Friday 12 May 2017

Undang-undang Islam tiada tempat di Malaysia, India Contoh Negara sekular terbaik - Ambiga


Berita

Petaling Jaya: Hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana negara ini merupakan negara sekular.  Forum yang dianjurkan oleh kumpulan BEBAS baru-baru ini, kelihatan membawa naratif Malaysia sebagai negara sekular untuk menolak cadangan Pindaan Akta 355.

Datuk Ambiga Sreenevasan, salah seorang daripada panel yang dijemput turut mendakwa bahawa pemerkasaan Rang Undang-Undang Akta 355 atau RUU 355 akan memperkenalkan beberapa kesalahan hudud. “Hudud tidak terkandung sebelum ini tetapi ianya ada sekarang. 




Oleh kerana itu, saya berhujah bahawa ianya menentang struktur asas Perlembagaan Persekutuan maka, ianya tidak berperlembagaan”, kata Ambiga. Dalam satu laporan berita terbitan portal Astro Awani pada 19 Mac 2015 pula, Ambiga mendakwa bahawa Hudud tiada tempat di dalam Perlembagaan Persekutuan – yang mana ianya (Perlembagaan Persekutuan) dengan jelas menyatakan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan undang-undang jenayah Islam tidak boleh wujud seiringan dengan Kanun Jenayah Persekutuan.

Beliau juga pernah membuat kenyataan bahawa India adalah contoh negara terbaik kerana Perlembagaan negara itu yang berbentuk sekular dapat memberi jaminan hak beragama kepada semua golongan minoriti. Ambiga mendakwa bahawa India merupakan satu contoh terbaik negara yang menjamin perlindungan hak semua rakyatnya tanpa mengira agama.

Sifat sekular India memberi satu jaminan bahawa hak-hak kumpulan minoriti agama akan dipelihara walaupun majoriti penduduknya beragama Hindu, termasuk di bawah pemerintahan Narendra Modi. Beliau bercakap sedemikian dalam ucapannya sempena Human Rights Day 2014 sebelum ini. Kata Ambiga, “Sekular adalah bagus, kerana ianya melindungi semua”. 


No comments:

Post a Comment