Thursday 4 May 2017

Ketua Hakim Syariah Wilayah Persekutuan buat laporan polis terhadap Rafizi






Ketua Hakim Syariah Wilayah Persekutuan, Datuk Mahammad Ibrahim (empat dari kiri) bersama ahli
 Persatuan Pegawai Syariah Malaysia membuat laporan polis berhubung kenyataan Naib Presiden PKR,
 Rafizi Ramli yang memperlekehkan insitusi kehakiman syariah di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya
 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/ZAKI AMIRUDDIN


PUTRAJAYA 4 Mei - Ketua Hakim Syarie. Mahkamah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan, Datuk Mahammad Ibrahim hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang mendakwa hakim syariah terlibat dalam gejala rasuah.

Turut membuat laporan yang sama hari ini adalah Presiden Persatuan Pegawai Syariah Malaysia, Ibrahim Ideris.

Mahammad berkata, kenyataan yang dikeluarkan Rafizi ketika Sidang Parlimen Rakyat pada 10 April lalu telah mengatakan bahawa rasuah dalam kalangan hakim Mahkamah Syariah lebih tinggi berbanding Mahkamah Sivil.

“Rafizi juga telah menyebut bahawa orang yang gaji rendah diberi kuasa besar sehingga boleh memenjara smpai 30 tahun sudah tentu kuasa itu jika tidak diselia dengan baik, dia akan terbuka kepada salah guna,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau menambah, malah sehingga kini hanya seorang hakim syariah sahaja yang terlibat dengan rasuah. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/ketua-hakim-syariah-wilayah-persekutuan-buat-laporan-polis-terhadap-rafizi-1.477332#ixzz4g5E5Xp1v
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment