Tuesday 18 July 2017

PM rasmi Kompleks Islam Putrajaya










PUTRAJAYA 18 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyempurnakan majlis perasmian Kompleks Islam Putrajaya (KIP), Presint 3 di sini yang melambangkan ketinggian martabat Islam di negara ini.

Menurut beliau, kompleks yang gah dari segi senibina dan prasarana kondusif itu merealisasikan agenda pembangunan negara berteraskan Islam yang syumul.


"Apabila saya sampai, saya merasai perasaan yang penuh kebanggaan, bukan hanya sebagai pemimpin negara tetapi sebagai seorang muslim dan seorang insan yang melihat kompleks tersergam indah pelambangan ketinggian Islam di bumi Malaysia," katanya ketika berucap di majlis berkenaan.

KIP yang dibina di kawasan seluas 2.28 hektar dan menghimpunkan 11 agensi agama Islam di bawah satu bumbung telah berjaya meraih Anugerah Hartanah Asia-Pasifik 2017 kategori Pembinaan Pejabat Terbaik baru-baru ini.


Dalam majlis berkenaan, Perdana Menteri turut menyempurnakan pelancaran Pusat Kewangan Islam (IFiC) yang dikendalikan Lembaga Tabung Haji di kompleks berkenaan.

Selain itu, Perdana Menteri juga melancarkan Garis Panduan Umum Tadbir Urus Berteraskan Syariah (GTU-s) yang dapat dijadikan rujukan kepada agensi-agensi agama untuk pengurusan organisasi yang selari kehendak syariah. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pm-rasmi-kompleks-islam-putrajaya-1.504334#ixzz4nBFdrrK8
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment