King Sing




Berita


Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing menyatakan beliau tidak mengkhianati Cina apabila menyokong pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 - Akta 355.


King Sing yang juga Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) berkata, pindaan akta tersebut tidak mempunyai kaitan dengan pelaksanaan hukum hudud dan beliau berharap masyarakat Cina termasuk pemimpin parti politik mendalami kandungan akta itu.

Persatuan Ulama Sedunia Bermesyuarat di Qatar



Lensa/Galeri


Tn Guru Hj Abd Hadi selaku tim ketua Ulama sedunia bmesy d Qatar bsama Dr Yusof Qardawi, timbalan2 & setiusaha agung. Sblm itu beliau ke India btemu ulama d sana, mnaiki keretapi ke Lucknow. Smoga sukses dlm mnunaikn tugas & misi pjuangn.



Dakwa Suu Kyi Kerana Halalkan Penghapusan Rohingya



Luar Negara

RAKHINE: Kaunselor Myanmar, Aung San Suu Kyi patut diheret ke muka pengadilan atas kesalahan menghalalkan penghapusan bangsa etnik Islam Rohingya di negeri Rakhine.

Pendakwaan terhadapnya perlu dibuat sebagaimana kekejaman oleh pemimpin Khmer Rouge sewaktu rejim Pol Pot antara tahun 1975 sehingga 1979 dan ketua tentera Serb Bosnia, Ratko Mladic yang melancarkan perang pembersihan etnik Bosnia semasa perang 1992-1995.

Pengasas Pertubuhan Dictator Watch, Roland Watson yang dipetik oleh Arakan News Agency berkata, Suu Kyi perlu dipertanggungjawabkan kerana mengetuai pembunuhan Rohingya serta menanam sentimen dalam kalangan rakyat negara ini bahawa etnik Islam itu perlu dihapuskan.

Katanya, asas ideologi rejim Myanmar yang bersifat perkauman dan memperlihatkan penduduk Buddha diletak pada pe­ringkat paling tinggi masyarakat, membenarkan etnik minoriti lain diperlakukan sesuka hati dengan apa cara sekalipun.

Banyak Masakan Yang Dimasak Hari Ini Sangat Tidak Sihat


 

Kesihatan

Seperti mana yang kita ketahui, minyak masak mempunyai kelebihan dan ia juga boleh membawa kesan buruk jika bahan asas itu diambil dalam kuantiti berlebihan.

Menurut sebuah artikel yang disiarkan di laman sesawang Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) bertajuk ‘Baik, Buruk Mikyak Masak’, minyak masak adalah baik kerana ia mengandungi lemak, yang merupakan sumber utama tenaga, selain mengandungi komponen yang membantu penyerapan vitamin seperti AHA, DHA dan vitamin penting yang lain.

Untung Bukan Islam Di Malaysia




Ulasan/Komentar

Untung bukan Islam di Malaysia, nak minum arak ada orang Islam daripada parti kononnya parti Islam generasi kedua tolong pertahankan kenaiakan harga arak. Nak makan babi ada orang Islam tolong lulus RUU BABI tanpa perlu tangguh atau buat perhimpunan RUU BABI. Forum RUU BABI pun tak perlu.

Kalau awak nak bahas RUU BABI mereka akan berhujah Presiden PAS semasa menjadi Menteri Besar Terengganu meluluskan perternakan babi di Terengganu. Mereka ini akan menyokong TGHH pada isu terpilih, ya lebih kurang macam Yahudi yang memilih ayat-ayat Allah yang mana boleh mendatangkan keseronakkan maka mereka sokong.


Monday 28 November 2016

Pilihan Raya Parlimen Kuwait; Pembangkang, Sekutu Menang Hampir Separuh



Kuwait: Kumpulan pembangkang dan sekutu mereka telah memenangi 50 kerusi, hampir separuh kerusi Parlimen, menimbulkan kebimbangan, perbalahan politik segar akan berlaku di negara Teluk yang kaya dengan minyak itu.
Menurut keputusan rasmi diumumkan oleh pihak berkuasa pilihan raya, Nasionalis dan sekutu liberalnya memenangi 24 kerusi. selepas empat tahun membantah, memboikot, ekoran pindaan sistem pengundian utama oleh kerajaan.
Keputusan yang diumumkan pada Sabtu, turut menyaksikan hanya seorang wanita telah dipilih dan minoriti Syiah Islam telah berkurang kepada enam kerusi daripada sembilan pada pilihan raya sebelumnya.
Satu pertiga daripada Parlimen juga merupakan ahli-ahli Parlimen muda dan muka-muka baru.
Kuwait elections1Pilihan raya yang menyaksikan penglibatan kira-kira 70 peratus pengundi di tengah-tengah kemelut isu pemotongan subsidi kerana hasil minyak jatuh.
Emir Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad Al-Sabah telah memanggil pilihanraya mengejut selepas membubarkan Parlimen, disebabkan oleh pertikaian menaikkan harga petrol.
Pengundi Kuwait membuat pilihan menolak ahli-ahli Parlimen lama dan mengekalkan hanya 40 peratus daripada mereka dan hanya dua daripada tiga menteri kabinet untuk dilantik semula.

RUU 355: Pendirian Presiden MCA dialu-alukan


DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .
1. Saya mengalu-alukan kenyataan Presiden MCA dalam satu laporan yang menyatakan bahawa MCA tidak menentang RUU 355 yang diusulkan oleh YB Marang. Tetapi mahukan ia dilaksanakan menurut kerangka perlembagaan.

2. Menurut Malaymailonline; "MCA president Datuk Seri Liow Tiong Lai today said that the party did not oppose the PAS’ private bill seeking to empower the Syariah courts. He said there had been a misunderstanding on MCA’s stand on the matter.

“I think there have been a lot of misunderstandings, saying that we oppose the bill. We just want it to be implemented according to the constitution."

- See more at: http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/mca-not-against-act-355-says-liow#sthash.0roMdkRU.dpuf

AKTA 355 (1965) ADALAH BERPERLEMBAGAAN

1. Suka saya jelaskan bahawa "Akta 355 Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah" telah diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1965 bagi menentukan had bidang kuasa berkaitan kadar hukuman jenayah Syariah yang boleh dibuat oleh Badan Perundangan Negeri, dijatuhkan, dan seterusnya dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah seluruh negara ini.

Friday 25 November 2016

Mayat Marcos Pakai Topeng Selama 23 Tahun



MANILA: Seorang pengurus mayat mendedahkan, mayat bekas diktator Filipina, Ferdinand Marcos yang diawet dan dipamerkan selama 23 tahun adalah asli tetapi wajahnya dipakaikan topeng lilin.

Frank Malabed menjadi pilihan untuk mengawet mayat selebriti dan ahli politik berprofil tinggi berkata, wajah Marcos terpaksa dipakaikan topeng dan memakai rambut palsu kerana ia sudah reput.

"Wajah yang kita lihat sebelum ini adalah topeng lilin tetapi badannya asli dan tidak perlu disembunyikan kerana ditutup dengan pakaian," katanya.

Mayat Marcos akhirnya dikebumikan di Makam Pahlawan di Manila pada minggu lalu selepas 27 tahun kematiannya.

Baru-baru ini timbul spekulasi Marcos sebenarnya dikebumikan secara rahsia beberapa tahun lalu dan mayat dipamerkan itu hanya patung lilin.
Malabed mengawet mayat Marcos di Hawaii sebelum mendiang dibawa pulang ke Filipina pada 1993 dan dipamer dalam keranda kaca.


- Harian Metro

Al-Quran dedah kelemahan psikologi orang munafiq


Dr Muhamad Faisal | .

Orang munafiq tidak mampu menahan emosi dan psikologi apabila diasak dengan pendedahan sifat, identiti dan ciri-ciri nifaq. Mereka secara automatik akan melenting dan berang apabila disebut semua sifat-sifat itu biarpun tidak disebut nama mereka. Al-Quran telah mendedahkan kelemahan psikologi orang munafiq ini di dalam Surah al-Munafiqun: 4.

Maksudnya: (Oleh kerana orang Munafiq berasa bersalah), mereka menyangka setiap jeritan ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasakan mereka. (Pelik sungguh!)

Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari menerima kebenaran)? Surah al-Munafiqun: 4

Orang munafiq ialah mereka bersikap mengelak, mengelat, kurang minat dengan Islam, tidak berapa selesa dengan hukum Islam dan lain-lain. Hatinya lega apabila peminta sedekah tidak datang kepadanya. Mereka lebih selesa kehidupan yg tidak diikat dengan hukum Islam. Lebih parah lagi, mereka suka memberi alasan, malahan menentang usaha ke arah pelaksanaan cara hidup Islam.

Manakala Orang Islam yg sejati pula ialah mereka yang sentiasa berusaha untuk memartabatkan hukum Islam dan melaksanakannya. Segala perintah Allah dijunjung dan cuba dilaksanakan semampu mungkin.

Ketika Nabi Ibrahim A.S. diperintahkan supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S., kedua-duanya berusaha patuh dan memudahkan pelaksanaannya. Apabila Bani Israel diperintahkan menyembelih lembu, mereka banyak pertanyaan, beralasan dan mencari jalan agar dilambat-lambatkan perintah Tuhan.

Mudah-mudahan kita terlindung dari memiliki ciri nifaq dan apatah lagi menjadi orang munafiq

Thursday 24 November 2016

RUU355 Dengan Pindaan Dibentang, Sekali Lagi Penjelasan Sesi Depan



Berita

Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS - Marang) hari ini membentangkan pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355, yang bertujuan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.

Walau bagaimanapun presiden PAS itu memohon penjelasan pada sesi yang akan datang.
Pindaan rang undang-undang itu bertujuan untuk meningkatkan hukuman maksimum kepada 30 tahun penjara, denda sehingga RM100,000 dan 100 kali sebatan.


Hukuman semasa Mahkamah Syariah ketika itu adalah maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam kali sebatan.

RUU 355: Sekretariat Ummat bakal himpun di Parlimen esok



BANGI, 23 Safar 1438H, Rabu – Sekretariat Ummat Menyokong Memperkasakan Akta 355 (Ummat) yang dianggotai lebih 500 badan bukan kerajaan (NGO) Islam akan mengadakan perhimpunan di hadapan Parlimen esok sebagai usaha menggesa ahli Dewan Rakyat menyokong usul berkenaan.

Pengerusinya, Aminuddin Yahaya berkata, perhimpunan itu adalah secara aman yang hanya memfokuskan usaha dan kempen terakhir sekretariat itu untuk mendapatkan sokongan Ahli Parlimen.

"Kita akan berhimpun esok di hadapan Parlimen bersama-sama dengan anggota sekretariat yang lain pada jam 8 pagi sehingga 9.30 pagi.

Maria Chin Ada Kaitan Dengan CIA, Kata Annuar Musa



Berita

KUALA LUMPUR: Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah didakwa mempunyai kaitan dengan Agensi Perisikan Pusat (CIA) menerusi pembabitannya didalam beberapa NGO bersama arwah suaminya pada 1980-an.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, kedua-dua mereka giat bersama National Institute for Electoral Integriti (NIEI), sebuah NGO dibawah pergerakan National Citzens' Movement for Free Electons (NAMFREL) dan Asian Network for Free and Fair Elections (ANFREL).
Ujar Annuar, bekas pegawai CIA, Philip Agee pernah mendedahkan NAMFREL dan ANFREL merupakan alat kepada CIA.

Mengulas lanjut, NIEI ditaja oleh Asia Foundation, yang beroperasi di bawah NAMFREL dan ANFREL.
Katanya, peranan CIA kemudiannya diambil alih oleh sebuah gerakan dinamakan National Endownment for Democracy (NED)

"Ternyata beliau bukan orang biasa tapi merupakan seorang yang punyai latar belakang yang perlu di teliti lebih lanjut," katanya di Facebook, semalam.

Selain NIEI kata Annuar, Maria juga terlibat dengan  NGO hak asasi manusia dan NGO feminis yang pro-LGBT, seperti Women Development Collective (WDC), Empower dan Sisters in Islam (SIS).

Maria kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).Beliau ditahan di pejabat BERSIH di Petaling Jaya pada malam ambang BERSIH 5.
- Malaysian Digest

5 fakta Rohingya yang mengejutkan anda!



Info/Maklumat

Fakta #1: Nama asal Arakan (Rakhine) ialah Rohang. Perkataan Rohingya bermaksud penduduk asal Rohang.

Komen: Jika tanya saya, ada apa pada nama? Ia adalah segala-galanya. Ada sebab kenapa nama Tanah Melayu ditukar kepada Malaysia.

Fakta #2: Undang-Undang Kerakyatan Burma yang dilaksanakan oleh kerajaan tentera pada tahun 1982 telah menafikan status kerakyatan Rohingya. Daripada 1.3 juta populasi, hanya lebih kurang 40,000 orang merupakan rakyat yang sah.
Komen: Setiap perjanjian dan undang-undang mesti ada hitam putih. Mungkin ada sebab juga kenapa kontrak sosial kita tiada dokumen rasminya? Ingat, kuasa sebenar adalah pada tentera dan ekonomi, bukan politik.

Wednesday 23 November 2016

Putrajaya bentang RUU henti penukaran agama Islam sebelah pihak



Berita


KUALA LUMPUR: Putrajaya hari ini membentangkan pindaan terhadap Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) yang akan menghentikan perbuatan menukar agama kanak-kanak sebelah pihak.

Cadangan pindaan itu dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said bagi bacaan pertama di bawah akta itu.
Perkara utama dalam cadangan pindaan itu ialah ia akan diguna bagi mana-mana kes yang masih tertangguh di mahkamah di bawah akta itu.

Pelarian Rohingya dihalang masuk Bangladesh


ASMAA YUSOF | .
Sejumlah umat Islam Rohingya cuba melarikan diri ke Bangladesh akibat kekejaman yang semakin meruncing di barat Myanmar. Demikian menurut penduduk dan pegawai tentera Bangladesh dipetik dari berita Al-Jazeera bertarikh 17 November.

Agensi berita Reuters turut melaporkan situasi yang sama Rabu lalu dengan menyatakan sebahagian penduduk Rohingya ditembak semasa cuba melarikan diri menyeberangi Sungai Naaf yang memisahkan antara Myanmar dan Bangladesh manakala pelarian yang dapat sampai ke seberang pula dihalang pengawal sempadan Bangladesh dari memasuki negara itu.

10 golongan manusia yang didoakan malaikat berserta dalil-dalilnya


Agama

1. Orang berilmu yang mengajarkan kebaikan

Sabda Rasulullah SAW:-
"Sesungguhnya Allah, para malaikat, penghuni langit dan dunia, serta semut yang berada di sarangnya bahkan ikan mendoakan orang yang mengajar manusia lain kebaikan." (Hadith Riwayat at-Tirmidzi)

2. Orang yang suka menderma

Sabda Rasulullah SAW:-
"Tidak ada satu hari pun manusia hidup kecuali dua malaikat yang turun. Salah satu berdoa: 'Ya Allah, kurniakanlah orang yang menderma gantiannya'. Manakala yang satu lagi berdoa: 'Ya Allah, berilah kepada orang kedekut kebinasaan'." (Hadith Riwayat al-Bukhari)

3. Orang yang beribadah selepas solat

Sabda Rasulullah SAW:-
"Para malaikat sentiasa mendoakan sesiapa sahaja antara kamu selama mana dia berada di tempat solatnya dan wuduknya belum batal: 'Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, rahmatilah dia'." (Hadith al-Bukhari)


RUU PAS: Zahid Jemput Ahli Parlimen Islam Hadir Taklimat Khas



Berita

KUALA LUMPUR: Satu taklimat khas untuk semua ahli Parlimen beragama Islam berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 akan diadakan pada Selasa.

Satu notis yang ditandatangani oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa, ahli-ahli Parlimen dialu-alukan untuk menghadiri taklimat itu yang akan diadakan pada pukul 5 petang di Bilik Taklimat di Parlimen.

RUU itu yang dibentangkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bertujuan untuk meningkatkan kuasa mahkamah Syariah bagi mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pesalah, kecuali hukuman mati.



Beberapa pihak telah menyuarakan bantahan terhadap RUU ini, menyatakan bahawa pindaan itu akhirnya akan membuka jalan kepada Mahkamah Syariah untuk melaksanakan hukuman hudud.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, ketika ditemui di lobi Parlimen, mengesahkan kepada The Star bahawa mesyuarat itu akan diadakan pada pukul 5 petang. 

Tuesday 22 November 2016

'Trump toilet' tak mahu ubah Jenama Mereka, Jumpa Mahkamah



Luar Negara


SHENZHEN - CHINA. Pengusaha tandas berteknologi tinggi yang menjual jenama tandas 'Trump Toilet' bertegas tidak akan mengubah nama walaupun namanya mirip Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu dilantik.

CEO Shenzhen Trump Industrial Company Limited, Zhong Jiye mengumumkan perkara tersebut, lapor Shanghaiist.

Zhong berkata, Donald Trump sebelum ini telah cuba berlawan di mahkamah di China berkenaan syarikat yang menggunakan 'trademark'nya tetapi kalah.

"Kami sudah mendaftar nama syarikat pada 2002 dan memperolehi persetujuan hak cipta di Beijing.
"Jika beliau fikir yang kami telah melanggar haknya, beliau boleh mengambil tindakan mahkamah," kata Zhong.
Zhong juga mendakwa 'tidak kenal siapa Donald Trump' ketika nama syarikat tersebut didaftarkan.
Syarikat Zhong sehingga kini telah membuat pelbagai jenis tandas berteknologi tinggi yang berharga setinggi AS$ 800 untuk sebuah.


Syarikatnya juga mendakwa 1 bilion penduduk China menggunakan produknya setiap tahun.

Sindrom ketagih A dalam peperiksaan



Pendidikan


Oleh Muzaffar Syah Mallow


Sudah sampai masanya ketagihan sesetengah pihak untuk memperolehi jumlah A dalam peperiksaan diatasi.
Berapa banyak pun A yang diperolehi tidak akan menjamin kejayaan hidup seseorang dalam menempuh pelbagai jenis cabaran di alaf baru ini.

Ketagihan untuk mendapat sejumlah A dalam kertas peperiksaan dilihat mencapai kemuncaknya terhadap pelajar di sekolah, di mana mereka diberi pendedahan awal mengenai kepentingan untuk memperolehi sejumlah A dengan harapan ia membantu kehidupan mereka di kemudian hari.

Bersih 5 Bukti Gereja Evangelist Rancang PM Baru



Analisis Isu"


Kongres Amerika lebih setengah abad lalu telah mengharamkan pihak gereja dari terlibat dalam sebarang aktiviti politik. Pada tahun 1954, pihak kongres telah meluluskan pindaan undang-undang oleh Senator Lyndon Johnson untuk melarang mana-mana badan amal dan gereja dari terlibat dalam sebarang aktiviti politik.


Tetapi di Malaysia pihak gereja dibawah Bernard Paul, Bishop gereja Katolik mendesak rakyat Malaysia supaya turun dijalanan bersama gerakan Bersih bagi menjatuhkan PM Malaysia sekarang ini. Bersih 5 ini sebenarnya mendedahkan rancangan mereka untuk mendominasi politik Malaysia seterusnya mengadakan transformasi sistematik untuk penguasaan Kristian di Malaysia. 




Perkara ini bukanlah berdasarkan sangkaan semata-mata tetapi telah dibuat kajian secara terperinci di dalam buku Sang Nila Utama and The Lion of Judah yang dikarang oleh Iain Buchanan. Ia mendedahkan rancangan globalist menerapkan doktrin Kristian Zionis dan Dominionism kedalam gereja evangelista. Doktrin Dominion merupakan fahaman baru kristian ingin menegakkan sebuah negara berdasarkan undang-undang bible disamping mengadakan persediaan untuk Christ's Second Coming.

AS keluar dari TPPA pada hari pertama Trump bertugas



Luar Negara


Donald Trump akan memulakan proses membawa AS keluar dari Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik pada hari pertama memulakan tugasnya sebagai presiden, kata tokoh itu semalam.

Menggelarkan perjanjian ditandatangani 12 negara itu sebagai "potensi untuk bencana kepada negara kita" Trump berkata beliau akan memfailkan makluman pemberitahuan untuk menyatakan keinginan Washington menarik diri daripada perjanjian diusahakan Presiden Barack Obama seawal hari pertama beliau bertugas secara rasmi pada 20 Januari akan datang.

9 Amalan Untuk Terhindar Daripada Gangguan Sihir Dan Syaitan!



Petua/Tips


1. Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah.

Amalkan memakan tamar (kurma) 'ajwah dan jika boleh makan bersama tamar madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendaptkan kedia-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

"Barang siapa yang memakan tujuh biji tamar'ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".
(Hadis Riwayat Al Bukhari)
2. Berwuduk Sebelum tidur

Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada meraka. Sabda Rasulullah SAW maksudnya: 
"Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu, Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan anda bersamanya" Malaikat tersebut tidak akan pernah terlali walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: "Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci" (Hadis Riwayat AT Tabraabiy Dengan Sanad Yang Baik)
3. Mengambil berat tentang solat berjemaah.

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. bersikap sambil lewa terhadap solat berjamaah akan menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Friday 18 November 2016

Ini 10 Langkah Yang Saya Lakukan Untuk Didik Anak Agar Tidak Gemar Makan Jajan



Motivasi

Kebanyakkan ibubapa yang saya kenal memberi alasan mereka tidak mampu menghalang anak mereka daripada memakan jajan. Kenapa?

Adakah sudah dididik sebaiknya tentang makanan sihat, kandungan makanan dan diajar membaca label serta kesannya terhadap kesihatan dan perkembangan mereka?

Mahkamah Mesir Gugur Hukuman Gantung Morsi


 

Luar Negara

CAIRO – Mahkamah Rayuan di Mesir yang bersidang semalam mengugurkan hukuman mati yang dikenakan ke atas bekas Presiden Mohamed Morsi.

Ini adalah kejayaan pertama Morsi yang telah melalui 4 perbicaraan berlainan sejak 2013.
Beliau yang merupakan pemimpin Ikhwanul Muslimin digulingkan oleh bekas Ketua Tentera dan Presiden sekarang, Abdel Fattah al-Sisi.

Sejak diguling pada tahun 2013, pertubuhan pempinan beliau, Ikhwanul Muslimin telah disenarai hitam dan cuba dilumpuhkan dengan pembunuhan ke atas ratusan ahlinya dan ribuan lagi dipenjarakan.
Beliau memegang tampuk pemeritahan Mesir melalui pemilihan pilihan raya yang sah mengantikan diktator mesir, Hosni Mubarak.

Morsi sebelum ini mengenakan baju berwarna merah yakni uniform untuk pesalah yang akan dihukum gantung.
“Beliau akan menanggalkan uniform merah berkenaan,” kata salah seorang Peguamnya, Abdel Moneim Abdel Maqsud.

Morsi bagaimanapun diarahkan untuk dibicarakan semula atas tuduhan mengambil bahagian dalam satu insiden di sebuah penjara dan dakwaan kekasaran ke atas polis dalam satu rusuhan pada tahun 2011.

Lima lagi defenden yang dalam kes yang sama akan turut dibicarakan semula. – MYNEWSHUB.CC

Thursday 17 November 2016

Amatan pasca kemenangan Donald Trump




Oleh ALANG IBN SHUKRIMUN

Kegagalan Peranan Media

Kemenangan Trump adalah manifestasi kegagalan media dalam menentukan trend pemilihan. Sebelum ini kita mudah mengagak siapa yang bakal menang Pilihanraya Presiden hanya dengan melihat siapakah yang dikempen oleh CNN, BCC, al-Jazeera dan agensi berita Zionis lain. Tetapi kali ini agak mengejutkan apabila calon tidak popular memenangi pilihanraya.


Trump bermula goyah apabila hanya menang tipis mengatasi beberapa calon lain dalam pemilihan calon Presiden mewakili parti Republican. Sepanjang kempen, media zionis tidak henti melaporkan Trump dari sisi negatif seperti bodoh politik, ganas, tidak matang sehingga ke tahap mendedahkan gambar bogel isterinya.

Wednesday 16 November 2016

Amerika mahu Islam gaya mereka, bukan dari Allah


IMRAN AL-MALIZI | .


Wawancara: “Isu Umat Islam di Timur Tengah” - Dr. Solah Abdul Fattah Al-Khalidi

DUNIA Islam kini seakan membisu daripada membicarakan isu Umat Islam di Timur Tengah terutamanya isu Palestin dan perkembangan berkaitan serangan pemikiran yang melanda gerakan Islam di segenap pelusuk dunia. Namun, Dr. Solah Abdul Fattah Al-Khalidi yang dikenali sebagai tokoh ilmuwan Islam tidak pernah sunyi memperjuangkan isu-isu umat Islam di rantau tersebut. Ikuti temubual koresponden Harakah bersama beliau di ibu negara Amman – Jordan baru-baru ini.

HARAKAH: Apakah jangkaan tuan berkenaan perkembangan politik di Palestin setelah berlaku pertemuan antara pemimpin Hamas-Fatah, Khalid Mishaal dan Ismail Haniyeh bersama Mahmoud Abbas di Qatar pada 27 Okt 2016 baru-baru ini?

DR. SOLAH: Di Palestin terdapat dua aliran. Satu aliran penentangan, pertahanan dan perjuangan jihad yang diketuai oleh Hamas di Gaza dan Tebing Barat. Satu lagi adalah aliran golongan yang berkhidmat kepada Israel ialah Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang dipimpin oleh Mahmoud Abbas dan Muhammad Dahlan daripada golongan Fatah. Mereka ini ibarat khadam kepada Yahudi (Zionis). Terdapat hubungan keselamatan dan penyelarasan perisikan antara PA dan penjajah Israel. PA akan melaporkan apa sahaja aktiviti yang berlaku di Tebing Barat secara konsisten.

20 Tahun Mencari Muntah Ikan Pauh Akhir Bertemu



Rencah/Viral


TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Tiada siapa menyangka seorang nelayan bakal bergelar jutawan selepas menemui muntah ikan paus di pesisir pantai di Muscat, Oman baru-baru ini.

Khalid Al Sinani yang berusia 30-an itu menemui longgokan besar ambergris atau muntah ikan paus ketika menangkap ikan.

Ambergris terbentuk dalam usus paus sperma untuk melindungi sistem penghadamannya daripada objek tajam seperti muncung sotong yang ditelannya ketika makan.
Ia sama ada dimuntahkan atau dikeluarkan menerusi sistem penghadaman dan akan terapung di laut atau dibawa ombak ke pantai.

Bahan berwarna kelabu seperti lilin itu ialah hasil sampingan sistem penghadaman paus sperma yang digelar ‘emas terapung.’

Harganya amat mahal dan menjadi buruan syarikat pengeluar minyak wangi kerana ia menyebabkan reaksi kimia yang menjadikan wangian kekal dan tahan lama.
Gulfnews melaporkan, Khalid menemui muntah tersebut ketika dalam perjalanan pulang dan terhidu bau busuk tidak jauh dari botnya.

“Saya nampak selonggok besar bahan terapung di air dan menggunakan tali untuk menariknya. Beratnya lebih 60 kilogram sedangkan bot saya hanya enam meter panjang.
“Impian saya menjadi kenyataan. Saya sudah menunggu saat ini lebih 20 tahun selepas mula menjadi nelayan bersama ayah,” katanya yang merancang untuk berhenti menjadi nelayan dan mahu hidup mewah.
Khalid dilaporkan menolak tawaran sebuah syarikat pembuat minyak wangi tempatan yang mahu membeli muntah tersebut pada harga RM11,531 sekilo.

Dia bagaimanapun, mahu menjual muntah tersebut dengan 18,000 riyal (RM20,756) sekilo.
Selain itu Khalid turut mahu menceburi bidang hartanah selepas berjaya mendapatkan hasil penjualan muntah paus tersebut.


November tahun lalu, dua warga Oman turut menemui muntah paus di pesisiran pantai Fooshi, selatan Oman dan menjualnya dengan harga 80,000 riyal (RM92,249) kepada peniaga tempatan. – MYNEWSHUB.CC