Friday 8 September 2017

Mahkamah Persekutuan Membenarkan Rayuan kes Anak Tak Sah




PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan dua lagi pihak merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang membolehkan anak tidak sah taraf dibin atau dibintikan kepada bapanya. Keputusan itu dibuat selepas anggota tiga panel yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Datuk Aziah Ali membenarkan tiga persoalan dikemukakan dalam rayuan tersebut. 




Menurut laporan Ismaweb.net, Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia berkata tiga persoalan yang akan dikemukakan ialah yang pertama mengenai sama ada dalam membuat pendaftaran kelahiran kanak-kanak beragama Islam, Pendaftar Kelahiran dan Kematian boleh merujuk dan bergantung kepada sumber perundangan Islam mengenai kesahtarafan. Kedua, sama ada Mahkamah Sivil boleh memutuskan persoalan/ hal perkara kesahtarafan kanak-kanak beragama Islam berhubung penamaan dan penasaban dan yang ketiga sama ada peruntukan 13A Akta 299 terpakai kepada pendaftaran kelahiran kanak-kanak beragama Islam bagi membolehkan kanak-kanak tersebut dibinkan kepada nama peribadi orang yang mengaku sebagai bapa. 

Tiga persoalan undang-undang itu dibuat peguam kanan persekutuan Suzana Atan, Arik Sanusi Johari dan Shamsul Bolhassan. Walau bagaimanapun, keputusan itu telah dibantah oleh peguam K Shanmuga yang mewakili pasangan beragama Islam dan anaknya. Beliau mendakwa Seksyen 13A akta itu seharusnya kekal seadanya memandangkan ia tidak membezakan cakupannya antara orang Islam dan bukan Islam, lapor portal Malaysiakini. Perkara ini timbul selepas JPN dan dua pihak lain memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada Julai lalu yang membolehkan anak luar nikah boleh dibinkan dengan nama bapanya.

Read more at: https://www.menara.my/mahkamah-persekutuan-membenarkan-rayuan-kes-anak-tak-sah-taraf/

No comments:

Post a Comment