Sunday 30 July 2017

Kahwin Campur Agama Perlu Dibenarkan – Buku G25


Kuala Lumpur: Buku terbitan kumpulan Melayu liberal, G25 yang bertajuk “Breaking the Silence” telah diharamkan baru-baru ini oleh Kementerian Dalam Negeri kerana menyentuh isu kedaulatan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. Menurut penulisan Nizam Bashir pada muka surat 25 di dalam buku tersebut, aplikasi undang-undang syariah di negara ini tidak boleh diuji berdasarkan kebebasan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan adalah menentang ciri-ciri sekular negara ini. Nizam juga menambah, “Allah dan Rasulnya telah memberikan hak untuk privasi dan juga supaya tidak dipaksa dalam hal-hal berkenaan kepercayaan.” 


Aston Paiva, yang merupakan peguam dan pejuang hak asasi LGBT di negara ini pada muka surat 40 dan 41 menyatakan bahawa hakim-hakim mahkamah tidak boleh menjatuhkan hukuman berdasarkan nilai moral peribadi mereka. Aston juga menegaskan, “Ahli Parlimen, Exco negeri, dan pihak berkuasa awam tidak boleh mencemarkan keputusan mereka dengan doktrin keagamaan.” Selain daripada itu Aston berpendapat bahawa, perlu ada sistem perundangan demi memperbetulkan kerosakan yang telah dilakukan oleh ahli politik selama berdekad-dekad lamanya ke atas demokrasi. Bagi institusi keluarga berikut adalah tuntutan Aston, “Keluarga: Untuk membenarkan perkahwinan campur agama, mempertahankan hak asasi kanak-kanak dan menjenayahkan apa amalan kebudayaan atau keagamaan yang mengancam kehormatan manusia,” tegasnya lagi. 

Pakar Perlembagaan Persekutuan Shad Saleem Faruqi dalam penulisannya di muka surat 74 pula menyatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan sedang ditulis semula. Artikel 3 dan Senarai II jadual kesembilan telah mengatasi keagungan perlembagaan, bab hak asasi dan pembahagian kuasa antara Persekutuan dan Negeri. Nampaknya kita sedang menuju ke model “Satu negara dua sistem”. Menurut Firdaus Husni di muka surat 83, “Kewujudan struktur birokrasi Islam di Malaysia perlu dikaji semua berdasarkan kerangka Perlembagaan Persekutuan, ini dapat menghalang pegawai undang-undang syariah dan penguatkuasa daripada melangkaui batasan dan bidang kuasa mereka, selain menyelesaikan konflik yang wujud akibat pertindihan kuasa (persekutuan dan negeri) buat selama-lamanya.” 

Menurut Azmi Sharom pada muka surat 97-99 pula, “Artikel 153 bukan satu hak. Ianya sekadar satu kebenaran untuk diskriminasi positif.” Selain itu Azmi Sharom juga di muka surat 101 mendakwa bahawa, sungguhpun penyebaran agama kepada umat Islam itu dihadkan namun, kebebasan mereka untuk memilih agama adalah tidak terbatas. Tetapi ini bukan realitinya di Malaysia kerana banyak negeri telah menjenayahkan perbuatan murtad. 

Lim Heng Seng di muka surat 150 membuat dakwaan, “Dalam keadaan di mana terdapat suara-suara yang menuntut Islamisasi sistem perundangan, hakim-hakim perlu bertindak dengan saksama tanpa mengambil kira kepercayaan mereka. Lim Heng Seng turut menambah, “Sebagai bahagian perundangan kerajaan, mereka tidak terbatas dengan kewajipan untuk mempertahankan dan mempromosikan Islam mengikut bidang kuasa mereka mahupun memudahkan dan menggalakkan orang ramai untuk menyusun kehidupan berlandaskan Syariah.” Terdapat pelbagai hasutan dan tohmahan yang dikenakan oleh para panel penulis buku ini. 

KDN bertindak adil dalam pengharaman buku ini sungguhpun terlambat menguatkuasakan undang-undang ke atas buku yang dijual semenjak 5 Disember 2015. Antara mereka yang terlibat menyumbang artikel kepada buku yang diharamkan ini adalah Maszlee Malik, Azmi Sharom, Chandra Muzaffar, Farouk A. Peru, Firdaus Husni, Lim Heng Seng, Mohd Azizuddin Mohd Sani, Shad Saleem Faruqi, Mohd Nawab Osman, Rosli Dahlan, Syed Farid Alatas, Aston Paiva, Shazal Yusuf Zain, Mohd Sheriff Mohd Kassim, Zainah Anwar dan beberapa individu lain

Read more at: https://www.menara.my/kahwin-campur-agama-perlu-dibenarkan-buku-g25/

Saturday 29 July 2017

Pusat Sufi Sedunia akan ditubuhkan


Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi - Foto Bernama


    KUALA LUMPUR - "Pusat Sufi Sedunia akan ditubuhkan di sini sebagai pusat untuk menjalankan kajian dan menghimpunkan pandangan mengenai amalan itu, seterusnya menyebarkannya ke seluruh dunia," kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    Beliau berkata, sebagai permulaan seorang derwaman bersetuju untuk menyumbang US$1 juta bagi tujuan itu.

    "Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada ilmuwan, ulama-ulama dan pemikir-pemikir Islam yang mengamalkan sufisme di seluruh dunia dan mengetepikan perbezaan-perbezaan pendapat dalam kalangan kita.

    Fatwa perlu diberi kuasa perundangan untuk ikat Mahkamah Sivil - Khairuddin Aman

    Post Pic
    SHAH ALAM: Fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan harus di diberi kuasa perundangan untuk mengikat Mahkamah Sivil dan isu-isu bersabit dengan agama Islam.
    Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali berkata amat malang untuk Islam yang diagungkan sebagai agama Persekutuan namun sebarang fatwa berkaitannya langsung tidak punya kuasa.
    Beliau berkata demikian mengulas keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan anak luar nikah boleh dibinkan nama bapanya, yang secara jelas melanggar hukum syarak.

    Isu anak luar nikah: JPN fail rayuan


    Post Pic
     
    PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan anak pasangan beragama Islam yang dilahirkan secara luar nikah berbinkan nama bapanya.
     
    Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohd. Yazid Ramli berkata, rayuan tersebut difailkan oleh pihaknya menerusi Jabatan Peguam Negara.
     
    Sehubungan itu, katanya, pelaksanaan semasa di JPN berkaitan penasaban anak tidak sah taraf orang Islam adalah diteruskan seperti sedia ada.

    Friday 28 July 2017

    Buku Kumpulan G25 Diharamkan!



    Kuala Lumpur: Buku Kumpulan G25 yang dilancarkan pada satu majlis pada tahun 2015 telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri. Buku yang bertajuk ‘Breaking the Silence: Voices of Moderation-Islam in a Constitutional Democracy’ diharamkan atas alasan “kedudukan Islam dalam Perlembagaan yang disentuh dilihat memudaratkan ketenteraman awam”, seperti yang dilaporkan sebuah portal. 

    Tun Mahathir Tokoh Di Belakang Buku ‘Hadis Satu Penilaian Semula’ – Dr Kamarul


    Ada kawan yang berkata kepada saya, kalau kita mahu tahu apa sebenarnya agenda Islam Pakatan Harapan, jika benar ia ada, maka apa yang perlu dilakukan hanyalah melihat sahaja pemikiran Islam Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.
    Kata saya kepada beliau pula, kalau kita mahu tahu apa sebenarnya pemikiran Islam Tun Dr Mahathir, maka apa yang perlu dilakukan hanyalah melihat sahaja tulisan-tulisan salah seorang daripada beberapa orang kawan rapat beliau, iaitu Dr Kassim Ahmad.

    Thursday 27 July 2017

    Anak luar nikah kini layak 'dibinkan' nama bapa

     
    Post Pic
     
    PUTRAJAYA: Anak pasangan beragama Islam yang dilahirkan secara luar nikah kini layak di sisi undang-undang untuk berbinkan nama bapanya, demikian pandangan Mahkamah Rayuan hari ini. 
     
    Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan perkara berkenaan ketika membenarkan rayuan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan kedua ibu bapanya.
     
    Beliau yang bersidang bersama Datuk Abdul Rahman Sebli dan Puan Sri Zaleha Yusof sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak semakan kehakiman yang difailkan oleh ketiga-tiganya.

    Wednesday 26 July 2017

    Ariel Sharon, Firaun Zaman Moden?



     “Israel mempunyai hak untuk mendakwa orang lain, tetapi tiada siapa yang berhak untuk mendakwa orang Yahudi dan Israel.” (Israel may have the right to put others on trial, but certainly no one has the right to put the Jewish people and the State of Israel on trial). Kata-kata ini diungkapkan oleh Ariel Sharon pada tahun 2001 apabila golongan pencinta kemananan berbangsa Yahudi membidas tindakan keras dan kasarnya terhadap rakyat Palestin. Menurut Sharon, kata-kata ini merupakan doktrin ketenteraan yang dipegang dalam misi hidupnya.[1] 

    Siapakah Ariel Sharon? Ariel Sharon (Arik Sharon), bekas Perdana Menteri Israel yang ke-11 ini merupakan salah seorang penyambung legasi kekejaman dan kezaliman terhadap rakyat Palestin. Dilahirkan pada 26 Februari 1928, Ariel Sharon atau nama sebenarnya Ariel Scheinerman sedari kecil lagi telah berjinak-jinak dengan aktiviti terorisme.[2] Seawal usia 14 tahun, Ariel Sharon menyertai Haganah, sebuah kumpulan teroris Zionis yang berjuang untuk menubuhkan Israel dan kemudiannya dikembangkan menjadi Pasukan Pertahanan Israel (IDF). Unit Haganah Ariel Sharon terlibat dalam Pertempuran Untuk Jerusalem (Battle for Jerusalem) yang menyaksikan perkampungan Arab dimusnahkan secara total tanpa belas kasihan. 


    Wednesday 19 July 2017

    Al-Aqsa bergolak lagi

     
    Post Pic
     
    BAITULMAQDIS: Insiden keganasan kembali tercetus di Masjid al-Aqsa selepas rejim Zionis bertindak menyerang penduduk Palestin di kawasan pintu masuk masjid itu dan menyebabkan kira-kira 18 orang cedera.
     
    Kelmarin, pihak berkuasa Israel membuka semula Haram al-Sharif yang menempatkan al-Aqsa dan Masjid Kubah Batu di Baitulmaqdis Timur, dua hari selepas ia ditutup susulan insiden serangan tembakan di kawasan tersebut.

    Tuesday 18 July 2017

    PM rasmi Kompleks Islam Putrajaya










    PUTRAJAYA 18 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyempurnakan majlis perasmian Kompleks Islam Putrajaya (KIP), Presint 3 di sini yang melambangkan ketinggian martabat Islam di negara ini.

    Menurut beliau, kompleks yang gah dari segi senibina dan prasarana kondusif itu merealisasikan agenda pembangunan negara berteraskan Islam yang syumul.

    Jangan Abaikan Amalan Kecil Mungkin Itu Asbab Allah Memasukan Kita Ke Syurga


    Jika engkau melihat seekor semut terjatuh di air, maka angkat dan tolonglah. Barangkali itu menjadi penyebab ampunan bagimu di akhirat.
    Jika engkau menjumpai batu kecil di jalan yang boleh menggangu jalan kaum muslimin, maka singkirkanlah. Barangkali itu menjadi penyebab dimudahkannya jalanmu menuju syurga.
    Jika engkau menjumpai anak ayam terpisah dari kumpulannya, maka ambil dan letakkan ia dengan kumpulannya. Semoga itu menjadi penyebab Allah mengumpulkan dirimu dan keluargamu di syurga.
    Jika engkau melihat orang tua memerlukan tumpangan, maka hantarkanlah ia. Barangkali itu menjadi sebab kelapangan rezekimu di dunia.

    PERUMPAMAAN SAHABAT


    1) Ada sahabat... dia macam garam. Nampak kecik. Harga pun murah, macam tiada nilai sangat. Tapi, bila garam tiada, masak apa pun tak jadi . (tak sedap, tawar) Sahabat macam ni wajib ada dalam kitaran harian..
    2) Ada sahabat... dia macam gula. Sedap sangat bila ada. Tapi kalau terlebih, boleh pening kepala. Kencing manis naik..

    Cabar JPN, Jakim kerana agenda tertentu


    KUALA LUMPUR 16 Julai – Tindakan pihak tertentu yang berhasrat mencabar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung isu anak tidak sah taraf bagi kes pernikahan pasangan Islam di luar negara disifatkan sebagai mempunyai agenda tertentu. 


    Presiden Persa­tuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata, isu tersebut tidak perlu diperbesar memandangkan mekanisme penyelesaian sudah ada khususnya di Mahkamah Syariah. “Soal pertamanya, bagaimana mahu mengesahkan status perkahwinan di luar negara sah atau tidak kerana sekarang banyak penipuan menggunakan sindiket. Sebab itu pasangan boleh merujuk terus ke Mahkamah Syariah untuk pengesahan.

    Read more at: https://www.menara.my/cabar-jpn-jakim-%e2%80%a8kerana-agenda-tertentu/

    Monday 17 July 2017

    Aceh saran sebat tertutup, elak jejas pelaburan



    Post Pic
     
    KUALA LUMPUR: Aceh menimbang untuk menghukum pesalah hudud secara tertutup bagi mengelak kesan negatif pada pelaburan di wilayah itu. 
     
    Timbalan gabenornya Nova Iriansyah membuat cadangan itu susulan laporan negatif media antarabangsa terhadap hukuman kontroversi itu, lapor New York Times.
     
    “Kami akan kurangkan liputan media dan melaksanakannya di penjara. Sekarang ia dibuat di depan masjid, selepas solat Jumaat,” katanya kepada media Jakarta.

    7 Jenis Ubat Dari Limau Kasturi Yang Ramai TAK TAHU !!


    Petua/Tips
    Inilah 7 Jenis Ubat Dari Limau Kasturi Yang Ramai TAK TAHU !!

    Inilah 7 Jenis Ubat Dari Limau Kasturi Yang Ramai TAK TAHU !! - Biarpun bentuk dan saiz limau kasturi ini kecil, namun tahukah anda bahawa limau kasturi ini mempunyai 1001 khasiat dan kebaikan yang umumnya ramai tidak mengetahuinya. Rata-rata menggunakan limau kasturi untuk memberi rasa masam pada hidangan atau paling tidak dijadikan minuman yang cukup menyelerakan. Oleh itu jom semak khasiat limau kasturi yang diamalkan oleh orang dulu-dulu dalam merawat beberapa masalah kesihatan.

    Inilah 7 Jenis Ubat Dari Limau Kasturi Yang Ramai TAK TAHU !!


    1. Batuk

    Ambil limau, kicap dan garam. Minum setiap pagi dan malam secara teratur. Lama-kelamaan batuk akan beransur pulih.

    2 . Demam

    Petiklah 2-4 genggam daun limau kasturi. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan basahkan kain pada air rebusan lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

    Thursday 13 July 2017

    Titisan Air Di Batu Mengajar Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani Erti Hidup



    Syihabuddin Abul Fadhl Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Mahmud bin Ahmad bin Hajar al-Kannani al-Qabilah al-Asqalani atau lebih dikenali sebagai Ibnu Hajar al-Asqalani merupakan seorang ulama, ahli hadis dan ahli sufi yang terkemuka dari Mazhab Syafie.

    Beliau juga mendapat gelaran Syeikhul Islam. Beliau digelar ‘al-Asqalani’ kerana disandarkan dari tempat asal keturunannya di Asqalan, sebuah kota yang terletak berdekatan Gaza, Palestin.

    Beliau dilahirkan pada 12 Syaaban tahun 773H bersamaan tahun 1372M di pinggir Sungai Nil, Mesir.

    Pada usianya empat tahun, ayahnya seorang ulama yang berkhidmat di pejabat mufti Mesir telah meninggal dunia, dan disusuli pula oleh ibunya, bernama Tujjar beberapa tahun selepas itu.

    Lebih Seribu LGBT Disantuni JAKIM – Ketua Pengarah JAKIM



    PUTRAJAYA: Demi menangkis gejala homoseksual yang semakin menular di kalangan rakyat Malaysia khasnya orang Melayu Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan program kerohanian khusus untuk golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang dinamakan sebagai Program Mukhayyam JAKIM. Menurut Ketua Pengarah JAKIM Tan Sri Dato’ Haji Othman Bin Mustapha, tujuan program berbentuk perkhemahan selama 3 hari 2 malam bagi setiap siri ini adalah bagi membimbing dan memberi kesedaran kerohanian kepada komuniti LGBT melalui pendekatan agama demi mengembalikan mereka kepada fitrah. 

    Wednesday 12 July 2017

    Tayangan Filem Gay Dibatalkan!

    AIDCNews -11/07/17 – Exco Agama Pulau Pinang dari PKR, Datuk Abdul Malik Kassim didakwa makan gaji buta apabila tidak mengetahui apa yang berlaku di negeri itu.
    Ia merujuk kepada gelagat Abdul Malik selaku Exco Agama negeri yang hanya bertindak selepas isu sebuah filem gay dari Vietnam berjudul ‘Lost in Paradise’ diperkatakan di media sosial dan dibangkitkan NGO Islam.

    Mahkamah India gantung larangan jual lembu sembelih


    Post Pic
     
    NEW DELHI: Mahkamah Agung negara ini menggantung larangan kerajaan terhadap penjualan lembu untuk disembelih, sekali gus meningkatkan industri daging dan kulit lembu yang membawa keuntungan berbilion dolar yang kebanyakannya diusahakan oleh golongan minoriti Islam.

    Tuesday 11 July 2017

    Kes Mohamad Thaqif selesai, tiada penderaan: MTAJ


    Post Pic
     
     
    JOHOR BAHRU: Madrasah Tahfiz al-Jauhar (MTAJ) hari ini, menganggap kes kematian Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi selesai susulan laporan perubatan dikeluarkan Kementerian Kesihatan semalam. 
     
    Pengetuanya, Mohammad Afdhaluddin Ismail, berkata berasaskan laporan itu ia mengesahkan tiada kes penderaan yang berlaku di MTAJ. 
     
    Katanya, pengurusan MTAJ juga menegaskan pihaknya berpuas hati dengan kenyataan semua yang terbabit atas kerjasama yang diberikan selama siasatan kes berkenaan dijalankan. 

    Pulau Pinang Raikan Tayangan Filem Gay


    PULAU PINANG: Performing Arts Centre of Penang, atau lebih dikenali sebagai Penangpac bakal mengadakan tayangan percuma sebuah filem gay dari Vietnam.
    Bertempat di Penangpac, acara dijadualkan bermula pada jam 8 malam pada 11 Julai 2017.

    Monday 10 July 2017

    BAYAN LINNAS SIRI KE- 102: TINDAKAN SHELL MENARIK KEMBALI STANDEE IMEJ WANITA WAJAR DIPUJI


    ih124


    Mukadimah
    Baru-baru ini, berlaku kekecohan berhubung isu "pencabulan" standee wanita di Shell. Sejujurnya, isu ini amat membimbangkan kerana ia melibatkan imej dan akhlak seorang Muslim. Kami melihat isu ini amat serius dan wajar untuk dijelaskan dengan sebaik mungkin. Oleh itu, kami terpanggil untuk menulis Bayan Linnas kali ini dengan tajuk TINDAKAN SHELL MENARIK KEMBALI STANDEE IMEJ WANITA WAJAR DIPUJI

    Perang Salib Tidak Pernah Berakhir



    Ramai penganut agama Islam dan Kristian berpendapat bahawa Perang Salib tercetus akibat dari perbalahan keagamaan. Namun, tujuan utama Perang Salib adalah untuk menyelamatkan Empayar Byzantine daripada dibinasakan oleh Empayar Seljuk. Dalam Pertempuran Manzikert tahun 1071, kekuatan tentera Seljuk yang menentang pasukan Byzantine menggerunkan mereka dan menyebabkan mereka khuatir dengan kelangsungan empayar Byzantine. Maharaja Alexios yang memegang tampuk kekuasaan bermula pada tahun 1081 juga tidak terlepas daripada berdepan dengan kemaraan tentera Seljuk. 


    Sunday 9 July 2017

    Hapus Sekolah Agama Dan Sekolah Pondok, Wan Saiful Wan Jan Ditegur PERKASA



    Kuala Lumpur: Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) hari ini menyatakan kekesalan terhadap kenyataan yang dibuat oleh Wan Saiful Wan Jan, Ketua Pegawai Esekutif Institut untuk Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) yang mahu semua sekolah agama dan sekolah pondok juga dihapuskan sebagai timbal-balik kepada penghapusan sekolah vernakular. “PERKASA berasa sungguh kesal dengan kenyataan Wan Saiful Wan Jan, Ketua Pegawai Eksekutif Institut untuk Demokrasi dan Hal-Ehwal Ekonomi (IDEAS) yang menyatakan bahawa sekolah vernakular bukan penghalang bagi perpaduan di negara ini dan sekiranya hanya satu aliran persekolahan dikehendaki, maka semua agama dan sekolah pondok juga perlu dihapuskan.



    Friday 7 July 2017

    Wawasan 2030, LGBT Halal Sepenuhnya Di Malaysia?


    Kuala Lumpur – Seiring dengan pelbagai wawasan dan perancangan yang diletakkan negara bagi mencapai Malaysia yang lebih maju dan berjaya di masa hadapan, kumpulan LGBT tempatan turut meletakkan wawasan untuk dicapai mereka menjelang 2030.
    LGBT akan dipastikan halal sepenuhnya di Malaysia. Semua undang-undang yang dianggap kumpulan ini sebagai menyekat hak kebebasan mereka untuk mengamalkan dan hidup di dalam gaya hidup LGBT akan dihapuskan.

    Thursday 6 July 2017

    Nasihat mufti cara tangani penyakit anjing gila

    KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengucapkan syabas dan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyelesaikan isu anjing gila atau ‘rabies’, baru-baru ini. “Syabas kepada pihak KKM kerana begitu profesional dan  bertindak segera dalam menyelesaikan isu ini dengan kempen kesedaran dan pencegahan serta bantuan perubatan,” katanya dalam satu kenyataan semalam. 

    Boikot terhadap Qatar kekal


    Post Pic
     
    KAHERAH: Menteri Luar empat negara Teluk yang mengenakan boikot terhadap Qatar, kecewa dengan maklum balas negatif yang diberikan oleh Doha terhadap tuntutan yang dikemukakan.
     
    "Maklum balas yang diberikan Qatar kepada empat negara ini secara keseluruhannya adalah negatif dan tidak mempunyai apa-apa makna.

    Jakim gesa wanita bertudung pelihara anjing bertaubat


    Post Pic


    KUALA LUMPUR: Seorang wanita bertudung digesa agar bertaubat kerana sengaja memeluk anjing tanpa alasan munasabah.Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata perbuatan itu menimbulkan keresahan umat Islam kerana bercanggah dengan mazhab Syafie dan adat di sini.

    “Jakim amat menyesali perbuatan memegang anjing secara sengaja begini tanpa sebarang sebab yang dibenarkan dalam Islam,” kata ketua pengarahnya.

    Wednesday 5 July 2017

    Ahli Majlis DAP Dakwa Al-Quran Benarkan Bukan Islam Berdakyah Kepada Umat Islam

    SEBERANG PRAI: Al-Quran membenarkan golongan bukan Islam menyebarkan agama mereka kepada umat Islam namun perundangan Malaysia menjadi batu penghalang, dakwa Pastor Joshua Woo Sze Zeng dalam tulisannya yang disiarkan dalam portal The Malay Mail Online dan Free Malaysia Today semalam.
    Ahli gerakan dakyah Kristian antarabangsa World Reformed Fellowship (WRF) ini berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Divinity daripada Trinity Theological College di Singapura dan pernah berkhidmat sebagai pendakyah agama Kristian dan mengetuai program latihan bagi kader-kader penggerak dakyah Kristian dari pelbagai gereja di Singapura.

    Tuesday 4 July 2017

    PPIM: Boikot Starbucks sebagai tanda prihatin terhadap Islam



    Post Pic
     
     
    SHAH ALAM: Pemboikotan yang dicadangkan PERKASA terhadap dua syarikat yang didakwa mendokong komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) boleh dilaksanakan tetapi perlu diteliti dengan lebih mendalam, kata Penasihat Persatuan Pengguna Islam (PPIM) Datuk Nadzim Johan.
     
    Beliau merujuk kepada gesaan kumpulan pendesak Melayu itu yang menggesa kerajaan membatalkan lesen syarikat rangkaian kopi popular, Starbucks dan Microsoft kerana mempromosi perkahwinan sejenis.

    Sunday 2 July 2017

    PERKASA gesa boikot Starbucks, Microsoft kerana sokong LGBT



    Post Pic

    SHAH ALAM: Gusar dengan kempen mempromosikan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), PERKASA hari ini mendesak rakyat di negara ini memboikot rangkaian minuman popular Starbucks.
    Bukan itu sahaja kumpulan pendesak Melayu itu juga meminta kerajaan membatalkan lesen syarikat berkenaan, di samping mengharamkan Microsoft.
     
    Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam PERKASA, Amini Abdullah berkata kempen yang ditonjolkan dua syarikat berkenaan jelas bertentangan dengan agenda nasional.