Monday 27 November 2017

7 Amalan Yang Membolehkan Rezeki Anda Mengalir Deras

Sebagai manusia biasa, pernah satu ketika saya merasakan rezeki saya terlalu sukar dan sempit. Saya sudah berusaha keras dan kuat, tetapi rasanya masih belum cukup.
Setelah mencari panduan, amalan dan solusi bagi permasalahan ini, akhirnya saya menemui sesuatu yang boleh menenangkan hati saya.
Rupanya, rezeki ini sifatnya adalah terlalu luas. Ia bukan berkisar mengenai wang ringgit semata-mata. Kita lupa bahawa banyak sekali perkara yang kita ada pada hari ini dari segi kesihatan, keluarga, pekerjaan, ilmu dan sebagainya juga adalah rezeki.
Setelah menyedari hakikat ini, hati kita akan lebih tenang di dalam mengharungi kehidupan seharian. Pun begitu, terdapat amalan-amalan yang diajarkan menerusi al-Quran dan hadis agar rezeki kita dipermudahkan dan digandakan oleh Tuhan.

#1 – Bersyukur Dan Ucaplah Alhamdulillah!

Perkara pertama yang kita perlu lakukan ialah bersyukur. Resapi dan hayati makna syukur, basahkan lidah anda dengan kalimah ‘Alhamdulillah’, Insyallah Tuhan akan gandakan rezeki anda serta-merta. Analoginya seperti kita membeli sekilo gula dengan harga sekian, tetapi tuan kedai memberikan anda dua kilo.

15 Waktu Maqbul Doa


الدعاء هو العبــادة
“Doa adalah ibadah.”
Doa umumnya tidak bertempat dan tidak mempunyai ketetapan masa, boleh saja dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa.
Namun lihatlah betapa Islam sangat mementingkan ketelitian dalam setiap perkara sehingga banyak ayat Al-Quran dan hadis berbicara tentang spesifikasi doa; tentang jenis-jenis doa, waktu yang disukai Allah untuk berdoa, tempat yang disukai dan sebagainya.
Bayangkan jika anda mempunyai anak, anda senang jika anak anda rajin belajar, namun anda akan lebih senang jika anak anda mendapat keputusan yang terbaik dalam peperiksaan.

15 Rahsia Hidup Bahagia Dan Berjiwa Tenang

Apakah perasaan anda saat ini? Sedih, kecewa, marah, atau bahagia? Bahagiakah anda sekarang? Apa makna ‘bahagia’ dalam hidup anda? Adakah apabila seseorang itu memiliki kekayaan yang melimpah ruah, itu dinamakan bahagia?
Atau, adakah jika dia berjaya melanjutkan pengajian ke luar negara baru diri berasa bahagia?
Ternyata, ‘bahagia’ itu subjektif dan berbeza bagi setiap orang.
Mengapa demikian? Ini kerana bahagia itu letaknya di hati, tidak kira siapa anda dan hanya anda yang boleh menentukan bahagiakah anda?
Berikut dikongsikan 15 rahsia untuk beroleh hidup bahagia, antaranya;

#1 – Ketawa

Ketawa adalah ‘ubat’ bagi segala keinginan yang tidak tercapai dalam hidup. Dengan tertawa, tubuh akan menggerakkan hormon kebahagiaan (endorphin).

8 Amalan Mengurus Stress Mengikut Islam

Dalam kehidupan hari ini, terdapat banyak perkara yang menyumbang kepada tekanan dan stress. Ini kerana corak kehidupan hari ini yang terpaksa menghadapi pelbagai masalah seperti
beban kerja dan tanggungjawab, masalah kewangan, masalah rumahtangga, kesihatan dan pelbagai lagi.
Dalam menyelesaikan tekanan dan stress ini, Islam ada beberapa penyelesaiannya, iaitu:

#1- Zikrullah

Zikrullah adalah dengan sentiasa mengingat Allah, sesuai dengan firmanNya dalam al-Quran;
“Dengan mengingat Allah, hati akan tenang.”
Al-Raad:28Oleh itu, ucaplah ‘Lailaha ilallah’ sebanyak-banyaknya, insyaAllah hati kita akan menjadi tenang. Berzikir bukan sahaja dilakukan dengan cara lisan tetapi untuk setiap perkara yang kita lakukan, iaitu dengan menyebut nama ‘Allah’ di setiap helaan nafas kita.

Wednesday 22 November 2017

20 AMALAN RINGAN BERPAHALA BESAR



 Amalan Ringkas Pahalanya Besar


1.Mendoakan orang lain mendapatkan pahala sebanyak orang   yang di doakan.

Melakukan amalan tanpa melakukannya dengan susah payah tapi mendapatkan pahala besar adalah hal yang sangat mustahil.Mendapatkan pahala besar tanpa mengeluarkan biaya,keringat dan tenaga.Salah satu amalan yang dapat dilaksanakan adalah mendoakan orang lain.

“Barang siapa yang mendoakan mu’min laki-laki atu pun perempuan   niscaya alloh akan member pahala kebaikan dari setiap mu’min laki-laki dan perempuan  yang didoakannya.”HR.al-Thabrani dan di anggap hasan oleh Albani.”

Maka perbanyaklah mendoakan orang lain dalam kebaikan dan ketaqwaan.Dan janganlah kalian mendoakan mereka dalam keburukan ,suatu hal yang tak mungkin terjadi, memutus silaturahmi, dan  mendoakan orang kafir agar di ampuni,tetapi boleh lah kalian berdoa agar ia di beri hidayah untuk masuk ke dalam islam.Salah satu doa yang mungkin biasa dipraktekan:


            “Ya alloh, ampunilah dosa orang-orang muslim baik laki-laki maupun wanita, baik  yang masih hidup,atau yang telah meninggal dunia.dengan rahmat Mu  Ya Alloh yang maha pengasih dan maha penyayang.”


Thursday 16 November 2017

Amalan 1 Minit Tapi Besar Ganjarannya.Mari Kita Amalkan


Di dalam kesibukkan dunia hari ini, minit demi minit berlalu dengan cukup pantas. Sehinggakan timbul rasa menyesal di dalam diri kita kerana gagal mencari waktu dan masa untuk beribadah kepada Tuhan.
Kita selalu merasakan diri kitalah yang tergolong di dalam manusia yang rugi seperti firman Tuhan di dalam Surah al-Asr.
Namun, tahukah anda ada amalan-amalan yang boleh dilakukan dalam masa satu minit sahaja, tetapi ganjarannya cukup besar. Ia boleh dilakukan ketika anda menunggu di lampu isyarat, menunggu bas atau teksi, berjalan menuju ke sesuatu tempat dan sebagainya. Berikut adalah amalan-amalan yang anda boleh praktikkan.

#1 – Membaca Surah Al-Ikhlas

Di dalam masa satu minit, kita boleh membaca sekitar 10 kali Surah Al-Ikhlas. Ia adalah surah yang cukup mudah untuk dihafal dan ia adalah surah yang cukup popular untuk dibaca di dalam solat apabila kita mengejar masa. Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda;
Siapa yang membaca qul huwallahu ahad sampai akhir (Surah Al-Ikhlas) sebanyak sepuluh kali, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga-Hadis Riwayat Ahmad . 
Jadikan membaca surah al-Ikhlas sebagai amalan mengisi masa terluang, Insyallah kita akan memperolehi rumah di Syurga!