Thursday, 22 September 2011

TERAPI IBADAH (SOLAT)

Solat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ia wajib dilakukan oleh setiap individu Muslim. Ia adalah tiang agama itu sendiri. Berdasarkan hujah Syarak samaada yang terdapat di dalam al-Qur’an, Hadis Rasulullah s.a.w, pandangan ulama dan kajian sains moden, solat telah terbukti mempunyai sejuta hikmah tersembunyi. Penulisan tajuk ini bermaksud untuk melihat bagaimana solat boleh berperanan untuk merawat penyakit zahir dan juga batin (Fizikal dan rohani).


Fadhilat Solat

Beberapa ayat dari al-Qur’an menjelaskan fadhilat solat seperti berikut;

Firman Allah “ Bacalah dan ikutlah (wahai Muhammad) apa yg diwahyukan kepadamu daripada al Qur’an dan dirikanlah solat (dengan tekun), sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.( Al Ankabut 45)

Firman Allah:” Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman yg khyusuk dlm solat mereka dan yg menjauhkan diri drp perbuatan dan perkataan yg sia-sia dan mereka yg menunaikan zakat dan yg menjaga kemaluan mereka…(Al Mu’minun :1-11)

Firman Allah bermaksud: “ Sesungguhnya manusia diciptakan bertabiat resah gelisah. Dan apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah dan apabila dia menerima kebaikan dia amat kedekut. Kecuali orang-orang yang mengerjakan solat, yg mereka itu tetap mengerjakan solatnya”. (Maarij: 19-23).

Seterusnya terdapat keterangan daripada Hadis Rasulullah menjelaskan Fadhilat solat antaranya ialah;

Abu Zar berkata bahawa Rasulullah bersabda:” Suatu ketika Rasulullah keluar pada musim sejuk semasa daun-daun gugur, lantas Baginda memegang dahan drp sebatang pokok maka daun2 tersebut mulai gugur dgn lebat dari dahan tersebut. Baginda bersabda, “Wahai Abu Zar” Saya menyahut, “Saya, Ya Rasulullah.” Kemudian baginda bersabda, “Apabila seseorang Islam menunaikan solat utk mendapat keredhaan Allah dosanya gugur sebagaimana gugurnya daun-daun ini dari pokok (Riwayat Imam Ahmad)

Dari Abu Hurairah katanya Rasululah bersabda ‘Jika sebatang anak sungai mengalir dihadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu dan dia mandi dalam sungai itu sebanyak lima kali sehari, pada pendapat kamu masih adakah lagi kekotoran ? Para sahabat menjawab “Tidak akan tertinggal sedikitpun kekotoran”. Rasulullah bersabda, “Maka demikian juga solat lima waktu, melalui solat Allah akan mengampunkan dosa.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Drp Huzaifah menyatakan , bahawa Rasulullah apabila mengalami suatu kesulitan, Baginda segera mengerjakan solat (Riwayat Ahmad dan Abu Dud)

Seorang tokoh ulama Fazlur Rahman (1992) ketika mengulas amalan solat beliau menyatakan seperi berikut

"Solat biasanya menghasilkan kebahagiaan dan kepuasan dlm fikiran. Solat menyingkirkan perasaan gelisah dan memadamkan api kemarahan. Solat menambahkan kecintaan pada kebenaran dan menambahkan kerendahan hati kepada manusia. Solat dapat menjadi penawar tekanan kerana melaluinya muncul kualiti diri yang positif seperti kesabaran, daya tahan dan keteguhan hati ketika menghadapi cabaran hidup".


Berdasarkan keterangan-keterangan di atas adalah jelas menunjukkan solat bukan sebarang Ibadah melainkan ia adalah amalan yang boleh berperanan untuk menjadi penawar kepada penyakit-penyakit tertentu khususnya penyakit dalaman dan luaran manusia. Solat adalah penyuci diri drp dosa, benteng diri dari melakukan maksiat dan mungkar sekaligus pemangkin seseorang untuk berjaya di dunia dan juga akhirat.

Pandangan Sains

Berikut diutarakan beberapa pandangan sains berkaitan kekebihan ibadah solat antaranya ialah;

Solat adalah riadah terbaik;

Bagaimanakah  solat boleh dikatakan sebagai riadah terbaik ? Menurut doktor kesihatan, kita perla melakukan riadah paling tidak 3 kali seminggu di mana setiap kali perlu memakan masa 30 minit. Kalaupun tidak kita perlu berjalan 10,000 langkah setiap hari. Pasti teramat sukar untuk dilakukan terutama bagi mereka yang sibuk. Bagi setiap Muslim mungkin mereka tidak perlu melakukan itu semua kerana mereka sebenarnya telah berriadah setiap hari iaitu dengan melakukan amalan solat. Dengan bersolat sebenarnya kita sudah melakukan pergerakan yang baik untuk kesihatan.

Benar, kesihatan tidak mungkin diperolehi melainkan apabila kita bergerak. Antara ciri-ciri mutlak makhluk yang hidup adalah bergerak. Tidak ada satu kompenen dalam tubuh kita yang tidak bergerak. Benda yang padat seperti tulangpun juga mengalami pergerakan internal iaitu saat elemen-elemen selularnya mengalami regenerasi. Apabila tubuh kita bergerak kita berhenti menyimpan lemak dan mula membakarnya. Perubatan moden mensyaratkan keadaan tubuh yang sehat sebagai ‘mengalir bebas’ iaitu tanpa halangan,dekongestan oedema yang menimbulkan banyak masalah patologi bagi tubuh.

Kejadian ginjal, pundi kencing dan hempedu yang mengandungi batu karang terjadi kerana deposit meneral yang terkumpul iaitu tidak bebas melepasi tubuh. Koronaria plaquƩ iaitu timbunan yang menyumbatkan saluran darah diotak menjadi sumber penyakit jantung ataupun embolisme saluran darah di otak yang menyebabkan strok dan mengancam jiwa.

Dengan bersolat lima waktu dan ditambah dengan solat-solat sunat lainnya kita telah melakukan satu riadah yang terbaik iaitu dengan mengerakkan anggota badan kita. Gerakkan-gerakkan di dalam solat wajib dalam sehari terdiri daripada 17 rakaat. Sejumlah 17 rakaat itu memberikan 119 poustur fizikal setiap hari atau 3570 postur setiap bulan dan 43,435 postur setiap tahun. Jumlah gerakkan ini akan bertambah sekiranya kita banyak melakukan solat sunat seperti sunat wuduk, tahiyatul masjid, rawatib, tahajud, duha dan lainnya. Solat sunat harian yang lazim ini mampu menjadikan jumlah postur fizikal ini bertambah sehingga 280 postur setiap hari

Apa yang menarik keseluruhan pergerakkan solat itu tidak ada satupun yang aneh atau menyakitkan. Semua pergerakkan itu mudah dan ringgan untuk dilakukan, tanpa halangan termasuk faktor usia. Mereka yang ada halangan di benarkan untuk bersolat sambil duduk dan seterusnya. Menurut pakar seperti Dr Keneth Cooper pergerakkan ringan dan senaman ringan adalah baik untuk jantung. Kini terbukti senaman yang berat terbukti memberikan beban berat ‘stress’ yang berlebihan kepada tubuh. Ia terbukti memberikan kesan sampingan lain seperti pembentukan radikal bebas dan penurunan kadar pH badan. Senaman berat yang memaksa badan lebih membahayakan kesihatan.

Menurut Pro. Shahid Athar gerakan rekaat solat mampu membakar 10 kalori atau sekitar 200 kalori setiap 20 rakaat sunat tarawikh ketika bulan Ramadhan. Berikutan jumlah pembakaran kalori beginni gerakan solat dapat disamakan dengan senaman yang berintesiti rendah.

Seterusnya gerakkan solat mempengaruhi sistem organ tubuh kita terutamanya otot, tulang rangka dan sendi. Manakala perubahan posisi yang dilakukan mempengaruhi organ dalaman tubuh seperti peredaran darah, jantung, sistem limfatik, memberikan tekanan pada rongga dada dan perut mempengaruhi sistem pernafasan, gerakan saluran penghadaman, saluran kencing dan sebagainya. Gerakan solat mengaktifkan otot-otot tubuh. Terdapat 656 otot di dalam tubuh kita yang beberapa daripadanya mengalami perengangan, pergerakan dan pengenduran semasa gerakan otot.


Solat Menyihatkan otak

Sebut sahaja otak kita terbayang organ paling penting dalam tubuh kita. Kita sanggup untuk menempuh penyakit-penyakit lain dalam tubuh kita tapi jangan sesekali kita berhadapan dengan penyakit berkaitan otak. Penyakit seperti strok dan gila ia ada kaitan dengan organ otak kita. Mari kita llihat bagaimana solat akan menyehatkan organ otak kita.

Sistem peredaran darah manusia menyebabkan oksigen dan ‘zat makanan’ teredar ke seluruh tubuh. Perbuatan sujud di dalam solat adalah satu-satunya mekanisme terbaik untuk menyalurkan darah keorgan otak secara sempurna. Sujud meningkatkan aliran darah ke kepala. Secara otomatiknya ia meningkatkan kandungan oksigen dalam otak sehingga melancarkan metabolisme dalam otak. Aliran darah meningkat akibat sujud juga memberikan penambahan tekanan pada saluran darah. Ini melatih dinding-dinding saluran darah di kepala supaya lebih bersedia menghadapi tekanan sehingga mampu menjadi lebih kuat apabila menghadapi trauma.

Pada badan yang menghadapi kejutan, khususnya anafilaktik shock di mana tekanan darah ke otak menurun. Antara rawatan yang dilakukan adalah pemposisian pesakit dengan meletakkan kepala lebih rendah kebawah. Ini bertujuan meningkatkan aliran darah ke kepala. Keperluan oksigen dalam otak penting kerana sel-sel saraf otak akan mati dalam masa lima minit apabila tidak dapat oksigen. Pesakit strok yang mengalami kelumpuhan anggota badan akibat gangguan peredaran darah ke otak tidak dapat dipulihkan lagi.

Sujud yang wajib sebanyak 34 kali dalam sehari ketika solat menjamin aliran darah ke otak khususnya darah di saluran vena. Ini menyebabkan kekuatan kontraksi dan degupan jantung meningkat sehingga dapat mencegah terjadinya strok. Seperti sistem limfatik, saluran vena tidak memiliki kekuatan kontraksi internal bagi mengepam darah. Berbeza dengan saluran arteri yang memiliki kemampuan kontraksi pada dindingnya. Oleh itu, aliran darah dalam vena juga dibantu oleh posisi tubuh dan kontraksi otot.

Kontraksi daripada otot rangka yang membantu pergerakan darah di dalam saluran vena meringankan beban kerja jantung mengepam darah. Jantung kita yang berdenyut 70 sehingga 80 kali setiap minit perla dijaga. Apabila mencapai umur 80 tahun bererti jantung kita telah berdetik 3 juta kali tanpa istirehat. Oleh itu, posisi sujud dalam solat juga menyumbang kepada jantung yang sehat.

Kita telah megetahui kelebihan ibadat solat dalam kontek terapi dan penjagaan kesihatan.Marilah kita mendirikan solat sesempurna yang mungkin, agar mendapat pahala daripada Allah juga kurnia-kurnia lainnya termasuk kesihatan rohani dan jasmani kita. Allah Hua'lam.

2 comments: