Tuesday 28 February 2017

Burger bersaiz besar boleh sebabkan kegagalan fungsi hati



KesihatanTAHUKAH anda, pengambilan sebiji burger bersaiz besar dan kentang goreng memberi kesan buruk kepada fungsi hati.Perkara tersebut berlaku disebabkan oleh kesukaran hati untuk memproses dan mencerna makanan yang diambil sehingga ia akhirnya menjejaskan fungsi organ tersebut.

Menurut seorang profesor dari German Centre for Diabetes Research di Jerman, Michael Roden, kewujudan lemak degil di dalam makanan tersebut menyebabkan ia mengalami kesukaran untuk dicerna.

Majlis Pengiktirafan kepada Sembilan Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Baharu dan Majlis Pensijilan Halal Pertama Antarabangsa Jakim Untuk Perubatan Terkawal Kepada Ccm Berdasarkan Piawaian MS2424: 2012


Khamis 2 Februari, 2017 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mencipta sejarah sekali lagi dalam industri Halal Global dengan menjadi badan pensijilan Halal yang pertama untuk mengesahkan ubat terkawal/ preskriptif berdasarkan Piawaian Farmaseutikal Halal pertama di dunia, MS2424: 2012 Farmaseutikal Halal – Garis Panduan Umum. Sijil Halal untuk produk farmaseutikal preskriptif ini telah dianugerahkan kepada “Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM)” dalam satu majlis Anugerah Khas di Pullman Putrajaya.

Penciptaan Manusia dari air mani



Allah swt telah menceritakan proses penciptaan

manusia di dalam Al-Qur'an secara rinci. Allah berfirman dalam surat

Al-Mukminun;

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ مِنْ سُلالَةٍ مِنْ
طِينٍ. ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةً فِي قَرَارٍ مَكِينٍ. ثُمَّ خَلَقْنَا
النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا
الْمُضْغَةَ عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ أَنْشَأْنَاهُ
خَلْقًا آخَرَ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ

“Dan
sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati
(berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Suci lah Allah, Pencipta
Yang Paling Baik.” (Al-Mukminun : 12-14)

Dokter kandungan paling hebat di dunia membuktikan bahwa semua yang disebutkan di dalam Al-Qur'an dan hadits-hadits Rasululullah saw tentang proses penciptaan manusia adalah sesuai dengan yang ditemukan pada ilmu modern.

Tidur berdengkur berisiko bawa penyakit berbahaya, maut



Kesihatan
Rakyat Malaysia perlu memandang serius penyakit masalah tidur berdengkur atau Obstructive Sleep Apnea (OSA) kerana ia boleh menyebabkan gangguan tidur yang memberi kesan kepada sistem tubuh, sehingga mendedahkan kepada risiko penyakit berbahaya lain atau maut.
Konsultan Otorinolaringologi Hospital Pakar KPJ Sentosa Kuala Lumpur, Dr Muhamad Noorhisyam Salleh berkata selain membuat pemeriksaan bagi mengesan penyakit konvensional, pemeriksaan mengesan OSA juga perlu diambil perhatian.

"Ketika membuat pemeriksaan kesihatan kita selalunya fokus untuk memeriksa gula, kolestrol dan lain-lain rutin biasa, tetapi bagi mereka tidur berdengkur, pemeriksaan perlu bagi mengesan punca penyakit tersebut," katanya kepada Bernama hari ini.

Monday 27 February 2017

Istimewanya Solat Sunat Dhuha Hadiah Tak Ternilai Dari Tuhan




“Barangsiapa yang solat Dhuha sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga.”




Istilah ‘dhuha’ dapat ditemukan di beberapa tempat dalam al-Quran, antaranya dalam surah Thaha:59, AI-Araf:98, dan An-Nazi’at: 46. Perkataan ‘dhuha’ diertikan sebagai ‘pagi hari’ atau sebagai ‘panas sinar matahari’, di tempat lainnya dalam surah Thaha:119.


Istilah dhuha juga mencakupi kedua-dua makna itu sehingga diertikan ‘sinar matahari di pagi hari’ (as-Syams:1). Pada tempat lain (an-Nazi’at :29), kata ‘dhuha’ diertikan sebagai ‘siang yang terang’.


Pada awal surah Ad-Dhuha, Allah berfirman, ‘Demi waktu Dhuha’. Imam Arrazi menerangkan bahawa jika Allah SWT bersumpah dengan setiap sesuatu, itu menunjukkan hal yang agung dan besar kelebihannya.

6 Golongan Remaja Yang Dirindui Syurga



Motivasi

Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Kami ceritakan mereka kepada mu (Muhammad ) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk. Dan kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata ‘Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi. Kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran."  Al-Kahfi:13-14


1# Mempunyai Kekuatan Akidah

Remaja yang baik akan sentiasa memperkuat akidah dan keimanan mereka terhadap Allah SWT. Jika iman yang kuat sudah menebal, pasti setiap halangan akan berjaya ditepis sehinggakan menjadikan seseorang remaja itu kebal dengan apa-apa jua cabaran.
Jadi, bagi melahirkan remaja yang bertunjangkan Islam, didikan Islam haruslah disemai dari awal dan pastikan tidak hilang dari diri remaja itu. Takutkan Allah SWT menjadikan seseorang itu gerun untuk melakukan sebarang dosa, apatah lagi meninggalkan kewajipannya sebagai seorang hamba, contohnya solat lima waktu.

Kisah Athies dengan seorang budak

Soalan Pertama Atheis: “Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?” Pemuda tersebut tersenyum lalu menjawab: “Allah Taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak.”

 Soalan Kedua Atheis: “Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?” Pemuda itu seraya menjawab: “Allah Taala itu wujud sebelum adanya zaman, sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya, mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya.” 

Soalan Ketiga Atheis: “Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?” Pemuda itu menjawab: “Kamu pandai mengira?” Kelompok Atheis itu menjawab: “Tentu sekali kami pandai mengira.” Pemuda itu meneruskan ucapannya: “Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor empat (4)?” Atheis: “Nombor 3″ Pemuda: “Nombor sebelum 3?” Atheis: “Nombor 2″ Pemuda: “Nombor sebelum 2?” Atheis: “Nombor 1″ Pemuda: “Nombor sebelum 1?” Atheis: “Tiada” Pemuda itu tersenyum lalu memberikan penerangan: “Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada nombor itu sendiri?” Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada pemuda itu. Ternyata mereka silap perkiraan bila mana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.

Anak Muhammad Ali Ditahan Kerana Beragama Islam



Luar Negara

WASHINGTON DC - Anak lelaki legenda tinju Muhammad Ali ditahan untuk disoal siasat selama dua jam di sebuah lapangan terbang Florida sebaik sahaja pulang daripada Jamaica gara-gara namanya seperti nama orang Arab, lapor media Amerika Syarikat (AS).

Muhammad Ali Jr., 44 tahun, yang dilahirkan di Philadelphia dan mempunyai pasport AS, ketika itu membuat perjalanan bersama ibunya, Khalilah Camacho-Ali, isteri kedua ikon sukan itu, kata rakannya dan peguam Chris Mancini kepada Louisville Courier-Journal.

15 Kelebihan Limau Purut Yang Anda Patut Tahu



Petua/Tips




Limau purut amat popular digunakan dalam masakan Kemboja, Indonesia, Myanmar dan Malaysia. Daunnya boleh digunakan dalam keadaan segar mahupun setelah dikeringkan.

Selama berkurun lamanya, daun limau purut telah digunakan sebagai bahan mengawet makanan dan menjadikannya lebih membuka selera.

Jom semak nikmat lain tentang limau purut.

1. Limau purut juga digunakan sebagai pembersih dan dalam penyediaan perubatan herba dan tradisional.

Sunday 26 February 2017

Apa Jadi Pada Otak Tak Cukup Matahari





Tidur cukup penting. Bukan sekadar tutup mata. Tidur untuk kesembuhan.

Orang yang tidur kurang dari 8 jam mengambil masa 14% lebih lama untuk siapkan tugasan. Lebih buruk lagi mereka lakukan 20% kesalahan dalam tugasan berbanding mereka yang cukup tidur.


Apabila tidur kurang dari enam jam kadar kelembapan siapkan kerja naik 3 kali ganda. Begitu juga dengan kesalahan.

Kajian ini dimuat dalam jurnal saintifik Lancet. Perlu ambil berat. Rakyat Malaysia rata ratanya tidur kurang dari 6 jam sehari.

Apabila bekerja jangan terperap dalam ofis. Pergi keluar. Dapatkan cahaya matahari.

Adolf Hitler Peluk Islam & Meninggal di Indonesia?




Artikel"Saya bawakan kajian menggemparkan ini beserta dengan gambar-gambarnya sekali bagi mengukuhkan bukti artikel ini, satu-satunya yang berbahasa Malaysia disekitar alam maya.

Terbongkar juga akhirnya segala tipu daya Zionis dan Barat yang selama ini telah mencorakkan sejarah dunia dengan penipuan dan konspirasi.

Daripada sekian banyak maklumat dan teori yang ada tentang kematian Adolf Hitler, tidak ada satu pun yang dapat menyatakan secara pasti apa penyebab kematian seorang pemerintah Nazi ini. Di manakah sebenarnya akhir dari petualangan kisah Hitler itu? Benarkah Hitler bersama isterinya Eva Braun bunuh diri selepas minum racun sianida?

Lantas bagaimanakah hasil kajian pihak Amerika Syarikat ketika tengkorak Hitler dipamerkan pada tahun 2000 lalu, yang ternyata adalah tengkorak wanita? Di manakah sebenarnya Hitler selepas jatuhnya Berlin pada tangan Tentera Bersekutu?

Beberapa Versi Tentang Kematiannya

Versi yang paling popular menyatakan bahawa Hitler mati bunuh diri dengan cara menembak dirinya sendiri dan minum racun sianida pada 30 April 1945, ketika Jerman diduduki oleh Kesatuan Soviet.


Saturday 25 February 2017

ADAKAH NAMA ANDA TERCATAT (TERUKIR) DALAM PENDAFTARAN MILIK ALLAH?


Kisah seorang persara (bukan group ini) bermusykil seorang Ustaz:
"Ustaz. Mengapa saya merasa bosan dengan hidup saya yang begini-gini juga? Terus hambar, tak tentu arah dan tak ada nikmatnya. Bosan saya Ustaz! Saya ingin bahagia tapi kenapa susah sangat utk mendapatkannya?"

Ustaz pun menjawab: "Ooooh... Mungkin dimasa ini Allah juga sedang bosan dengan tuan."
"Allah bosan dengan saya? Maksudnya bagaimana Ustaz?"
Ustaz menjelaskan: "Mungkin Allah telah letih mencari tuan, namun tuan tak pernah ditemui dimana-mana.

Tuntutan COMANGO Melampau Dan Anti Islam



Sekalilagi kesabaran Umat Islam Malaysia untuk mengamalkan agamanya berdasarkan al Qur'an dan Sunnah telah dicabar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Apa yang menyedihkan ia dilakukan oleh warga Malaysia sendiri yang cuba menyeret bersama negara luar untuk turut campur tangan dengan hal ehwal negara Malaysia.

Dalam hal ini usaha yang dilakukan oleh gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR (COMANGO), untuk menuntut perkara-perkara yang mencabar kedudukan Islam sebagai agama Negara melalui Proses Semakan Berpenggal Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia HRC (UN) diGeneva, Switzerland yang akan melibatkan Malaysia pada 24 Oktober 2013 adalah perbuatan melampau dan bersifat anti Islam. Perbuatan mereka perlu ditentang dan dikutuk.

Briefing on RUU 355 for Non-Muslim ministers


Briefing on RUU 355 for Non-Muslim ministers


PRIME Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak will brief non-Muslims ministers on the amendments to the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965 (RUU 355) in near future.

Minister in the Prime Minister's Department, Tan Sri Joseph Kurup said the briefing is intended as a preparation before RUU 355 is tabled in Dewan Rakyat next month.

"To this day, I only know the contents of the proposed amendments tabled by PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang, but not very clear on the proposed amendments that will be brought by the government.

"We, the non-Muslim ministers will attend the briefing to understand clearly the contents of RUU 355. If the amendment is against the Federal Constitution, we will submit a protest," said Joseph to Sin Chew Jit Poh.

DAP membuat siri risalah serangan RUU 355




Selongkar
Ada yang berpendapat DAP lebih memahami RUU 355 daripada Mufti Perlis Dr. Maza dan puak IKRAM kerana DAP memahami ini adalah jalan nak ke pelaksanaan Hudud. Oleh itu demi menyelamat 'penyumbang' DAP yang terdiri daripada tokei judi dan maksiat maka DAP menyerang PAS dalam isu RUU 355 sehingga mereka campur tangan dalam urusan agama Islam.

Sikap DAP yang nyata menyerang pelaksanaan Islam dan campur tangan dalam urusan Islam memberikan gambaran kepada kita DAP adalah parti penentang Islam. Maka menjadi kesalahan untuk kita menyokong dan bekerjasama dengan DAP apatah lagi mendapat bantuan daripada DAP seperti parti PAN.

KENAPA RASULULLAH MENYURUH MEMATIKAN LAMPU KETIKA HENDAK TIDUR?





"Padamkanlah lampu di malam hari apabila kamu akan tidur, tutuplah pintu, tutuplah rapat-rapat bejana-bejana dan tutuplah makanan dan minuman" (HR.Muttafaq'alaih).

Rasulullah mensabdakan itu lebih dari 14 abad yang lalu.


Ternyata, di abad moden ini baru diketahui manfaat kesihatan dari tuntunan Rasulullah untuk memadamkan lampu ketika hendak tidur.

Ahli biologi Joan Robert mengungkapkan bahwa tubuh hanya dapat memproduksi hormon melatonin ketika tidak ada cahaya. Hormon melatonin ini adalah salah satu hormon kekebalan tubuh yang mampu memerangi dan mencegah berbagai penyakit, termasuk kanser payudara dan kanser prostat. Orang yang tidur dalam keadaan gelap, maka tubuhnya dapat memproduksi hormon ini.

Sanggahan Terhadap Dr Asri dan Kelompok Wahabi



Oleh: Dr. Khalif Muamar

Tulisan dan ceramah saudara tentang Ilmu Kalam, sifat 20 dan anjuran untuk tidak terikat dengan mazhab adalah dirujuk.

Penting untuk kita ketahui bahawa Asha'irah melalui ilmu Kalam telah banyak berjasa menangkis dan meranapkan hujah-hujah Mu'tazilah, Syi'ah dan kelompok sesat yang lain.

Ini kerana hanya golongan Asha'irah-Maturidiyyah yang mempunyai alat untuk melawan hujah dengan hujah secara intelektual sesuatu yang tidak dimiliki oleh ulama' Ahli Hadith. Selain daripada itu ilmu usul al-fiqh telah banyak mengambil manfaat daripada ilmu Kalam. Kitab al-Burhan oleh Imam al-Juwayni dan kitab al-Mustasfa oleh Imam al-Ghazali menurut Ibn Khaldun adalah dua kitab yang paling berpengaruh dalam ilmu Usul al-fiqh dalam dunia Islam dan keduanya menggunakan ilmu Kalam. Kitab al-Mustasfa bukan sahaja menjadi rujukan mazhab al-Shafi'i tetapi juga diterima pakai oleh mazhab empat yang lain. Sehingga ulama'- ulama' yang bermazhab Maliki di Tunis, Maghribi, di Barat dunia Islam turut mensyarahkannya. Kerana itu dapat disimpulkan bahawa tindakan memperkecilkan dan mengkeji ilmu Kalam adalah tindakan mundur ke belakang bahkan dapat merosakkan asas-asas peradaban Islam.

Bajau Laut: Kumpulan manusia tanpa negara




Info/Maklumat
SEMPORNA: Bajau Laut, sering dipanggil "gipsi laut", merupakan satu-satunya kumpulan manusia di rantau ini yang tidak bernegara.Kumpulan etnik ini yang juga dikenali sebagai Pala'u tinggal di dalam bot atau di pondok yang dibina di atas air, dan sering berpindah randah di perairan Filipina dan Indonesia.

Kehidupan mereka jauh ketinggalan zaman.

Mereka tidak tahu menggunakan jam, dan mengetahui waktu hanya berpandukan kedudukan matahari.

"Kedudukan matahari di timur, bererti pagi bagi mereka. Jika matahari berada di atas kepala, tandanya telah masuk waktu tengah hari.


‘Bumi kedua’ ditemukan






Mempunyai air di permukaan, menyokong kehidupan



24 Februari 2017 12:22 AM


LONDON 23 Feb. - Para pengkaji astronomi me­­­nemukan sekurang-ku­rang­nya tujuh planet baharu dan mengorbit bintang yang sama pada jarak 39 tahun cahaya dari Bumi.

Penemuan luar biasa itu ‘menghidupkan’ usaha pengkaji terbabit untuk mencari ‘Bumi kedua’ dengan planet-planet berkenaan dikatakan mempunyai saiz sebesar Bumi termasuk kemungkinan mempunyai air di permukaan serta berpotensi ‘menyokong kehidupan’.

Lapor Mail Online, penemuan terkini itu diterbitkan dalam jurnal Nature, diketuai oleh Institut Star di University of Liege, Belgium dan menggunakan teknologi teleskop ruang angkasa Spitzer serta teleskop Liverpool yang dikawal selia oleh Institut Penyelidikan Astrofizik (ARI), Liverpool John Moores University (LJMU).

Friday 24 February 2017

Dubai bina bangunan berputar pertama di dunia




24 FEBRUARI 2017









DUBAI - UAE. Bandar Dubai adalah 'rumah' kepada banyak penciptaan ajaib manusia, daripada pulau buatan manusia terbesar dunia, sehinggalah bangunan tertinggi di dunia, semuanya ada di bandar kosmopolitan itu.


Memetik laporan CNN, dan terbaharu bandar Dubai merancang untuk membina bangunan pencakar langit yang boleh berputar.

Bangunan yang akan dikenali sebagai Dynamic Tower Hotel akan menjadi pencakar langit berputar pertama di dunia apabila siap kelak, yang mana ia akan memberi penghuninya pemandangan 360 darjah.

Thursday 23 February 2017

Lebih 20,000 kes syariah di Selangor selesai tahun lepas



KUALA LUMPUR: Lebih 20,000 kes syariah di seluruh Selangor berjaya diselesaikan Mahkamah Syariah Selangor sepanjang tahun lalu.

Ketua Hakim Syarie, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, sebanyak 26,503 kes berjaya diselesaikan dan daripada jumlah itu, 22,213 merupakan kes bukan jenayah manakala 4,290 kes pula membabitkan jenayah syariah.

“Jumlah kes mal (bukan jenayah) yang direkodkan sepanjang tahun lepas termasuk hal berkaitan nikah, cerai dan kebenaran berpoligami adalah sebanyak 27,726 kes dengan 80 peratus daripadanya berjaya diselesaikan.

Ikatan yakin pindaan Akta 355 kurangkan jenayah


SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Selangor percaya kadar denda yang tinggi untuk kesalahan di bawah Akta 355 yang disyorkan PAS akan mengurangkan kadar jenayah syariah apabila ia dilaksanakan nanti.

Pengerusinya Datuk Seri Mohd Badri Abdul Rahman berkata, dengan denda yang tinggi kadar jenayah syariah dapat dikurangkan berbanding dengan kadar yang sedia ada iaitu RM5,000 membuatkan pelaku tidak berasa gerun dan boleh membayarnya dengan begitu mudah.

Lindsay Lohan disuruh buka tudung





Lindsay Lohan disuruh buka tudung

Pelakon, Lindsay Lohan disuruh membuka tudungnya di lapangan terbang, baru-baru ini.u perubahan pelakon 
Hollywood, Lindsay Lohan yang kini kelihatan mendalami Islam kini timbul kembali apabila aktress tersebut menceritakan
 pengalamannya ditahan di lapangan terbang, lapor ENews!.


Lohan, 30, mendakwa pegawai di lapangan terbang tersebut menahannya hanya kerana satu sebab sahaja iaitu memakai tudung.

“Baru-baru ini saya ke kota New York dan memakai tudung, namun begitu saya telah ditahan di lapangan terbang dan ‘diprofil secara perkauman’, ini merupakan pengalaman pertama saya berhadapan situasi ini.

“Apabila pegawai tersebut membuka pasport dan melihat nama saya, dia kemudiannya meminta maaf tetapi meminta agar menanggalkan tudung saya,” katanya dalam rancangan Good Morning Britain.

Lohan yang juga seorang penyanyi mengatakan pengalaman tersebut menakutkannya dan terfikir bagaimana dengan wanita muslim yang turut dipaksa menanggalkan tudung mereka.

“Pengalaman ini menarik namun menakutkan dan pelik. Saya berasal dari New York namun ia membuatkan saya berasa gentar,” katanya lagi.

Bintang tersebut dipercayai pulang dari Turki di mana beliau sempat bertemu dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan.Lohan mendakwa tindakannya memakai tudung semasa berada di negara tersebut untuk menghormati masyarakat di sana.

Perubahan bintang tersebut menjadi perbualan orang ramai setelah memegang al-Quran serta meletakkan ayat ‘Alaikum salam’ di laman sosial Instagramnya.

Wednesday 22 February 2017

Tangguh beberapa bulan, kini rakyat dukung pinda akta 355


AHMAD AMZAD HASHIM | .

MASIH lagi duk main isu tangguh...

Selalu tengok bola sepak? Bola ada di kaki tapi pertahanan lawan dah berkumpul depan gol, mustahil boleh lepas, kalau terus sepak juga ke pintu gol nanti satu stadium sorak boo, kata bangang.

Jadi berundur dan ambil sedikit masa, bagi kacau bilau pertahanan, bagi sikit kelegaan biar ada ruang menyerang, baru sumbat gol.

Dalam beberapa bulan penangguhan, usul pindaan Akta 355 telah menjadi topik yang paling hangat diperkatakan, sesi penerangan seluruh negara, pandangan mufti dari seluruh negara, pandangan profesional dari persatuan peguam muslim dan yang terlibat dalam kehakiman syariah.

PAS Sambut Baik Hasrat MCA Mengenai AKta 355


Oleh : Nasrudin bin Hassan 

1. PAS menyambut baik cadangan Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan untuk duduk semeja berbincang di samping memberikan penerangan mengenai isu pindaan Akta 355 termasuk isu-isu nasional yang berlaku hari ini.

2. Perbincangan mengenai pindaan Akta 355 merupakan suatu langkah yang sangat penting bagi merungkai segala salah faham yang sering diseleweng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. *Salah faham itu lah akhirnya menimbulkan ketakutan dikalangan bukan Islam* justeru menjauhkan mereka dengan hakikat sebenar.

RUU355: Menjawab hujahan liberalis



Oleh ALANG IBN SHUKRIMUN 

Dalam banyak-banyak komen negatif yang sempat dibaca berkenaan RUU355, saya tertarik untuk membalas sebuah tulisan dari sebuah portal. Penulisnya mendakwa sebagai muslim, tetapi dari isi penulisan, fikirannya banyak terpengaruh dengan ideologi liberalisme. Memandangkan sudah ramai yang menjawab pendirian negatif dari golongan agamawan dan orang kebanyakan, maka saya ambil peranan untuk menembus mind-block dari golongan liberalis pula.

Berikut antara hujahan mereka:

1. TIDAK ADIL

Didakwa RUU355 adalah undang-undang yang tidak adil. Alasannya kerana had maksima denda RM100,000 menzalimi penjenayah yang miskin.

Tidakkah beliau faham makna had maksima? Ia beemakna tidak boleh lebih dari RM100,000 tetapi boleh kurang dari itu. Penentuan jumlah denda yang perlu dibayar adalah mengikut keputusan hakim, berdasarkan nasihat dan rundingan dari para peguam. Mengikut konsep Islam, soal kaya miskin penjenyah turut diambil kira dalam menjatuhkan hukuman. Secara praktikal, amat jarang berlaku dalam mana-mana mahkamah seseorang dihukum dengan had maksima.

Jantung Muadzin Mengumandangkan Azan Setelah Meninggal Dunia


Kisah nyata dari Arab Saudi.

Dr Jasim Al Haditsy, seorang penasihat kesihatan jantung di Hospital di Riyadh menceritakan..

“Salah seorang rakanku bercerita kepadaku, suatu malam semasa dia bertugas ada seorang pesakit yang meninggal dunia

Untuk memastikan kematian pesakit tersebut, dia meletakkan stetoskop di dada pesakit tersebut kemudian mendengar suara azan,’Allahu Akbar, Allahu Akbar, Asyhadu alla ilaha illallah’

Dia berkata,”saya rasa sudah azan subuh…..pukul berapa sekarang???”

Jururawatnya berkata : “pukul satu pagi”

Saya tahu bahawa masa itu belum masanya solat Subuh

Kemudian saya meletakan kembali stetoskop diatas dada pesakit tersebut dan kembali mendengar azan tersebut hingga selesai

BAYAN LINNAS SIRI 36: JANGAN AMBIL ILMU DARIPADA INTERNET

Ditulis oleh Umar Mukhtar Mohd NoorDiterbitkan: 06 Oktober 2015




Gambar Hiasan

Alhamdulillah, dalam Bayan Linnas pada kali ini, kami tajukkan dengan ‘Jangan Ambil Ilmu Daripada Internet’. Ilmu yang kami maksudkan di sini ialah ilmu agama yang berkaitan dengan sumber-sumber yang tidak dikenalpasti tanpa asas rujukan yang sebenar serta diperkukuhkan dengan dalil-dalil daripada Al-Quran dan al-Hadith.

Ini kerana terlalu banyak maklumat yang bersifat sensasi, tidak sahih atau amat lemah. Boleh jadi juga ianya palsu dan menyeleweng daripada fakta yang sebenarnya. Banyak juga hadis-hadis yang tersebar sedangkan ia sudah lama dihukum oleh ulama thiqah (dipercayai) dalam bidang ini tentang kepalsuannya. Justeru, sewajarnya kita berhati-hati dan menapisnya terlebih dahulu, antaranya dengan bertanya kepada tuan-tuan guru, para asatizah yang mengetahuinya.



Contoh Maklumat Yang Silap dan Salah

Terdapat banyak maklumat berkenaan dengan agama kita berlegar di laman sesawang dan kadang-kadang diviralkan hingga disangkakan itulah agama yang sebenarnya. Sengaja di sini kami kemukakan contoh agar kefahaman kita lebih jelas dan terang. Sebagai contoh, baru-baru ini peristiwa seorang imam Masjid Negara yang telah ditampar oleh seorang makmum ketika sedang mengimamkan solat Jumaat. Mereka yang tidak bertanggungjawab telah memanipulasikan peristiwa ini dengan menyebarkan fitnah mengenai makmum yang menampar imam tersebut dengan bermain sentimen. Antara contoh lain yang berkaitan dengan hadith palsu yang disandarkan kepada Nabi SAW ialah:-

Tuesday 21 February 2017

Penjelasan solat duduk atas kerusi


http://www.muftiwp.gov.my | .

TAHQIQ AL-MASAIL SIRI KE-2: PENJELASAN BERKAITAN SOLAT SECARA DUDUK DI ATAS KERUSI

    Ditulis oleh Muhammad Fahmi Rusli  
    Diterbitkan: 20 Februari 2017

Mukadimah

Solat merupakan suatu ibadah yang paling besar dalam kehidupan setiap insan yang beragama Islam. Perintah untuk bersolat dalam setiap keadaan baik ketika bermusafir atau bermukim, dalam keadaan sakit atau sihat, sama ada solat dilakukan secara berdiri, duduk, atau dalam keadaan berbaring, semua ini jelas menunjukkan akan peri pentingnya kedudukan solat di dalam agama kita.

Menteri hadir himpunan 355, MIC mahu jumpa PM



Berita
MIC akan menyuarakan kebimbangannya terhadap kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam perhimpunan menyokong usaha menambah hukuman maksimum Mahkamah Syariah.

Ketuanya Datuk Seri S Subramaniam berkata beliau tidak tahu Jamil akan hadir dalam acara itu dan akan membawanya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Kami akan bawa kepada perdana menteri dan anggota lain dalam kabinet dan kemudian bincang isu ini,” kata Subramaniam dalam sidang media selepas melawat sebuah hospital di ibu negara.

Himpunan Bantah RUU 355 Cuma Ada 100 Peserta



Berita

PETALING JAYA – Sekitar 100 orang sahaja membanjiri dataran Taman Jaya di sini membantah keras pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

Kumpulan tersebut majoritinya bukan Islam memenuhi kawasan tersebut bermula pukul 3 petang sebelum bersurai dua jam kemudian sebagai tindak balas terhadap Himpunan RUU 355 di Padang Merbok, Kuala Lumpur hari ini.

Jurucakap perhimpunan anti-RUU 355 yang dianjurkan sebuah badan bukan kerajaan dikenali sebagai Bebas, Azrul Mohd. Khalib dipetik satu portal propembangkang sebagai mengesahkan jumlah kehadiran cukup luar biasa itu.

Istighfar Menambah Rezeki & Barakah Hidup

     
    Diterbitkan: 20 Jun 2016
    Ditulis oleh Dr Mohd Khairuddin

Istighfar Menambah Rezeki & Barakah Hidup
Allah berfirman menceritakan ungkapan Nabi Nuh alaihissalam:
"Lalu aku katakan; mohonlah keampunan daripada Rabb kamu kerana sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. Nescaya Dia utuskan langit menurunkan hujan ke atas kamu dengan mencurah-curah, Dia hulurkan kepada kamu harta-benda dan anak pinak, Dia jadikan untuk kamu kebun-kebun dan Dia jadikan untuk kamu sungai-sungai"
(Surah Nuh 71: 10-12)
Menurut Syeikh Ibnu 'Aasyur, ayat ini merupakan dalil bahawa Allah Taala memberi ganjaran kepada hamba-Nya yang soleh dan taat dengan kehidupan yang baik di dunia.
Syeikh Tantawi dalam al-Wasit meriwayatkan cerita Hasan Basri yang ditanya oleh 3 orang penyelesaian 3 masalah berlainan iaitu kemiskinan, kemarau panjang dan keturunan yang sedikit. Beliau menasihatkan kepada mereka bertiga untuk beristighfar. Apabila ditanya kenapa penyelesaian yang sama bagi 3 masalah beliau lantas membacakan ayat di atas.
Maksiat menjadi antara sebab bala dan ujian musibah maka *Istighfar* memohon keampunan menjadi sebab untuk dilepaskan daripada bala bencana dan dikurniakan pula limpahan rezki yang barakah.
Moga kita tergolong di kalangan mereka yang sentiasa beristighfar.
Sekian.
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Isnin 20hb Jun 2016 / 15 Ramadhan 1437 H

RUU355 bukan untuk menghukum


KUALA LUMPUR - Jangan bimbang tentang undang-undang Islam kerana ia bukan bersifat menghukum, sebaliknya bersifat mendidik.



Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Albakiri berkata, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang turut dikenali Akta 355 yang digariskan bertujuan mengharmonikan peranan Islam, penuh dengan toleransi dan kesaksamaan.

Tsunami politik Islam dalam PRU14


Pilihanraya
Pilihanraya - Gambar hiasan




PROVOKASI yang mengatakan akan berlaku tsunami Melayu dalam PRU14 selepas tamatnya penghujung Politik Baru Malaysia. Tetapi berdasarkan kepada beberapa faktor yang semakin jelas kelihatan sebenarnya bukan tsunami Melayu. Sebaliknya tsunami Islam bakal melanda di negara ini. Antara penyebab tsunami Islam adalah peningkatan mendadak generasi muda kelas pertengahan yang mempunyai pendidikan Islam dan kesedaran Islam di negara ini.

Berdasarkan pola pengundi di beberapa negeri yang majoriti Melayu Islam melebihi 80 peratus seperti Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu serta separuh Pahang dan Perak, yang dibuktikan dengan undian popular - memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat di negeri-negeri tersebut datangnya daripada popular undi kepada Pas (52 peratus). Strategi ini membolehkan negeri-negeri Kelantan dan Terengganu menyamaratakan kekuatan Pas dan Umno. Bagi negeri-negeri Kedah, Perlis, Perak dan Pahang menyaksikan kemenangan kepada parti-parti dalam gabungan Pakatan Rakyat.

Monday 20 February 2017

Kejayaan Himpunan RUU 355 bukti kekuatan PAS



Berita

PETALING JAYA: Kehadiran ribuan peserta Himpunan RUU 355 membanjiri Padang Merbok dan ratusan peserta di himpunan balas anjuran NGO semalam menunjukkan kekuatan dan kemampuan PAS, kata 2 penganalisis politik.

Himpunan RUU 355 dianjurkan PAS untuk mendapat sokongan rakyat terhadap rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibawakan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.

RUU itu dibantah ramai yang mendakwa ia adalah jalan belakang untuk PAS melaksanakan hudud pada akhirnya. Bantahan itu diulangi Bebas di himpunan balas yang diadakan serentak dengan Himpunan RUU 355, petang semalam.

DAP kekal pendirian dalam isu RUU355




NUR FARHANA ABDUL MANAN
19 FEBRUARI 2017





Gobind Singh


PUCHONG – Meski Himpunan Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 dianjur di Padang Merbok, Kuala Lumpur, semalam mendapat sokongan ribuan rakyat namun DAP tetap dengan pendirian tidak menyokong sebarang cadangan untuk pindaannya.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata, seperti yang dimaklumkan sebelum ini parti DAP sudah menetapkan pendirian jelas berhubung cadangan pemindaan RUU berkenaan.

Katanya, Pas didakwa mempunyai hak menganjurkan himpunan kelmarin untuk meraih sokongan dan sudah melaksanakannya.

“Seperti yang saya dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari beritahu sebelum ini, Pas ada hak anjur himpunan dan mereka sudah pun laksanakannya.

Awas! Lima bahagian ayam beracun



WARTAWAN SINAR HARIAN
20 FEBRUARI 2017



Walaupun enak, tetapi jangan makan selalu. - Foto oleh Bangkapos



SIAPA yang tak suka makan daging ayam, kan. Tak kisahlah ayam goreng, gulai, panggang atau apa sahaja jenis masakan, mesti ada si penggemarnya.

Namun, tahukah kita semua, terdapat lima bahagian ayam yang terkandung racun? Jika kita kerap memakan bahagian ini, mungkin kita akan terkena racunnya.

1. Kepala


Bahagian ini dikatakan mengandungi logam berat. Walaupun bukan keseluruhannya, namun kawasan leher adalah tempat kebiasaan yang digunakan penternak memberikan zat kimia untuk makanan ayam. Bekas bahan kimia pada makanan itu yang berbentuk logam berat terus tersimpan (terlebih dalam otak ayam) yang pasti membahayakan kesihatan manusia.

2. Kepak

Ramai yang gemar bahagian ini kerana dikatakan kurang mengandungi lemak, tetapi bahagian inilah dikatakan lebih banyak mengandungi pelbagai jenis ubat. Di sinilah ayam akan disuntik dengan pelbagai ubat terutama untuk proses tumbesaran.

Ayam akan diberikan hormon sekurang-kurangnya empat kali untuk cepat matang. Kerana itu, dahulu ayam mengambil masa agak lama berbanding sekarang kurang empat bulan ayam sedia untuk dijual. Jadi apabila kerap memakan bahagian ini, risiko mendapat penyakit kanser sangat tinggi.

Juj Makjuj menurut Trump




ADAM A KADIR
19 FEBRUARI 2017





Donald Trump



‘JUJ Makjuj’ (Yakjuj & Makjuj) dan ‘Firaun’ dianggap sebagai sesuatu yang hodoh dan zalim. Mustahil hendak dibayangkan rupa dan wajah masing-masing. Itulah kesan yang tinggal dalam kalangan orang kampung pada zaman dulu. Bila merujuk kepada budak yang tidak terkawal perangainya dan mengganggu ketenteraman orang lain, dia dipanggil ‘jahat macam Firaun’. Apabila ada orang yang suka bertindak kurang siuman, hodoh dan menakutkan, dia diumpamakan sebagai ‘Juj Makjuj’.

Jijiknya Juj Makjuj sehingga ungkapan ini dikarang: ‘Juj Makjuj jalan tepi pantai, jumpa sanggul busuk buat sentil tembakau’. Memanglah, Firaun itu ialah dinasti Raja Mesir yang beribu tahun wujudnya sehingga ke Cleopatra yang bersuamikan Julius Caesar, Emperor Rome. Firaun yang menjadi lambang kezaliman ialah yang bertakhta pada zaman Nabi Musa AS. Akibatnya, baginda dengan baninya tersingkir dari bumi Mesir kira-kira 2000 tahun sebelum Nabi Muhammad SAW. 

There’s An Eighth Continent That’s Been Hiding From Us




Apparently there’s an eighth continent in the southwest Pacific. A huge landmass, mostly submerged beneath the ocean, bears all the hallmarks of a continent, according to a new study published by the Geological Society of America. You may have heard of part of it: New Zealand.

They call the continent Zealandia. At nearly 1.9 million square miles, it seems massive, but it’s two-thirds the size of the world’s (current) smallest continent, Australia. Ninety-four percent of Zealandia is underwater, with most of the other 6 percent being New Zealand. But it’s what’s beneath the surface that counts, right?

The “Zealandia” moniker was coined by geophysicist Bruce Luyendyk in 1995 (see that famous page-turner “Hypothesis for Cretaceous Rifting of East Gondwana Caused By Subducted Slab Capture” for reference.)

Tentukan arah kehidupan yang kita mahu






Oleh Dr. Muhaya Osman

Orang yang berjaya banyak cabaran perlu diatasi, yang menambahbaikkan kehidupannya. Dalam membuat penambahbaikan hidup ini, perlu membuat pilihan, mana yang boleh diteruskan dan mana yang perlu kita hentikan, kerana hidup ini adalah satu perjalanan yang terpaksa kita tempuhi.

Kita tidak boleh berhenti tetap pada satu titik tertentu, jika mahukan kejayaan demi kejayaan. Setiap hari langkah kita, menentukan hasil kehidupan kita dunia dan akhirat.

Sunday 19 February 2017

Saintis temui 'benua tersembunyi'



Luar NegaraWELLINGTON - NEW ZEALAND. Benua berukuran dua pertiga saiz Australia ditemui di bawah permukaan barat daya Lautan Pasifik, menurut saintis seperti dilapor dalam jurnal Persatuan Geologi Amerika Syarikat.

Jisim tanah berkeluasan 4.5 juta kilometer persegi itu meliputi 94 peratus di bawah air dan hanya bahagian tertinggi, New Zealand serta New Caldeonia muncul di permukaannya.

"Jika kita menarik 'palamnya', ia jelas menunjukkan kewujudan rantaian gunung dan benua berdiri tinggi di atas kerak lautan," kata ahli geologi di GNS Science di Dunedin, New Zeland, Nick Mortimer yang juga penulis utama kertas kajian 'Zealandia: Benua tersembunyi bumi'.

Jelasnya, penyelidik pada abad sebelum itu turut menemui granit dari kepulauan sub-antartik berhampiran New Zealand dan batuan metafomik di New Caledonis yang menjadi petunjuk kepada geologi benua. - Reuters

300K mengangkat suara ummah



Ulasan/Komentar
Oleh Nasrudin Hassan
Segala puji bagi Allah SWT atas hidayah dan taufiq-Nya. Ummah bersatu dari pelbagai latar belakang parti politik, NGO, individu di atas satu urusan yang disepakati iaitu Syariah Diperkasa Rakyat Sejahtera.

Ia menjadi sejarah yang dilakar dengan segala pengorbanan dari semua pihak yang mahu melihat Islam tegak di bumi tercinta ini.

Himpunan yang berjaya mengumpulkan kira-kira 300,000 warga yang cintakan kesejahteraan rakyat dan keamanan negara menjadi isyarat yang sangat jelas bahawa: