Monday 5 December 2016

Assad tidak layak memerintah, kata Menteri Luar Turki



Luar Negara

ISTANBUL, 3 Rabiul Awal 1438H, Sabtu – Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu menggesa genjatan senjata di Syria serta mendakwa rejim Assad tidak layak memerintah kerana bertanggungjawab dalam pembunuhan beribu-ribu orang di negara itu.

“Tidak dapat dinafikan bahawa Assad bertanggungjawab dalam 600,000 kematian dan seseorang yang mempunyai rekod sebegitu tidak layak mentadbir negara,” kata Cavusoglu ketika ditanya mengenai rejim Assad pada sidang akhbar di Beirut.

Sehubungan itu, Cavusoglu berkata, Turki telah berbincang besama sekutu Assad, termasuk Rusia, Iran, Syria dan Lebanon mengenai jalan penyelesaiaan di Syria.

“Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan telah berbincang ‘tragedi kemanusiaan’ di Aleppo bersama rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin melalui panggilan telefon untuk kali ketiga dalam tempoh seminggu.
“Selepas perbincangan itu, Moscow bersetuju mengenai keperluan untuk menghentikan pertempuran dan peruntukan bantuan di Aleppo, bagaimanapun mereka mengatakan perpecahan dalaman berkaitan konflik itu masih kekal,” kata beliau lapor media antarabangsa.


Pada tahun 2013, rejim Assad memulakan kempen pengeboman secara rambang di bandar hingga mencetuskan krisis kemanusian di bandar Aleppo.

No comments:

Post a Comment