Itu daya penarik dimiliki Ahmad, lelaki didakwa penggerak utama sebuah ajaran diragui hala tujunya dikenali Ajaran Ahmad 100.
Kelebihan dimiliki itu diguna sepenuhnya Ahmad untuk mempopularkan ajarannya yang berpusat di sebuah kediaman di Wangsa Maju, Kuala Lumpur menerusi gerak kerja merekrut pengikut seluruh negara menerusi konsep ceramah berunsur agama dengan dilazatkan dengan kata-kata manis berunsur nasihat.
Bergerak secara sulit menerusi beberapa siri pertemuan rahsia di kediaman terbabit bagi mengelak dihidu pihak berkuasa, misi Ahmad selaku penggerak utama ajaran tersebut ialah mahu melahirkan 25 pengikut yang beriman selain bernafsu menikahi 13 wanita.
Pelik dan meragukan! Malah, menerusi siasatan Sinar Harian berdasarkan maklumat diterimaAjaran Ahmad 100 banyak mengetengahkan kelicikan dan kehebatan Ahmad bermain kata-kata. Dalam erti kata lain, ‘ayat power’ Ahmad ini berjaya mempengaruhi ramaipengikut hingga ada sanggup menggadaikan isteri semata-mata mahu menjadi pengikut taat dan diberkati.
Berdasarkan pengakuan beberapa bekas pengikut kepada Sinar Harian, merekasanggup menyerahkan isteri masing-masing sebagai pemuas nafsu Ahmad menerusi perkahwinan batin selepas terpengaruh janji kurniaan keberkatan hidup di dunia dan akhirat.
Itulah antara luahan kekesalan bekas pengikut ketika pertemuan dgn Sinar Harian, baru-baru ini.
“Kami jahil agama, kami terpesona dengan ‘kejujuran’ Ahmad 100, tetapi akhirnya kami terpedaya, isteri kami jadi mangsa nafsunya.
Pada pertemuan itu juga, bekas pengikut Ahmad 100 ini juga mendedahkan, isteri masing-masing diserahkan kepada Ahmad untuk dikahwini secara batin dan sekiranya isteri mereka gagal memikat dan menaikkan nafsu syahwatnya, Ahmad akan menceraikannya dan dibuang daripada kumpulan dengan alasan dia tidak layak menjadi pengikutnya.
Paling tidak masuk akal, Ahmad ini juga didakwa mengelirukan pengikutnya apabila mengakui diri sebagai Imam Mahdi yang mempunyai mukjizat boleh bertemu Malaikat, ALLAH serta mendakwa dia adalah pemimpin alam jin menerusi wahyu diturunkan kepadanya.
Paling tidak masuk akal, Ahmad ini juga didakwa mengelirukan pengikutnya apabila mengakui diri sebagai Imam Mahdi yang mempunyai mukjizat boleh bertemu Malaikat, ALLAH serta mendakwa dia adalah pemimpin alam jin menerusi wahyu diturunkan kepadanya.
Rumah tangga hancur lebur
Salah seorang daripada bekas pengikutnya yang dikenali sebagai Abu (bukan nama sebenar), 37, yang kini terpaksa menerima hakikat rumah tangganya musnah gara-gara ajaran sesat itu.
Abu berkata, pada awalnya dia tertarik menyertai kumpulan itu selepas kagum dengan cara Ahmad yang menasihatinya supaya menjadi orang diredai dan dikasihi ALLAH SWT.
“Kami bertemu di sebuah restoran pada mulanya mahu membincangkan bab pengurusan kewangan dan kemudian bertukar ke topik hukum merokok menyebabkan saya yakin dengannya kerana setiap kata-katanya berlandaskan al-Quran malah dia anggap diri saya kafir dan memerlukan bimbingan dan perlu menempuh ujian untuk menjadi seorang yang beriman,” katanya.
Menurutnya, Ahmad yang ketika itu sudah mempunyai dua isteri memberitahu, isteri Abu, Zawiyah, 35, seorang yang baik dan perlu berkahwin dengannya untuk mendapat keberkatan.
“Bermula pada saat itu, saya dan isteri mula dipisahkan secara perlahan-lahan dan licik serta isteri saya tinggal sebilik dengan Ahmad tahun lalu.
“Bagi Ahmad, tidur sebilik dengan isteri saya adalah halal kerana ia adalah satu cara untuk menguji ketaatan dirinya kepada Tuhan dan keadaan itu berlarutan selama setahun sebelum isteri meminta cerai kerana tidak boleh meninggalkan Ahmad,” katanya.
Abu berkata, sebelum berpindah ke Kuala Lumpur, isterinya sering berulang-alik dari rumahnya di Kedah ke Kuala Lumpur untuk menemui Ahmad dengan menggunakan alasan belajar agama.
“Keadaan bertambah sukar apabila isteri berubah dan menganggap Ahmad adalah segalanya dan sanggup meninggalkan saya dan ibu bapanya semata-mata kerana lelaki itu,” katanya.
Dia mula menyedari bahawa ajaran Ahmad terpesong, namun gagal berbuat apa-apa kerana setiap pergerakan isterinya dipantau pengikut setia Ahmad.
Lebih memeritkan lagi, Ahmad turut memaksa isterinya menggugurkan kandungan yang berusia 10 minggu dan menetapkan dalil bahawa dirinya tidak boleh memiliki zuriat.
Abu berkata, dia turut dituduh membakar dua kereta milik Ahmad gara-gara cuba membawa Zawiyah pulang ke pangkuannya.
Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, dua laporan dibuat kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada Februari laluUlasan
Kemunculan ajaran sesat semakin menjadi-jadi. Daripada cerita Ayah Pin, Rasul Melayu sehinggalah Ajaran Ahmad 100. Darpda kejadian-kejadian seperti ini jelas bahawa masyarakat kita sebenarnya masih jahil dengan ajaran Islam. Apa tidaknya ajaran spt Ayah Pin, Rasul Melayu dan Ahmad 100 ini masih ada orang yang hendak ikut. Takkanlah mereka tidak tahu langsung asas-asas agama Islam. Cth: dlm kes ini mana mungkin ada ajaran atas nama agama Islam membenarkan untuk isteri ditiduri oleh lelaki lain. W/pun kononnya utk mendapatkan keberkatan guru dan sebagainya. Kejahilan mereka telah menjadi mangsa manusia bernafsu Iblis dan Syaitan spt ajaran Ahmad 100 ini.
Kalau diteliti semua ajaran sesat ini sebenarnya mempunyai ciri yang sama. Menggunakan agama untuk menipu orang ramai. Mengaku Imam Mahdi, Orang Keramat, Wali, dapat wahyu dan sebahagiannya tergamak mengaku menjadi Nabi. Yang kemudiannya ketua kumpulan ajaran sesat mengarahkan pengikut membayar atau menyumbang wang ringgit untuk kumpulannya. Lebih dahsyat apabila mereka menjadikan pengikut-pengikut wanitanya samaada yg belum kahwin dan isteri orang dijadikan tempat memuaskan nafsu. Yang mendukacitakan semua dilakukan atas nama agama spt mendapatkan berkat Tok Guru, pensucian dosa, nikah batin dan sebagainnya.
Apapun isu seperti ini mesti diatasi. Selain tindakan perundangan sedia ada melalui penguatkuasa agama maka masyarakat perlu mengambil berat persoalan-persoalan seperti ini. Masjid dan surau perlu mengadakan ceramah agama yag menyentuh hubungkait dgn penyelewengan aqidah. Pamplet atau tulisan berkaitan ajaran sesat perlu diedarkan. Khutbah, program agama di Tv dan radio juga perlu menyentuh persoalan ini. Di samping program dakwah, pendidikan, alat media masa terkini spt Laman Sesewang seharusnya juga turut berperanan secara sewajarnya. Akhirnya membenteras kejahilan Ummah mesti diutamakan. Bagi saya kejahilan adalah punca segala kejadian spt ini.
No comments:
Post a Comment