Tuesday, 3 April 2012

(Sedih) Seorang Ibu Terpaksa Merelakan Dirinya Diperkosa Demi Melindungi Anak-Anaknya.


Wanita tersebut, seorang surirumah berusia 38 tahun, dirogol berkali-kali manakala empat orang anaknya telah dikunci oleh suspek di sebuah bilik bersebelahan.

Kejadian tersebut berlaku jam 5.45 pagi apabila wanita tersebut dikejutkan oleh seorang lelaki yang memegang sebilah gunting.

Suspek, yang menutuo mukanya dengan sehelai pakaian kanak-kanak, dipercayai telah memecah masuk rumah berkenaan melalui tingkap.

Dia tangkas menutup mulut wanita tersebut dengan tangan dan mengacukan gunting yang dipegangnya ke leher mangsa. Suspek memberi amaran kepadanya untuk tidak menjerit atau dia akan dibunuh.

Mangsa juga dipaksa untuk menyerahkan barang kemas dan wang yang dimilikinya.

Wanita tersebut yang ketakutan lalu mengambil wang RM300, dua telefon bimbit, seutas rantai dan sepasang anting-anting, diletakkan di dalam sarung bantal dan menyerahkan kepada suspek.

Suspek kemudian menyatakan dia hendak merogol salah seorang anak perempuannya dan ini menyebabkan dia merayu dengan menyatakan dia sanggup menjadi pengganti kepada anaknya.

Ketika itu, anak-anaknya terjaga dan suspek telah mengunci mereka di dalam bilik. Suami wanita tersebut tiada di rumah dan tidak pulang kerana berada di luar untuk urusan perniagaan.

Suspek kemudian pergi mendapatkan wanita itu yang terpaksa membiarkan dirinya dibogelkan dan diperkosa.

Wanita itu kemudian memberitahu polis suspek tersebut tidak menggunakan kondom tetapi sekadar membaluti kemaluannya dengan bag plastik.

Mangsa ditampar beberapa kali apabila beliau meronta dan cuba menahan dari diperkosa lagi.

Setelah suspek pergi, mangsa memanggil jirannya untuk mendapatkan bantuan sebelum pergi ke balai polis untuk membuat laporan.



Beliau juga telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Pasukan polis forensik tiba ke tempat kejadian untuk mendapat kesan cap jari suspek.

Mereka turut menemui gunting yang digunakan suspek untuk mengancam wanita berkenaan dan pakaian kanak-kanak yang digunakan suspek untuk menutup mukanya.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan laporan tetapi enggan mengulas lebih lanjut. -NST /terjemahan bebas.

Ulasan:
Begitulah pengorbanan seorang Ibu. Sanggup berkorban apa saja yang penting anaknya selamat. Kerap kita mendengar cerita-cerita begini. Ibu sanggup tidak makan bagi memastikan anaknya kenyang. Ibu sangup mati lemas semata-mata untuk menyelamatkan anaknya dari lemas dilaut atau ditengelamka arus kita waktu banjir dan sebagainya. Dari sejak mengandung, melahirkan dan membesarkan mereka para ibu terus berkorban dan berkorban.. Itulah IBU.

Berkaitan isu jenayah bagi saya ia sudah berada di tahap amat membimbangkan. Siapakah penjenayah-penjenayah ini. Rakyat tempatan atau pendatang asing. Semuanya ada kemungkinan. Polis nampaknya kena bekerja keras untuk menangani isu-isu jenayah yang berlaku.
Namun sebagai orang awam kita juga mesti prihatin dengan keadaaan yg berlaku di sekeliling kita. Jawatankuasa keselamatan kampong dan taman hendaklah perlu lebih aktif. Sekadar mengharapkan Polis semata-mata rasanya tidak wajar. Ini kerana kejadian jenayah boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Ia juga berlaku secara pantas. Untuk menunggu kehadiran polis menangkap penjenayah yg sedang melakukan jenayah satu yang amat sukar khususnya spt kes di atas.
Apapun selain usaha-usaha bersifat lahiriah ini kita sebagai seorang Muslim sewajarnya jangan lupa melakukan ikhtiar diri iaitu dengan memohon perlindungan Allah S.W.T. Allah adalah sebaik-baik pelindung kepada kita semua. Cubalah kita sering membaca doa-doa pelindung diri seperti Zikir dan doa Al Mathurat. Mengamalkan doa Mathurat menjadikan seseorang itu akan dilindung oleh Allah S.W.T. Itulah janji-janji Allah berdasarkan Nas-Nas Sahih.

Apapun kita mesti berikhtiar.Kita tidak tahu apa yg akan berlaku ketika kita melelapkan mata. Tapi Allah tidak pernah tidur dan melelapkan mata. Manalah tahu, si penjenayah yg hendak menyamun rumah kita tiba-tiba tergerak hati menjadi kesian atau terasa gerun atau lainnya. Penjenayah hatinya juga milik Allah S.W.T. Apapun yg penting kita mesti berikhtiar. Ikhtiar secara fizikal dan kerohanian. Insyaa Allah kita akan selamat dan dilindungi Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment