Friday 30 December 2016

Mazhab facebook



NASRUDIN HASSAN | .

1. Ilmu adalah tunjang yang mengakar kekuatan seorang pendakwah dan pejuang. Bagaimana dakwah Islam dapat disampaikan dan bagaimana pula Islam boleh diperjuangkan tanpa ilmu? Ilmu kepada pejuang, bagaikan modal kepada peniaga. Firman Allah SWT:

وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُوا كَافَّةً فَلَوْلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ

Dan tidaklah wajar orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah sebahagian mereka mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka kembali kelak kepangkuan kaumnya; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah). (Surah At Taubah: 122)

Orang Melayu penduduk asal



Analisis Isu

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Orang Melayu merupakan penduduk asal Tanah Melayu yang dahulunya dikenali sebagai sebahagian Benua Sunda yang tenggelam pada akhir zaman ais, kira-kira 50,000 tahun lalu.

Pengerusi Lembaga Pengelola, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Prof. Datuk Seri Dr. Salleh Yaapar berkata, orang Melayu yang berhijrah ke daerah lain di kawasan Benua Sunda merupakan seorang perantau dan bukan pendatang kerana mereka bergerak dalam lingkungan kawasan sendiri.

Salleh yang merupakan Pensyarah Kesusasteraan Bandingan, Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, kenyataan yang menyebut bahawa orang Melayu merupakan kaum pendatang adalah tidak benar.
“Sebagai contoh, apabila Parameswara bergerak dari wilayah Palembang ke Singapura dan kemudian ke Melaka untuk membina empayar baharu, beliau bukan pendatang yang datang ke Melaka atau Semenanjung, sebaliknya seorang perantau yang bergerak di dalam wilayahnya sendiri.

Rusia umum gencatan senjata Syria mulai tengah malam ini



Luar Negara


MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin hari ini mengumumkan gencatan senjata antara kumpulan pembangkang dan kerajaan Syria mulai tengah malam ini.

Pihak bertelagah juga bersedia untuk memulakan rundingan damai, kata Putin, selepas Moscow, Iran dan Turki menyuarakan kesediaan untuk menjadi orang tengah dalam mencari penyelesaian kepada perang Syria yang berlarutan sejak 6 tahun lalu.

Thursday 29 December 2016

Kenali Tuan Guru Sheikh Toyyib al-Makki


http://kerabubersuara.blogspot.my/ | .

ARIFBILLAH TUAN GURU SYEIKH TOYYIB AL-MAKKI RAHIMAHULLAH

Kenali Ulama Rabbani:

Tuan Guru Sheikh Toyyib al-Makki merupakan salah seorang daripada ulama' yang sempat bertalaqi dengan al-alamah Sheikh Wan Ismail bin Wan Abdul Qadir al-Fathoni (Pak Da'eil) yang merupakan seorang ulama' Makkah yang alim dan faqih tauhid yang mana mempunyai ribuan anak murid di seluruh dunia.

Tuan Guru juga sempat bertalaqi dengan beberapa ulama' muktabar Makkah pada ketika itu seperti al-Musnid Dunya Sheikh Yassin Isa al-Fadani, al-alamah Sheikh Abdul Qadir al-Mandiling, al-alamah Sheikh Hassan Masyath dan banyak lagi.

Lima kisah ajaib ketika tsunami Aceh


Lima kisah ajaib ketika tsunami Aceh
Kubah Masjid Al-Tsunami yang hanyut oleh gelombang tsunami Aceh.


PADA tarikh ini, 26 Disember tahun 2004, Aceh dilanda gempa bumi besar, di susuli dengan bencana tsunami yang telah menyebabkan ratusan ribu terkorban dan akibat daripada bencana itu.

Sejak itu, Aceh telah menjadi sebuah tempat yang diibaratkan 'seperti padang jarak padang tekukur'.

Ya kini, 12 tahun peristiwa itu berlalu, namun kisahnya masih meniti di bibir kita sehingga ke hari ini, ianya telah memotret pelbagai kisah suka dan duka, tidak juga ketinggalan kisah-kisah aneh dan ajaib antaranya lima kisah menakjubkan daripada sejumlah mereka yang terselamat antaranya, kisah seorang nenek tua yang diselamatkan oleh seekor ular.

Amerika pun tak kebal politik patriotismanya?


SUBKY LATIF | .
KEMENANGAN Donald Trump dalam pilihan raya Presiden Amerika 8 November, 2016 lalu diragui ketulenannya oleh sebahagian masyarakat Amerika sendiri.
    
Dikatakan kemenangan besarnya adalah atas bantuan Rusia atau ia ditembusi oleh campur tangan asing.
   
Bukan sekadar pembangkang Parti Demokrat mentakwil kesahihan kemenangan Donald Trump dari Parti Republikan itu, bahkan CIA, pusat risik Amerika terhandal di dunia ikut percaya kemungkinan itu.
   
Justeru pengumuman rasmi Donald Trump sebagai Presiden Amerika ke-45 ditangguh hingga lebih sebulan selepas kemenangannya. Awal minggu ketiga Disember baru dapat disahkan dia pengganti Presiden Obama pada 20 Januari nanti setelah ia meraih 270 Electoral College, undi yang diperlukan sebagai pemenang pilihan raya itu.

Resolusi PBB berkaitan Palestin, veto Amerika sejak 1967


Eramuslim.com | .

Eramuslim – Jum’at 23 Desember 2016, 14 negara anggota tetap dan tidak tetap Majlis Keselamatan PBB meluluskan rancangan resolusi nombor 2.334 berkaitan penamatan aktiviti pembangunan pemukiman Yahudi di tanah Palestin.

Amerika Syarikat yang menjadi sahabat dan negara penjaga Zionis Israel untuk pertama kalinya lebih memilih berkecuali dan tidak menggunakan hak vetonya melindungi pemerintahan Benjamin Netanyahu.

Turki Tolak NATO, Sertai Blok Rusia



Artikel"

Di Moscow, sehari selepas pembunuhan Duta Rusia ke Turki, menteri-menteri luar dan pertahanan Iran, Rusia dan Turki bertemu untuk mencari penyelesaian isu Syria. Agenda utama adalah konflik Syria dan perang yang telah meragut nyawa sekurang-kurangnya setengah juta orang yang menyebabkan kehilangan separuh daripada penduduk di negara itu.


Apa yang bermula enam tahun lalu di Tunisia sebagai kebangkitan rakyat dan memperoleh nama 'Arab Spring' kini mencetuskan kemusnahan di Yemen dalam perang yang dilaksanakan oleh Arab Saudi dengan persenjataan dibekalkan Barat, pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan di Syria, dan harapan yang dimusnahkan di Mesir. Walau bagaimanapun, mengharapkan bahawa perjumpaan di Moscow dapat menyediakan jalan keluar terhadap tragedi tersebut adalah rendah. Ia hanya memadai untuk mengharapkan gencatan senjata dapat dilaksanakan. 

Turki tidak lagi tunduk kepada NATO
Sidang 'Moscow Declaration’ menunjukan satu perubahan penting iaitu Turki tidak lagi tunduk kepada Amerika dan NATO. Walaupun Turki tidak memutuskan hubungannya dengan NATO dan ia juga tidak membuat sebarang kenyataan yang jelas mengenai hubungannya dengan Amerika Syarikat. Tetapi walau bagaimanapun, Turki telah memulakan perbincangan terbuka dengan Iran dan Rusia tanpa Amerika berada di meja rundingan. Ini dengan sendirinya sudah cukup sebagai kejutan. Semua percubaan sebelumnya oleh Amerika Syarikat dan sekutunya untuk bersetuju mengenai tindakan yang diselaraskan telah menemui kegagalan, kata Ketua Pertahanan Rusia Sergey Shoigu. "Tiada seorang pun daripada mereka mempunyai pengaruh sebenar ke atas keadaan di atas tanah".
'Moscow Declaration' telah ditandatangani oleh ketiga-tiga negara tersebut mengatakan bahawa Iran, Rusia dan Turki adalah bersedia untuk melaksanakan perjanjian yang telah dirundingkan antara kerajaan Syria dan pembangkang, dan menjadi penjaminnya. 

Mereka bersepakat dalam 8 perkara utama, antaranya; 

Wednesday 28 December 2016

Kenapa Amerika inginkan Syria?


ALANG IBN SHUKRIMUN | .

SEKALI fikir, agak pelik apabila Amerika dan kuasa besar dunia bersusah payah mengheret isu Syria ke serata tempat sehingga membawa kepada penggunaan veto. Apa faedah yang mereka akan peroleh jika Syria jatuh ke tangan mereka?

Sekadar sebagai penggerak PBB, Amerika dilihat begitu optimis menangani isu ini seolah-olah ingin memihak kepada pemberontak yang ingin menggulingkan kerajaan sedia ada. Resolusi PBB yang dibatalkan Rusia dan China tidak mematahkan usaha kuasa besar itu untuk mencapai hasrat jahatnya.

Dua Pengikut Tuhan Harun Dihukum Mati



Jenayah

KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, menjatuhkan hukuman mati ke atas dua pengikut Tuhan Harun, atau Harun Mat Saat, selepas didapati bersalah membunuh ketua penolong pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd Malek, tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu terhadap Sumustapha Suradi, 41, dan Shamsinar Abdul Halim, 39, selepas berpuas hati dengan keterangan anak dan isteri mangsa yang mengecam mereka sebagai individu yang menembak mangsa.


Romania tolak cadangan PM wanita Islam pertama



Luar Negara

BUCHAREST: Presiden Romania mencetuskan kekecohan politik terbaru hari ini selepas menolak cadangan parti berhaluan kiri yang memenangi pilihan raya untuk menamakan perdana menteri wanita beragama Islam yang pertama di negara Kesatuan Eropah itu.

Klaus Iohannis tidak memberi sebarang alasan mengapa beliau menolak Sevil Shhaideh, yang dicadangkan parti Social Democrats (PSD), tetapi spekulasi menyatakan ia kemungkinan disebabkan latar belakang suaminya yang ada kaitan dengan Syria.

Monday 19 December 2016

Mansuh hukuman khalwat: G25 galak perbuatan zina



Berita

BANGI, 18 Rabiulawal 1438H, Ahad – Cadangan dan saranan kumpulan yang kononnya dianggotai oleh individu Melayu profesional – G25 berhubung pindaan undang-undang berkaitan khalwat dan memansuhkan hukumannya, dianggap sebagai menggalakkan perbuatan zina di Malaysia.

Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman berkata, individu yang menggalakkan kepada perbuatan jenayah dalam Islam seharusnya ditangkap dan dihukum.


"Apabila mereka menentang undang-undang khalwat yang berkesan mencegah perbuatan zina daripada berlaku dengan mudah, maka itu bermakna mereka menggalakkan zina," katanya kepada Ismaweb, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan yang dikeluarkan kumpulan itu semalam, yang mempersoalkan jenayah khalwat di Malaysia selepas anggota polis dan seorang lagi cedera, ekoran dua sebuan yang dilakukan, baru-baru ini.

Friday 16 December 2016

Hukum menyambut Maulid Al-Rasul


http://www.muftiwp.gov.my/ | .

BAYAN LINNAS SIRI KE-80: HUKUM MENYAMBUT MAULID AL-RASUL
Ditulis oleh Mohamad Razif Mohamad Fuad
Diterbitkan: 11 Disember 2016

Mukadimah

Alhamdulillah, dengan kedatangan 12 Rabi’ al-Awwal, ramai di kalangan umat Islam mengingati peristiwa Maulid al-Rasul SAW walaupun sesetengahnya berpendapat Rasulullah dilahirkan pada 9 Rabi’ al-Awwal. Mereka semua menzahirkan rasa syukur dengan kelahiran insan agung yang mulia ini yang menjadi penyambung risalah Ilahi kepada manusia sejagat. Bersempena dengan Maulid al-Rasul pada kali ini, kami kemukakan dengan panjang lebar isu berkaitan hukum menyambutnya. Kami harapkan Bayan Linnas pada kali ini memberi satu jawapan yang tuntas kepada semua pihak.

Sejarah Sambutan Maulid al-Rasul
Sebagai mukadimah, dinyatakan dalam kitab Al-Bidayah wa al-Nihayah 13/136 al-Allamah Ibn Kathir antara lain beliau memuji Raja al-Muzaffar yang telah menyambut majlis Maulid al-Rasul secara besar-besaran dengan berkata: “Adalah Raja Muzaffar menganjurkan Maulid Syarif pada Rabi’ul Awal dan membuat perhimpunan secara besar-besaran.

Wednesday 14 December 2016

Mengapa pemimpin bukan Islam campuri ehwal Islam?




BELAKANGAN ini, semakin lantang suara pemimpin bukan Islam sama ada yang di dalam Kerajaan, Pembangkang mahupun NGO tertentu yang mendesak itu dan ini mengenai undang-undang Islam.

Apa agenda mereka sebenarnya? Adakah mereka ingin mendapatkan keuntungan politik bagi meraih sokongan pengundi bukan Islam?

Dalam hal RUU 355, mereka begitu lantang menghalang usaha memperkasakan Mahkamah Syariah yang hanya melibatkan orang Islam. Aneh bukan?

Ironinya, apabila Kerajaan Persekutuan membentangkan RUU Pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164), merekalah antara yang begitu berbangga menyambutnya dan menyeru semua pihak menyokongnya tanpa berbelah-bahagi.

Kerana apa?

Tahun 1932 Raja Iraq Bermimpi Sahabat Nabi Supaya Jasad Mereka Dipindahkan


Pada tahun 1932 (tahun 1351H), Raja Iraq yang bernama Shah Faisal I bermimpi dia ditegur oleh Hudhaifah al-Yamani (salah seorang sahabat Nabi) berkata :
King Faisal 1 of Iraq, 1921-1933.
Raja Faisal
" Wahai raja ! Ambillah jenazahku dan jenazah Jabir al-Ansari (juga salah seorang sahabat nabi) dari tepian sungai Tigris dan kemudian kuburkan kembali di tempat yang selamat kerana kuburanku sekarang dipenuhi oleh air; kuburan Jabir juga sedang dipenuhi oleh air. "

Mimpi yang sama berlaku berulang kali pada malam-malam berikutnya akan tetapi Raja Faisal I tidak peduli dengan mimpi itu kerana dia merasa ada hal-hal lain yang jauh lebih penting dalam kehidupannya seperti urusan-urusan kenegaraan. Pada malam ketiga Huzaifah al-Yamani hadir dalam mimpi Mufti Besar Iraq. Huzaifah al-Yamani berkata dalam mimpi sang Mufti itu:

" Aku telah memberitahu raja dua malam sebelumnya untuk memindahkan jenazah akan tetapi nampaknya dia tidak peduli. Beritahukanlah kepada raja agar dia mhau sedikit empati untuk memindahkan kubur-kubur kami. "

Friday 9 December 2016

Amerika Syarikat Beri Dana, Bantu Suu Kyi Hapus Rohingya?



Analisis Isu


Tidak jauh bezanya dengan gerakan Color Revolution yang berlaku di negara lain, gerakan Saffron Revolution di Myammar dipersembahkan kepada seluruh masyarakat dunia sebagai gerakan ultra-liberal-pro-demokrasi yang paling progresif, disokong dengan watak antagonis ciptaan Barat yang paling berjaya; Aung San Suu Kyi, yang dilihat sebagai duta ‘keamanan’ mempromosi nilai demokrasi dan neo-liberalisme di negara terbabit.



Namun di sebalik propaganda ‘kedamaian’ yang dicanang gerakan tersebut, terbongkar sisi gelap demokrasi yang mereka mahukan apabila gerakan Saffron yang diketuai Suu Kyi turun padang bukan kerana hendak mempertahankan hak asasi manusia mahupun kebebasan, tetapi bagi membantah tindakan kerajaan Myammar  memberi status kerakyatan kepada ratusan ribu pelarian Rohingya.
Puak pelampau sami Buddha di Myammar merupakan tulang belakang Suu Kyi dalam Revolusi Saffron beliau.
Menurut satu laporan berita Australia melaporkan bahawa kerajaan Myammar mengumumkan bahawa kad pengenalan kaum minoriti Rohingya yang tidak diberi status kerakyatan akan tamat pada akhir Mac lepas, mengakibatkan mereka kehilangan hak asasi seorang rakyat termasuk hak mengundi.
Laporan itu turut mengeluarkan laporan baru-baru ini berikutan tindakan ektremis Buddha, Wirathu yang menghina dan menggelar wakil UN ke Myammar, Yanghee Lee sebagai pelacur, selepas Lee bertindak mengkritik draf undang-undang yang menindas wanita dan kaum tidak beragama Buddha di negara tersebut.
Wirathu, ektremis Buddha mengetuai Revolusi Saffron pada tahun 2007, membuat bantahan jalanan menyatakan sokongan mereka kepada parti Suu Kyi, National League for Democracy (NLD)
Wirathu, ektremis Buddha mengetuai Revolusi Saffron pada tahun 2007, membuat bantahan jalanan menyatakan sokongan mereka kepada parti Suu Kyi, National League for Democracy (NLD)
Pelik dan aneh apabila gerakan yang dikatakan mempromosi konsep demokrasi Barat bertindak bertentangan dengan idea yang mereka banggakan. Malah gerakan demokrasi Saffron ini bukan sahaja dipelopori oleh blok politik Suu Kyi, malah ditaja berbilion dolar oleh Amerika Syarikat dan United Kingdom melalui organisasi demokrasi mereka, National Endowment Democracy (NED).
Berikut merupakan laporan dana yang dikeluarkan oleh NED pada tahun 2006. Laporan sebanyak 36 muka surat itu menyatakan secara terperinci jumlah yang disalurkan kerajaan Amerika Syarikat dan beberapa badan korporat bagi menaikkan imej Suu Kyi dan ‘gerakan’ beliau:
1. NED telah menyokong sebarang usaha mempromosi demokrasi di Burma sejak tahun 1996. NED memperuntukkan dana sejumlah $2,500,000 pada tahun 2003 dalam penggubalan undang-undang Foreign Operations di negara tersebut.

Thursday 8 December 2016

Penafian mengenai pembatalan kadar baru visa Arab Saudi




PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri dengan ini mengesahkan bahawa laporan mengenai pembatalan kadar baru visa Arab Saudi yang tersebar di dalam media tempatan dan antarabangsa baru-baru ini adalah tidak benar.

Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh, Arab Saudi telah menyemak perkara ini dengan Kementerian Luar Negeri Arab Saudi dan sehingga 6 Disember 2016 tiada sebarang dekri mahupun titah diraja yang dikeluarkan oleh Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman Bin Abdulaziz Al-Saud berhubung perkara tersebut.

Wednesday 7 December 2016

Nikmat lepasi ujian Padang Mahsyar




UKURAN kejayaan hidup manusia tidak dinilai di dunia tetapi Allah SWT jadikan ukuran nilai sama ada berjaya atau tidak ketika berada di Padang Mahsyar nanti.

Diceritakan oleh al-Muhasibi dalam kitabnya Al-Tawahum wal Ahwal, Allah SWT akan mengumpulkan seluruh manusia dan jin di Padang Mahsyar dalam keadaan hina dan tidak ada seorang pun yang bangun berpakaian.Mereka yang dahulunya mempunyai kedudukan, darjat dan pangkat juga akan menjadi rendah serta hina kerana ia bukan lagi menjadi keutamaan pada ketika itu.

 Orang jahat datang dengan keadaan tunduk kepalanya dan penuh ketakutan, malah syaitan juga dibawa dalam keadaan sama di Padang Mahsyar nanti.
Bintang di langit jatuh bertaburan, cahaya matahari dan bulan menjadi pudar seketika, suasana menjadi mendung serta gelap. Langit berputar-putar di atas kepala selama 500 tahun menyebabkan manusia berada dalam kebingungan.


Tuesday 6 December 2016

Raja Salman batal caj visa haji dan umrah, lapor media Arab



Berita


BANGI, 5 Rabiulawal 1438H, Isnin – Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz, dilaporkan mengeluarkan perintah diraja membatalkan caj visa haji dan umrah yang dikenakan sejak awal Oktober lalu.

Anggota Jawatankuasa Tertinggi Haji dan Umrah, Nasir Toruk dipetik Alborsa News sebagai mengesahkan pembatalan caj berkenaan, lapor Middle East Monitor.

Langkah itu dibuat selepas Penjaga Dua Masjid Suci itu menerima bantahan daripada umat Islam di seluruh dunia, berikutan tindakan mengenakan caj visa sebanyak SR2,000 kepada mereka yang mengerjakan ibadah itu buat kali kedua dan berikutnya.

Kenapa DAP Menyembunyikan Peruntukkan kepada agama-agama lain?



Analisis Isu

Saya banyak berhujah dengan puak-puak PAN dan IKRAM yang kini makin menjadi-jadi untuk menjilat apa yang DAP buat seolah-olah DAP ini satu parti yang benar-benar memperjuangkan Islam.

Dalam banyak hal tak semua yang DAP buat itu tak benar, ada yang dibuatnya sangat bagus. Sikap kemantangan berpolitik harus menilai sesuatu dengan 'mata hati' bukan dengan 'nafsu dan dengki'. Seperti yang Presiden PAS menekan dalam muktamar lalu politik matang dan sejahtera. Pasal itu sikap PAS dengan UMNO tidak seperti dulu, kini membuka ruang dakwah dan PAS tidak membangkang membabi buta. Ada perkara baik daripada UMNO perlu kita sokong demi untuk kemakmuran rakyat yang berbilang pandangan dan pendapat politik.

Belajar bagaimana cucu Baginda s.a.w. mengambil jalan damai untuk kepentingan Islam. Jalan damai adalah pilihan terbaik.

Yang ini PAN dan IKRAM tak faham, walaupun mereka belajar sirah nabawiyyah.


Saya dah menjawab pasal Imam Masjid al-Aqsa 'berpeluk' dengan Lim Guang Eng. Ada boleh baca di sini.

Ada forumer laman Tranungkite membuat komen pasal Abu Musa Al-Asya'ari tertipu dalam perjanjian Tahkim. Katanya saya ambil sumber syiah. Untuk makluman anda sirah mengenai perpecahan politik dan mazhab akibat perseketaan Saidina Ali dan Muawiyyah perlu dibaca dihalusi dengan berdasarkan banyak sumber. Jangan kita membaca satu sumber lalu kita menghukum orang lain tak betul membuat kesilapan dalam membuat rumusan. Saya tak pernah membuat rumusan kerana saya bukan penulis sirah. Saya mengambil rumusan daripada satu sumber yang kuat. Apa yang saya simpulkan adalah berdasarkan kepada politik Islam. Ok kita tutup di sini.

Berbalik pula kepada para ta'asud DAP.

Sebelum ini mereka berhujah kata mereka  lihat DAP buat pada Islam. Setelah DAP memerintah peruntukkan kepada agama Islam telah meningkat setiap tahun.

Saya tak menolak ada peningkatan setiap tahun berbanding dengan UMNO yang nama sahaja Islam tetapi mereka perosak agama. 


Gerakan sedia tentang pindaan Akta 355 k'jaan



Berita


Gerakan akan menentang usul untuk meminda AktaMahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, yang akan diambil-alih oleh kerajaan daripada PAS, jika ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Semasa perhimpunan agung tahunan Umno lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan "mengambil alih" rang undang-undang persendirian daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda akta berkenaan.

Mah berkata walaupun Gerakan belum melihat format rang undang-undang kerajaan itu, usul Hadi bagaimanapun tidak mengikut perlembagaan.

"Kerajaan mengambil alih rang undang-undang itu, tetapi kita tetap akan menentangnya jika ia tidak mengikut perlembagaan," katanya kepada pemberita di Petaling Jaya pagi ini.

Monday 5 December 2016

Disambut takbir, Jokowi kejutkan peserta demo anti-Ahok



Luar Negara

JAKARTA, 2 Dis - Presiden Joko Widodo dan Naib Presiden, Jusuf Kalla hari ini menyertai ratusan ribu umat Islam untuk menunaikan solat jemaah di pekarangan Monumen Nasional (Monas) sempena perhimpunan ‘Aksi Damai 2 Disember' di sini hari ini.

Hujan lebat tidak menghalang ratusan ribu umat Islam daripada terus membanjiri jalan-jalan utama di ibu kota termasuk Jalan Thamrin, kawasan Tanah Abang, Jalan Merdeka Selatan, Jalan Merdeka Barat dan sekitar Bulatan Patung Kuda.


Tanda-tanda Penyakit Jantung



Oleh taf4

"Penyakit Jantung adalah musuh utama dunia. Terlalu ramai yang telah menjadi
mangsa. Ada pesakit sendiri tidak mengetahui yang mereka adalah penghidap penyakit jantung.
Apakah anda ada simptom seperti berikut. Jika ada elok anda ke hospital untuk membuat pemereksaan secara terperinci


Diantara simptomnya adalah:

1. Cemas
Serangan jantung boleh menimbulkan rasa cemas atau ketakutan atas kematian.

2. Sakit dada
Memang tak semua sakit dada menjadi penunjuk serangan jantung. Rasa sakit ini kadang diibaratkan seperti dada yang dihempap sesuatu yang berat.

3. Batuk atau bersin terus-menerus
Boleh menjadi simptom sakit jantung akibat pengumpulan cecair di paru-paru.

Seperlima Israel terbakar





Oleh SUBKY LATIF

SEORANG jamaah di surau memberitahu saya, sebuah bandar besar di Israel terbakar dan api merebak ke beberapa lokaliti.  Saya balik melihat stesyen TV CNN. Sepanjang siaran adalah tentang kematian Fidel Castro, pemimpin lbeih setengah abad Cuba. Buka BBC juga tentang kematian Fidel Castro. Al-Jazeera juga tiada berita tentang Israel. Harian yang saya langgan juga tiada mengenainya.


 
Beberapa hari kemudian saya ke kuliah Magrib di masjid. Tok Guru memanfaatkan komputer riba memberi kuliah tentang masjid. Dia menyentuh tentang Masjid al-Aqsa yang baru diharamkan azan oleh Parlimen Israel. Bedebah Israel.
    
Ditunjuknya satu slot sidang Parlimen Israel. Seorang MP Palestin berucap. Muazin dicegah azan di masjid. MP Palestin itu mengambil kesempatan azan dalam perbahasannya. Kecoh. Beberapa MP Israel membantahnya. Dia azan hingga selesai.

Assad tidak layak memerintah, kata Menteri Luar Turki



Luar Negara

ISTANBUL, 3 Rabiul Awal 1438H, Sabtu – Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu menggesa genjatan senjata di Syria serta mendakwa rejim Assad tidak layak memerintah kerana bertanggungjawab dalam pembunuhan beribu-ribu orang di negara itu.

“Tidak dapat dinafikan bahawa Assad bertanggungjawab dalam 600,000 kematian dan seseorang yang mempunyai rekod sebegitu tidak layak mentadbir negara,” kata Cavusoglu ketika ditanya mengenai rejim Assad pada sidang akhbar di Beirut.

Sehubungan itu, Cavusoglu berkata, Turki telah berbincang besama sekutu Assad, termasuk Rusia, Iran, Syria dan Lebanon mengenai jalan penyelesaiaan di Syria.

“Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan telah berbincang ‘tragedi kemanusiaan’ di Aleppo bersama rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin melalui panggilan telefon untuk kali ketiga dalam tempoh seminggu.
“Selepas perbincangan itu, Moscow bersetuju mengenai keperluan untuk menghentikan pertempuran dan peruntukan bantuan di Aleppo, bagaimanapun mereka mengatakan perpecahan dalaman berkaitan konflik itu masih kekal,” kata beliau lapor media antarabangsa.


Pada tahun 2013, rejim Assad memulakan kempen pengeboman secara rambang di bandar hingga mencetuskan krisis kemanusian di bandar Aleppo.

Wednesday 30 November 2016

Saya tidak khianati Cina Untuk Menyokong RUU 355- King Sing




Berita


Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing menyatakan beliau tidak mengkhianati Cina apabila menyokong pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 - Akta 355.


King Sing yang juga Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) berkata, pindaan akta tersebut tidak mempunyai kaitan dengan pelaksanaan hukum hudud dan beliau berharap masyarakat Cina termasuk pemimpin parti politik mendalami kandungan akta itu.

Persatuan Ulama Sedunia Bermesyuarat di Qatar



Lensa/Galeri


Tn Guru Hj Abd Hadi selaku tim ketua Ulama sedunia bmesy d Qatar bsama Dr Yusof Qardawi, timbalan2 & setiusaha agung. Sblm itu beliau ke India btemu ulama d sana, mnaiki keretapi ke Lucknow. Smoga sukses dlm mnunaikn tugas & misi pjuangn.



Dakwa Suu Kyi Kerana Halalkan Penghapusan Rohingya



Luar Negara

RAKHINE: Kaunselor Myanmar, Aung San Suu Kyi patut diheret ke muka pengadilan atas kesalahan menghalalkan penghapusan bangsa etnik Islam Rohingya di negeri Rakhine.

Pendakwaan terhadapnya perlu dibuat sebagaimana kekejaman oleh pemimpin Khmer Rouge sewaktu rejim Pol Pot antara tahun 1975 sehingga 1979 dan ketua tentera Serb Bosnia, Ratko Mladic yang melancarkan perang pembersihan etnik Bosnia semasa perang 1992-1995.

Pengasas Pertubuhan Dictator Watch, Roland Watson yang dipetik oleh Arakan News Agency berkata, Suu Kyi perlu dipertanggungjawabkan kerana mengetuai pembunuhan Rohingya serta menanam sentimen dalam kalangan rakyat negara ini bahawa etnik Islam itu perlu dihapuskan.

Katanya, asas ideologi rejim Myanmar yang bersifat perkauman dan memperlihatkan penduduk Buddha diletak pada pe­ringkat paling tinggi masyarakat, membenarkan etnik minoriti lain diperlakukan sesuka hati dengan apa cara sekalipun.

Banyak Masakan Yang Dimasak Hari Ini Sangat Tidak Sihat


 

Kesihatan

Seperti mana yang kita ketahui, minyak masak mempunyai kelebihan dan ia juga boleh membawa kesan buruk jika bahan asas itu diambil dalam kuantiti berlebihan.

Menurut sebuah artikel yang disiarkan di laman sesawang Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) bertajuk ‘Baik, Buruk Mikyak Masak’, minyak masak adalah baik kerana ia mengandungi lemak, yang merupakan sumber utama tenaga, selain mengandungi komponen yang membantu penyerapan vitamin seperti AHA, DHA dan vitamin penting yang lain.