Friday 20 December 2013

Civil servant says minister not qualified to talk about religion

by LEE SHI-IAN

DECEMBER 20, 2013
A senior civil servant has disputed claims by Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Shahidan Kassim (pic) that he had labeled four political and religious leaders as Muslim terrorist sympathisers.
Zamihan Mat Zain Al-Ghari, assistant secretary of the Home Ministry's internal security and public order division, issued a statement yesterday evening denying the allegations made against him by Shahidan.
"I have never linked PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Shahidan, former Perlis mufit Datuk Dr Asri Zainul Abidin and current Perlis mufti Datuk Dr Juanda Jaya to Jemaah Islamiyah (JI).
"Shahidan's allegations against me are a complete fabrication and I am ready to face him to prove my innocence," Zamihan said.
Shahidan, in an interview with The Malaysian Insider, said that Zamihan had once linked Abdul Hadi, Asri, Juanda and himself with Wahhabi teachings and Islamic militant group JI.
The former Perlis Menteri Besar ticked off Zamihan for involving the Wahhabi in Putrajaya's crackdown on Shia followers in Malaysia.
Shahidan said that Wahhabi was not a sect because it followed Sunni teachings, which Muslims predominantly adhere to in Malaysia.
However, Zamihan said during his time with the Malaysian Islamic Development Department (Jakim), he had only discussed the doctrine which extremists subscribed to.
"I have never linked Abdul Hadi, Asri, Juanda or Shahidan to JI, nor did I mention that they were JI terrorists. Whatever I said during the briefing session can be rechecked as it was a recorded session."
Zamihan said in 2011, he had given a briefing to a university vice-chancellor during an event organised by the Higher Education Ministry.
Then Higher Education Minister Datuk Seri Khaled Noordin was present during the briefing session, Zamihan said.
"I am certain that I have never accused any individual of following extremist teachings or being involved in terrorist activities. Shahidan's statement is clearly a provocation towards a civil servant."
Zamihan denied Shahidan's allegations that he was attempting to confuse Islamic followers about Wahhabi and had angered many Umno leaders.
"I only ask Islamic followers in Malaysia to hold true to Ahli Sunnah Wal Jamaah (AWSJ). This is what is commonly adopted and practiced by state religious authorities in Malaysia."
Zamihan asked why Shahidan was suddenly worried and snappy when talking about the Wahhabi, questioning whether the latter supported Wahhabi teachings.
"In Malaysia, we follow the AWSJ because the Sunni teachings are clear and Wahhabi is not suitable to be practiced here," Zamihan said.
He added that Shahidan was not the Minister who should be talking about religious issues, especially as he did not have the qualifications to do so.
"Perhaps it is better if Shahidan paid more attention to the portfolio which he has been entrusted with," Zamihan said.
Zamihan, however, indicated his willingness to hold a debate with Shahidan about the Wahhabi issue.
"Shahidan can decide the date and the venue, but the condition is that whoever loses the debate should resign from his position." - December 20, 2013

Ustaz KDN ajak Shahidan berdebat, siapa kalah lepaskan jawatan

OLEH DIYANA IBRAHIM

DECEMBER 19, 2013
Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar) menyelar Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari kerana turut melibatkan aliran Wahhabi dalam serangan kerajaan terhadap penganut fahaman Syiah.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, Zamihan cuba mengelirukan umat Islam di Malaysia dengan kefahaman salah mengenai aliran Wahhabi dan ramai orang-orang Umno marah dengan tindakan tersebut.
"Pegawai di KDN nak hukum pasal Syiah itu tidak mengapa kita boleh sokong. Namun mencampuradukkan Wahhabi dan sebagainya merupakan satu perbuatan yang tidak boleh terima," katanya dalam satu temuramah eksklusif bersama The Malaysian Insider.
"Kita tidak ada masalah dengan tindakan Zamihan dalam menentang pengaruh Syiah.”
Zamihan sebelum ini semasa masih bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pernah menjadi kontroversi apabila mengaitkan empat tokoh politik dan agama iaitu bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya, Shahidan dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan fahaman Wahhabi dan pengganas Jemaah Islamiah (JI).
Menurut Shahidan yang merupakan bekas Menteri Besar Perlis itu, pengasas fahaman Wahhabi Syeikh Muhammad Abdul Wahab lebih mirip melaksanakan amalan Nabi Muhamad dan sebahagian besar daripada ajarannya diasaskan oleh Muhammad Ibni Hanbal yang merupakan imam kepada mazhab Hanbali.
"Muhammad Abdul Wahab menaikkan semangat jihad dan menentang orang-orang putih yang telah pun menguasai Bani Uthmaniyyah (memerintah Mekah/Madidinah di bawah negara Hijaz) bila penguasaan British semakin bertambah kuat," katanya.
"Oleh kerana gerakannya yang berpengaruh itu, British menulis buku gerakan tersebut bernama 'Wahhabi'," katanya.
Shahidan turut menjelaskan Wahhabi bukanlah satu mazhab kerana sebenarnya ia tetap mengikut ajaran Sunni.
"Kerana itu saya selalu kata Wahhabi umpama hantu yang kita selalu sebut tapi kita tidak nampak bagaimana. Bertanduk atau tidak? Ramai yang sebut tidak faham apakah itu Wahhabi," katanya.
Menurut Shahidan, Syiah perlu ditentang kerana fahaman itu dibentuk berasaskan gerakan politik tidak seperti mazhab Sunni yang berteraskan ajaran Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, rakyat di negara ini seharusnya tidak terkeliru dengan perbezaan Syiah dan Sunni.
"Islam di Malaysia adalah Sunni iaitu berpandukan mazhab Hanafi, Maliki, Shafie dan Hanbali dan mana-mana fahaman dan agama Islam sendiri selain daripada itu adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk diamalkan.
"Dan gerakan Syiah ini ditentang kerana mereka menentang mana-mana pemerintah selain Saidina Ali," katanya.
Bagaimanapun pada tahun 2004, Shahidan bersama-sama bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan hal ehwal Islam Tan Sri Abdul Hamid Othman menandatangani perjanjian Amman Message.
Amman Message merupakan inisiatif daripada pemerintah Jordan pada ketika itu yang memperkenalkan satu deklarasi bagi menjelaskan kepelbagaian mazhab dalam Islam seperti Sunni, Syiah, Ibadi dan Thairi.
"Sesiapa pun yang mengamalkan satu daripada empat mazhab Sunni seperti (Hanafi, Maliki, Shafie dan Hanbali), dua daripada mazhab Syiah (Jaafari dan Zaydi) serta mazhab Ibadi dan Thahiri adalah muslim. Menggelar mereka orang yang kafir dan sesat adalah sangat mustahil," kata perjanjian tersebut.
Bagaimanapun kini Shahidan berkata, Syiah menimbulkan ketegangan kepada sesebuah negara dan itulah sebabnya mengapa kerajaan menentang mereka pada ketika ini.
"Ia sudah termaktub dalam undang-undang, siapa yang amalkan Syiah maka dia bersalah. Orang itu tidak boleh amal dan kembangkan jika dia seorang dalam rumahnya pun, dia masih tidak boleh amalkan." – 19 Disember, 2013

Shahidan selar KDN: Hukum Syiah boleh tetapi jangan Wahhabi

OLEH DIYANA IBRAHIM

DECEMBER 19, 2013
Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar) menyelar Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari kerana turut melibatkan aliran Wahhabi dalam serangan kerajaan terhadap penganut fahaman Syiah.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, Zamihan cuba mengelirukan umat Islam di Malaysia dengan kefahaman salah mengenai aliran Wahhabi dan ramai orang-orang Umno marah dengan tindakan tersebut.
"Pegawai di KDN nak hukum pasal Syiah itu tidak mengapa kita boleh sokong. Namun mencampuradukkan Wahhabi dan sebagainya merupakan satu perbuatan yang tidak boleh terima," katanya dalam satu temuramah eksklusif bersama The Malaysian Insider.
"Kita tidak ada masalah dengan tindakan Zamihan dalam menentang pengaruh Syiah.”
Zamihan sebelum ini semasa masih bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pernah menjadi kontroversi apabila mengaitkan empat tokoh politik dan agama iaitu bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya, Shahidan dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan fahaman Wahhabi dan pengganas Jemaah Islamiah (JI).
Menurut Shahidan yang merupakan bekas Menteri Besar Perlis itu, pengasas fahaman Wahhabi Syeikh Muhammad Abdul Wahab lebih mirip melaksanakan amalan Nabi Muhamad dan sebahagian besar daripada ajarannya diasaskan oleh Muhammad Ibni Hanbal yang merupakan imam kepada mazhab Hanbali.
"Muhammad Abdul Wahab menaikkan semangat jihad dan menentang orang-orang putih yang telah pun menguasai Bani Uthmaniyyah (memerintah Mekah/Madidinah di bawah negara Hijaz) bila penguasaan British semakin bertambah kuat," katanya.
"Oleh kerana gerakannya yang berpengaruh itu, British menulis buku gerakan tersebut bernama 'Wahhabi'," katanya.
Shahidan turut menjelaskan Wahhabi bukanlah satu mazhab kerana sebenarnya ia tetap mengikut ajaran Sunni.
"Kerana itu saya selalu kata Wahhabi umpama hantu yang kita selalu sebut tapi kita tidak nampak bagaimana. Bertanduk atau tidak? Ramai yang sebut tidak faham apakah itu Wahhabi," katanya.
Menurut Shahidan, Syiah perlu ditentang kerana fahaman itu dibentuk berasaskan gerakan politik tidak seperti mazhab Sunni yang berteraskan ajaran Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, rakyat di negara ini seharusnya tidak terkeliru dengan perbezaan Syiah dan Sunni.
"Islam di Malaysia adalah Sunni iaitu berpandukan mazhab Hanafi, Maliki, Shafie dan Hanbali dan mana-mana fahaman dan agama Islam sendiri selain daripada itu adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk diamalkan.
"Dan gerakan Syiah ini ditentang kerana mereka menentang mana-mana pemerintah selain Saidina Ali," katanya.
Bagaimanapun pada tahun 2004, Shahidan bersama-sama bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan hal ehwal Islam Tan Sri Abdul Hamid Othman menandatangani perjanjian Amman Message.
Amman Message merupakan inisiatif daripada pemerintah Jordan pada ketika itu yang memperkenalkan satu deklarasi bagi menjelaskan kepelbagaian mazhab dalam Islam seperti Sunni, Syiah, Ibadi dan Thairi.
"Sesiapa pun yang mengamalkan satu daripada empat mazhab Sunni seperti (Hanafi, Maliki, Shafie dan Hanbali), dua daripada mazhab Syiah (Jaafari dan Zaydi) serta mazhab Ibadi dan Thahiri adalah muslim. Menggelar mereka orang yang kafir dan sesat adalah sangat mustahil," kata perjanjian tersebut.
Bagaimanapun kini Shahidan berkata, Syiah menimbulkan ketegangan kepada sesebuah negara dan itulah sebabnya mengapa kerajaan menentang mereka pada ketika ini.
"Ia sudah termaktub dalam undang-undang, siapa yang amalkan Syiah maka dia bersalah. Orang itu tidak boleh amal dan kembangkan jika dia seorang dalam rumahnya pun, dia masih tidak boleh amalkan." – 19 Disember, 2013

Thursday 5 December 2013

NABI ISA AS AKAN TURUN SEMULA KE BUMI: SATU ANALISIS

Nabi Isa AS adalah salah seorang Rasul bagi orang-orang Islam. Baginda bukan Rasul bagi orang Kristian sebab dalam kamus Rasul-Rasul benar yang diutus oleh Allah di planet Bumi, Kristian tidak diiktiraf sebagai agama di sisi Allah. Kristian adalah agama ciptaan Paulus (St. Paul) iaitu Yahudi yang menyamar sebagai pengikut Isa AS. Wallahua'lam.


Isa Putera Maryam diutus sebelum Nabi Muhammad SAW diutus. Rasulullah SAW menyambung syariat Ibrahim Khalilullah. Sejarah membuktikan bahawa Nabi Muhammad SAW, Nabi Isa AS dan Musa AS adalah dari keturunan Ibrahim AS. Berlawanan dengan dakwaan Yahudi bahawa mereka telah menyalib dan membunuh Isa AS dan berlawanan juga dengan kepercayaan Kristian bahawa Isa AS telah mati disalib, Al-Qur'an telah memberitakan bahawa Isa AS tidak disalib dan tidak mati akibat disalib, "Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya" (An-Nisa' 4:158). Pada akhir zaman, Nabi Isa AS akan turun semula ke bumi dan akan memperkasakan semula mertabat Islam. Baginda tidak membawa syariat baru tapi akan menyambung syariat Nabi Muhammad SAW. Di manakah Nabi Isa AS berada sekarang ini?  Sila baca seterusnya.

NABI ISA AS TIDAK DI SALIB

Bagi sesiapa yang tidak tahu di manakah ayat-ayat dalam Al-Qur'an yang menyebut bahawa Isa AS tidak disalib, bolehlah merujuk pada maksud Ayat-Ayat berikut:


Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Mariam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang iaitu salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa) dan sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin. Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan dia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka.  (Surah An-Nisa' 4:157-159)



(Ingatlah) ketika Allah berfirman: Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna dan akan mengangkatmu ke sisiKu dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan. 
(Surah Ali-Imran 3:55)



Aku tidak mengatakan kepada mereka melainkan apa yang Engkau perintahkan kepadaku mengatakannya, iaitu: "Sembahlah kamu akan Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu", dan adalah aku menjadi pengawas terhadap mereka (dengan membenarkan yang benar dan menyalahkan yang salah) selama aku berada dalam kalangan mereka; kemudian apabila Engkau sempurnakan tempohku, menjadilah Engkau sendiri yang mengawasi keadaan mereka dan Engkau jualah yang menjadi Saksi atas tiap-tiap sesuatu. 
(Al-Maidah 5:117)



Di MANA NABI ISA AS ? DI PLANET JUPITER?

Ustaz Amaluddin Darus di dalam bukunya "Pintu Langit Mula Dibuka" dan "Isra’ Miraj dan Percubaan Manusia Ke Langit" yang membuat hipotesis berdasarkan Al-Quran dan hadis-hadis Isra’ dan Miraj, telah menyatakan bahawa lsa Putera Maryam kini berada di Jupiter, sebuah planet di dalam sistem solar. Dalam tulisan-tulisannya sama ada berbentuk buku ataupun rencana banyak menyentuh peristiwa turunnya Nabi Isa atau Isa putera Maryam buat kali kedua (second coming).

Wednesday 4 December 2013

Ulul Albab di sekolah harian tahun depan


KUALA TERENGGANU 2 Nov. - Kementerian Pendidikan dijangka mula memperkenalkan pelaksanaan program Ulul Albab sekurang-kurangnya di satu sekolah harian di setiap negeri mulai tahun depan.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh walau bagaimanapun berkata, jika sekolah yang terpilih belum bersedia dari aspek peralatan pembelajaran dan kemampuan penerimaan pelajar, pelaksanaan itu boleh ditangguhkan ke tahun seterusnya.

Menurut beliau, program berkenaan yang diterap melalui pengubahsuaian kurikulum sedia ada bakal dilaksanakan secara berperingkat di sekolah rendah dan menengah bagi memberi penekanan lebih berkesan dan menyeluruh ke arah melahirkan generasi seimbang.

"Untuk memantapkan kurikulum pengajian Islam di seluruh sekolah terutama di sekolah menengah harian dan sekolah menengah agama, kita akan mengenal pasti sekurang-kurangnya satu sekolah di setiap negeri bagi tujuan itu.

"Insya-Allah, program itu akan bermula tahun depan atau tahun selepasnya mengikut kemampuan sekolah masing-masing," katanya selepas menyempurnakan penutup Majlis Khatam al-Quran Perdana dan pertandingan Kalam Jama'ie Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan di sini hari ini.

Program Ulul Albab berteraskan tiga komponen utama iaitu Quranik, Ensaiklopedik dan Ijtihadik ke arah melahirkan generasi seimbang dari segi kecemerlangan akademik, ilmu agama dan berkeperibadian Islam.
Program ini telah diterapkan di rangkaian Sekolah Menengah Imtiaz kelolaan Yayasan Terengganu dan diperluaskan ke beberapa Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Sementara itu, Idris berkata, kementerian akan memanjangkan program Khatam al-Quran yang merupakan tradisi ulama secara berterusan ke sekolah-sekolah melalui program Jawi, al-Quran dan Fardu Ain (j-Qaf) yang dilancarkan pada tahun 2005.

"Sejak itu, kita lihat perkembangan demi perkembangan pengajian Islam yang lebih mantap di sekolah-sekolah. Kali ini ditambah pula dengan Bahasa Arab melalui Arabic Chorus Speaking (pertuturan) dalam pertandingan Kalam Jama'ie.

"Melalui pelaksanaan program j-QAF ini, kebanyakan pelajar bukan saja mampu khatam al-Quran lebih awal iaitu sebelum menjejak kaki ke sekolah menengah malah dapat menguasai bahasa Arab dengan baik.
"Apa yang membanggakan, minat pelajar terhadap bahasa Arab terus meningkat sehingga mampu mengikuti program 'coral speaking' dalam bahasa itu dengan baik," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131103/dn_04/Ulul-Albab-di-sekolah-harian-tahun-depan#ixzz2mUvzrlK9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pembangunan Halal Verified Engine Menerima Sambutan Baik di Kalangan Badan-badan Pensijilan Halal Di Australia.


Sistem Halal Verified Engine atau HVE yang sedang dibangunkan oleh Jakim terus mendapat sambutan baik di kalangan badan-badan pensijilan halal yang diikitraf oleh Jakim seluruh dunia.  Terbaru pada 12 November 2013, delegasi Jakim dan Daganghalal Berhad yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Puan Hajjah Hakimah binti Mohd Yusoff telah mengadakan perjumpaan dengan badan-badan pensjilan halal yang diiktiraf oleh Jakim seluruh Australia. Sebanyak enam (6) daripada lapan (8) badan pensijilan yang diiktiraf oleh Jakim telah hadir dalam perjumpaan tersebut. Perjumpaan yang diadakan di Pejabat Kedutaan Malaysia di Canberra, Australia telah mendapat kerjasama dan sokongan penuh daripada pejabat Kedutaan terutama First Secretary (Halal) Dr. Sirajuddin bin Suhaimi. Perjumpaan ini bertujuan memberi penerangan tentang HVE serta menjemput penglibatan dan penyertaan badan-badan berkenaan dalam HVE.
 
HVE adalah sistem yang dibangunkan sebagai pangkalan data berpusat bagi produk-produk atau bahan mentah yang telah disahkan atau mendapat pensijilan halal daripada 57 buah badan pensjilan halal yang diiktiraf oleh Jakim di seluruh dunia. HVE adalah projek usaha sama kerajaan dengan pihak swasta iaitu Daganghalal Berhad bagi membangunkan sistem yang akan digunakan sebagai saluran mengenalpasti produk yang telah disahkan halal oleh semua badan pensijilan halal yang diiktiraf oleh Jakim.
 
Hasil daripada perjumpaan tersebut, semua enam (6) badan pensijilan yang hadir telah bersetuju menyertai HVE dan telah menandatangani perjanjian kerjasama untuk tujuan tersebut.  Dengan penyertaan enam (6) badan pensijilan di Australia ini, maka HVE kini telah berjaya menarik penyertaan sebanyak 15 buah badan pensijilan daripada 57 badan pensijilan yang diiktiraf oleh Jakim seluruh dunia. Badan-badan pensijilan halal yang telah menandatangani persetujuan adalah The Central Islamic Committee of Thailand (Thailand), Total Quality Halal Correct Certification (Holland), Control Office of Halal Slaughtering  B.V & Halal Quality Control (Holland), Halal Food Council of Europe (Belgium), NZ Islamic Meat Management & NZ Islamic Processed FoodManagement (NZIM) (New Zealand), Federation of Islamic Association of New Zealand (FIANZ) (New Zealand),Halal Certification Agency (Vietnam), South African National Halal Authority (SANHA) (Afrika Selatan), The Muslim Food Council, (UK), The Perth Mosque of Western Australia Incorporated (Australia), Supreme Islamic Council of Halal Meat In Australia (SICHMA) (Australia), Islamic Co-Ordinating Council of Vistoria (ICCV) (Australia), Australian Halal Authority & Advisers (Australia), Al-Imam Mosque Islamic Society of South Australia (Australia) dan juga Adelaide Mosque Islamic Society of South Australia (Australia).
 
Pada masa yang sama kesempatan diambil oleh Jakim pada perjumpaan tersebut untuk menerangkan tentang usaha lain yang sedang dilakukan oleh Jakim dengan kerjasama syarikat swasta di Malaysia iaitu latihan dan pembekalan penyembelih halal. Latihan dengan modul yang komperehensif ini bertujuan mewujudkan penyembelih yang terlatih, berkemahiran tinggi dan mempunyai pengetahuan dan amalan agama yang baik untuk dibekalkan kepada rumah-rumah sembelih di seluruh Australia. Modul ini dibangunkan selaras dengan dasar yang ditetapkan dalam Protocol for the Halal Meat and Poultry Production iaitu keperluan setiap rumah sembelih mewujudkan selain penyembelih, iaitu penyelia dan juga pemeriksa halal. Usaha ini disambut baik oleh badan-badan pensijilan halal kerana ini dapat membantu mengatasi masalah kekurangan penyembelih terlatih yang sedang dihadapi oleh kebanyakan rumah sembelih di bawah pemantauan mereka.  Jakim melalui First Secretary (Halal) di pejabat Kedutaan Malaysia di Canberra akan mengadakan perbincangan lanjut mengenai cadangan ini dengan kerajaan Australia terutama dari segi prosedur, permit dan juga keperluan lain sebelum penghantaran penyembelih dibuat.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tarikh: 
 Nov 28, 2013

ILIM intai peluang jalin latihan dengan Institusi Antarabangsa


Pada 9 - 17 November 2013, ILIM telah menghantar wakil iaitu Ustaz Mohamad Zamri Bin Mohamed Shapik, Ketua Penolong Pengarah Pusat Pengurusan dan Undang-Undang Islam (PPUI) bersama Encik Fakaruddin Bin Masod, Ketua Penolong Pengarah Audit, Bahagian Hub Halal Jakim sebagai wakil daripada Jakim untuk turut serta berganding bahu bersama-sama Wisma Putra dalam misi meneroka pasaran baru bagiStandard Halal Malaysia ke Negara Asia tengah iaitu di KazakhstanKyrgyzstan dan Uzbekistan melalui program Malaysian Technical Cooperation Program (MTCP)
Melalui program MTCP ini, ILIM berpeluang untuk mempromosi produk-produk latihan Islam ke peringkat antarabangsa. Selain itu, ILIM juga dapat mengukuh dan melebarkan jaringan hubungan antara peserta untuk manfaat bersama. Perkongsian dalam bidang-bidang latihan yang ditawarkan sedikit sebanyak akan membantu negara-negara peserta untuk menimba kepakaran dalam pelbagai bidang.
Dalam lawatan tersebut, Jakim dan Wisma Putra telah mengadakan beberapa sesi workshop dan lawatan ke kilang dan badan-badan halal di negara-negara tersebut.  Antara aktiviti yang dijalankan di Kazakhstan adalah Penyampaian Sesi Taklimat bersama Duta Besar Malaysia Di Kazakhstan, Mesyuarat Bersama Kazakhstan International Halal Industry. Manakala di Kyrgystan, wakil Jakim dan Wisma Putra telah mengadakan Workshop Bersama Halal Industri Development Center of Kyrgyzstan, Melawat kilang membuat biskut dan kek di Kyrgyzstan yang menggunakan Standard Halal. Di Uzbekistan pula, satu Mesyuarat Bersama  Usahawan Majerin sebagai wakil industry yang berkaitan dengan produk Halal di Uzbekistan, Perbincangan bersama Badan Akreditasi Standard Swasta di Uzbekistan, Workshop bersama wakil Kementerian di Uzbekistan.
Hasil daripada workshop dan lawatan, Jakim dan Wisma Putra berpendapat bahawa ketiga-tiga negara masih ketandusan pegawai yang benar-benar mahir dengan Standard Halal Malaysia dan Kewangan Islam. Oleh itu pihak ILIM adalah badan yang paling signifikan untuk memberi latihan kepada mereka. Justeru sekiranya semua perancangan berjalan dengan rapi ILIM akan mengendalikan latihan standard Halal Malaysia bagi peserta dari negara - negara yang dijemput di bawah program MTCP Kementerian Luar Negeri Malaysia. Usaha ini adalah sebagai merintis jalan untuk menaikkan imej Ilim sebagai sebuat Pusat Latihan Islam bertaraf antarabangsa seperti yang telah digariskan di dalam plan starategik Jakim 2009 – 2014.
Sesi Taklimat bersama Duta Besar Malaysia Di Kazakhstan
Workshop Bersama Halal Industri Development Center of Kyrgyzstan
Melawat kilang membuat biskut dan kek di Kyrgyzstan yang menggunakan standard Halal

Kaunseling Syarie : Bukti Jakim Serius Menangani Isu Umat Islam Di Malaysia


Berasaskan konsep, falsafah, prinsip, fungsi dan etika syariah, kaunseling syarie merupakan satu pendekatan  baharu dalam bidang kaunseling yang lebih holistik dan Islamik. Pendekatan ini dilihat sebagai langkah alternatif bagi menyelesaikan isu-isu sosial yang melanda umat Islam. Sejajar dengan itu, satu Seminar Kaunseling Syarie Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti telah diadakan pada 21 dan 22 November 2013 bertempat di Bayu Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.
 
Program yang berlangsung selama dua hari satu malam ini dihadiri oleh 200 peserta yang terdiri daripada pegawai runding cara/pegawai khidmat nasihat yang bertugas di Jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri, Pusat Pembangunan Keluarga Islam/Pusat Pembangunan Sosial, Bahagian Agama dan Kaunseling PDRM, Kor Agama Angkatan Tentera, Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Persatuan Kaunseling Syarie Malaysia dan pegawai kader Jakim yang bertugas di kementerian/jabatan dan hospital. Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’ (KPNCR) dari lima buah negeri juga turut mengambil bahagian dalam seminar ini.
 
Sebanyak tiga slot utama yang terdiri daripada taklimat, ceramah dan forum diadakan sepanjang seminar ini, iaitu :
 
1)    ”Modul Kaunseling Syarie : Konsep dan Amalannya”
Penceramah : YBhg. Dr. Abdul Ghaffar bin Surip (Jakim)
 
2)    ”Ke Arah Pelaksanaan Pendekatan Kaunseling Syarie di Malaysia : Harapan dan Cabaran”
Ahli Panel :    (i)  YBhg. Dr. Hjh Rusni Bt A.ghani (JPA)
(ii)  YBhg. Prof. Madya Dr. Zainab binti Ismail (UKM)
(iii) YBhg. Dr. Abdul Ghaffar bin Surip (Jakim)
                Moderator :   YBhg. Ustaz Ahmad Termizi bin Zainuddin (Jakim)
 
3)    ”Pelaksanaan Modul Runding Cara/Kaunseling Dalam Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM)”
Penceramah : YBhg. Ustazah Sabariah binti Salleh (Jakim)
 
Majlis perasmian seminar serta pelancaran Manual Kaunseling Syarie dan Persatuan Kaunseling Syarie Malaysia telah disempurnakan oleh YBhg. Puan Hajah Saimah binti Mukhtar, Pengarah Bahagian Pembangunan Insan, Jakim pada 21 November 2013 (Khamis), jam 8.30 malam. Setelah selesai majlis perasmian, satu sidang media khas yang diaturkan oleh Unit PRO Jakim yang melibatkan pihak media daripada RTM, Utusan Malaysia, Berita Harian dan Sinar Harian telah diadakan selama 30 minit.
 
Bagi mengukuhkan objektif seminar yang dilaksanakan, 200 peserta yang hadir telah mengambil 10 ketetapan yang meliputi pengukuhan perkhidmatan runding cara dan khidmat nasihat di JAIN/MAIN dan agensi-agensi yang berkaitan dengan pendekatan kanseling syarie, saranan pindaan kaedah dalam Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Islam berteraskan kaedah kaunseling syarie, cadangan kepada institusi pengajian tinggi supaya menawarkan program-program pengajian kaunseling syarie dan mengiktiraf kaunseling syarie sebagai satu alternatif memperkukuhkan kaunseling di Malaysia.
 
Modul Kaunseling Syarie disediakan dan dijayakan oleh panel penulis dan penilai yang terdiri daripada pegawai Jakim, Jabatan Agama Islam Negeri, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Bahagian Agama dan Kaunseling PDRM, ahli-ahli akademik dan wakil badan bukan kerajaan (NGO).
 
 
YBhg. Puan Hajah Saimah binti Mukhtar, Pengarah Bahagian Pembangunan Insan
sedang menyampaikan ucapan perasmian
 
 
Majlis Perasmian Seminar dan Pelancaran Manual Kaunseling Syarie dan Persatuan Kaunseling Syarie
 
 
Pelancaran Manual Kaunseling Syarie dan Persatuan Kaunseling Syarie
 
 
Sidang media bersama wartawan

Akhirnya 5 Ilmuan Ini Memeluk Islam Setelah Melihat Kebenaran Al Qur'an


Al Qur'an adalah kitab yang mempunyai fakta yang tulin dan tidak diragui. Segala cerita yang dinyatakan dalam al Quran samaada perkara  telah lalu dan akan datang ia adalah benar. Walaupun ia sebuah kitab yang hanya mengandungi sekadar hampir 7000 ayat namun isi kandungannya tidak boleh dicabar oleh mana-mana orang sekalipun. Ini kerana ia datang daripada Allah SWT. Terbukti individu yang pada mulanya ingin membuat kajian utk membuktikan kelemahan al Qur'an akhirnya terpaksa mengakui kebenaran al Qur'an itu sendiri. Bahkan telah  sesetengahnya telah memeluk agama Islam. Ini berlaku kepada beberpa individu seperti berikut;

1. Maurice Bucaille, masuk Islam kerana jasad Fir’aun

Dalam pengkajiannya, dia terkejut setelah menemukan sisa-sisa garam yang melekat pada tubuh jasad mumia firaun adalah bukti terbesar bahawa dia telah mati kerana tenggelam. Sedangkan berita ini telah dibicarakan kaum muslimin melalui al Qur'an sejak dahulu lagi, bagaimana ianya boleh berlaku ?

2.Jacques Yves Costeau, Jumpa Islam Dalam Lautan

Seorang ahli selam Perancis untuk suatu dokumentari. Saat-saat pelik apabila dia menemukan mata air di dasar laut dimana ianya bersifat tawar dan sedap. Apa yang peliknya, air tersebut tidak bercampur dengan air masin dan seolah-olah ada dinding yang memisahkan kedua-dua air tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim dan menceritakan fenomena ganjil itu kepadanya. Profesor tersebut lalu teringat ayat Al quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez.

Ayat itu berbunyi: “Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing”.

Kemudian dibacakan surat Al-Furqan ayat 53 : “Dan Dialah yang

membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.”

3. Demitri Bolykov, saat yakin matahari akan terbit dari Barat

Dari hasil kajiannya sebagai seorang ahli fizik, dia mempercayai bahawa suatu masa nanti metahari akan terbit melalui barat. Perkara ini telah disebutkan oleh Rasulullah SAW melalui Hadis ShahihNya sejak 1400 tahun lalu ketika menceritakan tanda-tanda kiamat. Bagaimanakah keadaan ini diketahui oleh Rasulullah SAW?

4. Dr.Fidelma O’Leary, menemukan rahsia sujud dalam solat

Dalam penelitian sebagai seorang doktor berkenaan fungsi otak:

Akhirnya dia menemukan bahwa ternyata darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia secara sempurna kecuali ketika seseorang tersebut melakukan sujud dalam solat. Bererti, kalau manusia tidak menunaikan ibadah solat, otak tidak dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal. 

Perintah solat yang hukumnya wajib dalam Islam bukanlah untuk menyusahkan orang Islam tetapi untuk kebaikan mereka sendiri. Perintah kewajiban solat oleh al Qur'an yang turun 1400 tahun dahulu hikmahnya secara saintifik dapat diketahui baru-baru ini sahaja.

5. Profesor William, menemukan tumbuhan yang bertasbih

Menemui getaran halus ultrasonik yang tertransfer dari alat perakam menggambarkan garis-garis yang membentuk lafaz Allah dalam layar. Para ilmuwan Inggeris ini lantas kagum dengan apa yang mereka saksikan.

Petanda Besar Kiamat: NASA Sahkan Matahari Sudah Terbit Dari Barat

Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.

NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”.

Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!

Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat. Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.

Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui...

Subhanallah...

Monday 25 November 2013

Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan Sivil Kali ke-23 dan Pelancaran Buku Kompilasi Kertas Kerja Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan Sivil


Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan Sivil Kali ke-23 yang diadakan pada 31 Oktober hingga 2 November  2013 bertempat di Bayview Beach Hotel, Batu Feringgi, Pulau Pinang merupakan anjuran JAKIM. 
 
Persidangan ini dihadiri oleh 70 peserta terdiri daripada ahli-ahli Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil, Mufti-mufti Kerajaan Negeri, YB Penasihat Undang-Undang Negeri, YAA Ketua Hakim Syarie Negeri-negeri, Pengerusi/ Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri-negeri dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri-negeri. Manakala pengerusi persidangan ini adalah YBhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM.
 
 
 
YBhg. Tan Sri Sheikh Ghazali bin Sheikh Abdul Rahman, Penasihat Syariah Jabatan Peguam Negara merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil. Ahli Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil yang menjadi pakar rujuk kepada persidangan ini.
 
 Objektif umum Persidangan ini adalah bagi mendapatkan pandangan negeri-negeri ke arah memperkemas dan memantapkan undang-undang Islam di Malaysia serta mendapatkan kata sepakat ke arah penyeragaman undang-undang di samping mengeratkan hubungan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri-negeri dalam hal ehwal perundangan Islam.
 
Jawatankuasa Teknikal ini berperanan membantu kerajaan melalui JAKIM menggubal model undang-undang Islam bagi tujuan penyelarasan dan penyeragaman di seluruh negara. Persidangan kali ini membincangkan draf Rang Undang-Undang Hibah. Cadangan untuk mewujudkan Rang Undang-Undang Hibah  adalah salah satu program tranformasi Kerajaan dalam memperkenalkan undang-undang baru dan khusus bagi menyelesaikan masalah pengurusan harta hibah kepada masyarakat dan menegakkan kewibawaan mahkamah dalam pengurusan harta secara lebih teratur.
 

Konvensyen Pendakwah Negara 2013 bertemakan Tekno-Daie Berkualiti Islam Dihayati


Pada 7 November 2013 bersamaan 3 Muharram 1435H, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dakwah telah mengadakan Konvensyen Pendakwah Negara 2013 bertemakan Tekno-Daie Berkualiti Islam Dihayati, bertempat di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur.
 
Tujuan Konvensyen ini diadakan adalah untuk:
 
1.       meningkatkan kefahaman, pemikiran Islam dalam menjayakan pelaksanaan dakwah secara  menyeluruh, bersepadu dan  berstrategi serta sesuai dengan situasi terkini;
 
2.        memberi pendedahan terhadap dasar-dasar dan isu-isu semasa negara;
 
3.       memberi pendedahan mengenai pendekatan dakwah yang terkini sesuai dengan era globalisasi; dan
 
4.       mencari titik pertemuan dan pengukuhan dalam penyebaran dakwah daripada pelbagai agensi dan badan dakwah.
 
Majlis Perasmian Konvensyen telah disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Hj Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Majlis ini juga turut dihadiri oleh dif-dif kehormat seperti Ashabul Samahah Mufti-Mufti Kerajaan Negeri, Ketua-Ketua Agensi di bawah Menteri, Pengarah-Pengarah, Ketua Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri-Negeri, Wakil daripada Kerajaan Brunei dan Singapura serta pendakwah daripada Institusi Pendidikan dan Ngo-Ngo Islam.
 
Dalam ucapan Perasmian, YB Menteri telah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di atas inisiatif mengadakan Konvensyen dan turut melahirkan rasa syukur kerana berjaya menghimpunkan para pendakwah negara yang komited memacu pembangunan modal insan berkualiti. YB Menteri juga menyeru agar para da’ie berusaha meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran teknologi baharu seperti penggunaan telefon pintar dan media sosial yang berpotensi menyebarkan dakwah dengan lebih mudah dan cepat. 
 
Konvensyen ini telah menampilkan enam (6) ahli panel yang terkenal dan berwibawa dalam bidang pendidikan dan dakwah bagi mengupas tema Konvensyen agar perjalanan konvensyen mencapai objektifnya.
 
Antara barisan ahli panel:
 
 
 
1.    YBhg. Tan Sri Prof. Dr. Mohd Kamal Hassan
Profesor Ulung,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Tajuk: “Tekno-Daie Berkualiti, Islam Dihayati”
 
 
2.    YBhg. Tuan Haji Dr. Nik Roskiman bin Abdul Samad
Pengarah
Pusat Media IKIMfm
Institut Kefahaman Islam Malaysia
Tajuk: ”Tekno Daie dan Dakwah Media Baru: Hala Tuju Jentera Dakwah, Peranan dan Impak terhadap Mad’u”
 
3.    YBhg. Tuan Haji Che Wan Alias bin Che Wan Abdullah
Pengurus Besar
Pembangunan Kandungan dan Penyelidikan Program TV Hijrah
Tajuk: ”Tekno Daie dan Dakwah Media Baru: Hala Tuju Jentera Dakwah, Peranan dan Impak terhadap Mad’u”
 
4.    YBhg. Dr. Zakir Naik
Tokoh Maal Hijrah 1435H
President
Islamic Research Foundation
 
5.    YBhg.Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri
Pendakwah dan Personaliti TV
”Akhlak Pendakwah Media Baru”
 
6.    YBhg. Dr Haji Zaharuddin bin Haji Abd Rahman
Pensyarah Kanan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
”Media Baru: Antara Dosa dan Pahala”
 
 
Moderator:
 
7.    YBhg. UstazBadli Shah bin Alauddin
Personaliti TV
 
8.    YBhg Tuan Haji Mat Radzi bin Haji Mat Ali
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
 
9.    YBhg Tuan Haji Mohamad Zamri bin Mohamed Shapik
Ketua Penolong Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
 
10.YBhg. Ustaz Mohd Hariri bin Mohamad Daud
Penolong Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
 
Konvensyen yang telah bersidang selama sehari ini mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan daripada para jemputan. Melengkapkan lagi perjalanan Konvensyen ini, maka pembentangan Resolusi Konvensyen telah disampaikan oleh  YBhg. Dato’ Haji Ali bin Mohammed, Pengarah, Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
 
Sebanyak 7  gagasan Resolusi yang dicapai dalam Konvensyen tersebut adalah seperti berikut:

Friday 8 November 2013

Mesyuarat SOM Ke-38 dan Pelancaran Bas Belia MABIMS


            Mesyuarat Som Ke-38 Pertemuan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS)  dan Pelancaran Alumni Bas Belia MABIMS .
            Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menganjurkan Mesyuarat Som Ke-38 Pertemuan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura(MABIMS)  dan Pelancaran Alumni Bas Belia MABIMS . Majlis tersebut  telah diadakan pada 29  Oktober  2013bersamaan 24 Zulhijjah 1434H bertempat di Meritus Pelangi Beach Resort & SPA Langkawi, Kedah Darul Aman dan telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Othman bin Mustapha; Ketua Pengarah Jakim mewakili YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Tema majlis pada kali ini adalah ‘Keharmonian Asas Pembangunan Ummah’.
             MABIMS adalah singkatan bagi Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura yang diadakan dalam tempoh 2 tahun sekali. Turut dijemput adalah perwakilan daripada negara Thailand dan Filipina sebagai negara pemerhati. Manakala SOM adalah akronim bagi Senior Officers Meeting yang diadakan pada setiap tahun dengan dihadiri oleh Pegawai-pegawai Kanan / Musyawarah Pegawai-pegawai Tinggi Kerajaan. Turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut ialah YBhg. Dato’ Razali bin Shahabudin; Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim.
 
             Tahun 2013 ini adalah tahun yang kelima (5) bagi penganjuran Bas Belia MABIMS. Majlis ini dianjurkan bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara negara-negara serantau iaitu MABIMS; mengukuhkan lagi kesatuan dalam usaha menjadikan umat Islam di negara anggota MABIMS yang progresif, cintakan kedamaian dan keharmonian serta menjadi rujukan bagi pembangunan umat Islam di dunia. Untuk makluman, pergerakkan Bas Belia MABIMS ini bermula pada 25 Oktober 2013 (Jumaat) dari Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi yang akan melalui Alor Setar dan seterusnya berakhir di Langkawi pada 31 Oktober 2013 (Khamis)
 
             Seramai 40 peserta dari kesemua negara anggota MABIMS yang mengikuti Bas Belia MABIMS ini di mana akan diwakili oleh 10 peserta dari setiap negara. Antara kriteria peserta yang terpilih bagi mengikuti program ini  adalah mempunyai daya kepimpinan , berakhlak dan mampu menjadi inspirasi kepada golongan belia setempat. Keseluruhan Aktiviti adalah bersifat perkongsian ilmu dan kemasyarakatan disamping memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara mesra pelancong.
 
 
 
 
 
 

Jakim Perhebat Usaha Memartabat Perundangan Syariah Di Malaysia


 
 
 
 
Sesi Forum melibatkan ahli panel dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Mufti Negeri Selangor
dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
 
 
Ampang, Selangor, 23 hingga 25 Oktober 2013 – “Memartabat Undang-Undang Syariah di Malaysia” menjadi tema bagi Konvensyen Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia Tahun 2013 bertempat di Hotel De Palma, Ampang, Selangor. Konvensyen tahunan anjuran Jakim melalui Bahagian Penyelarasan Undang-Undang ini disertai oleh seramai 180 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie Negeri seluruh Malaysia.
 
Antara pengisian konvensyen ialah pembentangan 4 kertas kerja dan satu forum melibatkan ahli akademik, Timbalan Mufti dan pakar serta pengamal undang-undang seperti berikut:
 
Pembentangan Kertas Kerja I
“Kedudukan Undang-Undang Syariah Di Malaysia Masa Kini”
 Oleh : YBhg. Tuan Musa bin Awang
Presiden, Persatuan Peguam Syarie Malaysia
 
Pembentangan Kertas Kerja II  
Integriti Dalam Pelaksanaan Undang-Undang Syariah
di Malaysia”
Oleh : YBhg. Dr. A.Bakar bin Sarpon
Timbalan Presiden, Institut Integriti Malaysia
 
Pembentangan Kertas Kerja III 
“Lacuna dalam Pelaksanaan Undang-Undang Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam”
Oleh : YBhg. Dr. Arik Sanusi bin Yeop Johari, Pengarah Seksyen Syariah, Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara.
(mewakili YBhg. Dato' Sri Idrus bin Harun, Peguam Cara Negara, Jabatan Peguam Negara)
 
 
Pembentangan Kertas Kertas IV
“Kredibiliti Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie : Satu Penilaian”
Oleh : Y.A. Dato’ Haji Yusof bin Musa
Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)
 
Forum:    “Syiah: Realiti dan Cabaran” 
Ahli Panel:
1)   S.S. Dato’Haji Abdul Majid bin Omar
                  Timbalan Mufti Negeri Selangor
 
2)   YDH SAC Datuk Mohd Sofian bin Md Makinuddin
                   Ketua Penolong Pengarah
                 Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial, PDRM, Bukit Aman
 
3)   YBhg.Prof.Madya Dr. Kamaluddin Nurdin bin Marjuni
                      Ketua Program Akidah, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM
 
                    Moderator: YBhg. Dr. Abdul Ghaffar bin Surip
 
Majlis Perasmian Konvensyen tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim yang mewakili YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 24 Oktober 2013. Dalam ucapan perasmiannya, YBhg. Dato’ Ketua Pengarah telah menyatakan bahawa keberkesanan pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang bergantung kepada sikap, nilai, kecekapan, tahap pengetahuan dan kemahiran pegawai-pegawai yang dilantik untuk menjalankan kuasa-kuasa dan fungsi-fungsi sedemikian. Mereka perlu memahami prosedur tertentu sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang dan hendaklah mengikut had bidang kuasa yang diberi. Di samping itu pegawai-pegawai tersebut juga dikehendaki menggunakan budi bicara secara bijaksana dalam membuat sesuatu keputusan mengenai sesuatu perkara yang berkaitan sebelum sesuatu tindakan boleh diambil. Oleh yang demikian menurut beliau adalah perlu dipertingkatkan profesionalisme Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Agama dan penyiasat supaya setanding dengan pegawai-pegawai di agensi-agensi lain. Ketidakcekapan tugas penguatkuasaan dan kelemahan dalam penyediaan kertas siasatan juga boleh mempengaruhi prestasi pendakwaan di Mahkamah.