Friday 20 April 2012

Alhamdulillah...Kami Bercinta Lagi"

Memandangkan terdapat isu-isu berbangkit berhubung rasa tidak puas hati terhadap  pengesahan nikah yang berlawanan Undang-undang Keluarga Islam (UUKI) di negeri –negeri, maka Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Persidangan Ketua Pendaftar Nikah Cerai Ruju’ Bersama Ketua-ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia secara berkala pada setiap tahun.

Maka dengan itu, termeterilah persetujuan bersama antara Jakim, JKSM, Ketua-ketua Pendaftar Nikah Cerai Ruju’ dan Ketua-ketua Pendaftar Jabatan Kehakimah Syariah di negeri-negeri seluruh Malaysia pada tarikh 10 Jamadilawal 1433H bersamaan 2 April 2012M jam 10:30 malam di Perdana Ballroom Holiday Villa Alor Setar Kedah untuk bersama-sama bersatu hati, atas nama menjaga maslahah ummah sejagat serta menjaga keluhuran undang-undang di Malaysia.
Persidangan pada kali pertama tahun 2012 ini telah diurusetiakan oleh Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim yang diketuai oleh Puan Hajjah Saimah binti Mukhtar. Sebelum memulakan persidangan, YBhg Tuan Haji Razali bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) telah menjemput YBhg Tuan Haji Mat Jusoh bin Sudin (KPNCR Negeri Sembilan) untuk membaca doa bagi memohon keberkatan dan rahmat daripada Allah S.W.T. Turut hadir dalam persidangan ini ialah Tuan Mohd Radzi bin Abdul Latif; Ketua Pendaftar Jabatan Kehakimah Syariah Malaysia, Puan Hajjah Noor Hadina binti Ahmad Zabidi; Ketua Unit Pembangunan UUKI & Sistem Kehakiman Syariah, Jabatan Peguam Negara,  Tuan Mohd Syahrizal Syah bin Zakaria; wakil Penasihat Undang-undang Jakim, Tuan Haji Ghafani bin Awang Teh; Pengarah Bahagian PPUU di Jakim, Pengarah-pengarah Bahagian di JKSM, semua Ketua-ketua Pendaftar Nikah Cerai Ruju’ dan Ketua-ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah di negeri-negeri seluruh Malaysia. Ahli mesyuarat jemputan iaitu Tuan Kol. Hamzah bin Ali, Pengarah Bahagian Persempadanan Darat Malaysia-Thailand (MKN); dan SUPT Tuan Musytari bin Umar; dari Cawangan Khas Bukit Aman turut menghadiri persidangan ini.
Antara perkara yang diingatkan oleh YBhg Pengerusi kepada semua ahli persidangan ialah :-
  1. Tugas JAIN dan Mahkamah Syariah bukan sahaja memastikan peraturan dipatuhi bahkan adalah untuk menjaga nasab dan keturunan umat Islam.
  2. Isu nikah sindiket yang berlaku pada masa kini perlu ditangani secara bersama pihak berkuasa agama di Malaysia memandangkan ia bukan sahaja melibatkan ketidakpatuhan rakyat kepada undang-undang negara malah melibatkan isu nasab dan keturunan umat Islam. Jika nikah tersebut tidak sah maka akan lahirlah zuriat keturunan yang tidak sah.
  3. Impak kelahiran anak luar nikah boleh menyebabkan kecelaruan nasab dan merosakkan sistem kekeluargaan dalam masyarakat. Seterusnya boleh melahirkan keturunan atau generasi yang tidak sah taraf.
  4. Permasalahan kelahiran anak tak sah taraf ini perlu dibendung oleh semua pihak dan bukan dipikul oleh agensi agama sahaja. Semua pihak perlu berganding bahu memastikan pintu-pintu yang membuka ruang kepada zina  ditutup di samping pihak berkuasa agama meneruskan bidang tugas sedia ada sama ada memberi bimbingan dan rawatan kepada mereka yang menjadi mangsa mahupun penguatkuasaan kepada mereka yang dengan sengaja melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama di negeri-negeri.
Persidangan pada kali ini telah ditangguhkan pada 11 Jamadilawal 1433H bersamaan 3 April 2012M (Hari Selasa) jam 1:00 tengahari dengan bacaan doa oleh Tuan Lokman Hakim bin Tuan Kamaludin; Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor.
  
jakim image
Ahli Persidangan Ketua Pendaftar Nikah Cerai Ruju’ Bersama Ketua-ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia Kali Pertama Tahun 2012 
 jakim image
YBhg Tuan Haji Razali bin Shahabudin dan YBhg Tuan Mohd Radzi bin Abdul Latif
jakim image
Barisan KPNCR Negeri Perak, Terengganu, Kedah dan Kelantan
jakim image
KPNCR Johor, Sarawak, Sabah, Melaka
jakim image
 Persidangan yang panas tetapi harmoni...
jakim image
Ahli Persidangan dari Jakim
jakim image
Serius...Membincangkan Masalah Ummah
      jakim image
Barisan Pengarah Dari JKSM
     jakim image 
Barisan Pengarah dari JKSM
jakim image
PUU JKSM 

No comments:

Post a Comment