Apa yang dituntut oleh puak-puak gereja evangelis Kristian untuk mengguna nama suci Allah adalah suatu tipu helah terancang mereka. Kaedah untuk menuntut penggunaan nama Allah sebagai ganti nama Tuhan mereka bagi memperdayakan umat Islam adalah disebut sebagai kontekstualisasi (contextualization).
Kontekstualisasi adalah kaedah menterjemahkan Bible dan bahan-bahan bacaan Kristian serta kaedah pendakyahan yang disesuaikan dengan keadaan setempat yang hendak didakyahkan. Ianya juga disebut sebagai “indigenization”.
Dalam tulisan sebelum ini telah dijelaskanpenggunaan nama suci Allah untuk terjemahan istilah God adalah tersasar dan tidak tepat (baca di sini).
Saya juga telah mendedahkan bahawa puak-puak evangelis Kristian (hinggakan di Amerika Syarikat) gelisah apabila Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melarang penyiaran lagu “Allah Peduli” oleh Agnes Monica (baca di sini) kerana ini mereka kata akan menghadkan penyebaran dakyah Kristian mereka. Walhal seseorang itu boleh jatuh murtad apabila menyanyikan lagu tersebut (baca di sini).
Sebenarnya puak-puak evangelis Kristian ini TIDAK JUJUR dalam tuntutan mereka hendak mengguna nama suci Allah ini. Orang-orang yang dulunya didakyah dengan mengguna kalimah Allah akhir tidak lagi dibenakan menggunakan kalimah Allah setelah murtad masuk Kristian (baca disini).
Bagi mereka nama Tuhan mereka ini boleh ditukar-tukar mengikut mangsa yang mereka ingin murtadkan.
Di Malaysia kita dengar mereka bersungguh mengatakan nama suci Allah adalah kalimah yang paling sesuai untuk mereka guna sebagai ganti kepada istilah God. Malah mereka katakan tidak ada istilah lain yang sesuai dan tepat.
Mari kita lihat pembohongan puak-puak evangelis Kristian. Dalam usaha dakyah mereka kepada penganut agama Hindu di Bangladesh, mereka tidak mahu gunakan kalimah Allah. Untuk mengelirukan penganut Hindu ini evangelis Kristian ini menggunakan istilah Iswar (atau ada juga dieja dengan Ishwar atau juga Iswara [sepertimana nama model kereta Proton]).
Dalam majalah mereka sendiri, Christianity Today (Jan-Feb 2013), dalam artikel bertajuk “How Much Muslim Context Is Too Much for the Gospel?” ada menyebut:
To Hindus, who compose about 10 percent of the Bangladesh population, Iswar is a positive bridge word into the Christian faith.
Terjemahannya:
Untuk 10% penduduk Bangladesh yang beragama Hindu, ISWAR adalah istilah pengantara kepada kepercayaan Kristian.
Kalau hendak dikira dari segi sepatutnya, kalimah Allah lah yang patut evangelis Kristian guna dengan menyeluruhnya di Bangladesh kerana penduduk Islam di sana adalah majoriti yang besar berbanding dengan di Malaysia.
Tetapi untuk satu kelompok peratusnya yang kecil pun mereka tukarkan nama Tuhan mereka kepada nama Tuhan yang biasa digunakan oleh sasaran pendakyahan mereka. Penggunaan istilah Iswar itu tidak menyeluruh untuk semua orang Bangladesh.
Malah kalau kita buat carian mudah untuk maklumat “God in Christianity” atau“Name of God in Christianity” dalam Google, kita sudah pasti tidak akan temui Allah digunakan dalam carian-carian awal/popular termasuk dalam “wikipedia” dan seumpamanya.
Ini menunjukkan bahawa nama suci Allah bukanlah suatu kalimah yang disepakati dan diguna dengan menyeluruh di bumi ini oleh orang Kristian untuk menggantikan istilah God.
Sememangnya orang-orang Kristian tidak berniat dan bersungguh untuk mengguna nama suci Allah untuk menggantikan istilah yang biasa mereka guna Lord/God/Jesus/Yahweh/Elohim itu. Mereka sebenarnya berNIAT JAHAT dan untuk MENIPU.
Sumber: Blog Karim
No comments:
Post a Comment