Monday 2 April 2012

Bersekedudukan Menjadi Perkara Biasa Di Negara Ini ?



Ampang - Tiga individu termasuk seorang remaja perempuan dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pegawai Masjid Al-Azim dalam sebuah bilik di rumah kedai di Pandan Jaya, awal pagi kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, dua lelaki berusia antara 20 dan 22 tahun serta seorang pekerja sebuah kedai dobi ditahan.

Pegawai Masjid Al-Azim berkata, Ahmad Nawi Othman berkata, ketika serbuan seorang lelaki membuka pintu dan mendapati ada seorang lelaki lain dan seorang perempuan berusia 20 tahun berada di dalam bilik itu.

“Kami mendapati pasangan berkenaan berpakaian lengkap, manakala seorang lelaki lain hanya berseluar pendek ketika serbuan dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, teman lelaki kepada gadis berkenaan memberi alasan kekasihnya baru bekerja di kedai dobi berhampiran serta tidak ada rumah atau bilik untuk disewa.

Ahmad Nawi berkata, turut ditahan dua pasangan lain di bilik berasingan di rumah kedai berkenaan.

Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Kes di atas merupakan antara contoh-contoh kejadian maksiat yang biasa di lakukan oleh sebahagian umat Islam. Perbuatan maksiat khalwat jika gagal dibendung ia akan menambahkan kes-kes kelahiran anak-anak luar nikah. Apa yg lebih membimbangkan akibat perangai kerasukan Syaitan dan Iblis menyebabkan sebahagian mereka bertindak nekad dengan membuang bayi tidak berdosa ini dan ada yg membunuhnya. Di bawah adalah statistik menunjukkan tahap seriousnya kejadian kes pembuangan bayi untuk beberapa tahun di Negara ini.
Statistik Kes Pembuangan Bayi Tahun 2004-2010

Bil
Tahun
Jumlah
1
2004
78
2
2005
67
3
2006
83
4
2007
76
5
2008
102
6
2009
79
7
2010
91
Jumlah
576


Sumber: PDRM


Statistik Pembuangan Bayi Mengikut Negeri Tahun 2009-2010

NEGERI
2009
2010
PULAU PINANG
5
9
KEDAH
3
4
PERLIS
1
0
PERAK
7
7
SELANGOR
16
21
KUALA LUMPUR
0
6
NEGERI SEMBILAN
8
5
MELAKA
0
5
JOHOR
11
10
PAHANG
6
3
TERENGGANU
1
3
KELANTAN
4
4
SABAH
12
6
SARAWAK
5
8
JUMLAH
79
91


Sumber: PDRM

Berdasarkan statistik 2004-2010 terdapat 576 orang bayi telah dibuang di seluruh negara. Di mana kes tertinggi dicatatkan ialah pada tahun 2008 iaitu 102 orang. Jumlah bagi tahun ialah 2004 (78) orang, 2005 (67), 2006 (83), 2007 (76), 2008 (102) dan 2010 (91) orang. Purata bagi 7 tahun kes pembuangan bayi ialah 82 orang.

Usaha berterusan hendaklah dilakukan oleh pihak berkuasa agama bagi membendung kegiatan tidak bermoral oleh segelintir umat Islam ini. Sekiranya ia gagal dilakukan pastinya perkara ini akan menjejaskan imej umat Islam, sekaligus akan menyebabkan maksiat terus merebak dan membarah di dalam masyarakat. Keadaan ini akan mengundang kemurkaan Allah S.W.T.



No comments:

Post a Comment