Friday 28 July 2017

Buku Kumpulan G25 Diharamkan!



Kuala Lumpur: Buku Kumpulan G25 yang dilancarkan pada satu majlis pada tahun 2015 telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri. Buku yang bertajuk ‘Breaking the Silence: Voices of Moderation-Islam in a Constitutional Democracy’ diharamkan atas alasan “kedudukan Islam dalam Perlembagaan yang disentuh dilihat memudaratkan ketenteraman awam”, seperti yang dilaporkan sebuah portal. 




Buku tersebut yang memuatkan sejumlah penyumbang pernah dikritik kerana dikatakan menampilkan tokoh-tokoh yang terdiri daripada aktivis sekular, liberal dan pluralis agama. Antara mereka yang terlibat menyumbang artikel kepada buku yang diharamkan ini adalah Maszlee Malik, Azmi Sharom, Chandra Muzaffar, Farouk A. Peru, Firdaus Husni, Lim Heng Seng, Mohd Azizuddin Mohd Sani, Shad Saleem Faruqi, Mohd Nawab Osman, Rosli Dahlan, Syed Farid Alatas, Aston Paiva, Shazal Yusuf Zain, Mohd Sheriff Mohd Kassim, Zainah Anwar dan beberapa tokoh lain. 

Jurucakap Kumpulan G25, Noor Farida Ariffin dalam laporan lain dikatakan tidak berpuas hati dengan pengharaman ini dan tidak akan berdiam diri.  Beliau sebelum ini pernah dikritik rakyat Malaysia kerana mahu undang-undang khalwat dimansuhkan atas alasan dosa peribadi.  Disamping itu Kumpulan G25 juga pernah mencadangkan supaya JAKIM dimansuhkan.

Read more at: https://www.menara.my/buku-kumpulan-g25-diharamkan/

No comments:

Post a Comment