Wednesday 29 January 2014

Hari Hijab Sedunia Sabtu ini


  • Hari Hijab Sedunia
 1 / 1 
PEMAKAIAN hijab atau tudung mula mendapat perhatian seluruh dunia tanpa mengira agama dan bangsa apabila satu kempen memakai hijab dianjurkan di seluruh dunia buat kali kedua.

Kempen ini memberi ruang kepada wanita bukan Islam untuk mencuba memakai tudung seperti wanita Islam selain mencipta kesedaran terhadap masyarakat seluruh dunia.

Ilmuan Islam dari Zimbabwe, Mufti Ismail Menk melihat kempen itu mampu memberikan kesedaran yang diperlukan dalam masyarakat demokratik tentang asas hak dan mendidik masyarakat tentang asal serta sebab berhijab ekoran beberapa negara telah mengharamkan pemakaian hijab.

Menurut laporan BBC, seorang pelajar dari Norwich di United Kingdom, Jess Rhodes, 21 akui telah berhasrat untuk mencuba tudung tetapi masyarakat bukan Islam tidak melihat itu sebagai satu pilihan.

Lalu, apabila dia ditawarkan untuk memakainya oleh seorang kawan, Jess tidak melepaskan peluang.

“Dia jamin bahawa saya tak perlu menjadi Muslim dan ia hanya satu penghormatan. Walaupun jelas tudung dikaitkan dengan Islam, tapi saya fikir kenapa tidak (mencuba)?,” katanya.

Ibu bapa Jess ragu-ragu dengan keputusan anaknya itu kerana bimbang diserang di jalanan.

Jess adalah salah seorang daripada ratusan wanita bukan Islam yang bakal memakai tudung sebagai sebahagian daripada ulang tahun Hari Hijab Sedunia yang pertama, Sabtu ini.

Melalui satu artikel yang dikongsi Chelsea Dusenbury, melalui Hari Hijab Sedunia pertama, tahun lalu, dia menyedari soal diskriminasi yang dirasai oleh wanita Muslim di negaranya.

“1 Februari 2013, saya menyertai Hari Hijab Sedunia yang pertama, ketika itu hari Jumaat. Saya menaiki pengangkutan awam untuk ke kelas. Sementara menanti, saya memasuki sebuah restoran makanan segera yang popular kerana cuaca terlalu sejuk.

“Tak sampai dua minit saya duduk, pekerjanya mendekati saya dan tidak mengucapkan helo sebaliknya, ‘maaf puan, tapi anda tidak boleh duduk di sini melainkan anda merancang untuk membeli,” ceritanya.

Sedangkan menurut Chelsea, setiap pagi dirinya akan memasuki restoran itu sementara menanti ketibaan pengangkutan awam untuk ke universiti dan tidak pernah diminta keluar.

Chelsea sempat berpesan kepada wanita bukan Islam yang mahu menyertai kempen itu agar menjaga tatasusila ketika memakai tudung kerana ketika bertudung, mereka menggambarkan wanita Muslim.

“Anda mungkin akan kelihatan sebagai Muslim, jadi pastikan anda tidak melakukan apa-apa yang menggambarkan Muslim atau Islam secara negatif.

“Bawa diri anda dengan kemuliaan dan maruah anda serta kakak atau adik anda. Pada penghujung hari, anda rasakan pengalaman anda. Biarkan pengalaman itu menjadi kesan kepada pemikiran dan perspektif anda,” katanya.

Melalui sebuah akaun Facebook ‘World Hijab Day’ juga, wanita-wanita dari seluruh dunia berkongsi pengalaman mereka ketika pertama kali memakai tudung.

Pelbagai kisah menarik hasil perkongsian itu termasuk sebahagian besar mereka merasakan dihormati dan tenang selepas mengenakan hijab.

Mrs Universe 2013, Carol Lee turut menyokong kempen itu dengan memakai hijab dengan berharap wanita tidak akan didiskriminasi ketika memakai tudung.

“Wanita tak sepatutnya dikritik atau dianggap berbeza hanya kerana mereka memilih untuk memakai hijab. Orang dari kepercayaan lain patut belajar untuk menghormati itu,” katanya yang dipetik dari laman Facebook Hari Hijab Sedunia.

Setakat hari ini, akaun Facebook itu sudah mendapat 68,453 ‘likes’ dan hampir 1,000 pemilik akaun Facebook bersetuju untuk menyertai kempen tersebut.

Kempen itu hasil ilham wanita New York bernama Nazma Khan yang berhijrah dari Bangladesh ke New York sejak berusia 11 tahun.

“Membesar di kota New York, saya berdepan pengalaman yang sukar ekoran memakai hijab.

“Di sekolah menengah, saya (digelar) Batman atau ninja,” katanya.

Bercerita tentang pengalamannya selepas kejadian 11 September, Nazma akui pernah dipanggil Osama bin Laden atau pengganas.

“Apabila saya masuk kolej selepas kejadian 11 September, mereka panggil saya Osama bin Laden atau pengganas. Ia menyakitkan.

“Akhirnya, saya berpendapat satu-satunya jalan untuk mengakhiri diskriminasi ini adalah dengan mengajak wanita lain untuk merasai pengalaman berhijab.

Tidak menyangka ideanya itu mendapat sokongan dari seluruh dunia, Nazma dihubungi oleh rakyat dari pelbagai negara termasuk UK, Australia, Perancis dan Jerman

Friday 10 January 2014

Jakim kecam tindakan palsukan logo halal pada tin minuman keras


jakim
KUALA LUMPUR, 9 Jan – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menafikan memberi perakuan dan sijil logo halal kepada produk atau syarikat yang mengeluarkan minuman keras.
Pengarah Hab Halal jabatan itu Hakimah Mohd Yusoff berkata Jakim telah membuat laporan polis di Balai Polis Putrajaya hari ini berhubung perkara itu dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan di sini hari ini bagi mengulas maklumat dan aduan yang diterima daripada orang ramai berkaitan gambar tin minuman bir berjenama ‘Carlsberg’ tertera logo halal yang disebar melalui media sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp.
“Jakim dengan ini menegaskan bahawa jabatan ini tidak pernah memberi dan mengeluarkan perakuan serta sijil atau logo halal kepada produk atau syarikat itu. Bahkan produk lain yang turut dikilangkan di kilang yang sama turut tidak diberikan sijil halal walaupun ia bukan minuman keras,” katanya.
Beliau berkata sebarang penyalahgunaan logo halal oleh mana-mana pihak boleh diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan – Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal 2011).
“Jakim menganggap penyebaran gambar minuman tin berkenaan sebagai berniat jahat dan cuba menjatuhkan imej serta kredibiliti Jakim sebagai sebuah badan pensijilan halal Malaysia yang berwibawa dan diiktiraf di dalam dan luar negara,” kata Hakimah.
Beliau berkata penyebaran gambar itu boleh menimbulkan tanggapan negatif kepada Jakim dan boleh menyentuh sensitivi agama.
“Justeru, Jakim mengecam tindakan memalsukan logo halal itu, sama ada secara sengaja atau tujuan prokosi kerana perkara ini boleh merosakkan kredibiliti Malaysia sebagai peneraju pensijilian halal dunia dan boleh mencetuskan polemik di kalangan masyarakat,” katanya.
Beliau berharap pengguna tidak terpengaruh dengan berita-berita palsu di laman sosial yang sengaja dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan menghentikan penyebaran perkara sedemikian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan itu. - BERNAMA

Wednesday 8 January 2014

Apakah Evangelis Kristian Benar-benar Jujur Hendak Guna Kalimah Allah?

Puak-puak evangelis Kristian masih ingin menegakkan benang yang basah. Mereka masih berkeras menyatakan bahawa penggunaan kalimah Allah untuk terjemahan istilah God adalah satu keperluan. (Saya telah ulaskan bahawa terjemahan tersebut adalah tersasar dari segi kaedah peristilahan di sini: klik untuk baca).
Niat sebenar puak-puak evangelis berbohong untuk mengguna kalimah Allah bagi terjemahan kepada istilah “God” telahpun didedahkan sendiri oleh majalah mereka Christianity Today yang berpusat di Chicago, Amerika Syarikat. Mereka dengan jelas mengatakan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah suatu usaha strategik untuk menipu umat Islam agar terkeliru untuk membaca bahan-bahan bacaan Kristian. (baca di sini: Kenapa Evangelis Kristian Risau Apabila Lagu Agnes Monica Diharamkan?).
Untuk kiriman ini saya ingin dedahkan pula apakah puak-puak evangelis ini benar-benar jujur hendak mengguna nama suci Allah itu. Apakah mereka benar-benar percaya bahawa nama yang sepatutnya untuk Tuhan mereka adalah Allah? Apakah mereka akan benarkan pula penganut Islam yang telah tertipu oleh mereka itu berterusan mengguna nama suci Allah apabila telah murtad dan mengamal agama Kristian?
Majalah Christianity Today keluaran Januari-Februari 2013 telah mendedahkan sepasang suami isteri Islam telah ditipu dan berjaya dimurtadkan serta percaya bahawa Tuhan dalam agama Kristian juga bernama Allah. Laporan majalah tersebut menyebut bahawa akhirnya mereka berterusan mengguna nama suci Allah (seperti dalam ucapan Alhamdulillah dan Insha Allah) apabila telah murtad dan masuk agama Kristian.
Maka pada suatu hari, mereka bertemu kembali dengan paderi yang telah memperdayakan mereka untuk murtad. Maka paderi itu bertanya khabar kepada mereka.
One day the pastor came to me and said, “How are you?” I answered, “Alhamdulillah!” (“Praise be to God!”). The pastor was very angry. He said, “No, brother! No more Alhamdulillah. Your God is changed from Allah to God [using the tribal name]. You have to express your thanksgiving to God as a Christian …
Allah-changedTerjemahannya:
Suatu hari paderi tersebut datang berjumpa saya dan berkata, “Awak apa khabar?” Saya menjawab, “Alhamdulillah!” (“Segala puji kepada Allah!”). Paderi tersebut sangat marah. Dia mengatakan, “Tidak, saudara! Tidak lagiAlhamdulillah. Tuhan awak sudah bertukar dari Allah ke Tuhan [dengan mengguna nama Tuhan dalam istilah bahasa tempatan]. Awak perlu menyatakan kesyukuran awak kepada Tuhan sebagai seorang Kristian …
Dengan JELAS dan TERANG, sememangnya paderi tersebut menipu. Dan ini membuktikan bahawa sememangnya puak-puak evangelis ini MENIPU hanya untuk memperdayakan umat Islam dalam tuntutan mereka untuk mengguna nama suci Allah itu.
PENIPUAN dan KEJAHATAN puak-puak evangelis ini semakin ketara apabila majalah mereka sendiri mendedahkan bahawa sebenarnya mereka tidak mahu guna nama suci Allah untuk tujuan nama Tuhan mereka. Malah majalah tersebut mendedahkan lagi bahawa mereka AMAT BENCI dengan nama Allah itu.
Ini yang disebut lagi dalam perenggan yang sama:
He asked me to not use the term Allah because Allah is evil, Allah is the Devil, Allah is the black stone, Allah is an idol.
Allah-is blackstone
Terjemahannya:
Dia (paderi itu) melarang saya guna kalimah Allahkerana Allah jahat, Allah adalah Syaitan, Allah adalah batu hitam (Kaabah), Allah itu adalah berhala.
KEBENCIAN puak-puak evangelis ini terhadap nama suci Allah ini sungguh jelas sekali apabila mereka menghina Allah.
PERSOALAN POKOK, jika mereka sungguh bencikan nama suci Allah ini mengapa mereka menuntut hendak gunanya?
BUKTI dari bahan Kristian sendiri mendedahkan kebencian dan kesumat mereka terhadap nama suci Allah. Tetapi kerana tujuan untuk MENIPU dan memperdayakan umat Islam mereka tuntut penggunaan kalimah Allah. Dan fenomena ini nampak jelas bukan sahaja berlaku di Malaysia.
Inilah asas penyebaran kepalsuan ajaran Kristian yang berlandaskan menipu orang untuk masuk agama mereka dan terjerumus sama dalam api neraka selama-lamanya. نعوذ بالله من ذلك
**********
Sumber: Karim's Blog

Apa Susah-susah Nak Faham Terjemahan “God”?

Nama saya Abdul Karim.
Saya seorang lelaki.
Dalam Bahasa Inggeris, lelaki disebut sebagai “man”.
Untuk diterjemahkan “man” ke dalam Bahasa Melayu, ianya ialah “lelaki”.
Bukan “Abdul Karim”.
Kerana itu nama saya, dan nama lain-lain lelaki yang senama dengan saya.
Takkan semua “man” yang ditemui hendak kita kirakan itu adalah “Abdul Karim”.terjemah god bukan Allah
Begitu juga untuk seorang yang bernama “Mariam”.
Beliau seorang wanita.
Dalam Bahasa Inggeris, wanita disebut sebagai “woman”.
Untuk diterjemahkan “woman” ke dalam Bahasa Melayu, ianya ialah “wanita”.
Bukan “Mariam”.
Kerana itu nama khas kepada wanita itu dan lain-lain wanita yang bernama “Mariam”
Begitulah apabila kita hendak terjemah istilah “God” dari Bahasa Inggeris.
“God” dalam Bahasa Melayu disebut “Tuhan” bukannya diterjemahkan dengan nama khas “Allah”.

Sumber: Karim Blog

Nama Tuhan Kristian Boleh Ditukar-tukar

Apa yang dituntut oleh puak-puak gereja evangelis Kristian untuk mengguna nama suci Allah adalah suatu tipu helah terancang mereka. Kaedah untuk menuntut penggunaan nama Allah sebagai ganti nama Tuhan mereka bagi memperdayakan umat Islam adalah disebut sebagai kontekstualisasi (contextualization).
Bible-spokentongue-Malay-Barton
Tidak dapat dinafikan bahawa orang-orang Melayu adalah sasaran puak-puak evangelis Kristian sejak sekian lama (buku ini ditulis pada tahun 1918)
Kontekstualisasi adalah kaedah menterjemahkan Bible dan bahan-bahan bacaan Kristian serta kaedah pendakyahan yang disesuaikan dengan keadaan setempat yang hendak didakyahkan. Ianya juga disebut sebagai “indigenization”.
Dalam tulisan sebelum ini telah dijelaskanpenggunaan nama suci Allah untuk terjemahan istilah God adalah tersasar dan tidak tepat (baca di sini).
Saya juga telah mendedahkan bahawa puak-puak evangelis Kristian (hinggakan di Amerika Syarikat) gelisah apabila Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melarang penyiaran lagu “Allah Peduli” oleh Agnes Monica (baca di sini) kerana ini mereka kata akan menghadkan penyebaran dakyah Kristian mereka.  Walhal seseorang itu boleh jatuh murtad apabila menyanyikan lagu tersebut (baca di sini).
Sebenarnya puak-puak evangelis Kristian ini TIDAK JUJUR dalam tuntutan mereka hendak mengguna nama suci Allah ini. Orang-orang yang dulunya didakyah dengan mengguna kalimah Allah akhir tidak lagi dibenakan menggunakan kalimah Allah setelah murtad masuk Kristian (baca disini).
Bagi mereka nama Tuhan mereka ini boleh ditukar-tukar mengikut mangsa yang mereka ingin murtadkan.
Di Malaysia kita dengar mereka bersungguh mengatakan nama suci Allah adalah kalimah yang paling sesuai untuk mereka guna sebagai ganti kepada istilah God. Malah mereka katakan tidak ada istilah lain yang sesuai dan tepat.
Mari kita lihat pembohongan puak-puak evangelis Kristian. Dalam usaha dakyah mereka kepada penganut agama Hindu di Bangladesh, mereka tidak mahu gunakan kalimah Allah. Untuk mengelirukan penganut Hindu ini evangelis Kristian ini menggunakan istilah Iswar (atau ada juga dieja dengan Ishwar atau juga Iswara [sepertimana nama model kereta Proton]).
Dalam majalah mereka sendiri, Christianity Today (Jan-Feb 2013), dalam artikel bertajuk “How Much Muslim Context Is Too Much for the Gospel?” ada menyebut:
To Hindus, who compose about 10 percent of the Bangladesh population, Iswar is a positive bridge word into the Christian faith.
ChristianGod-Iswar
Nama Tuhan Kristian boleh ditukar-tukar mengikut sasaran pendakyah mereka bersesuaian dengan kaedah pembohongan atas nama konteksualisasi (contextualization).
Terjemahannya:
Untuk 10% penduduk Bangladesh yang beragama Hindu, ISWAR adalah istilah pengantara kepada kepercayaan Kristian.
Kalau hendak dikira dari segi sepatutnya, kalimah Allah lah yang patut evangelis Kristian guna dengan menyeluruhnya di Bangladesh kerana penduduk Islam di sana adalah majoriti yang besar berbanding dengan di Malaysia.
Tetapi untuk satu kelompok peratusnya yang kecil pun mereka tukarkan nama Tuhan mereka kepada nama Tuhan yang biasa digunakan oleh sasaran pendakyahan mereka. Penggunaan istilah Iswar itu tidak menyeluruh untuk semua orang Bangladesh.
Malah kalau kita buat carian mudah untuk maklumat “God in Christianity” atau“Name of God in Christianity” dalam Google, kita sudah pasti tidak akan temui Allah digunakan dalam carian-carian awal/popular termasuk dalam “wikipedia” dan seumpamanya.
Ini menunjukkan bahawa nama suci Allah bukanlah suatu kalimah yang disepakati dan diguna dengan menyeluruh di bumi ini oleh orang Kristian untuk menggantikan istilah God.
Sememangnya orang-orang Kristian tidak berniat dan bersungguh untuk mengguna nama suci Allah untuk menggantikan istilah yang biasa mereka guna Lord/God/Jesus/Yahweh/Elohim itu. Mereka sebenarnya berNIAT JAHAT dan untuk MENIPU.
Sumber: Blog Karim

Monday 6 January 2014

PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH!!




Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari !!
Pada tahun 2007, Medan kutub utara  berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut..  Anjakan kutub  bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai.

Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.

Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan   terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas. 

Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. 
Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun pada tahun 2007.
Ia bergerak  sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013.
Terkini kepantasannya 1 batu setiap hari!!

Kelajuan pergerakan Kutub makin bertambah




Dalam masa 2 tahun kutub ia akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40 darjah. Pada titik ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu yang sangat pantas samada beberapa hari atau beberapa jam.

Jika ini berlaku, seluruh geografi akan berubah. Ada tempat yang timbul. Ada tempat yang tenggelam. Air akan mencari tempatnya. Ada tempat mengalami banjir. Ada tempat berubah menjadi padang pasir. Amerika selatan khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub Selatan.

Malaysia? Dijangka berada sebaris dengan India. Tidak tenggelam tapi membeku.

BERUBAH : Khatulistiwa berada di Antartika

Peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis mengagak keseluruhan medan magnet bumi akan " flip" di mana kompas yang dahulunya menunjuk ke utara akan beralih arah ke selatan. Semasa pergerakan " flip" peralihan kutub dari 40 darjah utara ke 40 darjah selatan pergerakan besar air boleh mencetuskan mega tsunami yang menenggelamkan tempat-tempat sebagaimana yang berlaku kepada Atlantis. Antara negara yang dijangka tenggelam terus ialah India dan Australia Barat.

Bandar-bandar ditepi laut akan ditenggelami air
Peta dunia akan berubah dalam masa dua tahun selepas peralihan kutub berlaku. India akan tenggelam terus. Begitu juga Australia barat. 

Tanda Hijau- Kawasan yang tidak tenggelam. Malaysia hanya tinggal banjaran.
Apabila berlaku "flip" pada kutub medan magnet bumi akan menjadi lemah. Medan magnet yang kuat melindungi bumi dari kerosakan oleh sinaran matahari. Kini bumi akan lebih terdedah kepada kesan dahsyat akibat gejolak api dimatahari, angin solar, ribut surya dan "sun spot".

Manakala "flip" juga bakal mengakibatkan berlaku gempa bumi,letusan gunung berapi, banjir, tsunami dan taufan yang dahsyat yang belum pernah berlaku sedahsyat itu.

Tornado
Banjir
Letupan Gunung berapi

Pergerakan kutub memang sedang berlaku. makin hari makin laju. Pergerakan kutub dapat dilihat dengan fenomena berbagai bencana alam yang kerap berlaku.

Bilakah peralihan sepenuhnya kutub akan berlaku? Mengikut anggaran saintis ianya akan berlaku pada 2015. Hanya Allah yang Maha Mengetahui kerana semuanya adalah perencanan ilahi.



Samada merujuk kepada Komet ISON atau kejadian langit yang lain yang belum muncul, berikut adalah sabdaan Rasulullah SAW dan kata-kata sahabat tentang fenomena bintang berekor yang bakal disaksikan di akhir zaman.

Terdapat sabdaan Rasulullah saw dan Saidina Ali tentang sejenis komet yang memberi indikasi sejarah. Samada hadis dan sabdaan tersebut merujuk kepada kehadiran Komet ISON, hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.

Sabda Rasulullah SAW "

“..antara tanda muncul Imam Mahadi ialah munculnya bintang berekor dengan ekornya bercahaya menerangi langit dan menyebabkan tenggelamnya kawasan pantai”

Kata Saidina Ali RA Saidina Ali k.a.w mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar), 
"Kedatangan Al Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun) dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit. Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnyaSetelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang-orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang -orang yang jahat".

Antara fakta Komet ISON ialah:

1.      ISON digelar “ Komet abad ini”
2.      ISON akan berada paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013.
3.      ISON akan berada paling hampir dengan bumi pada 26 Disember 2013
4.      ISON dapat dilihat seperti matahari kedua di siang hari.
5.      ISON boleh dilihat diwaktu siang dan malam.
6.      ISON memiliki ekor sepanjang 57,000 Km.
7.      ISON adalah komet yang paling dilihat oleh ramai orang.
8.      ISON akan dilihat 15 kali ganda kecerahan cahaya bulan.
9.      ISON akan menghasilkan ribut suria yang sempurna@perfect Solar Storm.
10.     Bumi akan merempuh debu2 komet ISON pada 14 Januari 2014.

     Artikel ini ditulis bukan untuk menggempar dan menakutkan. Apa yang bakal terjadi   akan tetap terjadi. Semoga setelah membaca artikel ini, saudara-saudari serta anak-anak ku
    bertambah kesedaran dan keinsafan. Bertambah taat pada Allah. Bertambah akan amalan agama. Di waktu yang sama terus peka dengan perubahan-perubahan serta lebih rajin membaca dan mengkaji fenomena perubahan kutub ini.

     

Tertekan bersuamikan lelaki gay


  • Tertekan nikah lelaki gayMarina menceritakan kisahnya kepada pemberita, semalam.
 1 / 1 
AYER KEROH - Hasrat seorang wanita mahu memilik sebuah keluarga bahagia berkecai apabila mendapati suaminya  lebih berminat dengan kaum sejenis.

Biarpun usia perkahwinan sudah menjangkaui empat tahun, namun sikap suaminya yang enggan berubah menyebabkan rumahtangga Marina (bukan nama sebenar), 30, berakhir di tengah jalan.

Lebih mengejutkan, wanita terbabit mengakui dia masih dara walaupun selama ini tinggal sebumbung dan tidur bersama suaminya.

Menurut Marina yang kini tinggal bersama keluarga di salah sebuah daerah di negeri ini, dia mula mengenali dan rapat dengan bekas suaminya yang dua tahun lebih tua daripadanya ketika bekerja di sebuah syarikat swasta di negeri ini.

Bagaimanapun, katanya, pada awalnya, dia menyedari lelaki berkenaan mempunyai sifat meragukan menerusi gerak-gerinya serta pergaulan sepanjang berkawan dengannya.

Malah, saudaranya juga ada memberitahu mengenai perangai lelaki berkenaan semasa sekolah dahulu yang sukakan rakan sejenis.

“Pada mulanya niat saya baik, mahu mengubah dirinya supaya menjadi seorang lelaki sejati biarpun tahu dia bersifat begitu.

"Kami mengikat pertunangan pada 2006 dan pernah hampir putus asa dan mahu putus tunang tapi tidak jadi. Sehinggalah kami berkahwin pada Mei 2007,” katanya.

Menceritakan sepanjang detik perkahwi-nannya, Marina berkata, dari kaca mata luar memang nampak rumahtangganya bahagia apatah lagi sikap bekas suami yang lembut tutur katanya dan pandai mengambil hati ahli keluarga lain. Tetapi perasaan saya Tuhan sahaja yang tahu, lebih-lebih lagi apabila kehendak serta tuntutan naluri seorang isteri tidak dapat dipenuhi.

“Dia romantik pun bila kami sambut hari jadi atau ulangtahun perkahwinan apabila suami belikan kek dan kami rai bersama. Kami hanya tidur umpama adik beradik, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Cuma dia hanya akan mencium pipi saya setiap kali mahu keluar pergi kerja,” katanya.

Marina berkata, dia mula tertekan apabila dimarahi dan mula diugut akan diceraikan menyatakan keinginan untuk mendapatkan anak.

“Tambah menyakitkan hati saya apabila dia lebih rapat pada kawan lelaki sehingga saya tengok hubungan mereka luar biasa,” katanya.

Akibat tidak tahan dengan keadaan itu, katanya, dia terpaksa memohon agar suami melepaskan dirinya sehingga akhirnya mahkamah memutuskan penceraian itu pada Oktober 2011.

Menurutnya, dia sungguh menyesal dengan perkahwinannya itu tetapi apa yang mampu dilakukan kerana semua yang berlaku adalah suratan takdir