Friday 29 September 2017

Ulama PKR Dilantik Pegawai Penerangan Guan Eng




GEORGE TOWN: Pejabat ketua menteri Pulau Pinang hari ini mengumumkan pelantikan penceramah popular Wan Ji Wan Hussin sebagai pegawai penerangan bagi membantu usaha menjawab naratif tidak benar terhadap kerajaan negeri dalam perkara berhubung agama Islam.
Ahli PKR berusia 35 tahun dari Kelantan itu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Menteri Lim Guan Eng di Komtar hari ini.

Thursday 28 September 2017

Sekat Kemasukan Penceramah Liberal-MUAFAKAT



KUALA LUMPUR: Kerajaan dan pihak berkuasa berkaitan harus menyekat kemasukan penceramah-penceramah asing khasnya aliran liberalisme daripada memasuki negara dan tindakan tegas harus diambil terhadap badan-badan penganjur tempatan yang bersubahat menjemput mereka. Pandangan itu dikongsikan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Encik Yasin Baboo sewaktu mengulas penahanan penulis liberal berketurunan Turki, Mustafa Akyol oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). 

Wednesday 27 September 2017

Berseluar pendek: Notis untuk mendidik, bukan menghukum, kata JHEAIK


 
Post Pic
 
KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) mempertahankan tindakan penguat kuasanya mengeluarkan notis kepada seorang pemuda yang berseluar pendek di tempat terbuka di sini semalam.
 
Ketua Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) JHEAIK, Mohd. Fadzuli Mohd. Zain berkata, notis tersebut dikeluarkan selaras dengan Seksyen 5 (1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985 iaitu perbuatan tidak sopan.
 
Menurutnya, jika pemuda itu, Wan Khairul Hayyee Wali, 30, hanya berseluar pendek di tempat bersesuaian seperti gelanggang futsal, dia tidak akan dikenakan tindakan.
 

Polis Selangor akan ambil tindakan keras kepada pihak anjur pesta arak, dadah



Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Polis Selangor memberi amaran keras akan memburu dan mengenakan tindakan kepada mana-mana pihak yang menganjurkan pesta arak dan dadah di negeri dengan berselindung disebalik acara muzik.
 
Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, hasil risikan yang dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik mendapati terdapat segelintir pihak tertentu yang cuba menganjurkan pesta arak dan dadah di negeri ini.
 

Lelaki di Kelantan didenda kerana berseluar pendek untuk bermain futsal

 
Post Pic
KUALA LUMPUR: Lelaki beragama Islam dianggap melakukan kesalahan dan boleh didenda jika berseluar pendek di Kelantan.
The Star Online melaporkan, individu bernama Wan Khairul Hayyee Wali, 30, didenda kerana memakai seluar pendek untuk bermain futsal.
Pekerja am di sebuah kedai yang diberikan notis berkaitan kesalahan itu pada 10.45 Isnin malam memberitahu, dia memakai seluar pendek untuk bermain futsal sejak sekolah dan mendakwa tidak tahu wujudnya peraturan melarang pemakaian itu.

Saturday 23 September 2017

Aktivis DAP Melayu Sokong Penganjuran Pesta Arak ?



Malayan News – Menurut kenyataan Sheikh Omar Ali, Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor dalam Roketkini.com, isu penganjuran festival ‘Better Beer’ telah dijadikan senjata politik untuk menyerang DAP dan PKR tanpa membincangkan keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang melarang penganjuran festival itu yang dijadual berlangsung pada awal bulan Oktober.
Tindakan Sheikh Omar ini dilihat sebagai satu tindakan untuk mempertahankan parti cauvinis DAP yang sememangnya menyokong dan mahu penganjuran pesta arak ini dibuat di negara ini. Bagi Sheikh Omar juga, isu ini perlu ditangani menerusi ruang perbincangan yang rasional, tidak emosi dan menghormati kepelbagaian budaya negara ini.

Benar kata Sheikh Omar bahawa kita perlu menghormati kepelbagaian budaya negara ini. Tapi tidak sedarkah Sheikh Omar bahawa penganjuran pesta arak ini sebenarnya tidak menghormati sensiviti umat Islam. Mengapa dia mahu mempertahankan tuannya sedangkan semua tahu bahawa penganjuran pesta ini hanya akan mendatang mudarat daripada kebaikan kepada negara.
Walaupun Sheikh Omar secara peribadi tidak menyokong penganjuran Better Beer Festival 2017 yang dijadualkan diadakan di Kuala Lumpur dan sebagai umat Islam, dia sepatutnya menyokong tindakan DBKL untuk membatalkan permohonan penganjuran pesta tersebut.
Dia juga sepatutnya tidak menyokong tindakan pemimpin-pemimpin DAP seperti Teng Chang Khim, Teresa Kok, Lim Lip Eng, Tan Kok Wai dan ramai lagi yang mengecam dan mengkritik tindakan DBKL itu.
Adakah dengan kejayaan dan legasi Pesta Arak ‘Beer Octoberfest 2014’ yang dianjurkan di negeri Selangor dan bertempat di One Utama Damansara, Petaling Jaya mahu diteruskan Sheikh Omar dan DAP di negara ini. Jangan biar nasi jadi bubur baru hendak ambil tindakan.
Bila satu masa nanti pesta ini dijadikan budaya dan akhirnya tidak terkawal di sebuah negara yang majoritinya berketurunan Melayu dan beragama Islam. Siapa yang akan menanggung akibatnya. Bertindak sebelum terlewat kerana umat Islam negara ini tidak senang dengan penganjuran acara itu.

Jangan guna alasan 'bukan Islam' untuk anjur pesta arak, gay - MAPIM



Post Pic
 
SHAH ALAM: Masyarakat Islam dan bukan Islam perlu melihat keburukan di sebalik tabiat minum arak, tegas Presiden Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid.
 
Ujarnya semua agama di dunia ini menolak tabiat minum arak, dan larangan itu tidak eksklusif di kalangan masyarakat Islam sahaja.
 
"Soal ia tidak melibatkan masyarakat Islam, alasan ini tidak cukup untuk mereka kata berhak untuk menganjurkan pesta itu. Apakah masyarakat tidak boleh mengkritik kerana ia memberi kesan negatif kepada masyarakat Islam dan bukan Islam.

Ada usaha bawa pesta arak ke Selangor - peserta demo


Post Pic
SHAH ALAM: Ada usaha untuk membawa pesta arak ke Selangor selepas cadangan itu ditolak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), tegas Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim.
 
"Kita agak terkilan, selepas DBKL membatalkan mereka menempelak pihak DBKL bahawasanya DBKL cuba menjadi 'jaguh agama apabila bertindak membatalkannya pesta itu. 
 
"Jadi mereka kata kalau tak jadi di Wilayah maka mereka akan pindah di Selangor," katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan dalam himpunan lebih 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantah penganjuran Better Beer Festival 2017 di Selangor.
 

Peserta, penganjur pesta gay akan dihalang memasuki Malaysia, kata Imigresen


Post Pic
 
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasa yang lain bagi mengesan dan menghalang individu-individu atau penganjur berkaitan pesta gay yang dirancang diadakan di Kuala Lumpur pada 30 September 2017 ini, daripada memasuki negara ini.
 
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata jika JIM mengesan individu-individu terbabit ini cuba memasuki negara, mereka akan diberikan Notis Penolakan Masuk (NIL) di bawah Seksyen 8 Akta Imigresen 1559/63.

Friday 22 September 2017

Kit Siang Pertahan Pesta Arak

KUALA LUMPUR – Pemimpin Pakatan Harapan mendakwa pesta arak Better Beer Festival 2017 tidak patut diharamkan di Malaysia walaupun risikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati kumpulan militan merancang mahu mencetuskan kekecohan keatas acara itu.
Pimpinan tertinggi Pakatan Harapan, Lim Kit Siang mendakwa, rakyat berhak mempersoalkan mengapa pesta arak itu diharamkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) jika hanya disebabkan oleh ancaman berkenaan.

Thursday 21 September 2017

Pesta gay, arak sengaja uji kekuatan undang-undang negara




2Dari kiri Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, Prof. 
Datuk Dr. Zainal Kling dan Datuk Dr. Aziz Ujang.



KUALA LUMPUR 21 Sept. - Tindakan golongan liberal untuk mengadakan pesta minum arak dan pesta gay di negara ini hanya untuk menguji kekuatan undang-undang negara.


Pengurus Besar Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, Datuk Dr. Aziz Ujang, tindakan tegas perlu diambil agar ia tidak berulang.


"Macam pesta gay banyak-banyak tempat dalam negara kenapa pilih Kuala Lumpur? Bagi saya dia nak uji undang-undang dan perlembagaan negara. Bukan tujuan untuk berpesta sahaja.

Monday 18 September 2017

DBKL haramkan 'Better Beer Festival 2017'


Post Pic
 
KUALA LUMPUR:  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan penganjuran 'Better Beer Festival 2017' yang dirancang diadakan pada 6 dan 7 Oktober depan di Solaris Damansara di sini.
 
Menerusi satu kenyataan hari ini, Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Khalid Zakaria, berkata, DBKL telah menerima permohonan berkenaan pada 28 Ogos lalu.
 
Bagaimanapun katanya, DBKL telah memutuskan untuk menolak permohonan aktiviti berkenaan.
 

Sunday 17 September 2017

RM65.27 juta dana bantuan pondok, institusi tahfiz diagih



PUTRAJAYA 17 Sept. - Sebanyak RM65,278,640.00 telah disalurkan kerajaan kepada sekolah pondok berdaftar, Sekolah Menengah Agama Rakyat (SAR) dan institusi tahfiz melalui dana Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah.



OTHMAN MUSTAPHA


Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Tan Sri Othman Mustapha berkata penyerahan dana daripada peruntukan RM80 juta seperti yang diumumkan dalam Bajet 2017 itu melibatkan 556 institusi pendidikan agama seluruh negara.

Jumlah itu merangkumi 129 sekolah pondok, 99 SAR dan 328 institusi tahfiz, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jawatankuasa baharu selaras sekolah agama rakyat dan pondok - Ahmad Zahid







AHMAD Zahid Hamidi disambut meriah sebaik tiba pada Majlis 
Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Arau 
di Dewan 2020 hari ini. - FotoBERNAMA


KANGAR 17 Sept. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, satu jawatankuasa baharu perlu dibentuk bagi menyelaras Sekolah-sekolah Agama Rakyat, Maahad Tahfiz dan pondok agama kerana kerajaan pusat tidak berhasrat mencampuri hal ehwal sekolah berkenaan yang berada di bawah bidang kuasa agama negeri-negeri.


Beliau berkata walaupun satu dasar mengenai sekolah agama dan pondok boleh diwujudkan tetapi kuasa untuk mengambil tindakan masih tertakluk kepada negeri masing-masing.

Pesta arak: Para mufti perlu keluarkan fatwa



BETTER Beer Festival 2017 (BBF17) yang akan dianjurkan pada awal Oktober depan di Kuala Lumpur yang menampilkan 250 jenama arak berbeza daripada 43 syarikat arak dengan sasaran 6,000 orang pengunjung memang sewajarnya dibantah oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
TAKIRI2Pihak berkuasa mesti membatalkannya kerana ia bercanggah dengan dasar bernegara yang meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menyentuh sensitiviti masyarakat Islam dan mengundang pelbagai gejala negatif.
Minum arak adalah hak bagi orang bukan Islam tetapi bukan hak bagi masyarakat bukan Islam untuk menganjurkan pesta terbuka mengajak masyarakat minum arak yang haram di sisi umat Islam. Ia sangat bertentangan dengan sensitiviti masyarakat Islam yang menjadi majoriti rakyat negara ini. Menjaga sensitiviti ini adalah kewajipan bersama seluruh rakyat Malaysia kerana ia melibatkan keamanan dan keharmonian bernegara.

Monday 11 September 2017

Laporan polis terhadap Siti Kasim & David Orok



PARTI Islam Semalaysia (PAS) melakukan satu laporan polis terhadap Siti Kassim dan David Orok  di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini. Ia bagi membolehkan satu siasatan berasas prinsip dan pemeliharaan undang-undang ke atas kedua-dua individu tersebut dilaksanakan. 

Sunday 10 September 2017

Kahwin Mekah: Patuhi undang-undang elak masalah di kemudian hari , kata mufti



Post Pic
 
SHAH ALAM: Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menasihati pasangan yang berniat untuk berkahwin di Mekah agar akur kepada undang-undang di negara berkenaan bagi mengelakkan masalah di kemudian hari.
 
Menurut Abdul Rahman, sungguhpun pernikahan itu tidak salah daripada segi hukum agama, namun soal dokumentasi perkahwinan merupakan perkara yang tidak boleh dipandang ringan. 
 
"Daripada segi hukum tak salah, dimana-mana pun boleh kawin. Tapi daripada segi peraturan, bila kita kahwin disana, kalau tak dapat kebenaran, bukti perkahwinan tak didaftarkan, akan mengundang masalah dikemudian hari. 
 

Friday 8 September 2017

Mahkamah Persekutuan Membenarkan Rayuan kes Anak Tak Sah




PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan dua lagi pihak merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang membolehkan anak tidak sah taraf dibin atau dibintikan kepada bapanya. Keputusan itu dibuat selepas anggota tiga panel yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Datuk Aziah Ali membenarkan tiga persoalan dikemukakan dalam rayuan tersebut. 

Tuesday 5 September 2017

Isu Nasab Anak-Mufti-Mufti Bersepakat



PUTRAJAYA: Isu-isu yang berkaitan dengan kesahtarafan anak di negara ini hendaklah sentiasa dirujuk kepada peruntukan dalam Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam/Pentadbiran Negeri-Negeri. Ini adalah kesepakatan yang dicapai bersama para mufti daripada beberapa negeri. 

Perkara ini telah dipersetujui dalam satu pertemuan yang diadakan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada hari Isnin, 21 Ogos 2017 yang lalu. Menurut Ketua Pengarah JAKIM Tan Sri Dato’ Haji Othman Bin Mustapha, pertemuan yang dihadiri oleh Ashabus Samahah mufti-mufti dari negeri Selangor, Kelantan, Johor, Sabah, Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan dan wakil mufti dari negeri Sarawak serta wakil-wakil dari Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri bertujuan untuk membincangkan isu anak tak sah taraf dan mencapai kesepakatan bersama. 


Friday 1 September 2017

Keluarga Ini Agih Zamzam Sejak 1,400 Tahun Lalu




MAKKAH – Dengan umat Islam kini berada dalam musim haji, tentu ramai jemaah dari seluruh dunia pada tahun-tahun sudah pernah mengalami perkara ini.

Jemaah haji disambut oleh ramai petugas lelaki muda yang mengagih-agihkan air zamzam kepada mereka. Tahukah anda, memberikan air seperti itu merupakan satu tradisi yang sudah dilakukan lebih dari 1,400 tahun!

Takbir dan Bacaan Qur'an Bergema Di dataran Merdeka



KUALA LUMPUR – Tampil berbeza kali ini, sambutan Hari Kebangsaan dipelbagaikan menerusi penganjuran Merdeka #QuranHour, yang terarah kepada pembangunan rohani.
Dataran Merdeka, lokasi penganjuran majlis itu mula dibanjiri peserta seawal jam 8 malam, termasuk mereka yang menyertai program Gema Wahyu yang diadakan di  Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, di sini petang tadi.

Program anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas itu bermula dengan solat Isyak berjemaah dipimpin Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syeikh Ismail Muhammad, diikuti laungan takbir raya menyambut ketibaan Aidiladha esok.

Bukan Islam Turut Hadiri Merdeka#Quran Hour


asd


KUALA LUMPUR - Program
Merdeka #QuranHour yang diadakan di Dataran Merdeka hari ini turut mendapat perhatian orang bukan Islam termasuk pelancong asing.

Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata, perkara ini begitu mengujakan pihaknya.

"Alhamdulillah, saya gembira melihat kehadiran mereka di sini.

"Inilah masanya, kita nak tunjukkan sifat sebenar orang Islam di mana kita sebenarnya muafakat dalam banyak hal," katanya.

Beliau berharap perkara seumpama itu dapat diteruskan untuk masa-masa akan datang.

Merdeka #QuranHour malam ini menyaksikan lebih 5,000 orang berkumpul di Dataran Merdeka bagi menghayati al-Quran.