Sunday 19 February 2017

Himpunan beri isyarat kepada 222 ahli parlimen


Himpunan beri isyarat kepada 222 ahli parlimen


KUALA LUMPUR - Himpunan 355 yang diadakan di Padang Merbok, hari ini bagi memberi isyarat kepada seluruh 222 ahli parlimen untuk bersetuju meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang turut dikenali Akta 355.

Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, kesemua ahli parlimen perlu 'merestui' pelaksanaan akta ini memandangkan rakyat kini semakin menerima Akta 355 untuk digunapakai dalam mahkamah syariah negara.

"Kalau baca perlembagaan dan undang-undang, undang-undang jenayah syariah hanya terpakai kepada orang Islam sahaja.

"Dalam akta atau enakmen pentadbiran, bidang kuasa kes jenayah syariah hanya terpakai kepada orang Islam," katanya dalam ucapan di sini, malam ini.

Menurutya lagi, bidang kuasa jenayah mahkamah syariah tidak langsung memberi kesan kepada orang bukan Islam.


"Kenapa orang yang tidak pernah menjejakkan kaki di mahkamah syariah yang membantahnya?

"Mereka hanya mencari alasan untuk membantah undang-undang ini," bidasnya.
Pada 24 November lepas, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat untuk memperkasakan mahkamah syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.

RUU itu bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang turut dikenali Akta 355

No comments:

Post a Comment