Friday, 13 April 2012

Menggapai Sinar Harapan......"


Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti  (KSK) JAKIM, Cawangan Keluarga/Sosial dengan Kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Johor  telah mengadakan Program Rakan Setia Komuniti (RSK) Negeri Johor . Program ini diadakan 3 hari 2 malam bermula  6 hingga 8 April bertempat di Akademi Kemahiran dan Latihan Insan Kota Tinggi Johor . Program Rakan Setia Komuniti (RSK) ini adalah penjenamaan semula daripada Program Rakan Setia Masjid (RSM) yang pernah dijalankan sebelum ini.
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Pn. Hajah Asiah bt. Mat Ariff, Adun Johor Lama dan telah dihadiri oleh Ustaz Zakuan bin Sawai Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian KSK JAKIM, Puan Dr.Maslina binti Yusop Pengarah Hospital Daerah Kota Tinggi Johor, wakil Pengarah AADK Johor , wakil Ketua Polis Daerah kota Tinggi serta urusetia-urusetia  dari JAKIM dan AADK Kota Tinggi.
Peserta-peserta Program RSK ini adalah terdiri daripada Orang Kena Pengawasan (OKP) sekitar negeri Johor  iaitu bekas penagih yang terlibat dalam penggunaan  dadah dan telah mendapat pengawasan dari pihak polis dan AADK.

Objektif Program RSK ini adalah untuk memberi kesedaran tentang kerohanian iaitu ilmu agama, penjagaan kesihatan dan juga undang-undang tatacara  OKP. Penceramah- penceramah adalah terdiri daripada Ustazah Hasnita bt. Hashim, Ustaz Asri b. Jaafar dan Ustaz Yusuf b. Hj Saberah dari Pejabat Kadi Daerah Kota Tinggi Johor, Dr. Maslina bt. Yusop dari Hospital Daerah Kota Tinggi Johor dan ASP Hj Mohd Hadzir b. Che Pa dari Balai Polis Daerah Kota Tinggi Johor.

Di samping itu, Bahagian KSK JAKIM juga telah mengadakan usahasama dengan Syarikat Dagang Asia.net yang diwakili oleh En. Khairil Ismahafiz b. Muhadzir  dengan mengadakan ceramah tentang pekerjaan dan sesi temuduga di akhir  Program RSK ini. Sesi temuduga ini juga telah dihadiri oleh pihak majikan yang berminat untuk mengambil pekerja-pekerja dari kalangan OKP.

Bahagian KSK JAKIM berpendapat dengan mengadakan Pogram RSK, para peserta OKP ini akan berjaya meninggalkan najis dadah dan memberi kesedaran serta peluang pekerjaan kepada mereka. Ini juga boleh mengelakkan kebergantungan negara terhadap pekerja-pekerja dari luar negara. Rata-rata peserta Program RSK ini berterima kasih kepada pihak JAKIM kerana telah memberi  ilmu dan peluang pekerjaan kepada mereka yang selama ini terkapai-kapai dalam kehidupan mereka setelah insaf.
Seterusnya Program RSK ini akan diadakan di negeri Melaka, Sabah, Pahang dan Perak bagi tahun 2012.
Ucapan perasmian oleh YB Puan Hajah Asiah bt. Mat Ariff, ADUN Johor Lama, Johor
Ucapan oleh Ustaz Zakuan b. Sawai, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) JAKIM
Ucapan daripada wakil Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Johor
Penyampaian cenderahati daripada pihak JAKIM kepada YB ADUN Johor Lama
Para peserta solat berjemaah dan mendengar kuliah Maghrib yang disampaikan oleh pegawai dari Pejabat Kadi Daerah Kota Tinggi, Johor
jakim image
jakim image
jakim image
jakim image
jakim image
Peserta mendengar ceramah daripada Kementerian Kesihatan, Jabatan Agama Islam Johor, PDRM dan wakil dari Dagang Asia.net
jakim image
jakim image
Sesi temuduga oleh wakil-wakil majikan yang berminat untuk mengambil peserta sebagai pekerja
jakim image
Penyampaian sijil oleh pihak JAKIM kepada peserta
jakim image
Urusetia dari JAKIM dan AADK
jakim image
Bergambar kenang-kenangan di akhir program

No comments:

Post a Comment