Thursday, 22 September 2011

TERAPI IBADAH (AL QUR'AN)

Al-Qur’an sebagai Kalam Allah. Merupakan Mukjizat agong yang diturunkan kepada Baginda Rasulullah s.a.w. Al-Qur’an merupakan panduan hidup bagi setiap Muslim. Sebagai Mukjizat agong ia mengandungi pelbagai ajaran di dalamnya. Tajuk ini sekadar untuk melihat secara ringkas bagaimana ayat-ayat al-Qur’an boleh dijadikan bahan terapi untuk merawat penyakit fizikal dan rohani.

Fadhilat al-Qur'an

Terdapat beberapa ayat al-Qur'an yang menjelaskan fadhilat membaca ayat-ayat al-Qur'an antarnya ialah;

Allah berfirman maksudnya:
“Dan kami turunkan dari al-Qur’an suatu yg menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman (al-Isra’:82).

Allah berfirman maksudnya: Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran daripada Tuhanmu (al-Qur’an) dan penyembuh bagi penyakit di dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman (Yunus:57).

Allah berfirman maksudnya: Dan menyembuhkan hati orang-orang yang
Beriman ( at Taubah:14)

Allah berfirman maksudnya : Katakanlah: Dia (al-Qur’an) itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman (Fusilat:44)


Seterusnya Hadis Rasulullah juga menyebutkan mereka yang membaca ayat-ayat al-Quran akan mendapat fadhilat antaranya;

Rasulullah bersabda yang bermaksud, ‘Yg terbaik dikalangan kamu ialah yg membaca al-Qur’an dan mengajarkannya (Riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah)

Daripada Abu Zar neriwayatkan “Aku telah berkata, wahai Rasulullah, nasihatkanlah saya.” Rasulullah bersabda “Bertaqwalah kepada Allah kerana taqwa adalah asas bagi segala amalan”. Saya berkata lagi, “tambahkanlah untuk saya.” Bagindapun bersabda, “ Ambil beratlah untuk membaca al-Qur’an kerana al-Qur’an adalah ‘nur’ untuk kamu di dunia ini dan bekalan untukmu dilangit (pada hari kiamat) (Riwayat Ibnu Hibban)


Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda “ Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air”. Baginda ditanya “ya Rasulullah, apakah pengilapnya?” Rasulullah bersabda “banyak ingatkan maut dan membaca al-Qur’an (Hadis Riwayat Baihaqi)

Daripada Hazrat Abu Hurairah mengatakan, Rasulullah s.a.w bersabda “Tidaklah berkumpul orang di salah satu rumah-rumah Allah (masjid), membaca al-Qur’an dan membaca seorang daripada mereka kepada orang lain melainkan diturunkan ‘sakinah’ keatas mereka, rahmat meliputi mereka, para malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan malaikat yang berada di sisiNya (Riwayat Muslim dan Abu Daud).

Pernah ketika masuk kerumah Siti Aishah ketika itu Saidatina Aisyah sedang diubati lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Ubatilah dia dengan Kitab Allah (al-Qur’an)

Daripada Abdullah bin Mas’ud Rasulullah s.a.w bersabda:Hendaklah kamu semua melakukan dua kesembuhan iaitu dengan menggunakan madu dan al-Qur’an.


Ayat-ayat al-Qur’an Sebagai Penawar:
•Dalam Fatihah ada penawar utk segala penyakit (Riwayat Darimi dan Baihaqi)

•Sesiapa membaca Surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan (Riwayat Darimi)

•Sesiapa membaca Surah al-Waqi’ah pada setiap malam, kebuluran tidak akan menimpanya untuk selamanya (Riwayat Baihaqi)

•Ada satu surah dlm al-Qur’an yg terdiri drp 30 ayat yg akan memberi Safaat kpd seseorg pembacanya sehinggalah dia diampunkan.Surah itu ialah Surah Tabarak al-Lazi (Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban)

•Basmalah: Barangsiapa yg membacanya sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, Insyaa Allah akan terpelihara drp godaan dan ganguan Syaitan, drp bencana manusia dan jin, drp kecurian dan kebakaran dan drp kematian mengejut.

•Surah Al-Fatihah: Sesiapa yg membaca sebanyak 41 kali antara solat sunat Subuh dan Fardhu Subuh, Insyaa Allah permintaannya diperkenankan, Jika sakit sembuh dan Insyaa Allah dikasihi oleh makhluk dan ditakuti musuh.

•Ayat kursi: Barangsiapa yg membacanya sekali selepas tiap-tiap solat fardu, Insyaa Allah terpelihara drp tipudaya dan gangguan Syaitan.


•Surah al-Baqarah: Barangsiapa yg membaca dua ayat yg terakhir dari surah ini sebelum tidur, ia akan terselamat drp sebarang bala bencana dan bahaya Insyaa Allah. Barangsiapa yg membaca keseluruhan surah ini sewaktu naik rumah baru. Insyaa Allah rumah akan diberkati dan terhindar dari gangguan.

•Surah Ali Imran: Barangsiapa membaca tiga ayat pertama dari surah ini, Insaa Allah ia akan kecapi keihatan drp sebarang penyakit dan terselamat drp ganggun jin.

•Surah Thahaa: Barangsiapa membaca ayat 25-28 sebanyak 21 kali selepas solat Subuh, Insyaa Allah otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna


•Surah al-Mukminun: Barangsiapa yg membacanya keatas air, lalu diberi minum kpd org yg selalu minum minuman keras, Insyaa Allah ketagihannya akan hilang dan dia tidak akan meminumnya lagi.

•Surah an Nur: Barangsiapa yg membacanya, Insyaa Allah ia akan terhindar drp mimpi-mimpi buruk

•Surah al-Qasas: Barangsiapa yg membaca ayat 51-55 dari surah ini, Insyaa Allah otaknya akan cerdas, sempurna dan budi pekertinya akan menjadi halus.

•Surah al Hasyr: Barangsiapa yg membaca ayat 20 sehingga akhir surah ini, Insyaa Allah akan mendapat kejernihan jiwa dan ketenangan hati.

•Surah al Kafirun: Barangsiapa membacanya setiap pagi dan petang, Insyaa Allah ia akan dijauhi dari syirik, bid’ah, buruk sangka dan kepercayaan karut.

•Surah al-Falaq: Barangsiapa membacanya, Insyaa Allah akan terpelihara dari penyakit ‘ain’, sihir, hasad dengki dan fitnah orang.

•Surahan Naas: Barangsiapa membaca Surah an_Nass akan terpelihara drp was-was dan kerasukan Syaitan.

No comments:

Post a Comment