Monday 2 October 2017

Akademik Nyamuk Sokong Liberalis Turki?


Kuala Lumpur: Pendirian yang dikongsikan oleh Persatuan Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK) atau Malaysian Academic Movement untuk mengutuk penahanan Mustafa Akyol yang berceramah tanpa tauliah oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bukanlah mewakili pandangan keseluruhan warga akademik. 

Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan tersebut kerana ia memberi gambaran seolah-olah ahli-ahli akademik di Malaysia membela Mustafa Akyol sedangkan mereka sendiri tidak sedar pun akan kewujudan persatuan in “Ahli-ahli akademik di Malaysia sebenarnya bernaung di bawah Kongres Persatuan Akademik Malaysia atau Malaysian Academic Association Congress (MAAC) yang diketuai oleh Prof Dr Mohd Idrus Mohd Masirin, Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Tun Hussein Onn.” 

JAINJ tahan 21 pengikut syiah termasuk tiga warga Singapura


Post Pic
 
JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menahan 21 individu termasuk tiga warga Singapura dipercayai pengikut ajaran Syiah dalam satu serbuan di sebuah rumah dikenali sebagai Hauzah Syiah di Ulu Tiram, dekat sini, malam tadi.
 
Pengarah JAINJ Amran A Rahman berkata, kesemua yang ditahan adalah lelaki berusia antara 21 hingga 67 tahun.
 
Serbuan itu dilakukan ketika mereka ketika sedang menghadiri satu majlis berkaitan fahaman itu.