Wednesday, 4 December 2013

ILIM intai peluang jalin latihan dengan Institusi Antarabangsa


Pada 9 - 17 November 2013, ILIM telah menghantar wakil iaitu Ustaz Mohamad Zamri Bin Mohamed Shapik, Ketua Penolong Pengarah Pusat Pengurusan dan Undang-Undang Islam (PPUI) bersama Encik Fakaruddin Bin Masod, Ketua Penolong Pengarah Audit, Bahagian Hub Halal Jakim sebagai wakil daripada Jakim untuk turut serta berganding bahu bersama-sama Wisma Putra dalam misi meneroka pasaran baru bagiStandard Halal Malaysia ke Negara Asia tengah iaitu di KazakhstanKyrgyzstan dan Uzbekistan melalui program Malaysian Technical Cooperation Program (MTCP)
Melalui program MTCP ini, ILIM berpeluang untuk mempromosi produk-produk latihan Islam ke peringkat antarabangsa. Selain itu, ILIM juga dapat mengukuh dan melebarkan jaringan hubungan antara peserta untuk manfaat bersama. Perkongsian dalam bidang-bidang latihan yang ditawarkan sedikit sebanyak akan membantu negara-negara peserta untuk menimba kepakaran dalam pelbagai bidang.
Dalam lawatan tersebut, Jakim dan Wisma Putra telah mengadakan beberapa sesi workshop dan lawatan ke kilang dan badan-badan halal di negara-negara tersebut.  Antara aktiviti yang dijalankan di Kazakhstan adalah Penyampaian Sesi Taklimat bersama Duta Besar Malaysia Di Kazakhstan, Mesyuarat Bersama Kazakhstan International Halal Industry. Manakala di Kyrgystan, wakil Jakim dan Wisma Putra telah mengadakan Workshop Bersama Halal Industri Development Center of Kyrgyzstan, Melawat kilang membuat biskut dan kek di Kyrgyzstan yang menggunakan Standard Halal. Di Uzbekistan pula, satu Mesyuarat Bersama  Usahawan Majerin sebagai wakil industry yang berkaitan dengan produk Halal di Uzbekistan, Perbincangan bersama Badan Akreditasi Standard Swasta di Uzbekistan, Workshop bersama wakil Kementerian di Uzbekistan.
Hasil daripada workshop dan lawatan, Jakim dan Wisma Putra berpendapat bahawa ketiga-tiga negara masih ketandusan pegawai yang benar-benar mahir dengan Standard Halal Malaysia dan Kewangan Islam. Oleh itu pihak ILIM adalah badan yang paling signifikan untuk memberi latihan kepada mereka. Justeru sekiranya semua perancangan berjalan dengan rapi ILIM akan mengendalikan latihan standard Halal Malaysia bagi peserta dari negara - negara yang dijemput di bawah program MTCP Kementerian Luar Negeri Malaysia. Usaha ini adalah sebagai merintis jalan untuk menaikkan imej Ilim sebagai sebuat Pusat Latihan Islam bertaraf antarabangsa seperti yang telah digariskan di dalam plan starategik Jakim 2009 – 2014.
Sesi Taklimat bersama Duta Besar Malaysia Di Kazakhstan
Workshop Bersama Halal Industri Development Center of Kyrgyzstan
Melawat kilang membuat biskut dan kek di Kyrgyzstan yang menggunakan standard Halal


Mesyuarat bersama  JICA Uzbekistan
Mesyuarat Bersama UNDP di Uzbekistan
Mesyuarat bersama Badan Akreditasi Standard Swasta di Uzbekistan
Sesi Rumusan di kediaman Duta Besar Malaysia di Uzbekistan.
Tarikh: 
 Nov 28, 201

No comments:

Post a Comment