Tuesday, 3 April 2012

Interfaith Commission (IFC) (Suruhanjaya Antara Agama) Telah Wujud ?

Penubuhan Jawatankuasa Persefahaman Antara Agama (Inter-religious Understanding Committee) di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bagi saya hampir menyamai IFC dari segi falsafah dan pelaksanaannya. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Jawatankuasa Persefahaman Antara Agama ditubuhkan bertujuan mengenal pasti dan menyelesaikan pertikaian berkaitan dengan agama bagi mengelakkan perselisihan faham yang boleh menggugat keharmonian negara.

Pernah Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, antara perkara yang akan dibincangkan di dalam jawatankuasa ini ialah seperti isu kontroversi penggunaan kalimah Allah oleh Herald Tribune dan tuntutan penggunaannya oleh golongan Kristian. Di samping itu, menurut ketua Jawatankuasa Persefahaman Antara Agama, Allahyarhamah Datuk Ilani Datuk Isahak, pertikaian agama yang bakal diketengahkan juga termasuk pertukaran agama, penyebaran agama, penggunaan istilah agama, pembinaan rumah-rumah ibadat dan isu tanah perkuburan.

Jika dilihat secara jujur, kesemua isu ini langsung melibatkan hubungan Islam dengan agama-agama lain. Situasi ini nampaknya begitu serius kerana perkara-perkara yang disentuh bukanlah perkara-perkara remeh dalam Islam, tetapi perkara yang melibatkan dasar Islam itu sendiri iaitu ‘aqidah dan syari‘ah. Dari perspektif Islam pula, perkara-perkara yang berkaitan ‘aqidah dan syari‘ah tidak wujud soal toleransi sehingga mengorbankan prinsip asas dalam Islam seperti yang terkandung di dalam surah al-Kāfirūn, surah ke-109 ayat ke-6 iaitu,
Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku
Saya berkeyakina kalau itulah isu yang dibincangkan perbincangan ini seakan-akan mirip tujuan penubuhan Interfaith Commission (IFC) yang menjadi kontroversi dan ditentang oleh Umat Islam dulu, kini dan selamanya.

Bagi saya, Jawatankuasa ini yang bernaung di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) seharusnya memfokuskan perpaduan kaum yang melibatkan kepelbagaian kebudayaan serta adat resam dalam masyarakat dalam mewujudkan keharmonian negara. Bahkan bagi saya penglibatan JPNIN dalam mewujudkan Jawatankuasa Persefahaman Antara Agama sebenarnya JPNIN bertindak diluar bidang kuasanya sendiri. Ini kerana hal berkaitan agama Islam secara jelas mengikut perlembagaan berada di bawah bidang kuasa negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) yang mewakili Sultan.

Penubuhan Jawatankuasa agama di bawah JPNIN ditakuti lama kelamaan  akan menyisih atau mencampuri pihak berkuasa Agama Islam yang lain secara tidak langsung seperti Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Jabatan Kehakiman Syariah (JKSM), Institusi Istana, Jabatan Mufti, Majlis Fatwa Kebangsaan, dan lain-lain lagi.

Bagi saya Jawatankuasa seperti ini tidak wajar diwujudkan. Bukanlah  bermakna yang saya ini anti perpaduan dan sebagainya. Bagi saya sebarang usaha  untuk mencampuri urusan agama Islam wajar dihentikan. Kerajaan sendiri tidak wajar menyokong pemikiran seperti ini walaupun dari segi tujuannya kelihatan baik. Saya amat khuatir agensi seperti ini akan diperalatkan oleh pihak-pihak berkepentingan.

Bagi saya pendekatan yang digunakan beberapa puluh tahun sebelum ini  adalah berkesan dan perlu diteruskan. Apa yang berlaku sekarang bukanlah satu isu yang memerlukan penubuhan Jawatankuasa antara agama untuk menyelesaikannya. Bagi saya apa yang sedang berlaku ialah kerana sikap tidak hormat segelintir penganut agama terhadap penganut agama lain. Sebagai cth; wajarkan Kristian berhak menuntut penggunaan nama Allah utk kegunaan acara agama mereka ?Sedangkan semua tahu Allah adalah nama yang digubakan oleh umat Islam. Bahkan selama ini Kristian hanya mengelar tuhan mereka sebagai ‘God’. God bukannya Allah. Kenapa pula hendak terjemah God itu Allah.

Sedangkan bagi orang Islam Allah adalah Tuhan yang esa. Tunggal tidak ada anak dan tidak diperanakkan. Allah tidak mempunyai isteri. Allah adalah lafaz zikir paling afdhal yang memberikan pengamalnya mendapat pahala yang besar. Kalimah Allah hanya layak di masjid. Bila pula Kristian menggunakan kalimah ini dengan pengertian yang sebenarnya. Kalau Allah dianggap beranak, mempunyai isteri dan lainnya maka kalimah ini tidak boleh digunakan oleh Kristian. Ini bukan sifat Allah. Kesucian kalimah ini mesti dipelihara. Apakah tuntutan spt ini yang mahu dibincangkan ?

Sebenarnya hak penganut agama lain telah dipelihara oleh Perlembagaan. Mereka dibenarkan mengamalkan agama secara bebas. Bahkan mereka juga mendapat peruntukan khas dari kerajaan untuk membina rumah ibadat. Ini banyak berlaku di Selangor dan negeri-negheri lain di bawah kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dan BN sebelum ini. Tuntutlah perkara yang lain TAPI kenapa hendak tuntut perkara pelik spt hendak guna nama Allah.

Apapun, bagi saya penubuhan jawatankuasa agama yang sifatnya lebih rendah daripada Suruhanjaya Agama seperti yang dituntut adalah satu ancaman kepada agama dan umat Islam. Untuk jangka masa panjangnya adalah tidak mustahil akan ada pihak yang berkepentingan mendesak pula supaya peranan jawatankuasa ini dipertingkat dan diperkukuh untuk menjadi sebuah Suruhanjaya sebagaimana SUHAKAM dan lainnya. Kalau itu berlaku tuntutan penubuhan IFC akhirnya DIPENUHI JUGA. Kalau itu berlaku maka MENANGISLAH UMAT ISLAM TAPI SEGALANYA SUDAH TERLAMBAT. NASI SUDAH MENJADI BUBUR

No comments:

Post a Comment