Monday 20 February 2017

DAP kekal pendirian dalam isu RUU355




NUR FARHANA ABDUL MANAN
19 FEBRUARI 2017





Gobind Singh


PUCHONG – Meski Himpunan Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 dianjur di Padang Merbok, Kuala Lumpur, semalam mendapat sokongan ribuan rakyat namun DAP tetap dengan pendirian tidak menyokong sebarang cadangan untuk pindaannya.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata, seperti yang dimaklumkan sebelum ini parti DAP sudah menetapkan pendirian jelas berhubung cadangan pemindaan RUU berkenaan.

Katanya, Pas didakwa mempunyai hak menganjurkan himpunan kelmarin untuk meraih sokongan dan sudah melaksanakannya.

“Seperti yang saya dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari beritahu sebelum ini, Pas ada hak anjur himpunan dan mereka sudah pun laksanakannya.


“Golongan yang berhimpun di Petaling Jaya untuk menolak himpunan RUU, mereka juga ada hak berkumpul asalkan dibuat secara aman dan mengikut undang-undang.

“Namun bagi DAP pendirian tetap sama, tidak menyokong sebarang cadangan meminda RUU daripada yang asal,”katanya ketika ditemui di Program Hari Keluarga anjuran Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 10, di Bandar Puchong Jaya, di sini.

Beliau berkata, pihaknya terus menentang pindaan RUU berkenaan dan akan menyatakan sebab terperinci ketika usul pindaan dibahaskan di Parlimen kelak

“Mereka asyik cakap ia hanya membabitkan pindaan untuk memperkasakan undang-undang syariah tapi kita melihat pandangan daripada sudut yang berbeza daripada pelbagai pihak

“Semua pandangan ini akan dibawa ke Dewan Rakyat apabila perkara itu dibahaskan dan kami akan nyatakan sebab secara terperinci mengapa kami menentangnya,”katanya

No comments:

Post a Comment