OTHMAN MUSTAPHA
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Othman Mustapha berkata, keputusan tersebut adalah selari dengan pandangan hukum oleh negara Islam lain yang telah membuktikan permainan Pokemon Go ini menjadi penyebab insiden yang membaha­yakan sehingga meragut nyawa.

Pada masa sama, katanya, permainan itu juga nyata mendatangkan kesan yang negatif kepada golongan kanak-kanak dan remaja.
“Justeru, Jakim menyeru umat Islam di negara ini agar menghindarkan diri dari permainan Pokemon Go ini.

“Saranan ini juga selaras de­ngan kaedah syarak iaitu saddu al-zara’i di mana kita perlu mencegah atau menyekat jalan yang boleh membawa kepada kerosakan dan kemudaratan kepada diri kita,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam ke-­­ n­ya­taannya berkata, Mes­yuarat Jawatankuasa Perundingan Hu­kum Syarak Wilayah Persekutuan yang diadakan pada 1 Ogos lalu memutuskan bahawa karakter Pokemon dan aplikasi permainan Pokemon Go tidak dibenarkan untuk umat Islam atas faktor ‘maslahah’ dan kemudaratan.