Thursday 11 May 2017
Pemimpin Politik Cina Hina Islam, Dipenjarakan 2 Tahun
Putrajaya: Bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok, hari ini dijatuhi hukuman penjara 2 tahun setelah didapati bersalah menghina Islam. Ahok telah dihadapkan ke Mahkamah bermula pada tahun lepas atas tuduhan menghina Islam semasa berkempen untuk dipilih semula sebagai gabenor dengan kesalahan memetik Surah Al-Maidah sewenang-wenangnya.
Berita penghinaan beliau terhadap Islam mencetuskan beberapa siri protes termasuk protes sejuta ummat yang diadakan pada 2 Disember 2016, menyaksikan kota Jakarta bermandikan warna putih. Berita beliau dipenjarakan disambut dengan teriakan syukur, ‘Allahuakbar’ orang ramai yang sudah berkumpul diperkarangan Mahkamah sedari awal.
Ketika mengumumkan keputusan itu, hakim yang mempengerusikan panel 5 hakim tersebut, Dwiarso Budi Santiarto berkata tertuduh “dengan meyakinkan sekali didapati bersalah melakukan penghinaan dan dihukum penjara dua tahun” dan mengarahkan dia ditahan. Hakim lain, Abdul Rosyad pula berkata hukuman agak berat dijatuhkan kerana “defendan didapati tidak berasa bersalah dan tindakan defendan telah menimbulkan keadaan tidak tenteram dan menyakiti umat Islam”. Ahok dikatakan akan merayu. Penghina agama boleh dipenjarakan selama 5 tahun maksimum di Indonesia.
Read more at: https://www.menara.my/pemimpin-politik-cina-hina-islam-dipenjarakan-2-tahun/
Labels:
Dakwah Dan Gerakan Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment