Sunday 19 February 2017

Pemimpin bukan Islam perlu imbau sejarah



Hisham berucap ketika sesi pidato di Himpunan 355, petang tadi.
Hisham berucap ketika sesi pidato di Himpunan 355, petang tadi.


KUALA LUMPUR - Pemimpin bukan Islam perlu mengimbau kembali sejarah di negara ini memandangkan RUU355 pernah menjalani pindaan buat kali pertama pada tahun 1984.Timbalan Yang Dipertua II, Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (Pertama), Datuk Hisham Abd Majid berkata, pemimpin bukan Islam perlu mencontohi bekas-bekas pemimpin terdahulu yang dilihat tidak mempunyai sebarang masalah dengan pindaan tersebut pada waktu itu.

"Amat penting untuk mereka faham yang kita tidak menganggu-gugat kepercayaan dan amalan mereka," katanya ketika sesi pidato Himpunan 355 yang berlangsung di Padang Merbok, hari ini.Mengulas mengenai himpunan tersebut, Hisham memaklumkan bahawa pihaknya menyokong penuh usaha pindaan RUU355 ini bagi memperkasakan mahkamah syariah di negara ini.


Selain daripada itu, Hisham memaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Perundingan Islam (MPI) juga perlu menyatukan mufti-mufti di negara ini yang dilihat tidak sependapat dalam isu ini.

"Ini tak, sebelah utara cakap lain, selatan pula cakap lain."Kita mahu perbezaan pendapat ini dapat ditangani dengan penuh peradaban," katanya.Tambahnya, pihak mufti perlu menunjukkan kesatuan dalam isu pindaan RUU355 ini supaya ia dapat meningkatkan hukuman bagi mahkamah syariah.

No comments:

Post a Comment