Saturday 18 February 2017

Ibrah kisah Khalifah Mu'tasim dan RUU355


NAZEF EDGOUCH | .
MASIHKAH kau ingat kisah sang hero Mu'tasim . Ya, kisah sang khalifah yang telah dicatat dengan tinta emas dalam sejarah era kegemilangan Islam. Khalifah Mu'tasim yang menjadi penerus legasi kepada kepimpinan khilafah dinasti Abbasiyah telah mengajar kita erti kekuatan Islam adalah dengan kesatuan jemaah.

Kisah nya apabila seorang muslimah yang berada di kota Ammuriah (sekarang di Turki) telah dicabul kehormatanya oleh orang-orang Rom. Dicabul kehormatan di khalayak ramai! Ada riwayat mengatakan ketika itu si muslimah sedang berbeli di pasar. Lalu dia menangis lantas mengucapkan sepotong ayat yang lagendaris .

"Waa Mu'tasimah!!! , Waa Mu'tasimah!!!". Dimanakah kau wahai Mu'tasim, dimanakah kau wahai Mu'tasim!



Lantas melihat kejadian itu, seorang muslim yang berada di pasar tersebut terus melapor kepada Mu'tasim. Sejurusnya berita itu diterima, Mu'tasim terus megucapkan 'Labbaiki, labbaiki !'. Aku akan datang wahai wanita!

Terus dikerahkan tenteranya, ada riwayat mengatakan mencecah puluhan ribu tentera Mu'tasim. Lalu mereka bertolak ke Ammuriah dan menakluk wilayah tersebut daripada bangsa Rom. Terselamatlah maruah wanita muslimah tersebut. Dan yang lebih penting selamat maruah Islam!

Bagaimanakah kekuatan umat Islam terdahulu sangat hebat dan digeruni oleh dunia?

Semuanya kerana mereka bersatu untuk menjaga maruah dan hak Islam daripada terus dipijak oleh orang lain!

Oleh itu, marilah kita bersatu menunjukkan solidariti kita terhadap maruah kita sebagai orang Islam. Musuh Islam terus kutuk, memperlekehkan, hina undang undang Islam kita. Apakah tindakan kita?

Adakah hanya terus mengutuk pindaan akta 355 ini dan memperlekehkan usaha murni seperti segolongan orang Islam itu yang bertaraf pensyarah tapi masih dangkal dalam masalah ini? Atau menyalak seperti sebahagian cybertroopers yang menggunakan akaun palsu yang menggunakan gambar-gambar orang lain untuk terus kutuk usaha suci ini ?

Fikirkan. Kalau tidak boleh pergi pun ke himpunan ini, mestilah kita ada niat dalam hati supaya usaha untuk tegakkan hukum Islam berjaya dimartabatkan.

Infiru muslimin! Ayuh UNGUkan Padang Merbok! – HARAKAHDAILY 18/2/2017

No comments:

Post a Comment