ISTANBUL-TURKI.
Kerajaan Turki semalam memecat lebih 2,000 pegawai polis dan ratusan anggota
tentera serta penguasa teknologi komunikasi susulan insiden cubaan merampas
kuasa di negara itu pada bulan lalu.
Mereka yang dipecat
dipercayai mempunyai kaitan dengan seorang tokoh agama di Amerika Syarikat (AS)
Fethullah Gulen, individu yang dituduh mendalangi cubaan rampasan kuasa pada 15
Julai lalu.
Gulen bagaimanapun
menafikan sebarang pelibatan dalam cubaan rampasan kuasa yang berlaku di Turki.
Difahamkan, kerajaan
Turki mengeluarkan dua dekri yang diterbitkan untuk menutup penguasa
telekomunikasi dan satu lagi keputusan di mana presiden akan melantik ketua
pasukan tentera.
Di bawah dekri
perintah darurat sebelum ini, Turki dikatakan sudah mengeluarkan arahan untuk
melucutkan jawatan ribuan anggota pasukan keselamatan serta mengarahkan
penutupan ribuan sekolah privet, badan-badan amal dan institusi-institusi yang
disyaki mempunyai kaitan dengan Gulen.Pemecatan terbaharu
ini dikatakan melibatkan 2,360 pegawai polis, lebih 100 anggota tentera dan 196
kakitangan penguasa teknologi.
Selain itu, lebih
35,000 orang ditahan dalam penyingkiran yang dibuat secara besar-besaran sejak
kegagalan percubaan rampasan kuasa di Turki.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tentera Turki lancar rampasan kuasa]
Tentera Turki
melancarkan rampasan kuasa pada Julai lalu, dengan tentera mengambil alih kuasa
di jalanan Ankara dan Istanbul.Presiden Recep Tayyip
Erdogan berikrar mengatakan pihak yang bertanggungjawab akan menerima
"tindakan yang sangat keras"
No comments:
Post a Comment