KAHERAH: Menteri Luar empat negara Teluk yang mengenakan boikot terhadap Qatar, kecewa dengan maklum balas negatif yang diberikan oleh Doha terhadap tuntutan yang dikemukakan.
"Maklum balas yang diberikan Qatar kepada empat negara ini secara keseluruhannya adalah negatif dan tidak mempunyai apa-apa makna.
"Kami mendapati ia tidak memberikan sebarang asas kepada Qatar untuk berundur daripada dasarnya," kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry ketika membacakan kenyataan bersama di sini.
Bagaimanapun, blok empat negara berkenaan tidak mengumumkan sebarang sekatan baharu ke atas Qatar. Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Mesir dan Bahrain memutuskan hubungan diplomatik dan pengangkutan dengan Qatar, atas tuduhan negara itu menyokong pengganas.
Namun, Doha menafikan tuduhan berkenaan. Menteri Luar empat negara itu mengadakan pertemuan di Kaherah semalam, bagi membincangkan mengenai situasi semasa susulan tamatnya tarikh akhir untuk Doha menunaikan 13 tuntutan yang mereka kemukakan.
Sekatan politik dan ekonomi akan diteruskan hingga Qatar menukar dasarnya ke arah yang lebih baik," kata Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir pada sidang media itu.
No comments:
Post a Comment