Thursday 29 December 2016

Resolusi PBB berkaitan Palestin, veto Amerika sejak 1967


Eramuslim.com | .

Eramuslim – Jum’at 23 Desember 2016, 14 negara anggota tetap dan tidak tetap Majlis Keselamatan PBB meluluskan rancangan resolusi nombor 2.334 berkaitan penamatan aktiviti pembangunan pemukiman Yahudi di tanah Palestin.

Amerika Syarikat yang menjadi sahabat dan negara penjaga Zionis Israel untuk pertama kalinya lebih memilih berkecuali dan tidak menggunakan hak vetonya melindungi pemerintahan Benjamin Netanyahu.



Maklumat yang diperoleh Anatolia menyatakan bahawa sejak tahun 1967 Majlis Keselamatan PBB telah mengeluarkan 65 resolusi berkaitan Palestin, dan 42 kali di antaranya gagal akibat veto yang dilakukan Amerika Syarikat.

Barikut masa Presiden AS dan jumlah resolusi Majlis Keselamatan PBB berkaitan Palestin:

1. Di masa Presiden Lyndon Johnson sebanyak 9 kali.

2. Di era pemerintahan Presiden Richard Nixon 7 kali.

3. Masa Presiden Gerald Ford sebanyak 11 kali.

4. Masa Presiden Ronald Reagan sebanyak 17 kali.

5. 8 kali di masa pemerintahan Presiden George Bush

6. 3 kali di masa pemerintahan Presiden Bill Clinton.

7. 9 kali di masa pemerintahan Presiden George W. Bush.

8. Dan satu kali di masa pemerintahan Presiden Barack Obama

No comments:

Post a Comment