Wednesday, 10 August 2016

Google Padam Peta Palestin



Carian untuk 'Palestin' dalam Google Maps tidak menghasilkan rujukan sempurna kepada entiti terbabit sebaliknya hanya memaparkan peta kosong Israel dengan kawasan Gaza, Judea dan Samaria ditandakan dengan garisan sempadan tidak jelas tanpa menyebut butirannya.

RAMALLAH - PALESTIN. Syarikat enjin pencari gergasi, Google menerima kecaman seluruh dunia selepas ia menggantikan nama Palestin pada aplikasi petanya dengan Israel.
Barisan Hadapan Wartawan Palestin (PJF) turut menyelar tindakan terbabit yang dilihat sebagai sebahagian daripada rancangan jahat Tel Aviv untuk menubuhkan negara yang sah bagi generasi akan datang dan pada sama menghapuskan Palestin selama-lamanya.

Menurut jurucakapnya, tindakan itu juga adalah sebagai cubaan untuk memutarbelitkan sejarah dan geografi serta hak penduduk Palestin ke atas tanah air mereka.


Susulan itu, PJF mendesak Google supaya melakukan perubahan semula pada aplikasi peta terbabit memandangkan langkah itu bertentangan dengan semua norma dan konvensyen antarabangsa. - middleeastmonitor.com

No comments:

Post a Comment