Friday, 30 September 2016

Tuan Guru Datuk Haron Din dan Perubatan Islam


http://ulamasedunia.org | .
Genap usia 76 tahun yang dikasihi Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din (aTGHD) telah kembali kerahmatullah pada jam 7:02 Petang (15-Sep-2016 – Waktu San Francisco USA) bersamaan jam 10:02 Pagi (16-Sep-2016 – Waktu Malaysia). Seluruh rakyat Malaysia kehilangan sebutir mutiara ulama yang sukar dicari ganti. Ramai yang mengucapkan takziah dikalangan kawan dan lawan atas pemergian beliau.

Segelintir kecil pembenci beliau mencemuh, kenapa aTGHD mengambil kaedah moden bagi rawatan sakit jantung beliau? Sedangkan beliau begitu popular dengan kaedah pengubatan air jampi Darussyifa’?


Ya Allah! Musnahkanlah Bashar dan penyokongnya


http://ulamasedunia.org/ | .
Setiausaha Agung Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Sheikh Dr Ali Al-Qurrah Daghi, menggesa pemimpin Arab Islam agar segera campur tangan bagi menyelamatkan kanak-kanak Syria dari pembunuhan beramai-beramai di wilayah bergolak, Homs.

Akibat satu insiden serangan di Homs, kanak-kanak dilaporkan melecur selepas dibom dengan bom ‘Napalm’ oleh tentera Assad.

Insiden tersebut telah mendapat perhatian Setiausaha Agung Kesatuan Ulamak Islam Sedunia itu apabila dipetik dari laman Twitter beliau berbunyi:

RUU 355: Hormati hak orang Islam laksana agamanya



KENYATAAN beberapa pemimpin Melayu dan Bukan Islam yang tidak bersetuju dengan RUU (Rang Undang-Undang) 355, yang bertujuan untuk meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah dikesali.

Apabila RUU 355 dibawa ke sidang parlimen untuk dibahaskan maka ia bukanlah melanggar Perlembagaan Persekutuan seperti yang dituduh oleh sesetengah pemimpin. Kalau bercanggah dengan perlembangaan maka ia tidak perlu dibahas dan hanya perlu dilaksanakan tanpa dibawa ke sidang parlimen.

10 hari pasca pilihan raya Jordan


IMRAN AL-MALIZI | .
Setelah 10 hari berlalunya pilihan raya umum di Jordan, seperti yang dijangkakan oleh para pemerhati, tiada banyak perubahan akan berlaku dalam sosiopolitik bagi negara yang mengamalkan sistem beraja ini.

Boleh dikatakan dalam tempoh kempen sehinggalah hari pembuangan undi pada 20 September 2016, seakan-akan tiada ‘kemeriahan’ seperti di negara-negara lain termasuk Malaysia. Poster dan kain rentang yang dinaikkan di merata tempat seperti iklan-iklan tuisyen atau perniagaan yang biasa kelihatan di bandaraya dan pusat bandar di negara kita.

Pembubaran parlimen telah diisytiharkan oleh Raja Abdullah II pada 29 Mei 2016 dan baginda telah melantik Perdana Menteri sementara Hani Al-Mulki menggantikan penyandang jawatan itu Abdullah Ensour.

Wednesday, 28 September 2016

Mampukah semut jadi penyelesaian kepada krisis antibiotik?




MADISON, 27 Sept — Krisis kegagalan antibiotik telah mendorong para saintis untuk mencari sumber baru bagi ubat tersebut. Kini, sejenis semut mungkin adalah jawapan yang dicari mereka.

Para saintis mendapati sesetengah spesies semut, termasuk semut pemotong daun dari Amazon, menggunakan bakteria untuk mempertahankan sarang dari serangan kulat serta mikrob, yang berpotensi untuk dijadikan antibiotik untuk kegunaan manusia.
Salah seorang saintis yang terlibat dalam penyelidikan itu, Prof Cameron Currie daripada University of Wisconsin-Madison di Amerika Syarikat sini berkata bahan kimia yang dikumuhkan oleh bakteria tersebut dipercayai mempunyai kesan antibiotik yang kuat.

Bukti Kebenaran Islam: 11 Orang Tersohor Di Dunia Memeluk Islam


Tahukan anda siapakah 11 orang yang tersohor di dunia dalam bidang masing-masing yang pada akhirnya telah memeluk Islam? Mereka ini bukan sahaja tersohor, malah antara yang menggemparkan dunia dengan kepakaran dan keistimewaan yang unik dan tersendiri. Walaupun terlalu ramai orang-orang ternama yang telah memeluk Islam, di sini saya hanya paparkan senarai 11 nama orang yang amat terkenal dan berpengaruh yang telah mendapat hidayah dan memilih Islam sebagai jalan kehidupan yang kekal.




Apakah Hidayah?


"... Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya."
 (Surah al-Kahfi 18:17) 



1. Muhammad Ali ( Cassius Marcellus Clay Jr.)
Seorang pesara petinju Amerika yang tersohor yang merupakan juara 3 kali World Heavyweight Champion dan pemenang pingat emas Olympic kategori Light-heavyweight. Ali menukar namanya setelah menjadi ahli kepada Nation of Islam pada tahun 1964 dan akhirnya bertukar menjadi Islam Sunni pada tahun 1975.

Muslimah (Berhijab) Pertama Dalam Playboy



Luar Negara

New York: Majalah Playboy yang selama ini terkenal dengan gambar wanita telanjang atau hampir telanjang buat julung kalinya akan memaparkan seorang wanita Muslim berpakaian sopan.

Wartawan Amerika Syarikat, Noor Tagouri, 22, menjadi wanita pertama menampilkan imej jauh berbeza apabila dia muncul dalam edisi Oktober yang bertemakan ‘Renegades.’ Kemunculannya di majalah Playboy itu mendapat perhatian masyarakat di dunia maya. Ramai yang menyatakan bangga tetapi ada juga yang mencemuhnya.

Bercakap mengenai kritikan itu, Noor berkata, dia tidak mempedulikannya.

“Ini hal negatif dan tidak baik untuk difikirkan. Saya hanya memastikan saya berada dalam lingkungan yang benar bersama orang-orang yang baik dan menyanyangi saya,” katanya.
Noor yang tampil dalam majalah itu dengan berseluar jean, jaket kulit dan kasut Converse memberitahu majalah itu, dia berazam mahu menjadi pembaca berita wanita bertudung pertama dalam rangkaian televisyen komersial Amerika Syarikat.

Dia bekerja dengan portal berita Newsy yang menghasilkan video berita pendek.
Dia percaya sebagai Muslimah dia menjadi wartawan yang lebih baik.

“Sejujurnya saya rasa menjadi wanita Muslim berhijab membuatkan orang lebih terbuka dengan saya kerana cepat mempercayai saya.
“Secara tidak langsung orang yang saya wawancara percaya saya tidak akan memutarbelit kisah mereka,” katanya.

Noor mengaku tidak semua orang menyukainya, malah kerap dikritik dan dihina di Internet.
Katanya, dia tidak mempedulikan pandangan atau persepsi orang lain yang dibuat cuma berdasarkan pakaiannya.

Malah dia sengaja menampilkan dirinya berhijab dalam setiap liputan.
“Ia memberi kekuatan kepada saya untuk menjalankan tugas seharian. Laporan berita saya tidak akan terjejas semata-mata kerana saya menutup aurat,” katanya.

- Harian Metr

Tuesday, 27 September 2016

Ketegasan Tuan Guru dalam isu saka




Pernah sekali saya lihat TG betul2 bengang... semasa merawat seorang kakak dgn anaknya...kakak tu sebut,"Sebelum ni saya pernah berubat dgn seorang ustaz, dia kata dia anak murid ustaz (TG), dia kata anak saya dan saya ada SAKA...". Serta merta berubah air muka TG...selepas melepaskan keluhannya beliau berkata, "Beritahu ustaz tu kata kat dia DIA BUKAN ANAK MURID SAYA.." .. Buat pertama kali saya lihat TG marah...sebab itu saya dan rakan2 perawat Darussyifa' sangat berhati2 dlm soal ini... janganlah sewenang2nya beritahu pesakit pasal SAKA-SAKA ni..sebab seperti yg TG pesan..apabila kita kata seseorang itu ada SAKA maknanya kita telah menuduh ayah,ibu, datuk atau nenek serta keturunannya pernah melakukan perkara SYIRIK dan tuduhan tersebut ada pertanggungjawabannya...Nauzubillah.

Ihsan daripada Ustaz Ikmal Zaidi Hashim
Darussyifa

http://kerabubersuara.blogspot.my/ | .

Mufti Kelantan seru orang Islam sokong Akta 355



Berita

KOTA BHARU - Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyeru orang Islam agar menyokong pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau lebih dikenali sebagai Akta 355 yang bertujuan memartabatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah di negara ini.

Mohamad Shukri pada masa yang sama, turut menasihati ahli Parlimen khususnya yang beragama Islam agar menyokong pindaan tersebut apabila ia dibahaskan di sidang Dewan Rakyat pada sesi akan datang.
"Memang wajib (menyokong)... kenapa tidak mahu melihat perkara baik berlaku dalam Mahkamah Syariah. Kalau sebelum ini, bidang kuasa Mahkamah Syariah rendah, kalau beri sedikit kuasa, apa masalahnya.

"Dalam al-Quran ada menyebut, bertolong, membantu dalam hal-hal kebaikan, kebajikan dan taqwa merupakan benda yang baik, jadi semua patut sokong perkara baik (Akta 355)," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Mahabbah Ulama di sini, hari ini.

Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra berkenan merasmikan majlis berkenaan yang turut dihadiri Anggota Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Datuk Zakaria Stapa dan lebih 1,000 pelajar pondok seluruh negeri.

Mengulas lanjut, Mohamad Shukri berkata akta berkenaan sebelum ini dipinda sebanyak dua kali tanpa sebarang masalah ataupun mendapat bantahan daripada mana-mana pihak.
Justeru, beliau melihat tentangan terhadap pindaan Akta 355 banyak dikemukakan oleh parti politik yang disifatkan mempunyai kepentingan masing-masing.

"Saya pun tidak faham. Pindaan Akta 335 ini kalau diluluskan, ia hanya bertujuan meningkatkan lagi bidang kuasa Mahkamah Syariah.

"Kalau kita tengok tentangan ini banyak daripada parti-parti politik, barangkali ada isu-isu yang ada kepentingan masing-masinglah," katanya. - Bernama

Monday, 26 September 2016

Melakar peta berdarah (Sykes-Picot baharu)




Artikel

Negara kuasa besar khususnya Barat, adalah yang paling lantang menyuarakan kebebasan, keamanan, keselamatan, hak asasi manusia, keadilan, ketelusan dan sebagainya. Namun mereka pula boleh melakukan apa sahaja demi kepentingan mereka semata-mata, khususnya terhadap umat Islam yang dikira pencabar paling merbahaya. Mereka bertindak bukan kerana hujah yang sebenar, tanpa disedari umat Islam, mereka juga menjadi mangsa pihak ketiga yang memperalatkan pertembungan sesama umat Islam, yang kalahnya menjadi abu dan menangnya menjadi arang.

Mereka boleh melakukan apa sahaja terhadap umat Islam, peristiwa di Afghanistan, Iraq, Syria, Yaman, Afrika Tengah dan negara-negara yang menunggu giliran menjadi mangsanya. Bahkan kemenangan mana-mana kumpulan Islam secara demokrasi pilihan raya pun tidak diktiraf seperti kemenangan Partai Islam Indonesia (Masyumi) 1955, selepasnya FIS di Algeria pada tahun 1991, Parti Refah yang berjaya menang pilihan raya Turki Tahun 1996 dan pada 1998 diharamkan apabila pemimpinnya Profesor Najmuddin Erbakan berjaya mencadangkan D8 (organisasi antarbangsa gabungan lapan negara umat Islam) dalam merintis kerjasama politik, ekonomi dan hubungan antarabangsa. Begitu juga tindakan terhadap Ikhwan Mesir pada 2012 yang berjaya melantik Presiden Muhammad Mursi, namun akhirnya diguling dan dihukum oleh drama mahkamah yang dilakonkan.

Friday, 23 September 2016

Membuat Kajian Berkaitan Solat Membawanya Kepada Islam















Dr. Fidelma O'Leary

Dr. Fidelma O'Leary dari NeuroScience professor at St. Edwards University) di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.

Dia adalah seorang Doktor Neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Quran.

Melalaui kajian perubatan melalui Al-Quran,  ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Quran. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, dia memberitahu semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah.  Setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Selepas kajian dijalankan, beliau mendapati darah tidak memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang.

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah.

Jika seseorang tidak menunaikan sembahyang, otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.

*Sumber dari www.suatuperjalananmaya.com

Thursday, 22 September 2016

Minuman 3-in-1 Adalah Pembunuh Dalam Diam


Kesihatan

Kesibukan setiap hari memaksa kita melakukan setiap perkara dengan cepat dan segera. Hal ini memaksa kita melakukan apa jua kerja yang mudah dan tidak memeningkan kepala termasuklah makan minum harian. Di balik kesibukan itu, ramai yang mengambil jalan mudah dalam soal makan minum dengam mengambil makanan dan minuman segera 3 dalam 1. Akan tetapi, terdapat beberapa bahaya terkandung dalam minuman 3 dalam 1 ini.

Bahaya minuman 3 in 1

Minuman 3 in 1 boleh mendatangkan bahaya kerana minuman ini sebenarnya mengandungi gula yang berlebihan dalam setiap hidangan, iaitu lebih dari 3 sudu teh gula.
Namun, kita tak sedar minuman ini terlalu manis kerana ditenggelamkan oleh rasa pahit kopi.
Walaupun minuman ini digembar-gemburkan mengandungi ginseng, kacip fatimah dan tongkat ali untuk menambahkan tenaga, namun kandungannya amat sedikit.
minuman-3-in-1-adalah-pembunuh-dalam-diam3
Bahaya krimer bukan tenusu
Selain daripada itu, krimer yang digunakan bukanlah dari produk tenusu (non-dairy creamer).
Sebaliknya, krimer bukan tenusu yang digunakan ialah daripada sumber minyak kelapa sawit, dan merupakan sejenis lemak tepu.

Wednesday, 21 September 2016

Kisah Pengalaman Dr. Haron Din Masuk Dalam Kaabah



Umum

Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram. Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP.



Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan. Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam.


Matikan lampu ketika tidur, tinjauan Sains dan pesanan Rasulullah SAW

Semakin malam semakin gelap tubuh kita akan merasa lelah dan mengantuk. Ini jelas wajar, sintesis dan sekresi hormon melatonin oleh kelenjar pineal meningkat seiring dengan semakinnya malam.

Hormon inilah yang menyebabkan kita menjadi mengantuk di malam hari. Fungsi dari rasa kantuk adalah sebagai isyarat positif tubuh agar segera mengistirahatkannya. Hormon yang mempengaruhi irama sirkadian ini kemudian akan menyesuaikan sehingga terjadi penyegerakan antara kitaran tidur dengan kitaran pergantian siang dan malam di alam sekitar.

Dari Jabir Bin Abdullah bahawasanya Rasulullah bersabda:

"Matikanlah lampu-lampu diwaktu malam jika kamu hendak tidur, dan tutuplah pintu-pintu, bekas serta makanan dan minuman kalian. (HR. Bukhari dan Muslim)

Seorang biolog, Joan Roberts mencari rahsia setelah melakukan percubaan pada haiwan. Ketika haiwan tersebut diberi cahaya buatan pada malam hari, melantonin nya (salah satu hormon dalam sistem kekebalan yang mampu memerangi dan mencegah berbagai penyakit termasuk kanser payudara dan kanser prostat) menurun dan sistem kekebalan tubuhnya lemah.

Kisah Ustaz Harun Din Dengan Mubaligh Kristian



Motivasi

Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih. Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasa ramainya. Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja. Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat.

Lelaki itu menghidupkan TV 29 inci yang baru dibelinya tidak sampai dua bulan dengan remote yang berada di tangannya. Ditukarnya satu per satu siaran televisyen, TV3, TV2, semuanya sama. Tidak ada apa yang menarik. Bosan!. Dia menukar pula kepada siaran TV1.

Kebetulan ketika itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam sedang berlangsung. Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato' Dr. Haron Din.


Tuesday, 20 September 2016

Kehilangan besar untuk umat Islam - Hamas



Gerakan Islam, Ḥarakat al-Muqāwamah al-ʾIslāmiyyah (Hamas) dalam satu kenyataan akhbar yang disiarkan Sabtu lalu telah merakamkan ucapan takziah atas pemergian ulamak dan murabbi ummah, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din, ke rahmatullah Khamis malam lalu di Amerika Syarikat (bersamaan waktu Malaysia Jumaat 10.10 pagi).

“Hamas menujukan ucapan takziah tulus ikhlas kepada pimpinan dan ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS), rakyat Malaysia dan seluruh umat Islam atas pemergian Sheikh Dr Haron Din, Mursyidul Am PAS dan salah seorang ulamak umat Islam,” demikian dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan di laman web gerakan Islam Palestin.


Menerusi kenyataan akhbar itu juga, Hamas mendoakan agar ahli PAS meneruskan keazaman mereka sambil menggelar mereka sebagai ‘saudara kami’.

Solat jenazah ghaib telah ditunaikan di banyak tempat bagi mengiringi pemergian tokoh ilmuan ummah itu.

Jenazah Tuan Guru Datuk Dr Haron Din telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Five Pillars Farm, Livermore, Amerika Syarikat pada 16 September lalu. (http://ulamasedunia.org/)



HARAKAHDAILY | .

Qaradhawi ucap takziah pemergian Dr Haron Din





Pemergian murabbi ummah, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din, baru-baru ini turut mendapat perhatian Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, yang telah mengucapkan takziah atas kehilangan itu di akaun peribadi beliau di laman sosial Twitter.

“Semoga Allah merahmati Sheikh Dr Haron Din, Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS),” ujar beliau dalam petikan dari laman sosial Twitter itu.

“Kami bermohon kepada Allah agar mengampuninya dan mengangkat darjatnya bersama golongan yang tinggi kedudukan di sisi Allah,” tambah beliau lagi.

Jenazah Tuan Guru Datuk Dr Haron Din telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, Amerika Syarikat selepas menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Stanford di San Francisco. (http://ulamasedunia.org/)

HARAKAHDAILY | .

Antara Fakta Sains Dan Fakta Al Qur'an

Fakta Saintis Barat

1. Jarak diantara Nabi Adam dan kita cuma diantara 10000-20000 tahun dan fossil manusia perempuan tertua dijumpai berusia 4.4 juta di Ethiopia.
2. Manusia dahulu hidup bercawat, tidak tahu memasak, bertani dan tinggal didalam gua (tidak bertamaddun).
3. Manusia dahulu tidak mempunyai bahasa dan berpakaian tidak sempurna.
4. Manusia berevolusi melalui pelbagai zamanà ais/batu

Fakta Al-Quran-1

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar”. Malaikat itu menjawab: “Maha Suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.

Lalat dan Lebah


Allah berfirman,

» وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ , ثُمَّ كُلِي مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلاً يَخْرُجُ مِن بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ «

"Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah, 'Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia, Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). 'Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang memikirkan. "(QS. An-Nahl: 68-69).

saudaraku,
Di antara bentuk akhlak terpuji yang kita yang seyogyanya kita punya sebagai seorang mukmin adalah semangat berkorban untuk orang lain dan memberi kepada orang yang memerlukan. Berkorban untuk menularkan kebaikan bagi orang lain dan memberi untuk meringankan beban berat yang ada di pundak orang lain.

Kita berupaya untuk menyampaikan nilai-nilai kebaikan kepada orang lain. Kita diajar untuk mau menyebarkan kebaikan kepada siapa saja dan di mana saja kita berada. Di mana pun kaki kita berpijak. Menjadi peribadi yang laksana lebah. Hinggap di tempat yang baik, menghisap yang paling baik, menyebarkan yang baik dan bermanfaat bagi manusia. Itulah akhlak kita, jati diri kita dan watak-watak yang seharusnya melekat pada diri kita.

Kita tidak diajarkan menjadi seperti lalat. Hinggap di tempat yang paling kotor, mengambil yang kotor dan menyebarkan yang kotor untuk merosakkan manusia.

Haram bin Hayyan r.a, ahli ibadah yang pernah menjadi pegawai Umar bin Khattab r.a berkata: 'Tiada seorang hamba yang mendekatkan hatinya kepada Allah Ta'ala, melainkan Allah akan mendekatkan hati orang-orang mukmin kepadanya hingga ia mendapatkan kasih sayang mereka'.

saudaraku,
Untuk mengetahui sama ada kita telah wujud menjadi manusia lebah atau lalat, salah satu ukurannya adalah kesaksian para tetangga yang telah berinteraksi dengan kita.

Muhammad bin Jahm rahimahullah, didatangi seseorang yang ingin membeli rumahnya dengan harga seratus ribu dirham, ia bertanya: 'Berapa engkau akan membeli rumahku dengan tetangga Sa'id bin Ash?', Lalu ia meneruskan ucapannya: 'Berapa engkau memberikan harga tetanggaku, yang bila engkau meminta sesuatu daripadanya, ia akan memberi. Jika engkau diam ia akan menyapa dan menegurmu terlebih dahulu. Jika engkau berbuat jahat padanya, justru ia membalasmu dengan kebaikan. Jika engkau jauhi dan elakkan, ia akan menghampiri dan tetap lemah lembut kepadamu? '.

Ketika hal itu dikhabarkan kepada Sa'id, ia mengirimkan utusan dengan membawa 100 ribu dirham. 'Tetaplah tinggal di rumahmu', kata Sa'id.

saudaraku,
Semangat memberi, berkorban dan memberi warna kebaikan tidak terhad masa, profesi, jabatan dan tidak memilah-milah orang yang ingin kita tilik.

Abu Nu'aim al-Ashbahani dalam kitabnya "Hilyat al-auliya '" menceritakan tentang Abu Ja'far bin al-Baqir, suatu ketika ia memberikan wasiat kepada khalifah Umar bin Abdul Azis, penguasa yang adil dan sangat dicintai rakyatnya.

Monday, 19 September 2016

Pengaruh bacaan al Qur’an pada syaraf, otak dan organ tubuh lainnya

"Tidak ada lagi bacaan yang dapat meningkatkan terhadap daya ingatan dan memberikan ketenangan kepada seseorang kecuali membaca Al-Qur'an ...".

Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan serius di sebuah klinik di Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim baik mereka yang fasih berbahasa Arab ataupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.

Penurunan kemurungan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, mengubati berbagai macam penyakit merupakan pengaruh umum yang dirasakan oleh orang yang terlibat dalam penyelidikan beliau. Penemuan doktor psikologi ini tidak menentu.

MAIS Ada Asas Kukuh Untuk Mengharamkan NGO Sisters In Islam



Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 17 Julai 2014 lepas telah mewartakan fatwa pengharaman NGO Sisters In Islam (SIS) setelah mendapati pertubuhan itu terlibat secara aktif dalam menyebarkan fahaman Islam Liberal dan pluralisme yang bercanggah dengan ajaran Islam.
Pengharaman itu selaras dengan ketetapan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 2006 yang menyimpulkan mana-mana aliran pemikiran atau fahaman liberal dalam beragama adalah menyeleweng dari aspek akidah dan syariah.

Bagaimana pun, dua hari lepas SIS yang tidak berpuas hati dengan fatwa MAIS telah memfailkan semakan kehakiman terhadap pengharaman tersebut dengan alasan mereka tidak menentang sebarang undang-undang sebaliknya hanya menggunakan hak kebebasan sebagai orang Islam & rakyat Malaysia yang dijamin Perlembagaan.
Sekilas lalu nampak seperti ada benarnya hujah SIS kerana Perlembagaan Negara memang menjamin hak kebebasan individu atau pertubuhan untuk menyuarakan pendapat mereka. Begitu juga Perlembagaan Malaysia turut menjamin hak kebebasan beragama di kalangan warganegaranya.

Sepadukan modul pendidikan seks mengikut Islam



Modul pendidikan seks yang bakal diajar di sekolah beberapa negeri pada bulan hadapan jelas masih dalam kerangka eksperimen. Ia tidak akan dapat memberi penyelesaian jitu terhadap masalah yang sedang dihadapi dan tiada jaminan tidak akan mewujudkan dilema baharu.

Kandungan modul diperkenalkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu streotaip dan sudah dijangka, kerana berada pada skop sekitar biologi, psikologi, sosiologi, kesihatan, perlakuan mengikut penilaian Barat dan isu berkaitan sahaja.

Ia dilihat tergesa-gesa, ragu-ragu dan tidak cukup bersedia untuk dilaksanakan, di mana hanya akan menjadikan pelajar berkenaan sebagai 'tikus makmal'.  Bahkan meninggalkan kaedah terbaik dan menyeluruh yang ada di dalam Islam terutama dalam menerapkan takwa sebagai intipati terpenting.


7 GAYA HIDUP SIHAT NABI S.A.W.



1. BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara pada waktu subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

2. MEMENTINGKAN KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi. Sabda Baginda yang bermaksud:

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa, demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman.”(Hadis riwayat Muslim)

3. MAKAN BILA LAPAR, BERHENTI SEBELUM KENYANG

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Salah satu sumber penyakit adalah datangnya dari perut (makanan). Amalan pemakanan yang tidak betul dan berlebihan boleh meningkatkan kadar kolesterol dan boleh memudharatkan tubuh kita. Galakan berpuasa merupakan suatu bentuk terapi yang boleh mengistirehatkan perut disamping menyihatkan tubuh badan kita.


Friday, 9 September 2016

Akta 355 : PAS Sedia Beri Platform Penerangan Kepada Ahli Parlimen Bukan Islam



Kenyataan Media

1. PAS bersedia untuk menyediakan platform bagi memberi penerangan khusus kepada ahli parlimen bukan Islam mengenai Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016. Kesediaan ini bertitik tolak dari perlunya kepada sesi penerangan yang lebih jelas dan terperinci mengenai akta berkenaan berikutan masih ramai dikalangan ahli parlimen terutamanya yang bukan Islam yang tidak mendapat penjelasan yang sebenar mengenai pindaan Akta 355.

2. Sehingga kini pun, PAS telah menampilkan pimpinannya dalam pelbagai peringkat untuk menyertai wacana, forum dan penerangan kepada pelbagai pihak dan lapisan masyarakat bagi memberi pencerahan mengenai isu pindaan Akta 355 ini.


Jemaah haji tunggu detik Hari Wukuf



MAKKAH: Hanya tiga hari lagi jutaan jemaah haji termasuk dari Malaysia akan bertolak ke Padang Arafah bagi menyempurnakan Hari Wukuf.

Rukun ibadat haji tersebut mesti dilalui setiap jemaah haji. Ia mesti dilalui walaupun sesaat sekalipun selepas gelincir matahari 9 Zulhijjah.

Waktu wukuf bermula ketika itu sehingga terbit fajar 10 Zulhijjah. Jemaah haji akan bermalam di Arafah dan pagi 10 Zulhijjah jemaah haji sebelum berangkat ke Muzdalifah dan bermabit sehingga setengah malam sambil mengutip 70 anak batu.

Selepas masuk setengah malam bertolak pula ke Mina. Di Mina jemaah haji dibawa melontar di Jumrah Kubra mengikut KT masing-masing.

Jemaah haji akan berada di Mina sehingga 13 Zulhijjah bagi melontar tiga jumrah.  Pada 10 Zulhijjah  selepas melontar di Jumrah Kubra jemaah haji sudah boleh tahalul awal setelah bergunting.

Petugas Tabung Haji pada taklimat malam tadi memberitahu jemaah haji akan dibawa ke Arafah bermula pagi Sabtu bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.

Katanya jemaah haji hendaklah membawa keperluan pakaian untuk tempoh lima hari.

"Jemaah haji akan diarah ke lobi hotel mengikut tingkat yang mereka menginap bagi mengelakkan kesesakan di lif dan lobi hotel.

"Bas pula akan memuat sehingga 70 jemaah dalam perjalanan untuk membolehkan sampai pada waktu ditetapkan," katanya.

Beliau juga menasihatkan lebih banyak berehat sekarang bagi mengumpul tenaga untuk ke Arafah. – HARAKAHDAILY 7/9/2016

Darah Hanya Akan Memasuki Urat Tersebut Sewaktu Solat - Dr. Fidelma O'Leary, St. Edwards University















Dr. Fidelma O'Leary

Dr. Fidelma O'Leary dari NeuroScience professor at St. Edwards University) di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.

Dia adalah seorang Doktor Neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Quran.

Melalaui kajian perubatan melalui Al-Quran,  ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Quran. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

9 Kesan Sampingan Bahaya Makan Buah Durian



Petua/Tips

Durian adalah buah yang lazat tetapi ada segelintir orang yang tidak menyukai durian disebabkan oleh baunya yang menyengat. Isi durian sangat lembut sesuai untuk dipadukan dengan makanan dan minuman. Namun siapa sangka di sebalik kelazatannya, durian boleh menjadi sangat berbahaya bagi kesihatan. Untuk orang tertentu, durian tidak digalakkan untuk dimakan.

Durian buah yang berkhasiat, vitaminnya yang banyak sangat bermanfaat bagi tubuh. Namun di sebalik kelazatan durian menyimpan kesan yang boleh menyebabkan kematian. Malangnya tidak semua masyarakat tahu akan bahaya dan kesan sampingan dari durian.

Durian Menyebabkan Kolesterol Tinggi

Bahaya dan kesan sampingan buah durian yang pertama adalah menyebabkan kolesterol tinggi. Durian mengandungi kolesterol yang sangat tinggi. Bagi orang yang sebelum ini mempunyai riwayat kolesterol sebaiknya jangan mengambil durian secara berlebihan. Memakan durian secara berlebihan boleh menyebabkan kadar kolesterol naik.

Durian Menyebabkan Diabetes

Kandungan glukosa yang tinggi dalam durian boleh memacu kenaikan kadar gula darah, sehingga risiko terkena diabetes semakin besar.
Pesakit diabetes tidak boleh memakan durian secara berlebihan. Kandungan glukosa di dalam durian boleh menaikkan kadar gula darah pesakit diabetes lebih cepat dibandingkan dengan glukosa di dalam gula pasir.