Sunday 7 May 2017

Dari IRC, JIM, IKRAM KE PAN



Pernah pada satu ketika dulu saya bertanya pada Presiden PAS TGHH ketika beliau berkunjung ke kampus kami di UK apa itu Ikhwan Alami, dan bagaimana pelajar Malaysia di luar negara boleh terlibat sama.


Beliau menjelaskan Ikhwan Alami tidak muncul tiba-tiba dan IRC tidak muncul tiba. Ia ada susur galur sejarahnya…..pada hakikatnya tidak ada Ikhwan Alami, yang ada ialah ikwan Muslimin, dan ramai dari kalangan Ikhwan Muslimin diburu dan yang dibunuh oleh kerajaan sekular negara masing-masing..seperti Mesir dan Syria….orang Ikwan ini lari ke negara-negara Eropah dan Amerika….mereka migrate dan menjadi PR di negara luar dan kalau mereka kembali ke negara asal, mereka akan dibunuh oleh kerajaan masing-masing. TGHH kenal sebahagian besar dari mereka kerana TGHH sudah berada di Saudi dan Mesir sejak 1969 lagi dan kenali sebahagian besar pimpinan Ikhwan.

Apabila TGHH melawat Amerika dan Eropah, TGHH bertemu dengan pelarian Ikhwan Muslimin ini secara rahsia dan secara terbuka dan meminta mereka supaya mendekati pelajar-pelajar Malaysia yang bakal menjadi orang-orang penting dalam negara 10-20 tahun akan datang. TGHH minta mereka dekati dan terbiyyah pelajar-pelajar dari pelbagai bidang profesional, maka di situlah mula lahir MISG di USA Canada dan IRC di UK. Ahli-ahli ABIM dalam kalangan pelajar turut sama menjadi ahli dalam IRC dan MISG tetapi tidak mendapat tempat dalam pimpinan NGO ini jika mereka pro-Anwar. Puak2 IRC yang tidak setuju dengan cara Ikhwan sebaliknya sokong Ayatolah Khomeni pada akhir 70an dan kemudian mereka tubuh Suara Islam (Islamic Voice) yang mana antara pemimpin Islamic Voice ialah Khalid Samad.


Kumpulan Khalid Samad lebih cenderung pada kumpulan Hizbollah dan Hizbul Tahrir yang pro-Iran dan tidak setuju dengan cara demokrasi. Bagi pelarian pemimpin Ikhwan yg sudah mendekati dan mentarbiyyah pelajar-pelajar Malaysia di Amerika dan Eropah, mereka membawa pemikiran untuk bergerak secara bawah tanah, secara sirr (rahsia), dan menasihatkan pelajar Malaysia tidak menzahirkan identiti sebagai pejuang Islam bila balik Malaysia kerana bimbang akan ditangkap dan dipenjara oleh kerajaan sekular.

Lumrahnya orang yang diburu kerajaan sekular sudah pasti takut berdepan dengan realiti di negara masing-masing. Tetapi waqie (reality) Malaysia tidak sama seperti Mesir dan Syria. Malangnya bila pelajar-pelajar IRC ni balik Malaysia, mereka kritik PAS, mereka kata masuk pilihanraya adalah tidak syarie, dan ahli-ahli IRC tidak boleh masuk PAS sebelum 1990 kecuali beberapa “askar peninjau” IRC seperti Mustafa Kadir dan Dr Zaki UM dengan misi yang jelas.

Apabila PAS sedari akan hal ini dan menjadi satu kerugian kerana ramai pempin pelajar UK dan Amerika tidak bersama PAS, lalu pelajar-pelajar pro-PAS meminta supaya PAS sendiri mentarbiyyah pelajar Malaysia dan bukan lagi murabbi dari pelarian Ikhwan yang menggelar diri mereka Ikhwan Alami. Lalu wujudlah Hizbi Islami di UK dan di Amerika, yang kemudiannya bertukar nama MISNA di Amerika. IRC kekal di UK dan MISG kekal di Amerika.

Pelajar-pelajar pro-Islamic Party tidak lagi berkiblatkan murabbi Ikhwan Alami. Tetapi pelajar-pelajar dalam IRC dan MISG terus berkiblatkan Ikhwan Alami. Selepas penubuhan dua NGO baru ini, barulah kelihatan ramai pelajar termasuk pemimpin-pemimpin dua NGO ni bersama PAS apabila mereka kembali ke tanah air. Sebelum itu, pemimpin2 IRC dan MISG masuk UMNO selepas 1990 secara rasmi untuk membantu Anwar khusus apabila Kelantan jatuh ke tangan PAS. Puak IRC-JIM mulai masuk UMNO selepas 1990, dan mula masuk PAS secara beramai-ramai selepas 1998 setelah Anwar dibuang dari UMNO. Meskipun mereka masuk PAS, mereka tidak masuk dengan misi kosong, mereka masuk PAS dengan misi untuk kuasai PAS sepertimana yang digariskan oleh Shaari Sungib dan Dzulkifli Ahmad dalam kertas Grand Design IRC-JIM.

Apabila mereka gagal kuasai PAS pada tahun 2015, mereka keluar beramai-ramai dan tubuh PAN. Mereka gunakan PASMA sebagai wadah untuk hasut ahli PAS gulingkan kepimpinan ulamak PAS tetapi gagal……selepas Kajang Move, Allah zahirkan wajah-wajah mereka disebalik topeng “Islam Ikhwan Alami” mereka. Kita ucap selamat jalan kepada mereka.

Bukti-Bukti:


No automatic alt text available.
Image may contain: text

GRAND DESIGN IRC-JIM UNTUK KUASAI PAS

Sejak 1985, beberapa orang IRC telah menyerap masuk dalam PAS dan UMNO dengan membawa agenda tersirat mereka setelah berbaiah dengan Amir (MSM) IRC UK. IR. Mulai 1990 ramai ahli IRC-JIM masuk UMNO, dan sebahagian 
kecil masuk PAS. Graduan IRC Mesir tidak berapa suka cara graduan IRC UK yang agresif dan kurang berhati-hati. Selepas 2004, IRC-JIM pecah dua, ISMA dan IKRAM. ISMA ramai dari bekas graduan Mesir, dan IKRAM terdiri dari bekas graduan UK dan USA. Majoriti ahli IKRAM sekarang adalah ahli PAN.

Petikan kertas di bawah ini menunjukkan IRC-JIM dibenar masuk UMNO khususnya dan PAS kemudiannya. Agenda mereka ialah cuba kuasai kedua-dua parti politik ini. Kemungkinan kerjasama dengan parti politik adalah terbuka, dan kemungkinan tubuh parti lain (PAN) boleh dipertimbangkan selepas ahli bergerak dalam satu NGO (tertubuhnya PASMA) 2014 bagi mengumpul tenaga kerja dan menyusun strategi politik.

Mungkin anda tertanya-tanya, kenapa G18 dan GHB tidak menghantar surat rasmi perletakan ahli PAS tetapi terus menerus mengfokuskan kempen kepada ahli PAS untuk menyertai GHB. Ramai kenalan saya memberitahu mereka diajak menyertainya tetapi mereka menolak. Tetapi anda tidak akan hairan jika anda memahami modus operandi mereka ‘jika anda tidak boleh menguasai dari dalam, maka keluarkan ahlinya beramai-ramai.’ Nanti anda akan faham bahawa IRC menubuhkan parti baru bukan kerana tidak puas hati, tetapi memang itu agenda mereka dari dulu, agenda untuk memiliki sebuah parti politik sama ada dengan infiltration (penyusupan) atau tubuh sendiri. Jika anda fikir mendalam, anda akan temui hakikat ini setelah anda renung secara waras alasan-alasan mereka menubuhkan GHB adalah langsung tidak rasional. Kerana kalah? ramai yang kalah dan pasti berlaku setiap pemilihan. Kerana lari dari landasan Islam? Mana buktinya. Kerana lemah? Adakah mereka akan terus kuat dengan parti baru dan kenapa tidak tunggu pemilihan 2 tahun lagi untuk lawan balik?

Jika anda biasa dengan strategi ketenteraan dan politik, mungkin anda akan dengar istilah “Counterinsurgency” dan salah satu strategy yang digunakan ‘if you cannot beat them destroy them’ (jika anda tak boleh kuasainya, hancurkannya).

IRC adalah ringkasan daripada Islamic Representative Council yang ditubuhkan di UK tahun 70an dan bergerak aktif di Malaysia tahun 80an dan cuba menyelinap di dalam parti politik dan persatuan-persatuan Islam tetapi gagal menguasainya. Mereka berjaya mengembangkan pengaruh sekitar 1990an dengan penubuhan NGO. Mereka dilihat mula memasuki semula arena politik secara langsung sekitar akhir 1990an dan mula aktif sepenuh masa dengan politik sehingga kini.

Antara individu yang aktif politik pada hari ini yang disebut namanya oleh Dr Fuad Salleh (selain individu-individu ini makruf di kalangan aktivis-aktivis dakwah) sebagai pemimpin IRC ialah Saari Sungip yang dikenali sebagai Abu Urwah, Dr Abd Rahim Ghouse (mastermind PKR bersama kumpulan Rafizi dan Saifudin Nasution). Menurut Dr Fuad Salleh, ada di kalangan IRC yang radikal dan lebih agresif telah memperkenalkan Parti Negara Islam seperti Khalid Samad, tetapi tidak mendapat sambutan. Apabila tidak mendapat sambutan, mereka telah menggabungkan diri dalam PAS.
(Liku-liku Gerakan Islam Malaysia : M/S 80).
Reply1 hr


Antara tokoh besar lain di peringkat Junior ialah Dr Mujahid Yusof Rawa yang merupakan individu yang telah melalui perkaderan jalur ini.

Modus operandi ini jelas disebut secara bertulis selepas IRC gagal menguasai ABIM daripada dalam. Mereka telah mul
a mengambil langkah melemahkannya dengan menarik keluar seramai mungkin ahli-ahli ABIM.

Di muka surat 22 di dalam kertas Grand Design Harakah Islamiah Syamilah menyebut : “(2) Keluar beramai-ramai : Apabila tiada harapan HIS memanfaatkan ABIM, ikhwah kita diundurkan dengan membawa keluar seberapa banyak ahli-ahli ABIM bersama-sama. Kehadiran jemaah diteruskan dengan beberapa orang sahaja dengan tujuan : mengikuti perkembangan dalam ABIM, menjaga ABIM dari dimanfaatkan oleh musuh. (3)Tubuh Wadah (platform) baru : Oleh kerana hajat HIS kepada wadah yang berfungsi seperti ABIM, penubuhan satu wadah baru yang berdaftar perlu diusahakan.”

Usaha ini adalah yang paling akhir setelah mereka gagal pada langkah pertama dan kedua, iaitu langkah menguasai dari dalam dan langkah menyingkirkan pemimpin-pemimpin asal ABIM. Di muka surat 21 menyebut : “Buat masa ini, qiadah (pemimpin) ABIM menjadi penghalang kepada pengislahan (menguasai dari dalam). Tanpa perubahan dalam pendirian mereka, kita tidak nampak jalan lain kecuali menyingkirkan mereka. Menyingkirkan mereka bukanlah mudah. Perlembagaan ABIM amat menyebelahi JKK Pusat. Kini harapan mengislahkan (menguasai dari dalam) ABIM semakin tipis kerana kemasukan anasir solihat (HIS) disekat (dan) kebencian terhadap Jama’ah meluap-luap, ternyata dengan kempen memburuk-burukkan IRC.”

Taktikal pergerakan ini dikenali sebagai ‘jika anda tak boleh kuasainya, hancurkannya’. Iaitu salah satu cara dan modus operandi “Counterinsurgency” apabila orang politik atau tentera tidak dapat menguasai sepenuhnya sesuatu area atau tempat.

Setelah sebahagian besar pimpinan IRC tidak terpilih di dalam muktamar baru-baru ini akibat beberapa “silap langkah” khususnya penubuhan PASMA dan sokongan DAP terhadap mereka, menjadikan mereka mengambil masa yang lama untuk masuk menguasai semula. Mungkin pimpinan yang ada sekarang boleh ditukar di dalam muktamar akan datang, tetapi mungkin alternatif pada masa itu bukan lagi mereka, tapi orang lain, menjadikan PAS sebagai wadah (platform gagal). Sebab itu jika anda kaji sebab mereka tubuh parti baru, sampai hari ini tiada alasan yang kuat. Jika tidak berpuashati, maka tunggu muktamar akan datang. Apa salahnya?

Tetapi, jika anda tak boleh kuasai, maka hancurkannya. Sebab itu target mereka selepas ini ialah lawan PAS dalam Pilihanraya. Ianya cukup jelas melalui kenyataan Dr Mujahid : “We define ourselves as a progressive Islamic party, and our number one opponent is PAS,” (kami mendefinisikan kami sebagai Parti Islam Progresif dan lawan nombor satu kami ialah PAS). Sekalipun beliau cuba menumpulkan terjemahan The Malay Mail Online tentang “our number one opponent is PAS” sebagai “musuh utama (GHB) ialah PAS”, tetapi beliau tidak memberikan alternatif terjemahan baru ganti kepada ‘musuh utama’ tetapi cuba spin dan divert kepada ‘konteks medan pilihanraya’. Semua faham, mana ada parti politik berlawan di gelanggan tinju atau gusti. Parti politik berlawan di dalam Pilihanraya. Tetapi sampai hari ini (ketika tulisan ini dicatat) Dr Mujahid belum menghantar surat rasmi untuk keluar dari PAS.

Balik kepada pokok utama kita sekarang, modus operandi “tarik ahli keluar beramai-ramai” sememangnya sudah diamalkan dan disebut di dalam kertas HIS/IRC dan individu-individu yang terlibat dalam politik GHB hari ini adalah dari kalangan individu-individu yang terlibat dan lahir dari perkaderan IRC dan HIS.

Sebab itu anda jangan hairan jika mereka enggan meninggalkan PAS sekarang dan menyusun jadual roadshow serta kempen menyertai mereka dalam keadaan mereka masih ahli PAS dan tidak mengisytiharkan keluar PAS sehingga ke hari ini. Sepatutnya mereka hantar surat rasmi keluar PAS sebelum mereka buat roadshow dan sebelum pengisytiharan penubuhan parti baru.

Jangan anda membaca IRC ini sebagai lagenda dan sejarah kerana IRC belum lagi menjadi sejarah justeru modus operandi dan orang-orangnya masih aktif dari 1970an sehingga sekarang. Sekalipun umur penubuhan PAS, UMNO, ABIM dan lain-lain jauh lebih awal daripada IRC dan HIS, tetapi semua pertubuhan-pertubuhan ini belum lagi menjadi lagenda dan sejarah justeru perlembagaan, dasar, individu penggerak dan modus operandi masih lagi berjalan sampai sekarang. Begitu juga dengan IRC dan HIS, oleh kerana individu penggerak, modus operandi dan dasarnya masih lagi berjalan sampai sekarang, maka ia belum menjadi lagenda dan sejarah. Apa yang mengelabui mata anda ialah pergerakan IRC adalah sulit dan bawah tanah, berbeza dengan pertubuhan-pertubuhan lain.
Sekian.
Nota : Nanti saya akan bagi bukti IKRAM cuba menafikan kertas grand design HIS dengan hujah kertas itu tidak diterima pakai selepas itu. Sekali lagi saya tegaskan, saya langsung tidak memaksud IRC adalah IKRAM justeru saya yakin lebih 90% ahli-ahli IKRAM yang cintakan Islam tidak tahu dan apatah lagi terlibat dengan grand design ini. Sepatutnya pimpinan IKRAM tidak respon terhadap pendedahan saya ini sebab sedari awal saya sudah disclaim keterlibatan mereka.


Bukti-Bukti:


Image may contain: text
GRAND DESIGN IRC-JIM TEMUI JALAN MATI

Grand Design IRC-JIM temui JALAN MATI. Jalan keluar ialah dengan berpaut pada DAP.


Yb Shaari Sungip dan Dr Dzulkifli Ahmad terlupa menggariskan pelan jangka panjang dalam kertas Grand Design JIM-IRC pada tahun 1991.

Pada tahun 1990, JIM didaftarkan bawah ROS dan mengumpulkan bekas IRC UK, Mesir, dan Jordan. Mereka semua bekas pelajar Malaysia, golongan elit terpelajar. IRC ditubuhkan sebagai alternatif kepada ABIM apabila Anwar masuk UMNO.

Pada akhir tahun 1990, setelah Kelantan jatuh ke tangan PAS, Anwar menjemput IRC untuk bersama UMNO bagi tangani kebangkitan pengaruh PAS susulan kemenangan PAS merampas Kelantan dari BN-UMNO. Anwar disebut-sebut sebagai bakal PM Malaysia dalam masa yang dekat selepas itu.

Pada tahun 1991, Yb Shaari Sungib dan Dr Dzulkifli Ahmad mengemukakan satu kertas Grand Design kepada Syura IRC berpangkalan di UK di bawah seliaan Ikhwan Alami untuk membenarkan bekas ahli IRC masuk UMNO dan PAS dengan objektif yang jelas: membantu Anwar dalam UMNO mencapi cita-citanya menjadi PM Malaysia dan menguasai UMNO serta menguasai PAS. Dalam kertas kerja tersebut, IRC sebut bahawa IRC tidak percaya kepada ABIM dan IRC akan kuasai UMNO. Lantaran itu, ramai ahli IRC masuk UMNO di ketuai oleh Rahim Ghouse. Dr Dzulkifli masuk PAS tahun 1996 setelah Mujahid mendapat tempat dalam Pemuda PAS.

Pada tahun 1998, Anwar ditendang keluar dari UMNO. Orang ABIM dan IRC turut tercampak keluar. Ada yang kena tangkap bawah ISA, ada yang lari ke Indonesia dan Australia. Ada yang masuk PAS sebelum PKN (PKR) ditubuhkan. Yang masuk PAS antaranya Kamaruddin Jaafar, Anwar Tahir dan beberapa lagi. Mereka masuk dengan arahan dan restu Anwar. Apabila PKN ditubuhkan 1999 dengan bantuan PAS atas nasihat pimpinan Ustaz Fadzl Nor, Shaari Sungib telah ditawarkan sebagai SU Agung PKN tetapi beliau menolak kerana mahu “duduk” dalam PAS dahulu bersama Dr Dzulkifli Ahmad. Sebelum beliau mask PAS, beliau pernah bertanding atas tiket PKN tapi kalah. Rata-rata bekas ABIM dan bekas UMNO yang menjadi pengikut setia Anwar masuk PKN yang kemudian bergabung dengan PSRM menjadi PKR.

Apabila IRC gagal kuasai UMNO, mereka cuba kuasai PAS. Ketika itu JIM-IRC pecah dua kepada ISMA dan IKRAM. ISMA bersama UMNO dan PERKASA apabila PAS menerima gagasan Pakatan Rakyat yang mana DAP ada di dalamnya. IKRAM bersama PAS. Selama lebih 10 tahun, kumpulan JIM-IRC membina kekuatan mereka, memperkudakan Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasarudin sebagai proksi mereka selain Kamarudin Jaafar yang berjaya dilantik sebagai SU Agung PAS melalui perancangan mereka.

Selepas 2008 susulan kemenangan Pakatan Rakyat merampas 5 negeri maka timbullah riak-riak konspirasi yang semakin jelas dalam PAS. Ia bermula dengan persitiwa 16 September 2008 yang menambah kemarahan mereka terhadap Presiden PAS kerana TGHH tidak setuju dengan menawan Putrajaya melalui pintu belakang di mana Wakil Rakyat Sabah yang akan lompat parti dan bergabung dengan Wakil Rakyat DAP, PKR, dan PSM terdiri daripada bukan Melayu dan bukan Islam untuk membentuk kerajaan baru di Putrajaya. Kemudian 2009, berlaku protes 10 budak hitam di Parlimen terhadap TGHH yang kononnya dikatakan oleh Anwar bahawa TGHH mahu bergabung dengan UMNO. 8 budak dari 10 budak hitam terus mengheret isu ini terhadap Presiden PAS sebagai usaha menjatuhkan nama baik beliau dalam PAS.

Akhirnya menjelang 2011, mereka sudah kuasai 60% daripada AJK PAS Pusat. Dendam kesumat marah mereka terus menerus berlaku dengan pelbagai aktiviti dan propaganda melalui Harakah yang mereka kuasai, The Malaysian insider, dan Malaysiakini merendah-rendahkan TGHH. Ketika inilah Mat Sabu “dipujuk’ untuk bersama mereka. Tuan Guru Presiden PAS berada dalam keadaan amat tertekan kerana banyak tikaman belakang dilakukan oleh kelompok ini dalam PAS selepas 2011. Mat Sabu menjadi senjata baru bagi mereka.

Susulan PR menang dalam 2013 di Selangor, PKR melancarkan Kajang Move dalam selimut untuk menjayakan perjanjian sulit antara Anwar dan Najib melalui Konsensus Nasional. Anwar dicadang menjadi MB untuk liase dengan Najib bagi mentadbir Selangor secara bersama antara BN (UMNO) dengan PR (PKR) sebagai syarat pulangan, Anwar akan ke Putrajaya bersama pasukannya.

Mahathir dapat mencium konspirasi ini dan jika KN berjaya, bermakna Mahathir dan kroninya akan hadapai masalah besar untuk berhadapan dengan Anwar, orang yang pernah ditendang keluar dari UMNO dan dipenjarakan. Lalu Mahkamah mendapati Anwar bersalah dalam kes liwat Saiful dan Anwar hilang kelayakan bertanding di Kajang.
Reply1 hr
Kajang Move seterusnya memaksa semua pihak dalam PR untuk terima dan beri sokongan. DAP terpaksa sokong sebab takut kehilangan kuasa di P. Pinang. PAS dipaksa terima DSWA sebagai MB dengan permainan konspirasi IRC-JIM dalam PAS, tetapi Presiden PAS dan Majlis Syura Ulama melihat tindakan memecat Tan Sri Khalid dari PKR dan sekaligus jawatan MB Selangor sebagai satu bentuk kezaliman. Saifudin dan Rafizi tiba-tiba memaparkan 91 halaman salah laku TSKI. Setahun kemudian baru kita ia adalah FITNAH dari Saifudin dan Rafizi terhadap TSKI.

Kemarahan IRC-JIM terhadap TGHH semakin membuak-buak selepas Kedah jatuh ke tangan BN. Lalu kumpulan G18 menubuhkan PASMA pada bulan Nov 2014, satu NGO yang mesti ditubuhkan jika IRC-JIM gagal kuasai PAS. Perkara ini disebut dalam kertas Grand Design yang ditulis pada tahun 1991, iaitu menubuhkan satu NGO sekiranya gagal kuasai PAS, dan NGO ini akan menjadi transisi sebelum satu parti politik diwujudkan.

Lantas PASMA berkempen dari bulan Nov 2014 (bermula ia ditubuhkan di Kedah) hingga 2015 dipimpin oleh Ir Pakhrolrazi di Kedah dan dibantu oleh Ustaz Mat Hussin IRC-JIM Kelantan yang berada di belakang Husam untuk menjatuhkan Presiden PAS. Pelbagai rahsia mereka bocor apabila sebahagian ahli PAS secara individu dan kelompok mengambil tanggungjawab menyelamatkan PAS dengan membocorkan rahsia mereka termasuk konspirasi Hawaii Five O yang dikaitkan dengan Dr Hatta, pembocoran Whattsapp JK PAS Pusat yang dikaitkan dengan Khalid Samad, keset rakaman ucapan Mat Sabu di Kuala Selangor mengajak ahli merancang supaya Presiden PAS diganti dengan pemimpin yang boleh bekerja dengan DAP dan PKR, pertemuaan tertutup IRC-JIM dengan pimpinan PKR dan DAP, pemberian sumbangan DAP kepada PASMA, dan pelbagai lagi angkara tersembunyi yang berlaku di belakang tabir dalam PAS.

Akhirnya dalam Muktamar PAS ke 61 di Kuala Selangor 2015, semua mereka yang terlibat dengan JIM-IRC dan konspirasi dalam selimut ini termasuk Mat Sabu, Husam, Dr Hatta, Salehudin, Dr Mujahid, Dr Maria, Ir Nizar, Ustaz Ghani Shamsuddin, Khalid Samad dan beberapa lagi tewas dalam pemilihan JK PAS Pusat 2015 kecuali Mazlan Aliman dan YB Amiruddin Kedah. Pemilihan JK ini dibuat melalui cara demokrasi yang telus dan dikendalikan oleh Asmuni Awi.
Susulan kekalahan mereka dalam Muktamar PAS ke 61, atas “arahan” dan “pujukan” pemberi dedak, mereka keluar dari PAS menggunakan nama GHB (Gerakan Harapan Baru) dan kemudian menjadi G18, dan akhirnya menubuhkan PAN, Parti Amanah Negara. Inilah parti politik yang mesti ditubuhkan jika IRC-JIM gagal kuasai PAS menurut kertas Grand Design tersebut. Meskipun nama parti politik ini tidak disebut namanya dalam kertas Grand Design IRC-JIM 1991, ciri-ciri PAN memenuhi citarasa dan matlmat mereka.

Bagi IRC-JIM-PAN, mereka suka menumpang orang lain macam pokok dedalu. Mereka pernah menumpang UMNO. Mereka pernah PAS. Tapi mereka gagal kuasai UMNO dan PAS. Kini mereka menemui jalan buntu. Jalan seterusnya tidak digariskan oleh ini tidak dihuraikan oleh Yb Shaari Sungib dan Dr Dzulkifli Ahmad dalam kertas Grand Design mereka pada tahun 1991. Jalan keluar dari JALAN MATI ini ialah dengan berpaut pada DAP.

PAN kini dikuasai oleh DAP. Ia menjadi proksi kepada DAP sebagai jambatan untuk dekati dan kuasai orang Melayu. DAP telah melabur banyak wang dan tenaga “membela’ dan “membiayai” individu dalam PAN, dan pastinya DAP akan tuntut pelbagai perkara dibuat oleh PAN bagi pihak DAP. DAP kini menjadi ALONG kepada PAN. Percubaan pertama DAP menguji PAN ialah di PRK Sarawak dan ujian kedua ialah di PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar. PAN kelihatan positif untuk terus digunakan oleh DAP untuk hadapi PRU 14.

Persoalannya: mampukah PAN keluar dari ugutan dan arahan DAP sebagaimana ALONG lakukan ke atas peminjam dedak atau penerima dedak? Mampukah mereka memelihara iman dan akhlak sebagai seorang Muslim? Mampukah mereka bertahan untuk tempoh 1 tahun akan datang? Ini semua tidak digariskan oleh Yb Shaari Sungib dan Dr Dzulkifli Ahmad dalam kertas Grand Design. Sama-sama kita tunggu episodnya.

1 comment: