Wednesday 12 July 2017

Tayangan Filem Gay Dibatalkan!

AIDCNews -11/07/17 – Exco Agama Pulau Pinang dari PKR, Datuk Abdul Malik Kassim didakwa makan gaji buta apabila tidak mengetahui apa yang berlaku di negeri itu.
Ia merujuk kepada gelagat Abdul Malik selaku Exco Agama negeri yang hanya bertindak selepas isu sebuah filem gay dari Vietnam berjudul ‘Lost in Paradise’ diperkatakan di media sosial dan dibangkitkan NGO Islam.


“Di bawah penjagaannya, beliau punyai Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang…dalam ratusan pegawai dan staff dua badan tu, takkan tak ada sorang pun yang sampaikan kepada Malik Itik (Abdul Malik) ni?
“Benda lepas baru dia tau dan baru nak panggil bincang (boleh dok bincang lagiii tuuu…!!) nasib baik ada NGO Islam yang desak sehingga tayangan filem tu dibatalkan,”ulas Azman Haj dalam Facebook.
Berita Harian melaporkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini, mengeluarkan arahan melarang penayangan filem berunsur gay, Lost In Paradise di Pusat Seni Persembahan Pulau Pinang (Penangpac).
Penolong Pegawai Penguatkuasa KDN Pulau Pinang, Muhd Khairuddin Yusof, berkata arahan itu dikeluarkan kira-kira jam 3 petang tadi selepas pihaknya menerima aduan daripada orang ramai.
“Kami sudah mengeluarkan arahan untuk melarang filem berkenaan daripada ditayangkan kepada umum. Bagaimanapun, difahamkan pihak penganjur bertindak menukar judul filem lebih awal.
“Namun, judul baharu itu ‘West Side Story’ juga tidak mendapat kelulusan KDN untuk ditayangkan. Jadi kita menasihat Penangpac supaya mengikut prosedur KDN sebelum menayangkan sebarang filem,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di Penangpac, malam tadi.
Tinjauan BH mendapati Penangpac membatalkan semua tayangan filem malam ini dan menutup operasi mereka lebih awal berbanding yang dijadualkan.
Semalam, Penangpac dikecam di media sosial kerana mempromosikan tayangan filem berunsur gay, Lost In Paradise yang dijadual ditayangkan di Straits Quay pada jam 8 malam ini.
Filem yang diberi jolokan nama ‘filem gay pertama di Vietnam’ oleh Agence France-Presse itu pernah menjadi tayangan pembuka di Festival Lesbian dan Gay di Hong Kong pada 2010.

No comments:

Post a Comment