Monday 8 May 2017

Pemangku Pesiden Universiti Al-Azhar dipecat kerana membuat tuduhan murtad

Post Pic
 
KAHERAH: Syeikh Azhar, Universiti Al-Azhar Mesir, Syeikh Ahmad Toyyib memecat Pemangku Presiden universiti itu, Mesir Ahmed Husni berikutan tuduhan beliau terhadap penulis Mesir sebagai murtad kerana mengeluarkan pandangan mencetuskan kontroversi di negara tersebut.
 
Universiti Al-Azhar dalam satu kenyataan, pada Jumaat berkata Syeikh Azhar memutuskan pemecatan Ahmed Husni dan melantik Dekan Fakulti Bahasa Arab, Kaherah Mohammed Mahrasawi bagi memangku jawatan itu, berkuat kuasa pada Sabtu, sehingga presiden baharu diumumkan.
 
"Keputusan ini dibuat selepas dua hari tuduhan yang dilemparkan oleh Ahmed Husni ke atas seorang penulis Mesir, Islam Buhairi sebagai murtad dalam satu program televisyen Mesir pada Rabu lepas", menurut laporan itu.
 
Husni mendakwa bahawa Buhairi mencetuskan kontroversi dalam memberi pandangan agama dalam satu rancangan televisyen ''Bersama Islam'' dan menafikan perkara yang diketahui umum daripada syariat Islam.
 
Menurut kenyataan itu, keputusan pemecatan itu dibuat kerana tuduhan Husni telah terkeluar daripada manhaj Al- Azhar sebenar.
 
Pada 31 Julai 2016, Mahkamah Tinggi Mesir menjatuhi hukuman penjara setahun ke atas Buhairi atas tuduhan menghina agama tetapi mendapat pengampunan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi pada November tahun lepas.

No comments:

Post a Comment