Friday 2 March 2012

STATISTIK PENGANUTAGAMA SELURUH MALAYSIA

Data dan statistik amat penting utk sesebuah kerajaan megetahui secara tepat berkaitan sesuatu perkara. Melalui data dan statistik para pakar  akan merangka sesuatu dasar dan merancang pembanggunan negara. Justru itu, dalam konteks dakwah para pendakwah juga tidak terkecuali utk megetahui sesuatu perkara secara tepat dan terperinci. Mereka juga memerlukan data dan statistik utk membuat sesuatu analisis utk tujuan berdakwah.

Sejauhmanakah kita benar-benar tahu mengenai penganut-penganut agama di negara ini. Berikut adalah data yg mungkin boleh dikongsi bersama mengenai penganut-penganut agama di negara ini.

 
POPULASI PENDUDUK DI NEGERI MENGIKUT AGAMA
TAHUN (2010)

AGAMA
ISLAM
KRISTIAN
BUDHA
HINDU
LAIN-LAIN
NEGERI
MALAYSIA
61.3%
9.2%
19.8%
6.3%
3.4%
JOHOR
58.2%
3.3%
29.6%
6.6%
2.3%
KEDAH
77.2%
0.8%
14.2%
6.5%
1.3%
KELANTAN
95.2%
0.3%
3.8%
0.2%
0.5%
MELAKA
66.1%
3.0%
24.2%
5.7%
1.0%
N. SEMBILAN
60.3%
2.4%
21.2%
13.4%
2.7%
PAHANG
74.9%
1.9%
14.4%
4.0%
4.8%
PERAK
55.3%
4.3%
25.4%
10.9%
4.1%
PERLIS
87.9%
0.6%
10.0%
0.8%
0.7%
PULAU PINANG
44.6%
5.1%
35.6%
8.7%
6.0%
SABAH
65.4%
26.6%
6.0%
0.1%
1.9%
SARAWAK
32.2%
42.6%
13.5%
0.2%
11.5%
SELANGOR
57.9%
3.8%
24.4%
11.6%
2.3%
TERENGGANU
96.9%
0.2%
2.5%
0.2%
0.2%
KUALA LUMPUR
46.4%
5.8%
35.7%
8.5%
3.6%
LABUAN
76.0%
12.4%
9.0%
0.4%
2.2%
PUTRAJAYA
97.4%
0.9%
0.4%
1.0%
0.3%


    SUMBER: BANCIAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA 2010

Berdasarkan statistik Islam merupakan agama majoriti anutan penduduk Malaysia iaitu sebanyak (61.3%) di ikuti Budhha (19.8%), diikuti oleh Kristian sebanyak (9.2%), Hindu (6.3%) dan lain-lain (3.4%).

Dari segi taburan penduduk Muslim melebihi 50% terramai ialah Putrajaya 97.4%, Terengganu 96.9%, Kelantan 95.2%, Perlis 87.9%, Kedah 77%, Labuan 76%,Pahang 74.9%, Melaka 66.1%, Sabah 65.4%, Negeri Sembilan 60.3%, Johor 58.2%, Selangor 57.9% dan Perak 55.3%.

Manakala Negeri yang mempunyai penduduk Muslim kurang dari pada 50% ialah Kuala Lumpur 46.4%, Pulau Pinang 44.6% dan Sarawak 32.2%.

Di segi penganut Buddha teramai ialah Kuala Lumpur (35.7%), diikuti Pulau Pinang 35.6%, Johor (29.6%), Perak (25.4%), Selangor (24.4%), Melaka (24.2%), Negeri Sembilan (21.2%), Pahang (14.4%), Kedah (14.2%), Serawak (13.5%), Perlis (10.0%), Labuan (9.0%), Sabah (6.0%), Kelantan (3.8%), Terengganu (2.5%) dan Putra Jaya (0.4%).

Di segi pengganut Kristian teramai ialah Sarawak (42.6%), Sabah (26.6%), Labuan (12.4%), Kuala Lumpur (5.8%), Pulau Pinang (5.1%), Perak (4.3%), Selangor (3.8%), Johor (3.3%), Melaka (3.0%), Negeri Sembilan (2.4%), Pahang (1.9%), Putrajaya (0.9%), Kedah (0.8%), Perlis (0.6%), Kelantan (0.3%) dan Terengganu (0.2%).

Di sudut penganut Hindu pula teramai ialah Negeri Sembilan (13.4%), Selangor (11.6%), Perak (10.9%), Pulau Pinang (8.7%), Kuala Lumpur (8.5%), Johor (6.6%), Kedah (6.5%), Melaka (5.7%), Pahang (4.0%), Putrajaya (1.0%), Perlis (0.8%), Terengganu (0.2%), Sarawak (0.2%) dan Sabah (0.1%).

Bagi lain-lain agama teramai ialah Sarawak (11.5%), Pulau Pinang (6.0%), Pahang (4.8%), Perak (4.1%), Kuala Lumpur (3.6%), Negeri Sembilan (2.7%), Selangor (2.3%), Johor (2.3%), Labuan (2.2%), Sabah (1.9%), Kedah (1.3%), Melaka (1.0%), Perlis (0.7%), Kelantan (0.5%), Terengganu (0.2%) dan Putrajaya (0.3%).

Dari segi taburan penduduk di negeri-negeri sebahagian besar negeri-negeri di Malaysia masih didominasi oleh penduduk Muslim iaitu mewakili lebih 50% jumlah penduduk. Bagi negeri-negeri yg majoritinya bukan Islam ialah Sarawak (67.8%), Pulau Pinang 55.4% dan Kuala Lumpur 53.6%.

 
Dalam kontek dakwah bagi saya umat Islam perlu berkerja kuat untuk menyibarkan agama Islam kepada golongan bukan Islam di negara ini ini. Di sini ruang dakwah amat terbuka luas lebih-lebih lagi dalam zaman ICT. Para pencinta dakwah perlu memberikan sedikit tumpuan dlm proses dakwah kpd golongan non Muslim ini.

Berdasarkan statistik juga umat Islam masih dianggap tidak kuat kerana mereka hanya mewakili 61.3 % dari jumlah keseluruhan penduduk. Ia bertambah parah sekiranya kita kaitkan dgn maslah kualiti umat Islam spt pencapain ekonomi, taraf pendidikan, masalah sosial dan sebagainya. Oleh kerana itu, usaha-usaha memperkukuhkan umat Islam mesti diusahakan dari masa ke semasa. Pastikan umat Islam sentiasa bersatu padu. Perpecahan umah akan memberi implikasi besar kpd survival umat Islam utk jangka panjangnya.Realiti yg berlaku sekarang ini adalah bukti kukuh bahawa perpecahan  sama sekali tidak menguntungkan Ummah.