Wednesday 31 May 2017

4 Perkara Penting Dalam Sahur Yang Biasa Dipandang Ringan



Sabda Nabi s.a.w (maksud);
“Bersahurlah kerana pada sahur ada keberkatan.”Riwayat Bukhari
Apabila hendak berpuasa, perkara yang sukar dilakukan bagi sesetengah orang adalah bangun awal pagi untuk bersahur.
Jadi, ada yang makan malam sahaja dan tidak bangun keesokan paginya sebelum Subuh. Bagi mereka, apa yang penting adalah mereka tidak makan di siang hari.
Sebenarnya, walaupun bersahur bukan perkara wajib, tapi ia amat digalakkan bagi mereka yang hendak berpuasa.

Sunday 28 May 2017

7 Hidangan Lazat Buat Rohani Sepanjang Ramadhan


Kita sudah pun melalui fasa madrasah Ramadhan dan kini perjalanannya masuk hari kedua. Masih belum terlambat untuk saya memperingatkan tentang amalan-amalan bonus yang memberi impak positif kepada rohani di bulan seribu bulan ini.
Sebelum itu bagaimana perjalanan Ramadhan kita setakat ini? Luar biasakah? Atau biasa-biasa sahaja? Jangan bimbang masih belum suntuk untuk kita memungut juadah-juadah terbaik sebelum menjelang 1 Syaawal.

Azmin sokong henti keluar lesen pusat hiburan keluarga


Berita



SHAH ALAM: Menteri besar Selangor menyambut baik gesaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri berhenti mengeluarkan lesen pusat hiburan keluarga kerana terlalu banyak kes salah guna lesen untuk tujuan perjudian.


Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan negeri itu sejak awal berpendirian aktiviti tidak sihat perlu dihentikan, tetapi memerlukan kerjasama polis untuk menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan.

Saturday 27 May 2017

Bayang Kaabah hilang waktu Zohor – hari pertama puasa Sabtu ini



MAKKAH, 28 Syaaban 1438H, Khamis – Institut Penyelidikan Kebangsaan Astronomi dan Geofizik di Mesir mengumumkan pada hari pertama puasa tahun ini, yang ditetapkan pada Sabtu ini, akan menyaksikan sesuatu yang unik berlaku di Masjidil Haram, khususnya di Kaabah.
Menurut laporan institut itu, pada jam 12.18 tengah hari waktu Makkah iaitu ketika solat Zohor, matahari akan berada lurus dan tegak di atas Kaabah.
Laporan itu juga menyebut, bayang Kaabah pada waktu itu akan hilang. Arah matahari dari semua titik di dunia akan tertumpu tepat ke kiblat iaitu arah di mana umat Islam bersolat menghadap Kaabah.
Institut itu yang melakukan kajian terhadap aktiviti matahari dalam kenyataan di laman Twitternya berkata, sudut ketinggian matahari tatkala solat Zohor ialah 89.93 darjah di atas Kaabah, hanya 0.07 peratus kurang daripada 100 peratus menegak pada 90 darjah.
Fenomena ini berlaku dua kali setahun. Pertama pada 27 Mei dan kedua pada 15 Julai.
Bagaimanapun, apa yang menarik fenomena kali ini ialah ia berlaku bertepatan dengan solat Zohor hari pertama bulan Ramadan.

Thursday 25 May 2017

Zainah Anwar Bukan Ulama – Mahmood Zuhdi



KUALA LUMPUR: Majlis Dakwah Negara (MDN) tidak pernah sekali-sekali mengiktiraf Zainah Anwar sebagai ‘ulama wanita’ kata Pengerusinya, Prof Emeritus Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid. Menurutnya, MDN secara rasminya tidak berhasrat menjadi penilai sama ada seseorang itu ulama mahupun tidak dan MDN bukan satu badan yang menentukan kriteria berkenaan hal ini serta tidak mempunyai minat dari segi perkara itu.  “Jadi pada pendapat saya, yang menentukan seseorang itu ulama atau tidak ialah pandangan masyarakat umum termasuklah para intelektual dalam bidang agama,” katanya. 

Prof. Mahmood Zuhdi berkata, tetapi dari segi birokrasi, misalnya di kalangan Jabatan Agama, JAKIM dan sebagainya ada kriterianya tersendiri. Misalnya, kita klasifikasikan kumpulan-kumpulan agama ini sebagai kumpulan dakwah, kumpulan masjid dan kumpulan agamawan. Menurutnya, maka Zainah ini mungkin dianggap ulama di kalangan kumpulan dia sendiri, sama seperti satu kumpulan kerajaan langit yang menganggap ketua mereka sebagai ulama maka, secara rasminya penetapan kriteria itu ditentukan oleh pengikut masing-masing. 

Makin Terserlah Parti Amanah Kuda Tunggangan DAP – Dr Kamarul

Isu-isu yang membabitkan saya dengan Hannah Yeoh dan DAP beberapa hari kebelakangan ini sekadar menjelaskan lagi kepada masyarakat umum mengenai hakikat bahawa AMANAH adalah sebuah parti politik yang diisi oleh segerombolan manusia yang sebahagian besarnya tiada kemampuan untuk berhujah secara intelektual tetapi hanya sekadar tahu menggunakan bahasa kasar untuk menyerang individu lain yang “menyentuh” DAP.
Seperti ramai yang mengikuti isu-isu ini sedia maklumi, para pemimpin AMANAH sangat terkehadapan di dalam mempertahankan Hannah Yeoh dan DAP sehinggakan ada masanya belum pun para pemimpin DAP sempat menjawab apa-apa kritikan yang diberikan ke atas mereka, para hulubalang AMANAH sudah terlebih dahulu keluar berpencak silat di gelanggang bagi menepis kritikan terhadap DAP.

Apakah DAP & Pakatan Harapan Sokong LGBT, Soal Pemuda PAS

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) mempersoalkan penglibatan seorang pemimpin DAP Subang yang terlibat dalam penganjuran Kempen LGBT anjuran Universiti Taylor yang sudah dibatalkan baru-baru ini.
Naib Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa Setiausaha Organisasi DAPSY Subang, Numan Afifi terlibat dalam penganjuran program Courage In The Face Of Adversity.

Pemuda PAS bimbang kenyataan Pelangi Campaign Berkaitan isu LGBT


Kenyataan Media




DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan kebimbangan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh sebuah badan bukan kerajaan Pelangi Campaign berhubung langkah Taylor’s University yang membatalkan Kempen LGBT “Courage in the face of adversity”.

Kempen tersebut sepatutnya berlangsung pada 6-8 Jun 2017 di Taylor’s University Subang Jaya telah dibatalkan ekoran protes beberapa pihak yang menganggap kempen tersebut tidak sesuai diadakan di negara ini apatah lagi di dalam suasana umat Islam sedang menjalani ibadah di bulan Ramadhan.

Fatini: Isu buku Hannah Yeoh tanda ‘pensyarah bangkit’



Berita
"

KUALA LUMPUR, 24 Mei — Usaha pensyarah mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) meneliti perlembagaan DAP perlu diraikan, kata pengkaji sejarah rusuhan Natrah.
Fatini Yaacob, pengarang Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata, menyifatkan tindakan itu sebagai “kebangkitan ahli akademik yang membisu” dalam isu Islam. 

Tuesday 23 May 2017

Pusat hiburan di Jakarta diarah tutup sepanjang Ramadan



JAKARTA, 26 Syaaban 1438H, Selasa – Pihak berkuasa Jakarta mengarahkan  pusat hiburan di bandar itu ditutup sepanjang Ramadan bagi menghormati bulan suci umat Islam. Arahan itu menyatakan enam jenis hiburan antaranya kelab malam, spa atau rumah urut, premis perjudian, premis pusat snuker dan billiard. 

Betulkah kristian evangelis tak apa?



Pendapat

Disebabkan kemahiran orang orang kafir,orang orang Islam turut terpedaya dengan pendekatan lunat yang digunakan kristian Evangelis.

Atas sebab itu, salah seorang pensyarah university milik penuh kerajaan Malaysia suatu masa dahulu pernah berkata, kristian Evangelis tak apa. Bermakna yang selain itu tidak boleh. Evangelis tidak berbahaya.

Presiden Pas Dedahkan Usaha Barat Untuk Menghancuran Gerakan Islam


Flash Back


21 Mei 2017, PADA hari ini dalam tahun 2007, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah mendedahkan peranan yang sedang dimainkan oleh Barat, terutama CIA menerusi Rand Corporation untuk melemahkan gerakan Islam di seluruh dunia, termasuk PAS.

Beliau mendedahkan demikian dalam satu temuramah dengan wartawan Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan Mohd Rashidi Hassan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Presiden PAS itu memberi tahu, konflik kepemimpinan yang berlaku dalam PAS dan perebutan jawatan utama dalam parti adalah kesan dari tindakan "musuh-musuh Islam antarabangsa yang turut memainkan peranan aktif" terutama oleh "badan yang ditaja oleh Barat, diwujudkan oleh CIA, iaitu Rand Corporation".

Hubungan Vatican – Malaysia Semakin Kukuh



Putrajaya: Pelantikan Tan Sri Bernard Dompok sebagai duta Malaysia ke Bandar Vatican akan mengukuhkan lagi hubungan dua hala di antara kedua-dua negara ini. Duta Besar Vatican ke Malaysia Joseph Salvador Marino berpendapat bahawa, hubungan diplomatik antara kedua-dua negara akan menjadi lebih akrab hasil daripada pengiktirafan Vatican. 

Monday 22 May 2017

Jais tangkap 34 pengikut Islam Jamaah



SHAH ALAM, 24 Syaaban 1438H, Ahad – Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menangkap 34 pengikut kumpulan ajaran Islam Jamaah dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Tok Muda, Klang, jam 10.30 malam semalam. Tuan rumah, seorang guru serta 34 pengikut ajaran kumpulan itu yang berusia antara 17 hingga 60 tahun ditahan dan dirakam percakapan mereka bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 pindaan 2015 dan Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995. 


Sunday 21 May 2017

ORang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada orang Islam: al-Baqarah 2: 120


Pendapat

Ramai Muslim terpedaya dengan akal fikiran dalam menentukan hala tuju persahabatan dengan orang bukan islam. Dan ada yang terlalu jauh terlanjur hingga meninggalkan Allah dalam al-Quran. Oleh itu sebaiknya penulis perturunkan amaran Allah dalam hal ini, dari al-quran surah al-Baqarah 2: 120, dengan rujukan kitab tafsir al-Azhar, susunan Alm Dr HAMKA.

"Tidak sekali-kali akan redha terhadap engkau orang yahudi dan nasrani sehingga engkau mengikuti agama mereka..."

Benarlah Bahawa Orang Kristian TIDAK AKAN REDHA Dengan Kita?


Ulasan/Komentar


Kita sudah berkali-kali baca. Kita sudah dengar para ustaz memberi peringatan kepada kita tentang ayat 120 dalam surah Al-Baqarah. Apakah kita benar-benar mengambil pengajaran darinya?

Penolakan usul memperkasakan Mahkamah Syariah awal minggu ini oleh speaker DUN Selangor adalah jelas. Hannah Yeoh adalah seorang evangelis Kristian yang amat tegar. (Baca: DAP evangelical Christian leadership of M’sian Chinese dan ini: Most young Chinese in Malaysia are Christian) Dan begitulah di dalam DAP, kepimpinan utama mereka semuanya evangelis tegar Kristian.
Penolakan usul di DUN tersebut sekali mengzahirkan di depan mata kita untuk melihat betapa benarnya firman Allah S.W.T. itu bahawa orang-orang Yahudi dan Kristian tidak akan redha dengan umat Islam selagi kita tidak ikuti mereka.

Begitulah Allah Azzawajalla turut memberi peringatan supaya kita tidak melantik orang-orang yang bukan dari kalangan orang kita sebagai orang diberi kepercayaan:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukandari kalangan kamu menjadi bithonah (orang dalam yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi … (Al Quran, Surah ‘ali Imran 3: ayat 118)

Jangan kita berdegar-degar bercakap pasal Islam. Tetapi hendak mendaulatkan Islam itu sendiri kita tidak mampu kerana terlalu mesra dan lena dengan musuh-musuh Allah.

....
https://akarimomar.wordpress.com

Saturday 20 May 2017

Jenazah masih elok seperti baharu dikebumi semalam


Mohamad Thaqif Amin

SHAH ALAM - Jenazah pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 10, yang meninggal dunia 26 April lalu masih elok dan tidak berbau ketika digali semula pagi ini.

Kisah itu dikongsikan bapa saudara Allahyarham, Mas Arip kepada majalah Mingguan Wanita, hari ini.

Menurut perkongsian itu, jenazah Mohamad Thaqif perlu digali semula oleh pihak hospital dengan kebenaran dari mahkamah serta bersaksikan polis bagi mencari punca kematiannya.

"Sampel yang diambil selepas kematiannya sebelum ini tidak menemui apa-apa yang menjadi punca kepada kematiannya.

Pendakyah Kristian Semakin Berani – Tan Sri Musa Hassan


Berita


KUALA LUMPUR: Agenda Kristianisasi yang berlaku di Malaysia hari ini bukanlah suatu khayalan lagi malah, ia kini benar-benar wujud di kalangan kita, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Menurutnya, hari ini paderi-paderi Kristian ini sudah berani untuk memurtadkan orang-orang Melayu Islam secara terang-terangan berbanding dahulu apabila proses pemurtadan itu mereka lakukan secara sembunyi-sembunyi dan masih terkawal tetapi, hari ini ancamannya terhadap umat Islam bukan lagi khayalan tetapi sudah menjadi realiti. 


Thursday 18 May 2017

5 Doa Dalam Al-Quran Untuk Memohon Zuriat Keturunan Yang Soleh



Al-Quran; kitabullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW ini adalah satu panduan lengkap atau ‘kit’ yang perlu dibawa ke mana-mana oleh setiap umat Islam dalam menjalani kehidupan seharian. Jika ‘kit’ keselamatan atau kesihatan kita sanggup dan boleh usung ke hulur hilir sebagai persediaan jika ditimpa apa jua musibah, mengapa tidak Al-Quran?
Tahukah kita, selain kisah umat-umat terdahulu yang diceritakan sebagai pengajaran buat umat terkemudian, dalam Al-Quran juga terdapat banyak doa yang boleh kita amalkan. Persoalannya, untuk apa berdoa?

Wednesday 17 May 2017

7 Perkara Perlu DiElak Dalam Rumah Tangga



Rumahtangga adalah tempat untuk dua manusia yang saling menyayangi membina keluarga dan jati diri untuk menjadi individu yang lebih baik dari sebelumnya. Ia bukan tempat bagi melepaskan segala amarah, caci maki yang terpendam dalam diri.
Keharmonian rumahtangga itu dapat dirasai jika pasangan saling bantu-membantu melaksanakan tugas mahupun tanggungjawab secara bersama. Bagi mengekalkan lagi keharmonian ini, ada perkara yang perlu dielakkan. Antaranya seperti berikut;

#1 – Tidak Mengaibkan Pasangan

Aib adalah perkara yang memalukan. Siapapun pasti tidak mahu jika aib dirinya dibuka pada umum bukan? Begitu juga dalam hubungan rumahtangga. Sekalipun kita tahu aib/kekurangan/kelemahan pasangan, usahlah ceritakan hal tersebut kepada orang lain.
Biarlah hanya kalian berdua yang tahu mengenai hal tersebut. Ingatlah, jika kita menyimpan aib seseorang di dunia, Allah SWT akan menyembunyikan aib kita di akhirat kelak.

Tuesday 16 May 2017

Zainul: Malaysia tidak pernah jadi negara sekular

Post Pic
SHAH ALAM: Pandangan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular adalah tersasar dan tidak berpaut kepada perlembagaan negara sendiri,  kata Presiden Peguam Muslim Malaysia Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.
 
Beliau berkata demikian apabila mengulas kenyataan ahli DAP Datuk Zaid Ibrahim bahawa pemimpin sebuah negara berbilang bangsa dan agama perlu mempertahankan institusi dan undang-undang sekular.
 
Zainul berkata perlembagaan Malaysia tidak sekular namun lebih bersifat hibrid atau unik kerana meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dengan peruntukan-peruntukan tertentu dan pada masa sama menetapkan kebebasan beragama untuk penganut bukan Islam. 
 
"Ada elemen-elemen tentang Islam dalam perlembagaan. Kalau sekular kesemua keistimewaan kepada agama (Islam) itu akan diketepikan di dalam perlembagaan," katanya. 
 

Monday 15 May 2017

Sepuluh minit saja, Terengganu galak solat duha



KUALA TERENGGANU, 15 Mei — Kerajaan negeri telah membenarkan penjawat awam yang bertugas di Wisma Darul Iman di sini untuk melaksanakan solat sunat duha sejak awal tahun ini. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata solat itu boleh dilakukan antara pukul 8.30 pagi hingga 9.30 pagi dengan hanya mengambil masa sekitar 10 minit. “Sehubungan itu saya sangat menggalakkan jabatan dan agensi kerajaan lain, terutama jabatan kerajaan negeri untuk mengambil pendekatan yang sama.

Malaikat rahmati penghuni syurga



MUKMIN yang memberi makan kepada orang lain seperti gelandangan dijanjikan syurga. RASULULLAH SAW menggambarkan bilik yang ada dalam syurga sangat indah dan cantik, terapung-apung di awangan dan kedudukannya menjulang tinggi ke langit sejauh 60 hasta dari permukaan lantainya. Orang yang bertakwa ditempatkan di bilik yang tinggi dan di bawahnya mengalir anak sungai yang indah seperti dijanjikan Allah SWT. Selain itu penghuni syurga berada di tempat penuh ketenangan, manakala di dalam setiap bilik itu ditempatkan bidadari yang sangat cantik. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dalam kedua-dua syurga itu juga ada (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya; maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Iaitu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing.” (Surah al-Rahman, ayat 70-72) Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani menerusi slot Mau’izati di IKIMfm menerangkan, Imam Ahmad meriwayatkan daripada Sahl bin Saad, Rasulullah SAW bersabda: “Ahli syurga ini, apabila dia masuk sahaja ke dalam syurga dan ke bilik-biliknya, bagaikan ahli dunia yang melihat bintang-bintang yang bertaburan di langit.” 

Darussyifa’ sasar miliki universiti sendiri

Darussyifa’
Abdul Rahman (duduk, dua dari kiri) bersama ahli lembaga penasihat 


BANGI - Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Malaysia (Darussyifa’) mensasarkan memiliki universiti sendiri dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Pengerusinya, Abdul Rahman Ahmad berkata, pihaknya mengimpikan untuk melahirkan universiti sendiri bagi mengembangkan perubatan dan pengubatan Islam berdasarkan Ruqyah Syariah.

“Kita menyasarkan untuk ada universiti sendiri dalam tempoh beberapa tahun lagi. Pada masa ini, kita hanya mempunyai kira-kira lapan buah pusat pengajian (kecil) di seluruh negara,” katanya selepas majlis penyerahan watikah ahli lembaga penasihat Darussyifa' di sini, semalam.

Sunday 14 May 2017

Di bawah Pemerintahan DAP , Pulau Pinang Menjadi Negeri Syurga Arak



PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut mendapati bahawa terdapat percambahan kedai arak di kawasan Little India, Pulau Pinang. Kami percaya kedai arak tidak seharusnya dibenarkan dibuka di kawasan yang terdapat rumah dan pejabat.

Kami telah menerima banyak aduan mengenai kedai arak yang meletakkan meja di sepanjang jalan untuk pelanggan yang mengunjungi kedai mereka. Meja ini diletakkan jauh melebihi jarak premis kedai mereka dan menceroboh ruang kawasan jiran mereka (perniagaan lain yang telah ditutup pada hari itu).

Penduduk, pemilik perniagaan dan pekerja pejabat di kawasan Little India menyuarakan rasa tidak senang mereka dengan suasana waktu gembira yang bermula di kawasan terbuka selepas waktu bekerja itu. Tingkah laku yang sukar dikawal yang dipamerkan oleh pengunjung kedai arak ini menjadikan kawasan itu tidak selamat untuk mereka yang tinggal dan bekerja di situ.

Mufti Wilayah Persekutuan dilantik Ahli Lembaga Penasihat Darussyifa



Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Al-Bakri. NSTP/Nurul Syazana Rose Razman. BANGI, 16 Syaaban 1438H, Sabtu – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifa) yang berperanan sebagai sumber rujukan dalam hal berkaitan agama. Turut dilantik adalah Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainal Rijal Abu Bakar dan Pakar Perunding Otorhinolaryngologi Hospital Serdang, Dr Mohamad Doi yang masing-masing dipertanggungjawab memberi pandangan dan nasihat dalam hal berkenaan undang-undang dan perubatan moden. 

Zainah Anwar, Wakil Ulama Perempuan Malaysia Bersuara Di Cirebon


Kongres Ulama Perempuan Indonesia (KUPI) yang berlangsung baru-baru ini di kota Cirebon, Indonesia, mengumpulkan lebih 252 wakil negara-negara dan para ‘ulama perempuan’ antarabangsa. Acara yang berlangsung bermula 25 hingga 27 April 2017 turut menjemput beberapa orang wakil ulama perempuan dari Malaysia. Program menjemput Zainah binti Anwar sebagai wakil Ulama Perempuan Malaysia. Berucap pada hari pertama pembentangan, Zainah Anwar menekankan peranan wanita di dalam Islam. 

Beliau juga menyentuh tentang praktis dikebanyakan negara Islam lain yang tidak memerlukan keizinan wali untuk membolehkan mana-mana wanita untuk bernikah. Cadangan beliau ini konsisten dengan cadangan yang pernah ditulis beliau dan dikemukakan di dalam laporan kedua dari NGO di Malaysia mengenai Konvensyen berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW). “Kami ingin membangun kepercayaan perempuan bahwa dalam Islam tidak ada diskriminasi, justru menjunjung tinggi peran perempuan. Karena itu kami juga mendorong penerapan CEDAW (Convention on Elimination of All Forms of Discrimation Againts Women – Konvensi Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Perempuan) di beberapa negara yang masih memegang hukum syariah,” katanya sebagaimana yang dilaporkan di dalam laman web Kongres Ulama Perempuan Indonesia.

‘Ahok Malaysia’ Patut Terima Nasib Yang Sama



Putrajaya: Golongan bukan Islam yang menfitnah dan menghina Islam patut dipenjarakan seperti yang dijatuhkan terhadap bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok. Pandangan ini disuarakan oleh Ustaz Dr Zamihan Mat Zin Al Ghari ketika ditanya sama ada ketegasan yang diambil oleh kerajaan Indonesia, sebuah republik sekular dalam kes penghinaan ke atas Islam seperti yang sering dilihat berlaku di Malaysia dilakukan oleh sesetengah kumpulan bukan Islam. “Patut. Bahkan, pemerintah berkewajipan untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang menghina dan memperlekehkan Islam.” 

Presiden ASWAJA itu juga menambah bahawa mana-mana agamawan yang cuba membawa mesej berbeza dikalangan masyarakat sehingga mengelirukan masyarakat harus diambil tindakan tegas. “Menentang arus beragama dan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat dikira tukang fitnah agama. Golongan ini juga perlu dikenakan tindakan tegas.” Sebelum ini, ada di kalangan agamawan tempatan yang berpendapat bahawa Ahok tidak menghina Islam. Menjawab tentang kenyataan tersebut, Ustaz Dr Zamihan Mat Zin Al Ghari, menyatakan bahawa golongan tersebut berhujah dengan dangkal tanpa melihat dengan pandangan yang seimbang dan tepat terhadap semua fakta kes yang telah dibentangkan. 


Beliau juga kemudiannya menegaskan bahawa Akta Hasutan perlu dibuat penambahbaikan dengan turut memberi tumpuan khusus ke atas semua bentuk perbuatan menghina Islam. Ini selari dengan apa yang diperjuangkan oleh banyak NGO Islam sejak 2014 lagi. Berbanding dengan Indonesia, Malaysia adalah sebuah Monarki Berperlembagaan yang menyatakan dengan jelas dalam perundangan tertingginya bahawa Islam adalah Agama bagi Persekutuan Malaysia. Jika negara dengan sistem sekular dapat memastikan kes-kes penghinaan ke atas Islam dikenakan tindakan sepadan, kenapa Malaysia, dengan Islam sebagai Agama bagi Persekutuan, tidak berani melakukan tindakan yang serupa.

Read more at: https://www.menara.my/ahok-malaysia-patut-terima-nasib-yang-sama/

Mengapa PAN Begitu Sensitif Dikaitkan Dengan DAP, Soal Ahli Akademik



Pada 9 Mei lalu, saya telah menulis satu komentar ringkas di laman muka buku saya bagi mengulas persamaan di antara Perlembagaan Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Perlembagaan DAP sehubungan dengan cara pemilihan pemimpin tertingginya.
Mulanya, saya nyatakan betapa ramai yang tertanya-tanya mengapa AMANAH masih gagal mendedahkan kandungan perlembagaannya untuk pengetahuan seluruh rakyat Malaysia seperti dibuat parti lain walaupun setelah lebih setahun setengah ia beroperasi.

Friday 12 May 2017

Promosi Isteri Jadi Imam, Suara Feminis



PUTRAJAYA: Jika kita merujuk kepada keseluruhan kenyataan yang ditulis, jelas kelihatan Nik Elin Nik Abdul Rashid ini sebagai seorang Feminis. Puisi “I am a Malay woman” itu juga ada menunjukkan dia membawa suara dari fahaman feminisme, kata Pensyarah Kanan UKM, Dr Muhammad Faisal Ashaari. Menurutnya, kaedah sembahyang yang cuba ditunjukkan oleh mereka ini ialah satu perkara yang cuba mencabar tradisi Islam. Beliau yang juga pakar dalam bidang Dakwah dan Komunikasi Media Baharu berkata, “Mencabar tradisi Islam ini merupakan satu bentuk pemikiran post-modernisme dalam bentuk ingin mencabar semua perkara amalan-amalan tradisi termasuk Aminah Wadud yang menjadi imam solat, semua itu hanyalah berbentuk untuk mempermainkan atau bermain-main sahaja bagi mencabar tradisi orang Islam.” 

Undang-undang Islam tiada tempat di Malaysia, India Contoh Negara sekular terbaik - Ambiga


Berita

Petaling Jaya: Hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana negara ini merupakan negara sekular.  Forum yang dianjurkan oleh kumpulan BEBAS baru-baru ini, kelihatan membawa naratif Malaysia sebagai negara sekular untuk menolak cadangan Pindaan Akta 355.

Datuk Ambiga Sreenevasan, salah seorang daripada panel yang dijemput turut mendakwa bahawa pemerkasaan Rang Undang-Undang Akta 355 atau RUU 355 akan memperkenalkan beberapa kesalahan hudud. “Hudud tidak terkandung sebelum ini tetapi ianya ada sekarang. 


SEKULARISME, SATU-SATUNYA JALAN KEPADA KEBEBASAN AGAMA – Dr Farouk Musa



Datuk Dr Ahmad Farouk Musa, Pengarah merangkap Pengerusi Islamic Renaissance Front (IRF), sebuah badan pemikir Islam liberal yang berpengkalan di Malaysia telah mendakwa sekularisme sebagai satu-satunya jalan kepada kebebasan agama dan falsafah. Beliau membuat dakwaan ini melalui satu penulisannya bertajuk ‘Kekalahan Ennahdah suatu Iktibar bagi Demokrat Muslim’ dalam sebuah buku bertajuk ‘Wacana Pemikiran Reformis Jilid III’ terbitan Islamic Renaissance Front Berhad tahun 2017. 

Tulis beliau, peralihan demokratik yang diramalkan di negara ini perlu memenuhi tiga kriteria yang paling utama. Pertamanya, keperluan untuk menjamin kebebasan peribadi khususnya kebebasan naluri dan kebebasan berucap, untuk menegakkan hak asasi dan negara hukum. Berdasarkan kepada keperluan ini, ‘Dalam entiti pelbagai agama yang wujud di Malaysia, sekularisme, difahami dengan tepat, dapat menawarkan satu-satunya jalan kepada kebebasan agama dan falsafah’. 

Thursday 11 May 2017

Kelebihan Malam Nisfu Sya'ban

Mufti Wilayah Persekutuan
Irsyad al-Hadith Siri ke-70: Kelebihan Malam Nisfu Sya’ban
Soalan:
Apakah status hadith berkaitan kelebihan malam nisfu Sya’ban (malam pertengahan bulan Sya’ban) dan juga amalan yang berkaitan dengannya?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Bulan Sya’ban adalah merupakan di antara bulan yang agung dalam syarak. Rasulullah SAW memperbanyakkan ibadah pada bulan ini dan disunatkan bagi kita untuk mempertingkatkan amalan dan ibadah kita sebagaimana yang disebut di dalam hadith yang sahih. Di samping itu, terdapat beberapa hadith yang menceritakan akan kelebihan malam nisfu Sya’ban.
Hadith-hadith berkaitan kelebihan malam nisfu Sya’ban telah diriwayatkan daripada Nabi SAW melalui beberapa jalur. Antaranya melalui jalur Abu Musa al-Asy’ari RA, Aisyah RA, Abu Tha’labah RA, Abdullah bin Amr RA, Mu’az bin Jabal RA, Abu Hurairah RA dan Abu Bakar RA.

Hukum Solat Dan Doa Pada Malam Nisfu Sya’ban


syeikh ali
Petikan Fatwa Fadhilah Mufti Mesir Prof. Dr Ali Jum’ah.
Terjemahan : Ibnu Juhan Al-Tantawi
Soalan :
Apa hukum melakukan solat dan doa pada malam nisfu Sya’ban seterusnya berpuasa pada siang harinya?
Jawapan :
Malam nisfu Sya’ban merupakan malam yang barakah. Terdapat sebilangan besar dalil yang menyebut tentang kelebihan malam nisfu Sya’ban daripada hadis-hadis (nabi S.A.W) yang saling menguatkan antara satu sama lain serta mengangkat (hadis-hadis tersebut) ke darjat Hadis Hasan dan Kuat (dari segi hukumnya).
Maka mengambil berat terhadap malam nisfu Sya’ban serta menghidupkan malamnya adalah sebahagian daripada agama yang tiada keraguan padanya. Adapun keraguan yang timbul adalah disebabkan pandangan terhadap hadis-hadis yang barangkali hukumnya Dhaif yang menceritakan tentang kelebihan malam tersebut.

Pemimpin Politik Cina Hina Islam, Dipenjarakan 2 Tahun



Putrajaya: Bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok, hari ini dijatuhi hukuman penjara 2 tahun setelah didapati bersalah menghina Islam. Ahok telah dihadapkan ke Mahkamah bermula pada tahun lepas atas tuduhan menghina Islam semasa berkempen untuk dipilih semula sebagai gabenor dengan kesalahan memetik Surah Al-Maidah sewenang-wenangnya. 

Berita penghinaan beliau terhadap Islam mencetuskan beberapa siri protes termasuk protes sejuta ummat yang diadakan pada 2 Disember 2016, menyaksikan kota Jakarta bermandikan warna putih. Berita beliau dipenjarakan disambut dengan teriakan syukur, ‘Allahuakbar’ orang ramai yang sudah berkumpul diperkarangan Mahkamah sedari awal.

Wednesday 10 May 2017

Kuil Penganut Buddha bakal dibina di Putrajaya



PUTRAJAYA: Setelah meluluskan pembinaan Kuil Hindu, Devi Sri Lalithaambigai Alayam, Putrajaya telah meluluskan satu lagi pembinaan kuil. Kelmarin, upacara pecah tanah sebuah kuil agama Buddha telah dilancarkan. Ini adalah sejajar dengan komitmen negara terhadap kebebasan beragama, di mana kerajaan telah mewartakan kawasan di ibu negara untuk pembinaan rumah-rumah ibadah lain seperti Kristian, Sikh dan Tao. “Ini menunjukkan komitmen kerajaan terhadap kebebasan beragama, seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan kita”, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan. 

Menurutnya, kuil agama Buddha itu akan dibina di atas tanah milik kerajaan seluas 0.27 hektar yang terletak bersebelahan dengan Kuil Devi Sri Lalithaambigai Alayam yang sedang dibina sekarang. Kuil Hindu  ini mempunyai gabungan unsur-unsur dari kuil di utara dan selatan India.  Ong Ka Chuan yang hadir dalam majlis pecah tanah di Pusat Buddhis Dhammaduta Malaysia di Presint 20 berkata, kerajaan juga telah memperuntukkan tanah di sekitar kawasan itu untuk agama bukan Islam utama yang lain seperti Kristian, Taoisme dan Sikh. 

Monday 8 May 2017

Patuh syariah terus diperjuangkan



KUALA LUMPUR 7 Mei – Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam) terus memperjuangkan perbankan patuh syariah untuk semua lapisan masyarakat, menepati misi utamanya bagi membangun penyelesaian dan memperbaharui kewangan yang diterima sejagat sejajar dengan prinsip syariah. Perjuangan itu termasuk memastikan perbankan Islam diterima oleh semua bangsa dan agama, selain menjadi penyedia bantuan kewangan kepada per­usahaan kecil dan sederhana (PKS). 

Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat berkata, penyelesaian kewangan banknya merangkumi aspek menyeluruh dalam memperluaskan jangkauan rangkuman kewangan, termasuk kepada PKS. “Sebagai institusi perbankan Islam perintis, Bank Islam memperjuangkan perbankan patuh syariah untuk semua lapisan masyarakat, tidak kira bangsa atau agama kerana masih ada yang berpandangan bahawa perbankan Islam hanya terhad kepada orang Islam sahaja,” kata­nya semasa berucap pada Malam Gala Anugerah PKS Patuh Syariah Bank Islam-Utusan 2017 di sini malam ini. 

26.5% penduduk Kedah perokok mengejutkan


KAMI memandang serius pendedah Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail kelmarin bahawa negeri Kedah adalah negeri kedua tertinggi perokok di negara ini.
Fakta yang didedahkan bahawa 26.5% penduduk Kedah yang berumur 15 tahun ke atas adalah perokok sangat mengejutkan.
Menganggarkan kanak-kanak berumur 0-15 tahun berjumlah sekitar 500,000 mengikut statistik penduduk Kedah pada 2010 dan kini Kedah mempunyai populasi lebih 2 juta,  bermakna Kedah mempunyai lebih 1.5 juta perokok.

Pemangku Pesiden Universiti Al-Azhar dipecat kerana membuat tuduhan murtad

Post Pic
 
KAHERAH: Syeikh Azhar, Universiti Al-Azhar Mesir, Syeikh Ahmad Toyyib memecat Pemangku Presiden universiti itu, Mesir Ahmed Husni berikutan tuduhan beliau terhadap penulis Mesir sebagai murtad kerana mengeluarkan pandangan mencetuskan kontroversi di negara tersebut.
 
Universiti Al-Azhar dalam satu kenyataan, pada Jumaat berkata Syeikh Azhar memutuskan pemecatan Ahmed Husni dan melantik Dekan Fakulti Bahasa Arab, Kaherah Mohammed Mahrasawi bagi memangku jawatan itu, berkuat kuasa pada Sabtu, sehingga presiden baharu diumumkan.
 

Sunday 7 May 2017

Dari IRC, JIM, IKRAM KE PAN



Pernah pada satu ketika dulu saya bertanya pada Presiden PAS TGHH ketika beliau berkunjung ke kampus kami di UK apa itu Ikhwan Alami, dan bagaimana pelajar Malaysia di luar negara boleh terlibat sama.


Beliau menjelaskan Ikhwan Alami tidak muncul tiba-tiba dan IRC tidak muncul tiba. Ia ada susur galur sejarahnya…..pada hakikatnya tidak ada Ikhwan Alami, yang ada ialah ikwan Muslimin, dan ramai dari kalangan Ikhwan Muslimin diburu dan yang dibunuh oleh kerajaan sekular negara masing-masing..seperti Mesir dan Syria….orang Ikwan ini lari ke negara-negara Eropah dan Amerika….mereka migrate dan menjadi PR di negara luar dan kalau mereka kembali ke negara asal, mereka akan dibunuh oleh kerajaan masing-masing. TGHH kenal sebahagian besar dari mereka kerana TGHH sudah berada di Saudi dan Mesir sejak 1969 lagi dan kenali sebahagian besar pimpinan Ikhwan.

Apabila TGHH melawat Amerika dan Eropah, TGHH bertemu dengan pelarian Ikhwan Muslimin ini secara rahsia dan secara terbuka dan meminta mereka supaya mendekati pelajar-pelajar Malaysia yang bakal menjadi orang-orang penting dalam negara 10-20 tahun akan datang. TGHH minta mereka dekati dan terbiyyah pelajar-pelajar dari pelbagai bidang profesional, maka di situlah mula lahir MISG di USA Canada dan IRC di UK. Ahli-ahli ABIM dalam kalangan pelajar turut sama menjadi ahli dalam IRC dan MISG tetapi tidak mendapat tempat dalam pimpinan NGO ini jika mereka pro-Anwar. Puak2 IRC yang tidak setuju dengan cara Ikhwan sebaliknya sokong Ayatolah Khomeni pada akhir 70an dan kemudian mereka tubuh Suara Islam (Islamic Voice) yang mana antara pemimpin Islamic Voice ialah Khalid Samad.