Tuesday 21 February 2017

Himpunan Bantah RUU 355 Cuma Ada 100 Peserta



Berita

PETALING JAYA – Sekitar 100 orang sahaja membanjiri dataran Taman Jaya di sini membantah keras pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

Kumpulan tersebut majoritinya bukan Islam memenuhi kawasan tersebut bermula pukul 3 petang sebelum bersurai dua jam kemudian sebagai tindak balas terhadap Himpunan RUU 355 di Padang Merbok, Kuala Lumpur hari ini.

Jurucakap perhimpunan anti-RUU 355 yang dianjurkan sebuah badan bukan kerajaan dikenali sebagai Bebas, Azrul Mohd. Khalib dipetik satu portal propembangkang sebagai mengesahkan jumlah kehadiran cukup luar biasa itu.



Meskipun tidak pula menyebabkan sebarang kesesakan jalan raya, beberapa anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dilaporkan berjaya mengawal keadaan bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku.




Perhimpunan cukup lesu itu menampilkan beberapa aktivis masyarakat yang memang diketahui sebagai pejuang hak LGBT, agenda pluralisme dan liberalisme tampil menyampaikan ucapan kononnya mereka bukan anti-Islam.

Antaranya peguam Siti Kassim, Nik Elin Nik Rashid dan Haris Ibrahim. Peserta yang hadir pula kelihatan santai mungkin kerana cuaca agak panas terik selain ada tegar memegang kain sepanduk rentang sebagai tanda sokongan.

Tiada kehadiran pemimpin pembangkang terutama DAP yang diketahui memprotes keras pindaan RUU 355 waima bertujuan memperkasakan bidang kuasa mahkamah syariah dan tiada kena-mengena pun dengan bukan Muslim.

Beberapa peserta dilaporkan juga dengan angkuh yakin pindaan itu akan gagal diluluskan di Parlimen sekali gus memastikan Malaysia dapat mengamalkan rejim undang-undang sekular ala Barat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA




No comments:

Post a Comment