Sunday 9 July 2017

Hapus Sekolah Agama Dan Sekolah Pondok, Wan Saiful Wan Jan Ditegur PERKASA



Kuala Lumpur: Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) hari ini menyatakan kekesalan terhadap kenyataan yang dibuat oleh Wan Saiful Wan Jan, Ketua Pegawai Esekutif Institut untuk Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) yang mahu semua sekolah agama dan sekolah pondok juga dihapuskan sebagai timbal-balik kepada penghapusan sekolah vernakular. “PERKASA berasa sungguh kesal dengan kenyataan Wan Saiful Wan Jan, Ketua Pegawai Eksekutif Institut untuk Demokrasi dan Hal-Ehwal Ekonomi (IDEAS) yang menyatakan bahawa sekolah vernakular bukan penghalang bagi perpaduan di negara ini dan sekiranya hanya satu aliran persekolahan dikehendaki, maka semua agama dan sekolah pondok juga perlu dihapuskan.





” PERKASA juga menegaskan bahawa ke semua sekolah aliran agama dan sekolah pondok yang berorientasikan pendidikan Islam yang sentiasa menekankan soal perpaduan Islam, integrasi dan perpaduan nasional. “Apakah sekolah-sekolah vernakular menekankan perkara yang sama?” Soal PERKASA lagi sambil menegaskan bahawa bahasa pengantar yang digunakan juga bukan Bahasa Kebangsaan seperti di Sekolah-Sekolah Agama Islam. “Manakala Islam adalah Agama Persekutuan dan Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan yang merupakan sendi dan kerangka Asas Perlembagaan Negara.”

 Sambil menggesa Pegawai Eksekutif IDEAS itu supaya buka mata, dan belajar sejarah, PERKASA juga menegaskan bahawa “sekolah-sekolah vernakular peringkat menengah adalah bertentangan dengan semangat dan falsafah Perlembagaan Persekutuan dan tidak berhak mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan.” Banyak kajian yang telah membuktikan bahawa sekolah vernakular gagal merealisasikan aspirasi kerajaan dan agenda negara dalam konteks perpaduan dan integrasi nasional bahkan ia menimbulkan masalah lain pula seperti polarasi kaum dan penguasaan Bahasa Melayu yang merupakan Bahasa Kebangsaan seperti yang dibuktikan dengan kajian Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong, Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Read more at: https://www.menara.my/hapus-sekolah-agama-dan-sekolah-pondok-wan-saiful-wan-jan-ditegur-perkasa/

No comments:

Post a Comment